⸙ | 23
📜 Chapter 23 📜
_____
"Comellah kucing ni."
Setelah putera katak tadi pergi tanpa mendapatkan jawapan dari mereka, salah satu cucu kepada Grandma Fairy menghampiri Jun yang ditinggalkan begitu sahaja.
Seokmin membelai Jun dengan lembut sementara Grandma Fairy sedang memeluk tubuh sambil memikirkan motif sang putera katak.
"Apa yang dia cuba lakukan?" gumannya seorang diri.
Kringg!
Loceng berbunyi. Semua perhatian mereka teralih.
"Grandma Fairy! Hoshi sudah datang! Harimau buas menjamin keluarga bahagia~" kata harimau jadian yang bernama Hoshi itu dengan bersemangat sekali sampai mendepakan tangan.
Mereka semua agak terkejut tapi tidak memberi reaksi apa apa. Terkakulah Hoshi yang masih mendepakan tangan dengan malu.
"Meow." tiba tiba Jun mengiaung dan melompat dari tangan Seokmin.
"Eh, eh, kucing! Nak pergi mana?"
Jun berlari dan mengesekkan badan di kaki Hoshi. Terkejut anak harimau itu sampai terlompat seperti katak.
"Arghhh, natang apa ni natang apa ni?!"
"Meoww."
Jun mengiaung sekali lagi sambil melihat Hoshi dengan mata bersinar.
"Ehh, kucing.." dalam terkejut melihat kucing, entah kenapa Hoshi berasa gembira tanpa sebab.
Kucing oren itu, tampak fimiliar. Tapi dia tidak pernah jumpa kucing itu sebelum ini.
Entahlah, mungkin perasaan dia sahaja.
Hoshi membongkokkan tubuhnya dan menatap Jun.
"Hai, nama awak siapa?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top