Chapter 95 : Jogging & Selamat Tinggal Bahamuth
Intan menguap panjang sebaik sahaja dia bangun dari lena,jam diperiksa serta menunjukkan waktu sudah hampir jam 6 pagi.
"Alamak lambatnya aku bangun!" ujar Intan sendirian.
Kenapa Intan kata dia lambat bangun?
Sebab kebiasaan dia bangun sekitar jam 5 pagi,ataupun 4.30 pagi dan sudah menjadi rutin harian.
Selesai mandi pagi,Intan mengenakan tracksuit dan keluar dari rumah. Razeedah yang sedang menyiapkan sarapan,menyedari anak bongsunya bergegas keluar.
"Oh.. Lambat pula dia hari ni?" soal Reezal yang sedang duduk di meja untuk bersarapan.
"Mungkin semalam dia lewat tidur agaknya.." Razeedah meneka dan Reezal menaikkan kedua-dua bahu.
Intan melakukan jogging di taman istana,keluasan taman di istana agak luas. Malah ia memang khas untuk mereka yang melakukan aktiviti luar seperti Intan,setelah beberapa pusingan Intan berhenti dan mengambil nafas.
"Biasa 5 pagi dah keluar.. Ni lewat pula?" soal satu suara dan Intan menoleh.
Ikhwan yang turut berpakaian tracksuit,berjalan ke arahnya dengan dalam keadaan berpeluh.
"Baru bangun la tu.." kata Farhan pula yang muncul dari belakang Ikhwan.
"Aku tanya Intan.. Bukan kau.." kata Ikhwan.
"Budak tu hilang nafas.. Aku tolong jawabkan la.." ujar Farhan.
"Aku tak suruh pun kau tolong.. Pergi lari lagi sana.. Sibuk je.."
"Eh kau.. Bukan kau yang gegar rumah aku 4 pagi ajak teman jogging?"
"Eh.. Itu pun berkira ke.. Ala kau pun bukan ada keje sangat pun.."
Intan hanya tersenyum kelat melihat dua orang itu bertekak di hadapannya,Ikhwan dan Farhan serta Intan duduk di kerusi yang dikhaskan di dalam taman tersebut.
"Azren mana? Lama betul uncle tak nampak dia.." soal Ikhwan.
"Dia sekarang kerap buat misi di luar.." jelas Intan.
"Eh.. Ha la.. Betul,uncle kerap nampak nama dia dalam senarai misi kelas A dan S.. Apa yang dia buat? Asyik buat misi je.." ujar Ikhwan.
"Kumpul duit agaknya.. Nak kahwin.." kata Farhan menyandar pada kerusi.
"Kahwin? Dengan siapa pula?" soal Ikhwan dan bahu dicuit oleh Intan yang sedang menuding jari pada dirinya sendiri.
"Dengan saya.. Lupa ke.. Azren tu tunang saya?" Intan berkata dengan muka menahan bengang.
"Ouh.. A'ah.. Sorry ey.. Uncle sengaja lupa.. Hehehe.." kata Ikhwan tersengih,Intan dan Farhan membuat muka blur dengan jawapan Ikhwan.
"Janganlah marah.. Saja je uncle usik kau.. Ha.. Sebelum lupa,nanti jumpa professor Zahari.." jelas Ikhwan.
"Untuk apa?" soal Intan.
"Senjata kamu dah sempurna.. Jadi pergi lah ambil.. Semak je lama-lama kat dalam makmal tu..." ujar Ikhwan dengan muka selamba,Intan hanya menekup muka sudah lali dengan bahasa kasar bapa saudaranya.
Nasib baiklah bapa saudara kalau bukan,memang kena suap bom tangan karang.
Tapi kalau orang yang mengusik dia,kuat macam Ikhwan rasanya dia terpaksa batalkan niatnya itu.
"Uncle tahu tak.. Uncle ni sarcastic,sadistic and annoying..?" soal Intan.
"Well.. I know myself more then anyone.." balas Ikhwan tersengih.
Intan hanya menggelengkan kepala,lalu menyambung larian jogging. Ikhwan dan Farhan hanya memerhatikan sahaja,dia dan Farhan berpandangan.
"Apa?" soal Farhan.
"Jom sparring? Aku dah lama tak lawan tangan kaki ni.. Takut nanti berkarat.." jelas Ikhwan dan Farhan tersenyum menggelengkan kepala.
"Kau? Skill berkarat? Mana mungkin.." ujar Farhan.
"Aku bukan manusia yang perfect sepupuku.." kata Ikhwan tersengih.
Farhan hanya tersenyum sahaja,kemudian mereka beredar meninggalkan kawasan itu. Intan meneruskan larian pagi,tanpa menghiraukan kedua-dua lelaki itu.
Intan nekad dia harus gigih berlatih,melihat kedua-dua abangnya iaitu Luqman dan Aminudden sudah jauh tinggalkan dia. Selain itu Zareena juga,iaitu kakak sulungnya.
"Intan?" soal satu suara dan larian Intan menjadi perlahan serta menoleh.
Zareena sedang duduk di kerusi,malah turut mengenakan pakaian tracksuit. Dia juga melakukan larian pagi di taman istana,Intan agak kehairanan dengan kehadiran kakaknya di situ.
"Kakak?" soal Intan.
"Hai.. Pagi.." sapa Zareena tersenyum.
Luqman meregangkan ototnya kemudian melakukan senaman ringan,Aminudden turut bersamanya dan tidak lupa juga Aila,Alia dan Hikari juga ada bersama mereka.
"Alright.. Lets go.." ujar Luqman dan Aminudden serta yang lain mengangguk.
Lima orang itu juga melakukan jogging,tetapi mereka hanya berlari di kawasan perumahan mereka.
"Hey bang.. Aku tanya boleh?" soal Aminudden sambil berlari di sebelahnya.
"Asalkan bukan soalan bodoh.. Okay je.. Apa dia?" balas Luqman dan Aminudden menggulingkan matanya.
"Apa reaksi kak Aila pasal rambut kau tu?" soal Aminudden menunjukkan rambut Luqman sebahagiannya hitam.
"Ouh.. Ini.. Dia terkejut sudah tentu.. Tapi lepas tu dia dah boleh biasakan.." jelas Luqman.
"Ayah dan bonda?" soal Aminudden lagi.
"Hmm.. Aku belum jumpa lepas kita discharge hari tu.." jelas Luqman lagi.
"Ah.. Masa tu kau rambut putih lagi.. Masa rambut kau tambah warna hitam tu,masa kau gunakan kuasa kilat hitam tu.." jelas Aminudden dan Luqman baru teringat.
"Haah.. Lepas tu pulak kita termasuk dunia lain.." tambah Luqman dan Aminudden mengangguk sahaja.
"Tapi kan kenapa uncle Yusri boleh relax je?" soal Aminudden ingin tahu.
"Mungkin perkara tu perkara normal.." Aila pula mencelah.
"Perkara normal?" soal Alia dan Hikari.
"Ya.. Lagipun mungkin uncle Yusri tahu ia kesan kuasa kilat hitam milik Zagdrus.. Antara kesan adalah rambut berubah menjadi hitam.." Aila berkata memberi penjelasan.
"Waa...akak Aila memang serba tahu.." Hikari memuji.
"Tak adalah.. Cuma tekaan.." kata Aila tersenyum malu.
"Eh.. Eh.. Malu-malu konon.." ujar Luqman.
"Awak ada kata sesuatu Luqman.." Aila berkata sambil memandang ke arah Luqman dengan aura menakutkan.
"Tak! Tak ada apa-apa..! Imaginasi awak je.." ujar Luqman memandang ke arah lain.
"Kau ada dengar apa yang uncle cakap?" soal Aminudden.
"Apa?" soal Luqman pula.
"Uncle kata nak cari bangkai Bahamuth.. Kau nak join dia?" soal Aminudden.
Luqman mendiamkan diri dan teringat wajah Ikhwan,air muka Ikhwan ketika itu jelas sedang menahan sedih.
"Aku rasa tak.. Biar je uncle pergi seorang diri.. Dia nak ucap selamat tinggal pada rakan yang terkorban.." jelas Luqman dan Aminudden mengangguk faham.
"Ya.. Aku setuju.." ujar Aminudden dan berlari beriringan dengan abangnya,Luqman yang mendengar kata-kata Aminudden tersenyum sahaja.
Matahari terbit dan menerangi seluruh kawasan negara Mentari,Ikhwan berdiri di atas bangunan yang amat tinggi. Tidak lama lepas itu,Farhan muncul menghampiri Ikhwan dari belakang.
"Maaf lambat.. Nak gerak ke?" soal Farhan dan Ikhwan mengangguk sahaja.
Ikhwan dan Farhan terapung ke udara,kemudian terus segera terbang laju meninggalkan bangunan tersebut.
Akhirnya Ikhwan dan Farhan tiba di satu tempat,mereka berdua hanya berbalas pandangan kemudian mengangguk.
Mereka berdua mendarat di atas tanah,Ikhwan melangkah ke hadapan. Farhan menyusul dari belakang,Ikhwan hanya sekadar memerhatikan sekeliling kawasan.
Tempat itu mati dan tiada kesan daya hidupan,langkah Ikhwan terhenti di satu kawasan dan di tergamam begitu juga Farhan yang tercengang.
Satu susuk bangkai gergasi di hadapan mereka,iaitu lebih tepat ialah bangkai milik Bahamuth yang semakin mereput. Ikhwan terketar-ketar berjalan menghampiri bangkai naga itu,Farhan hanya mampu memerhatikan Ikhwan sahaja.
"Ya tuhanku.. Bahamuth.." ujar Ikhwan menyentuh kepala Bahamuth,dia menundukkan kepala dan air matanya mengalir.
"Maaf.. Aku minta maaf,aku tidak sedar..." jelas Ikhwan.
"Angkat kepalamu tuanku..."
Ikhwan tersentak mendengar suara itu,dia mendongak dan terkejut seekor naga kelabu gelap sedang memandang dia dengan tersengih.
"Bahamuth? Kau.. Kau belum mati? Tadi...?" soal Ikhwan tidak percaya.
"Aku dah lama mati tuanku.. Apa yang tuanku lihat hanya serpihan kuasa aku sahaja.. Aku sempat simpan... Untuk bertemu denganmu tuanku.." jelas Bahamuth tersenyum dan Ikhwan hanya mampu mendiamkan diri.
"Ma-..." ujar Ikhwan tetapi dipotong Bahamuth.
"Bukan itu yang aku mahu dengar tuanku.." kata Bahamuth dan Ikhwan terdiam.
Ikhwan menundukkan kepala dan tersedar,dia bukan dirinya sendiri. Menangis dan mengamati kematian bukan cara dia,Ikhwan tersenyum dan Bahamuth tersengih.
"Itulah muka tuanku aku.. Angkuh dan penuh keyakinan.." ujar Bahamuth dan Ikhwan mendongak ke arahnya.
"Kerja yang bagus sahabat.. Kau boleh berehat dengan aman.. Aku akan uruskan mereka.." ujar Ikhwan dan Bahamuth ketawa kecil sebelum memandang Ikhwan.
"Sekarang.. Ambil kuasa aku tuanku.. Ia milikmu.. Terus bangkit tuanku.. Aku bangga mempunyai raja seperti kau.." kata Bahamuth sebelum bersinar lalu meresapi ke dalam tubuh Ikhwan.
Ikhwan memejamkan matanya dan kembali buka,kini dia kembali semula ke dunia realiti. Farhan yang duduk di tepi segera bangun,sebaik menyedari Ikhwan telah kembali.
"Kau dah kembali nampaknya.." ujar Farhan dan Ikhwan tersenyum melihat ke arah sepupunya.
Ikhwan memejamkan matanya dan menumpukan kuasa yang baru sahaja dia terima,milik Bahamuth dan nafasnya diatur dengan kemas. Farhan terkejut melihat bayangan hitam Ikhwan bergerak,lalu sesuatu keluar dan membentuk bayang Ikhwan.
Tetapi bukan satu malah empat bayang Ikhwan,Farhan tidak faham dengan apa yang berlaku dan Ikhwan membuka matanya.
"Ah..? Nampaknya ini kuasa Bahamuth yang ada pada aku.. Making perfect shadow.. Ha! Shadow Ikhwan.. Boleh guna untuk kecemasan.." ujar Ikhwan dan Farhan memandang sepupu dia dengan muka blur.
"Aku punyalah kagum.. Terus dia spoil kan.. Great!" ujar Farhan.
=========================
Yes Hellooo guys
What's up?
Ada yang tertunggu-tunggu ya
Relax lah,bagi santai dulu baru beraksi semula.
Komen dan vote
Bukan komen minta update ya
Itu je la
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top