Chapter 98 : Konflik & Pencarian

Luqman dan Aminudden bersama skuad mereka,kini berada di satu bilik dan Ikhwan pula berdiri di hadapan mereka.

"Semua sudah ada?" soal Ikhwan memandang ke arah para kesatria di hadapannya.

"Ya uncle.. Semua sudah ada.." ujar Aminudden.

Daniel disusuli Karen dan Snow,bersebelahan Aminudden dan Luqman mengangguk sahaja. Angelica dan Angelina sekadar melambai,Aisha pula hanya mendiamkan diri.

"Jadi uncle.. Ada sesuatu yang perlu kami lakukan?" soal Luqman.

"Ya.. Aku nak kamu semua pergi ke sebuah perkampungan.." jelas Ikhwan dan monitor bersaiz 50 inci mula terpapar.

Sebuah perkampungan yang agak damai,dengan penuh tema kehijauan dan binatang ternakan yang besar.

"Ia dikenali sebagai Nature Village sebab ia 100% masih menerapkan ciri-ciri tradisional lama.." ujar Ikhwan memberikan penjelasan,jarinya menekan butang play dan satu pesanan suara kedengaran.

Sesiapa.. Sesiapa.. Bantu kami.. Kampung kami diserang.. Pihak penyerang mampu menyeru raksasa dan membakar.. Tolong..

Satu rakaman tidak bergambar dimainkan,Luqman dan Aminudden terkejut begitu juga skuad mereka.

"Aku menerima panggilan meminta bantuan. Ia dari guild lalu terus dihantar kepada aku secara terus..." jelas Ikhwan.

"Uncle tak ada buat pemeriksaan?" soal Luqman.

"Akif ada gunakan drone dia.. Tapi sebaik sahaja hampir ke kawasan tu.. Drone Akif malfunction atau diletupkan.." jelas Ikhwan.

"Jadi aku nak kamu semua pergi lakukan siasatan ke atas kampung itu,cari dan selamatkan sesiapa yang masih terselamat.. Faham?" arah Ikhwan dan mereka mengangguk faham.

"Ia area negara kita ke?" soal Aminudden dan Ikhwan menggelengkan kepala.

"Ia sebuah perkampungan di satu pulau yang boleh tahan besarnya.. Ia berhampiran di kawasan perairan negara Badai.." jelas Ikhwan.

"Baiklah uncle.. Kami akan bergerak sekarang.." ujar Luqman.

"Satu lagi.. Luq,gunakan kuasa teleportasi kau tu... Sepertinya benda mekanikal tidak berfungsi.." jelas Ikhwan.

Luqman hanya mendiamkan diri kemudian mengangguk faham,Ikhwan hanya tersenyum kelat sahaja.

Dua beradik itu bersama skuad masing-masing,segera beredar meninggalkan kawasan bilik itu. Ikhwan hanya memerhatikan sahaja,tidak lama lepas itu muncul Z duduk di salah satu kerusi.

"Yo!" sapa Z tersengih.

"Z..?" soal Ikhwan.

Pada masa yang sama juga,Alisa yang sedang menyiram pokok bunga. Sarah pula muncul tidak lama lepas itu,Alisa sekadar tersenyum.

"Hai Sarah.."

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Luqman dan Aminudden berpandangan,mereka tidak percaya apa yang berlaku. Sebuah perkampungan yang baru diserang,rumah terbakar dan mayat bergelimpangan.

"Holy moly.." ujar Aminudden.

Siddiq,Nazryn serta kedua-dua skuad di bawah Luqman dan Aminudden hanya mampu tergamam.

"Ini.." Karen memandang sayu ke arah mayat yang bergelimpangan,Snow yang berada di sisi hanya mendiamkan diri.

"Teruknya.." Angelina atau Lina berkata dengan menahan marah,manakala Angelica atau Lica menenangkan kakaknya.

Aisha dan Daniel pula sekadar mampu mendoakan pada si mati.

"Kamu semua berehatlah.." ujar Daniel memejamkan mata.

"Mereka tak layak menerima malapetaka seperti ini.." Karen berkata dengan mengetap gigi.

Balqis yang ada bersama hanya memeriksa keadaan,mencari mangsa yang terselamat jika ada. Luqman memandang sekeliling,di saat Aminudden yang memadam api membakar dan di saat itu Luqman menemui sesuatu.

"Itu.." ujar Luqman sambil diperhatikan oleh Balqis.

Luqman menghampiri kawasan tersebut,serpihan benda yang bersinar-sinar diperhatikan lama.

Ini bukan ke serpihan Gem Stone?

"Kau jumpa sesuatu?" soal Aminudden dan Luqman menunjukkan serpihan batu gem itu.

"Gem Stone.." ujar Aminudden dan Luqman mengangguk.

"Kau bisu ke apa? Ke tak ada dialog? Cakap.. Cakap.. Cakappp.." Aminudden berkata panjang,Luqman menghela nafas pendek.

"Kau nak aku cakap apa? Berpidato? Pantun atau bernyanyi.." balas Luqman dengan sarcasm.

"Boleh gak tu abangku.. Nak tengok gak kau buat macam tu.. Boleh aku rakam.. Hehe.." Aminudden membalas sarcasm Luqman.

"Haih kau.. Sudahlah.. Kita ada kerja nak buat bukan?" kata Luqman menggelengkan kepala dengan perangai Aminudden.

"Tenang bang.. Jap lagi ada berita baik.." jelas Aminudden.

"Mana kau tahu?" soal Luqman.

"Gerak hati.." balas Aminudden tersengih dan Luqman segera timbul urat bengang pada dahi.

"Putera Aminudden.. Saya dan Snow jumpa kawasan tersembunyi.." ujar Karen menegur Aminudden.

Semak yang agak aneh di jarak yang jauh,dari perkampungan di situ dan Luqman menoleh ke arah Aminudden yang ingin menyelak semak tersebut.

"Nanti.." ujar Luqman memegang bahu Aminudden.

"Apa?" soal Aminudden kehairanan.

ZRASSH!!!

Satu serangan misteri dilakukan,Luqman dan Aminudden berjaya mengelak.

Seseorang mendarat di hadapan mereka,membelakangkan kawasan semak tersebut. Seorang lelaki bertopeng,dia memandang ke arah Luqman dan Aminudden.

"That's was close.. What the heck?" soal Aminudden.

"Siapa kau? Kenapa serang kami?" soal Luqman pula.

"Jawapan hanyalah untuk orang yang hidup.. Bukan untuk orang mati.." ujar orang bertopeng.

Luqman dan Aminudden berubah riak muka,mereka meregangkan otot masing-masing dan aura kuat keluar dari dalam tubuh mereka berdua.

"Someone has dead wish.." ujar Daniel dengan muka bosan.

Lelaki bertopeng tersebut hanya mendiamkan diri,dia memandang Luqman dan Aminudden yang merenung tajam ke arah dia.

Suasana menjadi tegang seketika,udara menjadi seakan berat dan skuad Luqman serta Aminudden hanya menyaksikan dengan mendiamkan diri masing-masing.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

"Gem Stone?"

Z mengangguk dengan soalan Ikhwan,Alisa juga turut ada bersama Sarah iaitu partner Z.

"Seperti yang kau minta.. Aku jumpa serpihan gem tu.." jelas Z.

"Di Mana?" soal Ikhwan.

"Kau masih ingat Ayrez Hernandez? Immortal Ghost?" soal Z pula.

"Ouh.. Kenapa dengan hantu sial tu? Dia kutuk aku lagi?" soal Ikhwan lagi.

"Bukanlah setoon.." ujar Z menggelengkan kepala,ada juga Ayrez kutuk lagi tapi kalau Ikhwan tahu naya Ayrez kena lagi.

"Habis tu?" soal Ikhwan.

"Gem Stone tu berada di dunia mereka.. Aku tahu kau boleh masuk ke dunia sana tanpa sebarang masalah kan?" Ikhwan hanya tersenyum mendengar kata-kata Z.

"Sudah tentu.."

"Mana Luqman dan Aminudden?" soal Z memandang sekeliling.

"Mereka berdua ada misi.. Sekarang mereka di luar kawasan.. Kalau kau rasa bosan pergilah bantu mereka.." ujar Ikhwan.

"Tak suruh pun aku akan kacau.. Hehe.."

Z terus menghilangkan dirinya sambil diperhatikan oleh Ikhwan,Alisa mencuit bahu suaminya dan  segera Ikhwan menoleh ke arah dia.

"Alisa?" soal Ikhwan hairan.

"Saya nak ikut sekali kalau abang ke dunia tu..." jelas Alisa dan Ikhwan tersenyum.

"Sudah tentu kamu akan ikut sekali.." jelas Ikhwan.

Alisa tersenyum mengangguk dan Ikhwan,membuka portal ke dimensi lain dan melangkah masuk ke dalam.

Satu tempat yang kosong,Alisa memerhatikan keadaan sekeliling.

"Sini tiada orang yang akan ganggu.." ujar Ikhwan dan Alisa mengangguk faham.

Ikhwan menumpukan satu kuasa,kemudian bulatan magis terhasil di bawah kaki mereka. Ikhwan mencari di mana kedudukan dunia yang dimaksudkan oleh Z,dunia di mana Ayrez a.k.a Immortal Ghost muncul.

"Aku ingat siapa.." ujar satu suara dan Ikhwan menjeling,Alisa kehairanan dan tertanya-tanya siapa yang muncul.

Ikhwan merengus dengan muka selamba,memerhatikan siapa tuan punya suara.

"Dia ni ke bang.. Yang abang kata boleh setanding dengan abang?" soal seorang wanita di sebelahnya lelaki itu.

Hazen Siegfried dan Aveline Siegfried,berdiri di hadapan Ikhwan dan Alisa.

"Kau nak apa dewa budak-budak?" soal Ikhwan.

"Dewa budak-budak? Oi! Aku Dewa Kemusnahan la!" ujar lelaki itu atau Hazen dengan muka bengang.

"Hahah.. Heh,siapa perempuan di sebelah kau?" soal Ikhwan.

"Ah.. Dia isteri aku.. Sayang kalau tak kisah.." pinta Hazen dan Aveline menunduk hormat pada Ikhwan serta Alisa.

"Apa khabar? Saya ialah isteri kepada Hazen Siegfried,Aveline Siegfried.. Orang gelar saya Goddess of Valkryie.." Aveline berkata dengan senyuman manis.

"Same title with Pheara.. Heh.." ujar Ikhwan dalam hati.

"Saya Ikhwan.. Ikhwan Syah Al'Solleh.. Ini pula.." jelas Ikhwan dan menoleh ke arah Alisa.

"Khabar baik juga.. Saya Alisa Darweez.. Isteri kepada Ikhwan dan kadang orang gelar saya Ice Empress.." jelas Alisa membalas senyuman Aveline.

"Aku pula Hazen Siegfried.. God of Destruction.. Heh.." Hazen mencelah.

"Nobody asked.." ujar Ikhwan dan Hazen menahan bengang.

"Ah.. Jadi dialah Dewa Kemusnahan berperangai tak matang yang abang ceritakan tu ye?" soal Alisa tanpa selindung.

"Eh? Apa? Weh Ikhwan kau cerita apa dengan isteri kau.." soal Hazen menuding jari ke arah Ikhwan.

"Tiada apa.. Kau ada apa datang sini?" soal Ikhwan.

"Aku merasakan sesuatu yang menarik kalau ikut kau.. Jadi izinkan aku sertai kau God Dragon.." jelas Hazen tersenyum lebar dan Ikhwan hanya tersengih.

"Heh.. Childish as always.." ujar Ikhwan.

"Say what you want.." balas Hazen malas nak bertekak.

"Great to see you.." Alisa berkata pada Aveline.

"Yeah.. Great to see you too.." balas Aveline.

Ikhwan hanya memetikkan jari lalu teleportasi,mula aktif dan mereka berempat terus hilang dari pandangan.

Pada masa yang sama,seorang pemuda berambut hitam sedikit keunguan terasa seram sejuk. Malah ada seorang gadis sedang lena tidur berbantalkan ribanya.

"Kenapa terasa semacam ni?" soalnya di dalam hati dan mengesan satu aura menembusi dimensi.

"Takkanlah.."

Kerajaan Emerald
Bandar Znygar

Seorang lelaki berambut putih,berdiri di balkoni bersama seorang wanita berambut hitam. Lelaki berambut putih mengesan sesuatu,gelagatnya buatkan wanita di sisinya menegur.

"Abang kenapa? Muka serius tiba-tiba.. Jarang ni.." ujar wanita tersebut.

Lelaki berambut putih hanya tersengih sahaja,kemudian dia menghela nafas pendek.

Apa kena dengan kuasa yang kuat ni?

Malah ada 4 kesemuanya,lelaki itu turut merasai dengan jelas ianya seperti dari dunia lain.

Siapa?

Apa tujuan mereka?

Pada masa itu juga di tempat yang sama,dua orang sahabat sedang berbual. Salah seorang berambut blonde emas,hanya tersentak dan mendongak ke atas langit.

"Kenapa ni bro?" soal rakannya berambut hitam.

"Aku rasa kita bakal dapat tetamu.." ujar lelaki berambut blonde emas,rakannya hanya mengherotkan mulutnya.

=======================

Hellooo guys

Agak-agak dapat teka crossover mana?

Rasanya ada yang dah tahu bukan?

Bukan dengan cerita daripada MuhdHayatulAkmal

Komen dan vote

That's it

Adeu!







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top