༆ | 17
📜 chapter 17 📜
_____
Sejak dari hari itu, Minghao telah memerintahkan seluruh rakyatnya untuk mencari pedang saktinya di seluruh pelusuk dunia.
Namun begitu, dek kerana katak katak itu hanyalah satu makhluk kecil, mereka hanya mampu mencari tidak jauh dari kawasan Tasik Keladi.
10 tahun dihabiskan begitu sahaja dan putera katak itu telah selesa dengan pangkatnya yang tinggi. Dia banyak berubah menjadi lebih matang apabila mengingatkan dendamnya kepada manusia.
"Tuanku putera, patik mendengar desas desus bahawa Raja Ular dan bala tenteranya akan menyerang perkampungan kita pada tahun ini. Patik harap kita dapat buat persediaan sebelum.."
Katak yang dahulunya hanyalah penghulu kini secara tidak rasmi menjadi orang kanan putera katak.
Malangnya, nasihat itu diabaikan. Minghao sekarang hanya pentingkan keperluannya iaitu Pedang Elvientz kesayangan yang telah sepuluh tahun menghilang. Hiks.
Ah, tidak! Dia masih memerlukan katak katak ini untuk mencari pedangnya sementara dia duduk bersenang lenang di singgahsana.
"Arahkan semua katak katak untuk mencari pedang itu secepat mungkin! Luaskan kawasan pencarian hingga ke tempat yang paling jauh. Dengan itu, kita bahkan tidak memerlukan tentera untuk melawan ular. Aku cuma perlu ayunkan pedangku dengan sekali libasan, maka semua ular itu akan mati."
"Baiklah, tuan putera."
Pengawalnya pun bergegas keluar untuk menyampaikan arahan tadi kepada semua katak.
"Err, putera pasti ke rancangan ini akan berjaya?" bekas penghulu mengutarakan kerisauannya.
"Jangan risau. Asalkan pedang itu dijumpai secepat mungkin." balas Minghao dengan tenang. Pada masa yang sama, dia tersenyum sinis.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top