༆ | 20
📜 chapter 20 📜
____
Setelah hampir satu per tiga penduduk katak ditelan, serangan tentera ular mula perlahan.
Tentera mereka sememangnya banyak, namun masing masing sudah kenyang setelah menelan dua tiga ekor katak.
Ular tidaklah setamak yang dibayangkan.
Di satu sudut, Raja Ular memerhati situasi di tasik itu dengan tenang. Ia seperti menunggu sesuatu yang tidak kunjung datang.
"Dimanakah putera katak yang disebut sebut telah membunuh Sang Belatuk Ular? Aku sama sekali tidak melihatnya." ucap Raja Ular dengan bongkak.
Dapat dirasakan aura kemenangan apabila tiada sesiapa yang berani menjawab pertanyaannya.
"Ehem!"
Tiba tiba ada satu suara kuat yang berdeham. Suara itu datang dari batu besar di hujung tasik.
"Kau panggil aku? Akulah tu, sang putera katak!" jerit Minghao dari kejauhan. Di belakangnya terlihat semua pengawalnya dan katak katak yang ingin menegakkan keadilan.
"Cis! Jadi kaulah yang membunuh Sang Belatuk Ular?! Biar aku sendiri yang telan kau. Ppsssss."
Raja Ular terus laju menjalar ke arah Minghao dan tenteranya.
"Satu.. Dua, mula!"
Seiring hitungan detik, seluruh katak katak membuka mulut.
"Hujann, turunlah dikau~ Kami katak katak comel berada di dalam bahaya.
Hujann, turunlah dikau~ Halaulah ular ular itu, kalau boleh dibunuh juga~"
Dan menyanyilah mereka dengan harmoni dan merdu. Memanggil hujan yang dianggap rahmat. Raja Ular dan tenteranya kebingungan.
Tik.. Tik..
Satu titis air hujan jatuh di bumi, diikuti dengan jutaan titisan lain. Ular yang membenci hujan mula tidak keruan melarikan diri.
Begitulah tamatnya serangan Raja Ular dan tenteranya yang berakhir dengan kegagalan kerana hujan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top