CHAPTER 31 : GREAT SEAL


Farhan menongkat dagu di tepi balkoni rumahnya,Tuzeman pula bersama abangnya Taufeq sudah beredar pulang. Fara ketika itu hanya memerhatikan gelagat suaminya,dia tahu Farhan sedang risaukan Ikhwan pada masa ini.

"Abang?..." Sapa Fara dan Farhan menoleh ke arahnya.

"Fara...what's up?" Soal Farhan tersenyum.

"Abang risaukan sepupu abang lagi?" Soalan Fara membuatkan Farhan hilang senyuman dan mendesah.

Farhan kembali melihat ke luar balkoni,Fara menghampirinya dan berdiri di sebelah. Kepalanya dilentuk pada bahu Farhan,lantas Farhan merangkul bahu Fara dan dikucup kepalanya.

"Yeah... Of course...sejak hari tu,abang tak nampak langsung kelibat... I'm worried.." Jawab Farhan sambil menghela nafas pendek.

Fara tidak memberi balasan sekadar helaan nafas panjang,wap dingin keluar dari mulutnya. Musim sejuk mula menerjah di bumi negara Mentari,Farhan mendongak ke atas langit memikirkan mengenai Ikhwan.

What are you planning Ikhwan?

Suasana sibuk di dalam kafe dan membuatkan Arjuma,owner kafe tersebut tidak menang tangan. Farhan dan Fara hanya memerhatikan keadaan kafe itu dari kaunter bartender.

"Tuan Farhan... What would you like to drink?" Soal seorang Barista di hadapannya.

"Just give a coffee and cream sugar please..." Jawab Farhan tersenyum.

"And you miss?" Soal Barista itu menoleh ke arah Fara.

"Coffee milk less...?" Fara berkata tersenyum.

Arjuma keluar dari dapur kafe sambil mengesat peluh,Farhan hanya ketawa kecil memerhatikan gelagat rakannya itu. Mereka bersalaman dan Arjuma duduk di sebelahnya,Fara hanya tersenyum menunduk hormat dan Arjuma sekadar mengangguk membalas.

"Rasif... Nescafe ice...satu.." Arjuma berkata lemah ke arah Barista.

"Baik boss..." Jawab Barista djkenali Rasif itu.

"Haih la bro,lepak semacam?" Soal Farhan dan Arjuma menoleh ke arahnya.

"Yeah...customer semakin ramai,aku nak duduk kejap pun susah..." Omel Arjuma menghela nafas pendek.

"Restoran kau dah masuk dalam majalah household bro,its not something new.." Jelas Farhan dan Arjuma menoleh ke arahnya lagi.

"Yeah.. And I'm regret this.." Keluh Arjuma lagi sambil menyedut air minumannya.

"Kau ni Syah...pelik-pelik je la..." Farhan ketawa kecil dan Fara hanya menjadi pendengar.

"Kau Han...suka gelakkan aku ha?" Arjuma mula bengang.

"No...sorry,but serious you're funny one..hahaha..." Farhan membalas sambil menahan ketawa namun gagal.

Loceng pintu berbunyi dan pelanggan semakin ramai,Arjuma menghela nafas panjang dan Farhan pula bersiul dengan jumlah pelanggan yang datang. Arjuma lantas menyedut air sehingga habis,dan bangun menuju ke dapur.

"Argh....brain freeze..." Keluh Arjuma dan Farhan ketawa lagi namun Fara mencubitnya.

"Ouch! That's hurt honey!" Farhan berkata menahan sakit,mengusap lengan yang terkena cubitan daripada Fara.

"Kenapa gelakkan dia? Tak elok tahu?" Fara berkata dengan mengembungkan pipinya.

"Okay sorry,but its funny you know? Hehehe...erk.." Ketawa Farhan terhenti mengesan aura kemarahan isterinya.

"Haha...okay I'm sorry..." Farhan terus mendiamkan diri.

"Guys ini bukan takut bini ya.." Ujar Farhan menoleh ke arah pembaca.

Pada masa yang sama di satu lokasi yang jauh dari Mentari,di sebuah pulau di pertengahan laut diberi nama Laut Sesat. Sebuah perairan laut larangan bagi rakyat biasa,dalam pulau itu terdapat sebuah gua dan juga magis kurungan berusia lebih 1000 tahun lamanya.

Seseorang berjalan mendekati kurungan tersebut,anak mata merah kehitaman merenung dan memerhatikan magis kurungan tersebut. Aura gelap mula terasa dari dalam kurungan,orang itu hanya mendiamkan diri dan daya kuasa gelap tidak dapat menyentuhnya.

"Seperti yang aku duga,kuasa gelap aku tidak mampu sentuh kau...aku agak kau adalah pewaris baru kuasa Eternal Emperor...." Suara yang garau kedengaran dan pemuda itu hanya mendiamkan diri.

"Pewaris Eternal Emperor dan juga Raja Naga selepas Karma,Ikhwan Syah Al'Solleh..." Sambung suara itu lagi,Ikhwan hanya mendiamkan diri.

"Kau dah kena kurung 1000 tahun,tapi mulut masih bertenaga nak berbicara huh?" Ikhwan menyoal.

"Ini cuma kurungan kuat untuk mengelakkan aku bebas dari membuat kebinasaan.. Bukan kurungan membisukan aku pewaris Iskandar..." Jawab suara tersebut.

"Tapi juga tak mampu halang kau berinteraksi dengan boneka kau semua tu.." Jawab Ikhwan membidas.

"Aku sudah bersumpah...manusia akan lenyap begitu juga Haiwan Mistik yang tidak mengikut arahan aku..." Balas suara tersebut.

Ikhwan tidak menjawab sebaliknya dia memerhatikan keadaan magis kurungan itu,kemudian dia hanya mengangguk sahaja dan seakan tuan empunya suara itu menyedari tekanan yang dilepaskan oleh Ikhwan.

"Baiklah,aku nak tengok bagaimana kau nak lepaskan diri..." ujar Ikhwan dingin.

"Kau perkecilkan aku Raja Naga?....." suara itu berkata lagi dengan nada marah.

Ikhwan tidak membalas dan terus berpaling lalu melangkah pergi,empunya suara itu tidak berkata apa-apa lagi hanya memerhatikan Ikhwan beredar. Sekelip mata Ikhwan terus lenyap dari pandangan mata,empunya suara garau itu hanya senyum di sebalik kegelapan.

"Menarik...aku tak sabar nak bunuh kau...pewaris Iskandar..."

Farhan yang baru keluar dari kafe Arjuma dan menunggang motorsikalnya,terhenti gerakannya dan mendongak ke atas seakan menyedari sesuatu. Fara kehairanan dengan reaksi suaminya,dia mengampiri Farhan dan mendongak ke atas langit.

"Abang tengok apa?" soal Fara.

"Macam ada sesuatu di atas langit..." Farhan menjawab sambil mengamati keadaan awan dan langit.

Awan yang cerah sedikit demi sedikit berubah seakan mendung,kilat gelap mula kelihatan danm Farhan tersentak. Arjuma yang sedang mengemas di dapur terhenti,turut merasai aura yang aneh dan kurang menyenangkan.

"Fara....teleport ke istana Mentari sekarang..." arah Farhan.

"Ah? Tapi kenapa?" soal Fara.

"Just do what i told..." Farhan berkata dengan nada dingin.

Fara terkejut kemudian menundukkan kepalanya dan tubuhnya bercahaya,lalu terus lenyap ditelan cahaya terang. Farhan tersenyum kelat tetapi untuk mengelakkan dari bahaya itulah yang patut dia lakukan,tapi itu perlu kerana bahaya sedang menghampiri Green City. Ikhwan yang sedang terbang laju sedar awan gelap tebal tersebut,dia menambahkan kelajuan dan terus mendarat tidak jauh dari Farhan berada.

"Ikhwan...." Farhan terkejut dengan kehadiran sepupunya itu.

"Farhan...." Ikhwan berjalan menghampiri Farhan.

"Hey apa yang berlaku? Alahai apa benda pula tu.." Arjuma keluar bertanya sebelum menyedari awan gelap di atas bandar.

"Irfit?" soal Ikhwan.

"Tak ni benda lain..." ujar Farhan.

Farhan dan Ikhwan serta Arjuma mendongak ke atas,awan gelap itu mula bergerak dan membentuk menjadi sesuatu bentuk yang amat besar. Sedikit demi sedikit bentuk semakin jelas,Arjuma dan Farhan serta Ikhwan mendesah pendek.

"Dark dragon....." Farhan berkata dan naga berwarna hitam itu mengaum sekuat hati.

Orang awam semua terkejut dengan kehadiran naga gelap yang besar itu,auranya membuatkan segelintir meraung dan juga ketakutan. Ikhwan hanya mampu memerhatikan sahaja,ternyata daya kuasa itu dari Marvus.

"Yeah....and its huge,and its pain in the ass..." Arjuma berkata sambil menurunkan cermin matanya.

"Tapi kenapa muncul di sini?" soal Farhan.

"Marvus kirim salam...." jawab Ikhwan.

"I see..kau lawat dia tadi?" soal Farhan dan Ikhwan hanya mendiamkan diri sahaja.

"Alahai ni aku kena tolong la ni?" soal Arjuma menghela nafas kecewa,Farhan tersengih dan Ikhwan tersenyum.

"Nampaknya kau kena tutup kafe awal...." balas Ikhwan.

"Whatever...baik uruskan cepat..." Arjuma berkata sambil anak matanya berubah warna keemasan.

"Yeah agree...." Farhan rambutnya berubah menjadi putih.

"Pastikan tiada orang awam cedera..." Ikhwan memberi arahan.

"ROGER!..." Farhan berkata serentak meluru ke arah naga tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top