Chapter 99 : Senyuman Jahat & Perbualan


Satu tempat yang sunyi jauh dari kawasan bandar,muncul satu bulatan magis dan wajah 4 orang kelihatan. Ikhwan disusuli Alisa dari belakang,Hazen dan Aveline menyusul. Ikhwan menoleh kiri dan kanan,dia mengangguk yakin dan tersengih.

"Kenapa kau sengih camtu?" soal Hazen.

"Inilah dunia yang aku nak jejak.." ujar Ikhwan tersenyum.

"Jadi.. Macam mana nak cari benda yang kau nak tu?"

Alisa segera meletakkan jari telunjuk pada bibirnya,Ikhwan menghela nafas dan kuasa skill miliknya diaktifkan.

"Secret Skill : Book of Knowledge.."

Ikhwan kini berada di dalam dunianya sendiri,berjuta tulisan terhasil di hadapannya terapung sekeliling Raja Naga tersebut. Satu persatu perkataan disusun,Ikhwan menyusun dengan berhati-hati.

"Keywords : Gem Stone.."

Perkataan yang banyak mula lenyap,kemudian hanya dua nama terpapar dalam keadaan terapung di hadapan Ikhwan.

"Kerajaan Emerald,bandar Znygar..?"

Ikhwan kembali semula ke dunia realiti,Hazen menoleh ke arah Ikhwan dan menghampiri lelaki itu.

"Got any lead?" soal Hazen.

"Yeah.. Kita kena cari Kerajaan Emerald dan Bandar Znygar.."

"Bagaimana dengan bahasa di sini?" soal Hazen.

Ikhwan mengaktifkan bulatan magis di bawah kaki mereka,tidak lama dan bulatan magis lenyap.

"Apa yang kau buat?" soal Hazen.

"Aku dah letak skill magis dalam badan kamu berdua supaya faham bahasa di sini.." ujar Ikhwan memberi penjelasan.

"Jadi tuan Ikhwan tahu mana kerajaan Emerald tu?" soal Aveline.

"Ya.. Saya tahu.. Panggil sahaja Ikhwan.. Tak perlu 'tuan'.." ujar Ikhwan dan menghalakan tapak tangannya ke hadapan.

Satu bulatan magis terhasil dan sesuatu timbul,Hazen dan Aveline agak terkejut. Sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda,muncul di hadapan mereka.

"Kau tahu apa benda ni kan?" soal Ikhwan menoleh ke arah Hazen.

"Oi.. Aku tahu lah.." ujar Hazen bengang.

"Kalau tahu.. Naiklah.. Takkan nak jalan kaki.." jelas Ikhwan.

"Boleh je kan teleport?" Hazen menyoal sinis.

"Aku nak jimat tenaga.. Masuk cepat.." kata Ikhwan hanya menggelengkan kepala.

Alisa melangkah masuk ke dalam kenderaan tersebut,Hazen dan Aveline menyusul masuk ke dalam bahagian belakang.

Enjin kenderaan dihidupkan dan berderam,gear ditolak dan pendikit minyak ditekan maka bergeraklah kenderaan pacuan empat roda tersebut memasuki jalan raya.

"Walaupun kau immortal.." ujar Ikhwan lagi dan kenderaan pacuan empat roda menyusuri jalan raya.

"Yeah.. Yeah.. Aku memang tak boleh menang lawan mulut dengan kau.." Hazen mencebik.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Luqman dan Aminudden merenung ke arah pemuda bertopeng,aura daripada pemuda itu bukan sembarangan. Lambang yang ada pada bahagian bahu bajunya,tengkorak yang tercacak pedang hitam.

Satu serangan mengejut dilakukan,pemuda bertopeng itu terkejut dan mengelak. Nazryn sudah dalam keadaan mendirikan keranda,kemudian gatling gun pada kemas dipasang dalam keranda.

"Senjata gatling dalam keranda? Kau betul-betul ada hobi yang aneh.." ujar Luqman.

Siddiq muncul di atas pemuda itu,lalu menghayunkan sabit miliknya dan segera pemuda bertopeng menahan dengan kemas.

KTANG!!

KTANG!!

KTTAANNGG!!

Pemuda bertopeng berpusing beberapa kali,mendarat di atas batu yang besar.

"Oi dia buruan aku la! Kacau betul!" Aminudden berkata tidak puas hati.

"Maaf kawan.. Kau bukan tandingan dia!" ujar Siddiq sambil bertempur dengan pemuda bertopeng.

"Aku kuat okay?" Aminudden berkata bengang campur bangga,dia kuat apa?

"Maksud dia.. Musuh tu bukan setanding dengan kau.." ujar Luqman menampar belakang kepala Aminudden tetapi tidak terlalu kuat.

"Shadow Moon...." Siddiq menghasilkan bayang berbentuk bulan sabit.

Tanpa banyak soal disepaknya bulan sabit buatan,ke arah pemuda bertopeng tersebut.

"Coffin Parade!!" Nazryn mengaktifkan kuasanya.

Nazryn menyeru lagi dua keranda,kemudian terbuka dan keluarlah senjata jenis berat.

Sasaran mereka adalah sama iaitu pemuda bertopeng,Nazryn melepaskan tembakan berkali-kali dari mesingan,gatling dan peluru berpandu.

TUSSH!! TUSSH!!

BOOMM!!

TRR...!!!

TRRR!!

BOOMM!!

TUSSH!!

"All Out Attack!!"

Daniel berlari laju ke arah pemuda tersebut,muncul satu susuk bayangan di belakang badan Daniel.

"Heroic spirit! Heracles!!"

Pemuda bertopeng itu terkejut,mendongak ke atas langit dan Daniel mengepalkan sekuatnya penumbuk lalu dihayunkan.

BOOMM!!!!!

Pemuda bertopeng berjaya mengelak,tetapi kini dia berhadapan dengan tiga orang gadis yang muncul di hadapan dengan pedang masing-masing siap-sedia untuk serang balas.

Snow dan Karen dengan mata bersinar,manakala Angelina juga siap sedia dengan kedua-dua pucuk pistolnya.

"Ah damn it!"

Pemuda bertopeng segera keluarkan sebutir bom,lalu dicampakkan ke arah mereka dan Angelina terkejut.

Luqman bergerak sepantas kilat dan menyepak bom tersebut ke udara,lalu letupan yang amat kuat berlaku. Pemuda bertopeng segera ingin beredar,Luqman yang membelakangkannya menjeling dan terus bergerak pantas menghalang jalan pemuda bertopeng tersebut.

"Where do you wanna go?" soal Luqman sudah memegang pergelangan tangan pemuda itu.

KZZTTTT...!!!

"ARGHH!!!!"

Hampir rentung jadinya pemuda bertopeng,sebelum rebah tidak sedarkan diri.

"Daniel.. Kau pergi periksa kawasan semak tu.." arah Aminudden dan Daniel mengangguk sahaja.

"Aisha.. Pergi bantu.." arah Luqman pula dan tanpa banyak bicara,Aisha mengekori Daniel dari belakang.

Seperti yang diarahkan oleh Luqman dan Aminudden,Aisha dan Daniel memeriksa kawasan semak tersebut yang dikatakan mencurigakan.

Sekumpulan orang awam dipercayai penduduk di dalam perkampungan yang musnah itu,mujur Luqman dan Aminudden serta skuad mereka hadir awal. Kalau tidak mereka pasti akan mati,kerana pemuda bertopeng itu.

"Jadi kau nak buat apa dengan mamat ni?" soal Aminudden.

Luqman tidak terus menjawab dan memerhatikan pemuda bertopeng,senyuman sinis terukir dan Aminudden membiru mukanya.

"Okay.. Ini yang aku tak suka bila kau senyum macam tu.." ujar Aminudden.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Ikhwan memandu dengan tenang,jalan raya yang rata memudahkan perjalanan mereka. Walaupun berada di dunia lain,tetapi keadaan di dunia itu tidak banyak beza dari dunia Mithgar.

"Boleh tahan selesa kenderaan kau ni.. Mesti kau upah jurutera yang berpengalaman ni kan?" Hazen berkata dengan tiba-tiba,Ikhwan menjeling ke cermin pandang belakang.

"Nah..aku buat sendiri.." jelas Ikhwan.

"Eh? Buat sendiri?" soal Hazen.

"Ya.. Kami ada kilang kereta sendiri,aku yang bangunkan kilang tu dalam dua tahun lepas.." ujar Ikhwan memberi penerangan.

"Aik.. Kau ada jual kenderaan ke apa?" soal Hazen.

"Boleh kata begitu.." ujar Ikhwan dan Hazen mengangguk kepalanya.

"Berapa kaya kau ni?" soal Hazen.

"Aik.. Kenapa kau nak tahu sangat? Bukan kau jenis malas nak ambil tahu.." ujar Ikhwan tersengih dan Hazen mencebik kemudian menghela nafas pendek.

"Ya.. Itu betul.. Tapi kau.. Buatkan aku ingin mengenali kau lebih dalam lagi.." jelas Hazen.

"Aku bukan gay okay.." ujar Ikhwan selamba.

"Kau ni memang la.. Aku cakap lain kau fikir lain.. Haih.." keluh Hazen.

"Maaf.. Maaf.. Ia satu penghormatan untuk aku apabila ada seorang dewa ambil berat pasal aku.." kata Ikhwan tersenyum dan Hazen mencebik.

"Kau dengan perangai sarcastic kau.." ujar Hazen.

"Ek eleh mamat dewa ni.. Gurau pun tak leh.." jelas Ikhwan.

"Yelah tu gurau.. Padahal kau sengaja nak buat aku bengang." kata Hazen.

"Alamak kantoi pulak hahaha.." ujar Ikhwan ketawa kecil.

Hazen hanya mampu menghela nafas pendek,keluhan Hazen hanya diperhatikan Aveline dan dia sedar Alisa memandangnya. Dua orang perempuan itu hanya berbalas senyuman dengan karenah suami masing-masing.

"Jadi apa maksud kau ingin mengenali aku? Atas sebab apa?" soal Ikhwan tiba-tiba dan Hazen tersenyum.

"Ya.. Aku cuma nak tahu.. Bagaimana kau mampu capai tahap ini? Mustahil manusia seperti kau mampu setanding dengan dewa.. Kuasa kau bukan setakat itu sahaja semasa di dunia anak didik kau bukan?" soalan Hazen bertalu-talu menyerang.

"Apa yang aku boleh cakapkan Hazen.." ujar Ikhwan dan terhenti diam seketika,Hazen dan Aveline menunggu manakala Alisa sekadar tersenyum.

"Aku hanya berlatih dan terus berlatih.." jelas Ikhwan dan Hazen berbalas pandangan dengan Aveline.

"Hanya dengan berlatih? Kau buat lawak ke?" Hazen bagai tidak percaya.

"Hahaha.. Ia normal kalau kau tidak percaya.. Lagipun setiap orang ada cara tersendiri.. Seperti kau yang bersenang - lenang untuk kekalkan sanity kau.. Supaya kegelapan tidak melemaskan kau.." ujar Ikhwan dan Hazen hanya mendiamkan diri.

"Sama dengan aku juga Hazen.. Aku juga perlukan sokongan dari isteri aku.." tambah Ikhwan menoleh ke arah Alisa.

"Sokongan keluarga aku.. Ibu.. Ayah.. Adik beradik aku.. Anak-anak aku.. Mereka harta aku tidak ternilai.. Hilang satu aku tidak boleh jamin yang aku mampu kekalkan sanity aku.."

"Kau tidak akan kehilangan mereka.." Hazen mencelah dan Ikhwan sedikit terkejut.

"Hazen.. Kau?"

"Kau tidak terkalah di dunia kau bukan? Kekalkan itu dan menjadi pelindung keluarga kau.. Aku pasti tiada siapa mampu mengancam keluarga kau.." jelas Hazen dan Ikhwan yang mulanya terkedu,lalu tersenyum sahaja.

"You really are God of Destruction.. You destroy my doubt..Hazen Siegfried,you have my thanks" ujar Ikhwan dan Hazen tersengih,Alisa dan Aveline juga tersenyum.

"Your welcome Ikhwan Syah Al'Solleh..."

Kenderaan dipandu Ikhwan sudah semakin menghampiri bandar Znygar,di mana terletak Kerajaan Emerald dan benda yang dicari-cari oleh Ikhwan.

Pada masa yang sama,seekor naga yang elok tidur terbuka matanya. Dia menoleh ke arah satu batu bersinar oren kemerahan,kemudian dia memandang ke luar tingkap.

"This presence.. A Dragon?"



====================

Hellooo guys

Lama menunggu,relax dulu jangan gelabah.

Kita tenang-tenang okay

Berikan komen dan vote

That's all

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top