⸙ | 41
📜 chapter 41 📜
_____
Bumi Seoul
"Hyunggggg, dah dengar tak pasal si putera katakkk?"
Jauh diseberang jalan, Lee Chan menjerit kepada dua orang.. Ops, dua makhluk pengajanya sambil berlari ke arah mereka.
Tidak dengar? Oh, pengajanya itu bukanlah pekak. Mereka bahkan boleh mendengar suara yang tidak terucap di bibir. Suara hati.
Seperti membawa berita besar, remaja itu tidak sabar untuk berkongsi cerita kepada dua makhluk yang selalu ada disampingnya selama ini.
"Putera katak? Siapa dia? Aku terlalu banyak mengenal orang–" Jeonghan bercakap seorang diri.
Namun tampaknya dia seperti sengaja menguatkan suara supaya didengari oleh Jisoo di sebelahnya.
"Ahh.. Putera katak? Bukankah dia yang menjaga si manusia kucing itu dahulu?" Jisoo meneka. Dia terangguk angguk sendiri.
"Oh, benar! Aku yang menyimpan pedangnya selama ini, bukan?" akhirnya Jeonghan juga mengingatinya.
Dalam masa yang sekejap, Lee Chan telah pun muncul di depan mereka dengan nafas termegah megah.
Jeonghan tersenyum.
Duhai manusia istimewa, yang boleh menembusi alam manusia, alam haiwan dan termasuklah alam makhluk fantasi seperti malaikat.
Bukankah pelik jika orang orang melihatnya bercakap dengan 'angin'?
"Kenapa? Dia sudah menjadi raja?" soal Jisoo.
Lee Chan kecewa. Baru nak teruja bagi berita. Mereka sudah tahu dari awal.
"Baguslah begitu.." kata Jeonghan.
Angin bertiup menerbangkan dedaun kering. Dua malaikat dan manusia itu melihat langit.
Putera itu memiliki pengalaman paling mencabar dibandingkan dari raja raja terdahulu sebelum menjadi raja. Dia pastinya menjadi raja yang hebat.
"Haa.. Kajja!" selepas menikmati hembusan angin itu, Lee Chan terus menarik tangan kedua malaikat itu dan menjalani hidup penuh fantasinya seperti biasa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top