CHAPTER 23 : DEVICE OF DARKNESS
Sedikit gambaran dari GADGET CITY pada media
GRAAAHHH!!!!
ROOOAARRHH!!!
Puluhan raksasa kegelapan berlari ke satu arah,kemudian pada arah yang raksasa kegelapan semua itu tuju. Tiga orang berjalan selamba ke arah raksasa tersebut,salah seorang menyeluk tangan dalam saku seluar. Seorang lagi sekadar menguap dan seorang lagi meregangkan ototnya,Ikhwan dan Farhan di tengah serta Amien hanya merenung tajam ke arah puluhan ribu raksasa kegelapan itu semua.
"Jadi apa status Luqman?" soal Ikhwan menghubungi Luqman dalam talian,Farhan dan Amien menunggu jawapan.
"Baik...ermm...ermm...bagus.." Ikhwan berkata dengan wajah seriusnya.
"Bagaimana Wan?" soal Farhan sebaik Ikhwan mematikan talian.
"Pelindung dah aktif semula...jadi tiada masalah.." ujar Ikhwan.
"Thank God!..." Amien mengepalkan penumbuk.
"Baiklah..." Farhan memandang ke arah raksasa kegelapan yang semakin hampir,mereka bertiga menumpukan kuasa masing-masing.
Ikhwan segera berubah ke bentuk Blaze dan Amien pula muncul corak pada wajahnya,Farhan turut berubah kepada Wyvern dan rambutnya berubah hijau cerah. Ikhwan segera mengangkat tangannya ke atas,muncul bebola gergasi berwarna biru dan Ikhwan terus tujukan pada musuh yang berada di hadapan mata.
BOOOMMMMM!!!!
BOOOMMMMM!!!!
"Show OFF!..." kata Amien pula tersengih,kemudian terus melompat ke udara.
"OOoo........." Amien menjunam ke bawah raksasa kegelapan.
"Raahhh!!!!...." letupan kuat di tengah raksasa kegelapan itu.
Farhan pula berpandangan dengan Ikhwan,seperti dapat mengagak apa yang diinginkan oleh Farhan. Ikhwan segera menyalakan apinya dan Farhan menghasil angin tornado,Ikhwan pula menyembur apinya.
"BLAZE INFERNO!!!!....." Jerit dua orang sepupu itu serentak,serangan itu begitu kuat dan Amien hampir terkena tempiasnya.
"Woi! Did you guys wanna try kill me or what?" soal Amien geram dan salah satu raksasa cuba menerkam dari belakang,Amien segera melakukan menumbuk dengan belakang tapak tangannya.
DUSSSHH!!!!
KLONNGG!!
"Relax la bro...tak mati lagi kan?..." soal Farhan selamba dan Ikhwan hanya membuat muka tidak bersalah.
"Herr...korang berdua ni....grr..." Amien merengus geram dan memalingkan,seraya menghentak kaki ke tanah dengan sekuat hati dan rekahan pada tanah berlaku.
BRAAMMM!!!
KRONGGG!!!
KLONNGG!!!
"Betul punya marah ni...." ujar Ikhwan dengan mencebik selamba.
Farhan menarik pedang Sacred Wind Blade dari bulatan magis dengan pantas,lalu mencantas musuh yang meluru ke arahnya kemudian dia melompat ke atas dan terus menghayunkan libasan pedangnya. Hampir separuh musuh telah ditewaskan,namun musuh masih mara dan Farhan tertanya-tanya berapa lama dia boleh bertahan?
"Thousand Fire Sword..." Ikhwan menghasilkan jisim pedang dari api birunya,puluhan ribu terapung di udara.
"IGNITE!!..." Puluhan ribu pedang terus merempuh musuh.
TUUUSSS!!
TUUUSSS!!
TUUUSSS!!
BOOMMM!!!
Letupan dahsyat terhasil dan Ikhwan serangannya tidak terhenti di situ,lalu menyalakan api birunya dan melibaskan tangan kemudian terhasil semburan api yang begitu marak sekali.
ZROOOSHHH!!!
BOBOBOBOMMM!!!!
"Woo...someone fired up..." kata Amien kemudian mengaktifkan bulatan magis,dan dimasukkan sebelah tangannya ke dalam bulatan magis itu.
Tidak lama kemudian Amien mengeluarkan satu tukul gergasi,dan terus dilibaskan ke arah para musuh yang cuba menyerang mereka. Serangan Amien masih berterusan di mana tukul itu masih lekat pada tanah,kemudian dia menyeret sambil menghayunkan pada raksasa kegelapan yang banyak itu.
"GAIA....HAMMER!!!...."
BRAAMMMMM!!!!
KLONGG!!!!!!!
Rekahan tanah menjadi semakin teruk akibat hentakan tukul gergasi milik Amien,Ikhwan dan Farhan hanya berpandangan kemudian menyedari serangan mengejut salah seekor raksasa kegelapan itu.
Farhan melenyapkan pedang besarnya kemudian terus menyeru sebilah lagi pedangnya,lantas dia membelah raksasa itu menjadi dua bahagian dan badan raksasa itu lenyap menjadi debu.
"Damn it!... Mana si jahanam tu?!.." kata Amien sambil menghentak salah satu raksasa menggunakan tukul gergasi miliknya.
"Rasanya dia menuju ke utara...Han!.." Ikhwan menjawab kemudian memanggil sepupunya.
"Huh?..." Farhan menoleh ke arah Ikhwan.
"Kau kejar Kaser! Musnahkan device yang dia gunakan untuk seru makhluk semua ni...kalau tak kita akan bertarung tanpa henti!..." ujar Ikhwan.
"Roger that!..." kata Farhan kemudian terus pergi meninggalkan mereka berdua.
"Kirim salam aku pada jahanam tu!.." laung Amien selamba,Farhan sekadar tersengih sahaja.
Farhan terbang laju mencari daya nafas milik Kaser,apa yang berlaku sebenarnya dan kenapa raksasa atau makhluk kegelapan itu boleh muncul?
Semuanya berlaku dengan pantas dan Farhan tidak boleh mengeluh,kerana dia kena hentikan rancangan jahat Kaser untuk kali ini dan tamatkan semuanya.
"Tak guna kau Kaser!!..."
Pada masa yang sama seorang lelaki di lewat usia 40an,mengenakan kot lab berwarna putih berdiri tersenyum licik memerhatikan Green City. Bandar itu dilindungi oleh satu pelindung prisma,kemudian lelaki itu menoleh ke belakang pada satu mesin aneh.
"Soon...everything will perish!..."
🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Beberapa jam sebelum semua ini berlaku...
Farhan mengunyah gula-gula getah sambil mengembungkan umpama belon,kemudian diletupkan dan melakukan berulang-kali. Fara yang memerhatikan tindak-tanduk suaminya daripada tadi,hanya memerhatikan sahaja dan tidak lama lepas itu telefon pintar milik Farhan berbunyi.
"Abang mesej...." ujar Fara.
"Tengokkan siapa...mesti sepupu abang la tu..." kata Farhan selamba.
"Err..okay..." lantas Fara membuka kunci,dan membaca mesej memang benar kata Farhan.
"Siapa?..." soal Farhan mengangkat kening tersengih.
"Haah...memang abang Ikhwan..." ujar Fara.
"Apa dia nak tu?..." Farhan menoleh.
"Dia minta kita datang ke istana jumpa dia..sekarang..ada hal penting..."
"Hal penting? Hal apa?"
"Entah tak cakap pula dalam mesej ni.."
"Hmm...."
Smartphone kegunaan Farhan
Tanpa membuang masa Farhan bersiap untuk ke istana,Fara turut ikut bersama dan segera bertolak. Jentera baru pemberian Ikhwan selesa di bawah pengendaliannya,itu sudah tentu kerana Ikhwan meminta para pencipta membina mengikut kesesuaian Farhan.
Akhirnya mereka berdua tiba di hadapan pagar utama istana,menyedari kehadiran Farhan lantas para askar yang berkawal membuka pintu pagar tersebut. Farhan tanpa membuang masa memulas minyak,dan masuk ke dalam kawasan istana.
"Abang itu abang Ikhwan..." ujar Fara dan Farhan mengangguk faham.
Jentera dua roda itu diparkir di mana Ikhwan berada,Alisa turut bersama dan Amien serta Laura turut muncul di sebelah Ikhwan. Helmet ditanggalkan dan diletakkan pada seat motorsikal,Fara lantas turun dari motorsikal tersebut.
"Jadi ada apa kau panggil aku ni?" soal Farhan sebaik turun dari motorsikalnya.
"Tenang la....kita masuk dulu,sini tak sesuai nak berbincang..." kata Ikhwan beredar,Alisa menyusul kemudian Amien dan Laura.
Farhan dan Fara berpandangan sesama mereka,Fara mengangkat bahu sambil tersenyum kelat dan terus menyusul mereka. Farhan mengusap belakang kepala sambil menggelengkan kepala,kemudian melangkah turut menyusul isterinya.
Akhirnya mereka berhenti di hadapan pintu makmal,nama professor yang bertugas tidak lain dan tidak bukan.
"Professor Zahari dah balik dari bercuti ke?" soal Farhan.
"Haah baru semalam...." jawab Ikhwan meletakkan tapak tangan pada mesin pengimbas.
"Identity confirm....Ikhwan Al'Solleh..." satu suara android bergema dengan tiba-tiba.
Bilik Makmal dan Super Computer di bawah penyeliaan Professor Zahari
"Prof? Are you there?!..." laung Ikhwan dan memerhatikan keadaan sekeliling,kemudian tidak lama kelihatan benda bergerak dan mereka mengambil langkah berjaga-jaga.
"Huh? Sixth...are you here already? That fast..." ujar Professor Zahari.
"Yeah sorry for interrupt your napping...but the thing I mentioned about..." sebaik Ikhwan berbisik sesuatu,professor Zahari mengangguk faham dan pergi ke arah monitor komputer super miliknya.
Professor Zahari meregangkan ototnya kemudian meletupkan jari-jemarinya,nafas ditarik dalam-dalam dan dihembuskan serta jarinya menaip dengan pantas pada papan kekunci. Amien dan Farhan terbeliak mata dibuatnya,Fara serta Laura tidak terkecuali dan Ikhwan serta Alisa berpandangan lalu tersengih melihat reaksi mereka berempat.
"Ini...benda yang tuan putera mahukan?" soal professor Zahari menuding jari pada satu alat kecil.
"Apa benda tu Wan?...." Farhan menyoal dan ketika Ikhwan cuba menjawab,Amien separuh menjerit dan terkejut melihat benda yang terpapar pada skrin.
"Amien?...." Farhan dan Ikhwan kehairanan,Laura memegang bahu suaminya.
"Abang okay?.." soal Laura risau dan Amien hanya mengangguk lemah,Alisa dan Fara berpandangan kehairanan.
"Wan itu adalah device yang mampu menyeru raksasa kegelapan dari dunia Kematian..." jelas Amien dan Farhan serta Fara terkedu,begitu juga Laura namun tidak pada Ikhwan serta Alisa.
"Ya aku tahu tu...." kata Ikhwan.
"Tapi kenapa kau nak ambil tahu hal alat tu?" soal Amien.
"Berdasarkan reaksi kau seperti ini,jadi kau tahu di mana alat itu disimpan sebelum ni?" soal Ikhwan dan Amien mengangguk.
"Kau tahu di mana benda tu Amien?" soal Farhan pula.
"Ia disimpan di Runtuhan Purba di tengah lautan pasifik.." kata Amien memberi penjelasan.
"Ia dah dicuri Amien...." jelas Ikhwan dan mereka semua terkejut.
"Apa?"
Heya its me wanzeneth here...
How's going my story so far,sorry la kalau lama menunggu update novel ni..
Aku pun sama je situasi dengan JM..sekarang ni pasal feeling nak mengarang dah mula goyah sedikit.
Mohon maaf la kalau aku kecewakan korang tapi,aku pun kecewa sebenarnya sebab reader just vote dan tidak komen apa-apa dari pengarangan aku.
Aku cuma nak berinteraksi dengan para sahabat reader dan juga silent reader semua.
Tapi tak apa la tak ada yang sudi.
So its okay..
Jangan nak salahkan aku kalau semua novel aku terhenti macam tu je..!
chow!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top