༆ | 16

📜 Chapter 16 📜
______







Lubang Ular

"Sang Belatuk Ular telah dikalahkan. Kami mendapati orang yang kalahkan Sang Belatuk Ular ialah sekutu bangsa katak." si ular kecil itu memberikan laporan sesuai kajian dia selama dua minggu ini.

Di hadapannya, Raja Ular sedang menahan marah. Sesungguhnya ia murka.

"Siapakah geranan orang itu?!" soal Raja Ular dengan lantang.

Terasa kecut kulit bersisiknya, namun ular kecil itu tetap menjawab.

"Err.. Kalau tak silap, dia ialah raja katak.."

"Pss.. Putera katak." kawannya membetulkan.

"Ahh, ya. Putera katak."

Raja ular mengetuk tanah dengan ekornya. Kalau ada tangan mungkin lebih dramatis.

"Aku akan kalahkan bangsa katak itu dan makan mereka semua. Kau! Siapkan bala tentara."

Seekor ular prajurit menjadi mangsa ditunding. Tanpa membantah, dia terus akur dengan perintah itu.

Kala ini amarah raja ular membara. Atas kematian salah satu ular terkuat dalam komuniti mereka, dia berjanji akan membalas dendam.

"Kau tunggulah Putera Katak. Akanku hapuskan kau bersama bangsa kau sekali!"
______


"Daulat, tuanku."

Aku mengangguk angguk tanpa henti. Kalau aku tetap kena jadi raja kat tasik ni, macam mana aku nak cari pedang aku?

Dengan tubuh hodoh yang susah digambarkan ini, aku duduk menghadap rakyat katak ini dengan satu posisi.

Ya, posisi katak yang seperti biasa.

Tapi mungkin aku boleh perintahkan mereka cari pedang aku. Ha, betul! Bagus, bagus.

Tak syak lagi, menjadi putera katak adalah pilihan yang terbaik!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top