CHAPTER 19 : AMARAN FARHAN

"Terima kasih banyak-banyak tuan putera...jika kamu bertiga tidak datang selamatkan kami..tak tahu la apa akan jadi.." kata salah seorang penduduk kampung di pulau itu.

"Tidak apa jangan berterima kasih,itu adalah tugas saya memastikan rakyat saya sentiasa dalam keadaan selamat.." balas Ikhwan dan Farhan serta Amien ketika itu melihat dari lokasi yang agak jauh sedikit.

Farhan sekadar memerhatikan sahaja Ikhwan yang berbual dengan penduduk pulau itu,kemudian dia memeriksa cebisan kain yang dia temui pada serpihan robot tempur itu. Sebuah lambang ular hitam? Bukan Black Cobra ini berlainan,ini pandangan ular dari sisi.

"Kau pegang apa tu?" Soal Amien kehairanan.

"Kau pernah nampak lambang ni?" Soal Farhan menghulurkan cebisan kain itu pada Amien.

"Eh...itu lambang Serpent Cobra..kenapa kau ada benda tu?" Jawab Amien terkejut sebaik mengambil dan mengamati cebisan kain itu.

"Aku jumpa selepas kalahkan robot besar tadi.." jelas Farhan.

"Takkan la yang takluk pulau ni tadi adalah kumpulan Serpent Cobra.." kata Amien lagi

"Itulah aku rasa tidak sedap hati pula..." balas Farhan.

"Serpent Cobra..." Ikhwan muncul dengan tiba-tiba.

"Ikhwan..." ujar Amien dan Farhan serentak.

"Kalau tidak silap masa peristiwa kapal armada tempoh hari,askar Mentari ada berikan aku cebisan kain lambang itu...juga.." jelas Ikhwan.

"Mereka ada kaitan dengan Black Cobra ke?.." soal Amien berfikir.

"Memang ada tapi...tujuan mereka berlainan.." jawab Ikhwan lagi.

"Berlainan?.." soal Farhan.

"Baru aku teringat,semasa aku dengan Laura merentasi di gurun pasir aku ada berlawan dengan kumpulan ni!..." ujar Amien mengetuk tapak tangannya.

"Bila tu?..." soal Farhan.

"Setahun selepas aku berkenalan dengan Laura,aku ada tugasan yang diminta oleh satu pihak.." ujar Amien memberi penerangan.

"Masa itu aku terserempak dengan mereka,aku tak kenapa tapi diorang serang kami berdua..je tiba-tiba.." kata Amien mengerutkan dahinya.

"And then?" Farhan menyoal lagi.

"Aku rembat diorang semua la apa lagi..." kata Amien dengan selamba.

"Jadi diorang ada di negara ini? Memang cari nahas.." kata Ikhwan pula.

Farhan memeriksa sekitar kawasan pulau,tiada apa yang curiga baginya. Semasa dia menjejak kakinya di pulau ini,dia dapat rasakan tenaga ki yang amat kuat serta negatif. Tetapi selepas dia uruskan robot tempur itu,tenaga itu terus hilang macam itu sahaja.

"Han.." Ikhwan menyentuh bahu Farhan.

"Huh?.." Farhan menoleh.

"Better we head back,biarkan urusan pada pihak berkuasa.." ujar Ikhwan kemudian beredar disusuli Amien.

"Bukan kau ke pihak berkuasa tu?" Usik Farhan.

"Shut up..aku ada urusan lain.." ujar Ikhwan beredar.

Farhan sekadar ketawa kecil melihat muka bengang sepupunya,dia tahu kenapa Ikhwan berperangai seperti itu. Namun langkah tiga pahlawan naga itu terhenti,apabila daya kuasa negatif yang amat kuat.

"This energy ki.." Farhan memandang keadaan sekeliling.

"Only three of us can sense it.." kata Ikhwan pula.

"Enemy? To much negative energy.." Amien pula mencelah.

Mereka bertiga hanya mendiamkan diri,tidak berkata sepatah pun. Tanpa mereka sedar,suasana menjadi agak sunyi-sepi. Kemudian keadaan persekitaran berubah tempat,Farhan terkejut dengan apa yang berlaku.

"Nampaknya kita masuk ke alam lain.." ujar Ikhwan menghela nafas pendek.

"Alam lain? Alam bunian ke?" Soal Amien.

"Lebih kurang la..." jawab Ikhwan memerhatikan keadaan sekitar kawasan.

"Jadi..siapa punya kerja ni?" Soal Farhan dan Ikhwan tidak menjawab,kemudian menghasilkan pedang berwarna biru apinya.

"Ikhwan?" Farhan kehairanan.

Lantas tanpa membuang masa,Ikhwan segera membaling pedangnya ke satu kawasan semak berhampiran. Farhan dan Amien berpandangan,Ikhwan memerhatikan ke arah balingan pedangnya.

"Keluar,aku tak percaya kau kena balingan pedang aku.." ujar Ikhwan.

Kawasan semak itu mula bergoyang,Farhan dan Amien bersiap sedia. Ikhwan hanya menyilangkan tangannya,memerhatikan dan menunggu sesuatu. Akhirnya kelibat seseorang muncul,Farhan terkejut dan tergamam.

"Elf?" Amien terkejut.

Lelaki itu tersenyum sinis dan dia adalah bunian kegelapan,ataupun dark elf jika ingin mudah disebut. Ikhwan sekadar mendesah kemudian menunggu kata-kata lelaki bunian itu,rasa marahnya ditahan.

"Siapa kau?" Soal Farhan.

"Nama aku Reiss..." kata lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Reiss.

"Apa kau nak? Perangkap kami dalam medan kuasa seperti ini?" Soal Amien pula.

"Kalian bertiga mengganggu kerja kami,jadi aku tidak boleh lepaskan kamu hidup-hidup!" Kata Reiss menunjukkan penumbuknya.

"Apa kau cakap?" Amien terkejut begitu juga Farhan,namun Ikhwan sekadar mendiamkan diri.

"Apa kena mengena kau dengan Serpent Cobra?" Soalan Farhan membuatkan Reiss senyum sinis.

"Aku adalah ahli tertinggi dalam kumpulan itu,dan sesiapa yang mengganggu kerja kami akan dihapuskan! Kamu semua banyak kali mengganggu kerja kami.." kata Reiss bongkak.

"Kami adalah Serpent Cobra,kami tidak boleh dihentikan...sesiapa yang menentang akan dihapuskan.." tambah Reiss lagi dengan angkuh

"Juga medan kuasa ini adalah kawasan aku,tidak mungkin kau mampu tewaskan aku.."

Sebaik sahaja Reiss selesai berhujah,rantai gelap terhasil dan mengikat Farhan dan Amien serta Ikhwan dengan mengejut.

"Apa?!" Farhan dan Amien kaget,Ikhwan pula sekadar mendesah lagi sekali.

"Ikatan apa ni? Kuatnya!" Kata Amien resah.

"Aku diberitahu kamu adalah pahlawan terkuat...tapi itu semua indah dari rupa...hahaha.." kata Reiss yakin.

"Ini semuanya membosankan.." kata Ikhwan mula hilang sabar,Amien dan Farhan tersengih.

"Apa kau cakap?" Reiss merenung Ikhwan dengan pandangan tajam.

"Hmph!!" Ikhwan menggerakkan tangannya yang disilangkan itu dengan mudah,lalu rantai yang mengikatnya terlerai dan musnah.

"T-tak mungkin..ini zon aku,mustahil kau mampu mengatasinya!!" Reiss tidak puas hati atau menerimanya.

"Kau ingat magik tahap rendah ini mampu tahan aku?" Kata Ikhwan cuba melakukan tindakan.

"Nanti Ikhwan!" Farhan menghentikan sepupunya.

"Farhan?" Ikhwan menoleh ke arah Farhan.

Reiss kehairanan dengan tindakan Farhan,Amien sekadar mendiamkan diri sahaja.

"Biar aku yang uruskan!" Kata Farhan memusnahkan rantai hitam yang membelitnya.

"Heh! Okay,serahkan pada kau.." kata Amien turut memutuskan rantai hitam tersebut.

"Apa? Tak mungkin!" Reiss menahan geram.

Farhan meregangkan ototnya,sambil diperhatikan oleh Ikhwan dan Amien. Farhan menumpukan kuasanya pada tangan kirinya,lalu satu hayunan dilakukan dan zon milik Reiss terpadam. Mereka kembali ke alam nyata semula,Reiss sekali lagi terkejut.

"No way..it's impossible!" Reiss berundur ke belakang.

Teknik zon Reiss telah dipatahkan dengan mudah oleh Farhan,Ikhwan dan Amien sekadar berdiri di belakang. Ini kerana permintaan Farhan untuk selesaikan seorang diri,Ikhwan yakin sepupunya mampu uruskannya tanpa pertolongan daripadanya.

"Aku tidak akan maafkan kau,setelah apa kau buat pada penduduk pulau ini.." kata Farhan dan rambutnya berubah warna putih,anak matanya berubah merah menyala.

"Heh! You bluffing..huh?" Kata Reiss sebelum terkejut apabila Farhan hilang dan muncul di hadapannya dengan tiba-tiba.

Farhan merenung Reiss dengan pandangan yang amat tajam,Ikhwan dan Amien tersenyum kerana keputusan sudah diketahui. Tangan Farhan muncul bebola angin,sebesar dua kali ganda bola baseball.

"Haaa....terbang kau jauh-jauh!!!" Jerit Farhan sebaik melancarkan serangan tepat ke perut Reiss.

"ARGH!!!" Reiss mengerang kesakitan,tekanan angin yang dihasilkan oleh Farhan begitu kuat.

"Ini amaran aku,kalau kau cabar kami..kau akan terima balasannya!!" Farhan berkata merenung Reiss.

"Kau..." Reiss mula berang.

"WIND SPHERE!!"

DUUSSHH!!!!

ZUOOSSHH!!!

Reiss melambung jauh sehingga tidak lagi kelihatan bayangnya,Ikhwan dan Amien bersiul melihat keadaan itu dengan tersengih.

"Uuu...that must be hurt.." kata Amien.

"You wanna try it?" Soal Ikhwan.

"I'll pass.."

"Hehe..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top