༆ | 08

📜 chapter 8 📜
____



"Oi, anak muda. Bangun ni dah tengahari naw. Apa nak jadi anak muda zaman sekarang ni.."

Suara nenek tua menyinggah telinga aku. Adakah aku sedang bermimpi? Well, aku mana ada nenek.

"Bangun, bangun, bangun.."

Tapi kenapa asyik suara ni je muncul dalam mimpi?

Jap, sakarang ni aku kan ada kat bumi. Jadi.. Jadi..

Aku mendadak bangun dari perbaringan dan mencelik mata tepat ke arah matahari. Woyh, terbakar mata aku.

"Hah, bangun dah. Ish, ish, ish."

Selepas kejut aku tadi, nenek tu terus pergi macam tak ada apa apa. Aku mengeluh. Ni mesti sebab aku leka tengok bulan semalam sampai tak tidur.

Dua ketul tu pun satu, bukannya nak kejut aku.

Aku menoleh ke belakang. Aik, kenapa pintu kunci?

Aku bangun dan cuba mengetuk pintu.

"Halo, halo ada orang nggak?"

"Woi, nak. Dua orang semalam tu dah pergi. Diorang balik negara dia." kata nenek tadi yang entah muncul dari mana.

"Ehee?!" terkejut aku dengar.

Baru semalam kami beramah mesra. Hari ni dah berpisah beribu kilometer.

Tak mengapalah sahabat, akan ku kenang jasamu.

"Tak ada masa, aku kena cari peneman baru." bisikku sendiri. Aku mencari pedang Elvientz yang disayangi.

Dicari sana diraba sini, tidak jumpa.

"Eh mangkuk, mane pulak pedang aku?" aku mengomel.

Tapi, whut..? Tak ada.. Takkan lah, PEDANG TU DAH HILANG!?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top