Final Chapter : Sekali Lagi Mereka Lakukan & Penamat?
"Luqman?! Kamu warnakan rambut kamu ke?! Sebelah lain.. Sebelah lain..!" ujar Razeedah terkejut mengusap kepala anaknya.
Luqman hanya mampu pasrah apabila kepalanya dimainkan oleh ibunya,Razeedah kerana tergamam dengan perubahan rambutnya itu.
Aminudden pula dibantu oleh Alia dan Hikari,untungnya ada dua isteri. Ahli skuad Luqman dan Aminudden pula,telah lama bersurai begitu juga Siddiq dan Nazryn.
"Bonda.. Jangan goncangkan kepala saya.." ujar Luqman dan Razeedah hanya ketawa sahaja.
"Hehe.. Maaf.. Maaf.. Tapi tengok betul-betul la kan.." kata Razeedah merenung anaknya.
"K-kenapa ni bonda?"
"Luqman bertambah lagi kacak.. Hehe.." jelas Razeedah merosakkan lagi rambut Luqman yang sudah sedia serabai.
"Kacak dan jahat.." ujar Reezal yang muncul mengejut.
"Wah! Abang.. Terkejut saya tahu.." ujar Razeedah mengurut dadanya.
"Terkejut ke.. Maaf lah eh.." kata Reezal dengan muka selamba.
Aila dan Zareena hanya sekadar memerhatikan dari tepi,tidak lama lepas itu muncul pula Balqis. Aila tersentak dan Balqis menjeling ke arahnya,pancaran kilat bagaikan terhasil di saat mereka berbalas renungan.
Zareena yang ada bersama hanya sekadar menjadi 'tembok' untuk menghalang jika Aila dan Balqis mulakan sesuatu yang tidak elok.
"Alamak..." ujar Luqman dan Razeedah menoleh,kemudian tersengih.
"Anak ibu kacak kan.. Mesti ramai suka.." kata Razeedah dan Luqman hanya mengeluh kemudian Reezal menepuk bahunya.
Pada masa yang sama,Akif yang berada berhampiran mendengar kata-kata Razeedah dan beredar.
"Muka jahat kacak eh.. Hmm.." ujar Akif berfikir.
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
Ikhwan dan Z masih di tempat kejadian,ya kejadian pulau terhempas dan mereka dalam keadaan terapung. Alisa juga turut bersama,memerhatikan keadaan di perairan kawasan itu.
"Nasib baik terhempas di sini.. Kalau di negara kau?" ujar Z
"Jauhkan la.. Aku malas nak uruskan fail banyak-banyak.. Haih.." balas Ikhwan.
"Kau kata je macam tu.. Tapi buat gak kerja.." ujar Z.
"Aku tak pemalas macam Shiro tu.." balas Ikhwan.
Pada masa yang sama di dunia lain,di Kerajaan Emerald iaitu di bandar Alterald.
Hachiuu!!
"Eh.. Abang demam ke?" soal Emyriel hairan.
"Snff..tak adalah,ni mesti mulut puaka tu mengumpat abang.." balas Shiro bengang secara tiba-tiba.
"Hehehe.. Meriah kan mereka ada.." Emyriel berkata dengan senyuman menawan.
"Ya.. Ya.. Kalau Ikhwan tu mulutnya ada handbrake.." balas Shiro.
"Apalah yang mereka buat agaknya.." kata Emyriel tidak melayan keluhan suaminya sambil memandang ke luar tingkap.
"Tak elok mengumpat.." kata Z tersengih.
"Sudah la.. Ni kau ada contact August Dietrich?" soal Ikhwan.
"Mamat tu ke? Rasanya dah jarang aku jumpa dia.. Ada benda nak minta tolong dia ke?" soal Z pula.
"Tak apalah.. Nanti aku cuba hubungi dia sendiri.." jelas Ikhwan.
"Okaylah macam tu.. Aku minta diri la ye.." ujar Z.
"Ha.. Cepat sikit berambus.. Nanti Sarah bising.. Heheh.." balas Ikhwan dan Z sekadar mencebik,sudah biasa kena dengan Ikhwan.
Z terus lenyap dari pandangan mata Ikhwan,kemudian Ikhwan pula menoleh ke satu arah.
"Mari pulang?" soal Alisa dan Ikhwan mengangguk.
"Sekejap.." ujar Ikhwan menarik tangan Alisa.
Sekelip mata bibir Ikhwan menindih bibir Alisa,suasana menjadi sunyi dan sepi. Alisa terkejut sebelum membalas kucupan suaminya,kemudian bibir mereka terlerai.
"Jangan buat macam tu.. Terkejut saya.." ujar Alisa.
"Maaf.. Isteri abang terlalu cantik.." ujar Ikhwan tersengih dan Alisa hanya tersenyum menggelengkan kepala sahaja.
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
BAMM!!
TZZNG...
BAMM!!
ZZZNG...
Intan berlatih menembak dengan menggunakan senjata barunya,ketika ini dia berada di bilik latihan visual dan ditemani rakan baiknya iaitu Aqirah.
BAMM!!
TZZNG...
BAMM!!
ZZZNG...
Setiap kali drone keluar segera ditembak tepat,oleh Intan dan gerakannya semakin lincah dari biasa.
Zahari yang memeriksa dari bilik pemerhati,mengangguk tersenyum melihat keadaan tersebut.
"Boleh tahan senjata baru tu ya?" soal Aqirah pada Intan yang sedang menggilap senjatanya.
"Huh? Ya.. Mulanya sukar untuk kawal.. Tapi lama-lama saya dah boleh serasikan.." jelas Intan tersenyum.
"Intan,Aqirah.. Masa untuk tahap dua.."
Intan dan Aqirah mengangguk faham,mendengar suara Zahari menegur dari dalam bilik kawalan.
Level 2 will begin..
Location Selected
Abandoned town..
Latar belakang bilik berubah menjadi sebuah kawasan pekan yang ditinggalkan,Zahari pula sedang mengatur sesuatu dan butang 'ENTER' ditekan.
Lima buah drone jenis airbone muncul,Intan dan Aqirah bergerak mengelak apabila drone tersebut melakukan tembakan ke arah mereka.
TUSSH!!
TUSSH!!!
TRRR..!! TRRR..!!
Aqirah menarik senapang miliknya,dia terus berhenti saing berpusing dan membidik.
ZNNGG.. TZZM!!!
Salah satu drone berlubang dan Aqirah terus sambung berlari,kemudian dia segera berlindung dan memandang ke arah Intan yang berada tidak jauh dari pandangannya.
Empat drone berlegar-legar mencari mangsa,namun keempat-empat drone teruskan mencari.
Aqirah memberi isyarat dan Intan mengangguk,kemudian Intan menekan punat yang ada pada pemegang senapangnya kemudian menekan satu alat yang dipakai pada telinga.
Alat tersebut berubah menjadi alat pembidik senapang,Intan terus mengacukan senapang dan empat sasaran dikunci.
Full Charged...
Salah satu drone berjaya mengesan kedudukan Intan,namun gerakan Intan lebih pantas dan..
"Take this...!!" Intan menarik picu.
TZZM!!!
TZZM!!
TZZZMM!!
Empat tembakan dilepaskan dalam satu kali tarikan picu,empat drone tersebut yang cuba menyerang balas tetapi hanya sia-sia.
BOOMM!!
BOOMM!!
Level 2,Completed..
Hancur keempat-empat drone dan Aqirah menghenjut penumbuk,tanda gembira dengan pencapaian Intan.
"Untuk tahap ketiga.. Mahu teruskan tanpa berehat?" soal Zahari.
"Ya,tolong.." ujar Intan dan Aqirah serentak.
Zahari hanya tersenyum sahaja,dia menekan butang di panel seperti biasa.
Field Changed..
Forest
Intan dan Aqirah agak terkejut,melihat tempat mereka berlatih untuk tahap ini.
"Tempat ini.. Kawasan hutan.. Ia agak luar jangkaan.." kata Intan.
"Kawasan hutan huh..? Kamu berdua boleh uruskan?" soal Onyx di dalam tubuh Aqirah.
"Ia baru tahap ketiga Onyx.. Jangan risau.. Mereka berdua boleh uruskan.." ujar Blizzard Cerberus iaitu Spirit Beast Intan.
"Kau jangan lupa.. Ni adalah sistem yang dibangunkan oleh Ikhwan Syah.. Sebab itu aku risau.." jelas Onyx.
"Janganlah risau Onyx.. Saya boleh lindungi tuan puteri.. Lagipun saya adalah pembantu dan pengawal Intan.." jelas Aqirah pula.
Intan dan Blizzard Cerberus perasan sesuatu,segera dia tarik Aqirah bersembunyi.
"Puteri?" soal Aqirah kehairanan dan Intan hanya meletakkan jari pada bibir tanda suruhnya senyap.
Aqirah ingin berkata lagi tetapi sesuatu muncul,Intan hanya memerhatikan sahaja dan ianya adalah robot berbentuk seekor cheetah.
"Robot?" soal Aqirah dalam hati.
Cheetah memandang ke satu arah,merenung ke tempat persembunyian Intan dan Aqirah.
"Tch..! Aqirah,lindungi mara awak..!" segera Intan menarik keluar bom tangan.
Intan melemparkan keluar sebutir bom,jenis bom cahaya dan cermin mata hitam sempat dipakai Intan.
"Run!"
Robot cheetah mengaum kuat kerana lensa matanya,pedih dek cahaya dari bom yang dilemparkan oleh Intan. Robot cheetah itu senyap dengan tiba-tiba,benda itu memandang sekeliling kawasan kemudian sedar sesuatu lantas terus memecut hilang entah ke mana.
Situasi itu disaksikan oleh Zahari dengan tersenyum,dia mengangguk dan terasa menarik. Tidak lama lepas itu muncul Zharief,bersama tunangnya iaitu Hanny memasuki pintu.
"Ai? Prof. Jarang nampak kat sini..?" soal Zharief.
"Ah.. Kau,Zharief.. Hanny.. Tu ha.." ujar Zahari menunjukkan Intan dan Aqirah yang melompat dari dahan ke dahan pokok dari skrin monitor.
"Puteri bongsu Raja Reezal dengan pengawal peribadi dia.. Itu bukan senapang yang Ikhwan tunjukkan tu?" soal Zharief sedar senjata yang dipegang Intan.
"Ya.. Betul la tu." jawab Zahari.
"Nice.. Dah sempurna la ye?" soal Zharief lagi.
"Dari awak tanya pasal senjata tu.. Tak apa ke mereka berlawan dengan robot cheetah tu..?" soal Hanny dengan tiba-tiba.
"Apa maksud awak?" soal Zharief.
"Haha.. Nampaknya milady tahu tentang kebolehan robot A.I ni eh?" Zahari berkata kagum sambil tersengih.
(A.I : Artificial Intelligence)
"Ya.. Sudah tentu.. Lagipun.." Hanny berkata sambil menjeling ke arah Zharief dengan pandangan sinis.
"Ia adalah rekaan aku dan Akif.." satu suara menegur.
Mereka bertiga menoleh ke arah pintu sliding,wajah Yusri dan Akif terpacul di hadapan pintu.
"Ah.. Putera Yusri.." ujar mereka bertiga serentak.
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
Luqman dan Aminudden duduk di kerusi panjang,yang sudah disediakan di dalam taman istana. Pandangan ke atas langit,suasana yang aman dan kedengaran burung bernyanyi merdu.
"Cuaca yang indah kan bro.." ujar Aminudden.
"Ya.. Buatkan aku mengantuk.." balas Luqman.
Mereka berdua berhenti berbual,diselangi bunyi burung gagak bernyanyi sumbang.
Arkk...
Arkk...
Arkk..
"Seriously.. Why gagak?" soal Luqman.
"Blame on author.." balas Aminudden pula.
"Kau merepek apa setan?" soal Luqman.
"Setannya kau.. Bukan aku.." bidas Aminudden.
Suasana kembali senyap dan dua beradik itu terkebil-kebil di taman istana.
Gelagat mereka diperhatikan oleh Aila,Alia dan Hikari tanpa berbuat apa-apa.
"Apa yang mereka buat tu?" soal Aila.
"Jangan tanya.. Biarkan.." Alia membalas.
"Kenapa saya rasa dapat jangka apa yang berlaku lepas ni?" soal Hikari.
"Hey bang.."
"Hmm?"
"Aku bosan..."
"..."
"Aku bosan ni.."
"Dah tu apa kena mengena dengan aku?"
"Jom gaduh.."
Luqman memandang adiknya dengan muka poker,manakala Aminudden dengan muka yang bersinar-sinar dan keningnya terangkat-angkat.
"Otak kau ada hilang satu ke wayarnya? Ah.. Aku lupa.. Otak kau memang dah lama tak bersambung semua wayarnya.."
"Sememangnya muka jahat.. Kena dengan mulutnya.. Oh.. Aku teruja.."
Aminudden berkata sambil memeluk tubuhnya sendiri,sambil bergerak-gerak seperti cacing kepanasan. Luqman yang memandangnya hanya membuat muka geli dan jijik,Aminudden sedar dan berhenti dari terus melakukan sambil flip rambutnya.
"Susah kalau terlalu kacak ni.. Orang cemburu.."
KRAKKK!!
Kerusi panjang terbelah dua dek hentakan kaki Luqman,dan Aminudden sempat mengelak lalu mendarat selamat tidak jauh.
"Yabai.. Yabai.. Nasib baik sempat elak.. Kau semakin kejam bang,tu kerusi kalau uncle nampak marah nanti.."
"Kau nak mati cepat?" soal Luqman dengan muka di sebalik kegelapan,Aminudden pula menggamit tangannya.
"Come onnnnn.. Let's rock!" Aminudden bersorak.
"Don't blame me if you end up in ICU.."
"If you can bro.. If you can.. You're not the only who level up.."
Aila,Alia dan Hikari sekadar tersenyum kelat. Menggelengkan kepala dengan perangai suami masing-masing. Ikhwan dan Alisa yang ada berjalan berhampiran,sedar keadaan itu dan hanya memerhatikan dari jauh.
"Here they go again.." ujar Ikhwan.
"That's your nephew my dear.." balas Alisa.
Luqman tersengih dan Aminudden pula tersenyum,suasana menjadi sunyi dan sepi. Sekelip mata mereka terus lenyap,kemudian muncul semula di langit dengan tumbukan berlaga.
DUUUSSH...!!!
TALE OF BROTHERHOOD BOOK 1 : END
🔶====================🔶
HELLO GUYS
Terkejut ke aku tamatkan dengan tiba-tiba?
Well..
Tapi kan
Kan? Kan?
Aku ada letak BOOK 1 kan
So. Ada sambungannya buku ni
Tapi bukan sekarang ya..
Ada cerita lain..
Cerita baru dan siri baru
Ribuan terima kasih pada mereka yang menyokong siri ini
Tarikh untuk cerita baru bukan masa terdekat ini
Jadi korang harap bersabar
Layan cerita lain
That's all
Aku tak suka karang panjang sangat dalam satu buku
Sebab tu aku pecahkan
Janganlah risau,aku bagi rujukan nanti
Tajuk pun sama,cuma ada nama tambahan je
Okay guys
That it
See you in new story!
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top