Chapter 93 : Letusan Aizel

Aizel dengan laju memulas pedal minyak motosikal miliknya menuju ke Lithica City.

Dia tidak sedar bahawa dia sedang diekori oleh Luqman dan Aminudden yang sedang terbang.

"Bang, laju juga eh dia tunggang motosikal dia tu.." Kata Aminudden.

"Lantak dia nak bawa laju.. Jatuh biar bangun sendiri.." ujar Luqman.

"Bapak kejam kata-kata mu itu..." kata Aminudden.

Luqman dan Aminudden diarahkan oleh Ikhwan,supaya mengekori Aizel dan berikan bantuan jika ada masalah.

Hanya sejam sahaja dia menunggang motosikal dan dia sudah tiba di destinasi.

Bulan penuh diperhatikan Aizel,dia memandang semula ke hadapan ke arah kota terbiar.

Lithica City, kota di mana tempat dia lahir dan kini hanyalah sebuah kota yang lama ditinggalkan.

Aizel memperlahankan kelajuan lalu meletakkan motosikal miliknya di tempat tertutup.

Dia berjalan kaki menuju ke tempat yang tertera dalam peta. Setibanya dia di situ, kelihatan Zoren, Yoheim dan Rezard sedang menunggunya.

"Welcome, Lord of Guardian bagi Bandar Aster, Tuan Aizel Neifelheim." Tegur Zoren.

"So, you're Zoren. That two person is Yoheim and Rezard, I guess?" Soal Aizel.

"That's correct! Wonderful! As I expected from-"

"Your voice is annoying, you know? Its hurting my ears." Balas Aizel dengan laju.

"Lets go to the main point. Korang bertiga dah cetus satu masalah kat dunia ni. Korang tak takut mati?" Soal Aizel selamba.

"Mati? Di tangan kau!? Jangan haraplah! Kami bertiga boleh bunuh kau sekejap sahaja!" Sampuk Rezard ditahan Zoren.

"Rezard, jangan menyampuk." ujar Zoren dan Rezard mendecih.

"Too much confindent, aren't you?" Soal Aizel sinis.

"APA!?" Rezard ingin maju namun ditahan lagi oleh Zoren.

"As Rezard said, the three of us can kill you easily, Aizel. With this..I doubt even you can handle this much." Kata Zoren lalu menyeru ratusan makhluk kegelapan.

Aizel terkejut namun tidak lama kemudian dia ketawa terbahak-bahak.

"Are you lose your mind?" Soal Yoheim.

"You think these creatures can kill me? What a joke! Hahahahaha!!" Balas Aizel lalu menyambung ketawa.

"KAU!!??" Rezard meluru ke arah Aizel lalu ingin menyerang lelaki itu namun Aizel dengan selamba mengelak serangan daripada Rezard lalu menumbuk perut dia dengan kuat sehinggakan Rezard terbuang ke belakang.

"Serangan kau senang dinampak." kata Aizel sinis.

Zoren memberi isyarat kepada ratusan makhluk kegelapan untuk menyerang Aizel.

"Grr... This is annoying.."

Saat lelaki itu ingin bertindak, Aminudden dan Luqman sudah mendarat di sebelah kiri serta kanan Aizel secara mengejut.

"Brotherhood to the rescue!!" Aminudden bersorak tersengih.

"Apa? Bila masa mereka ada di sini..?" soal Yoheim terkejut.

"Biar kami uruskan. Kau boleh fokus kat mamat bertiga tu." ujar Luqman dengan muka selamba.

"Korang...." Aizel tergamam kerana dia langsung tidak perasan dirinya diekori.

"Ayuh Am..." ujar Luqman dan kilat ungu mengalir.

"Aku dah panas ni..!" Aminudden bersorak teruja.

"Haih. Yelah. Aku serahkan kepada korang." Balas Aizel.

Dia berjalan menuju ke arah mereka bertiga. Lengan kot sebelah kanan yang dipakai terbakar lalu menunjukkan satu jaluran kegelapan berasap menjalar dan berhenti di pipi kanan Aizel.

Aminudden dan Luqman dapat merasai graviti di sekeliling mula terasa berat. Aizel memulakan langkah pertama. Secera mengejut dia muncul di hadapan Rezard lalu menendang lelaki itu ke belakang!

"Rezard!" Kata Yoheim risau lalu menahan tumbukan Aizel.

"Ergh! Heavy....!" Kata Yoheim yang kelihatan susah menahan tumbukan Aizel!

Lelaki itu mengambil kesempatan dengan menangkap pergelangan tangan Yoheim lalu melemparnya ke tempat Rezard.

Rezard yang baru bangkit terbuang sekali lagi akibat Yoheim yang terhempas di badannya.

"Argh! Jangan mendarat di tempat aku!" Marah Rezard.

DUSSHH!!

Zoren secara mengejut menumbuk pipi Aizel. Dia tersengih kemudian terkejut kerana tumbukan itu tidak membuatkan Aizel terbuang!

"If you want to punch...Make it like this!" Kata Aizel lalu menumbuk Zoren menyebabkan lelaki itu terbuang!

"FUCK THIS! I'M GONNA KILL THIS GUY RIGHT HERE!!" Kata Rezard marah lalu mengeluarkan sebilah pedang.

"ARGHH!!!" Rezard meluru ke arah Aizel dengan laju!

Melihat Rezard yang sedang meluru ke arahnya, muncul bayangan gelap di hadapan Aizel lalu lelaki itu memegang bayangan itu. Serta merta bayangan bertukar menjadi sebilah katana. Kegelapan mula meluas akibat katana itu.

"Cursed Katana. Rho Arias."

"ARGHHH!!!"

TANGG!! TINGGG!!

KTANGG!!! PANGG!!

Rezard dan Aizel berbalas tetakan pedang! Rezard melibas dari atas! Aizel segera menahan dengan bilah katana lalu merendahkan sedikit kedudukan bilah katana menyebabkan berlaku pergeseran!

Aizel segera membuat tendangan berputar! Tendangan Aizel mengenai dagu Rezard menyebabkan dia pitam sekejap.

SHRAAKK!!

"ARGHH!!" Rezard menjerit kesakitan apabila melihat tangannya yang putus akibat libasan katana milik Aizel.

"Kau-!?" Rezard bertukar pucat apabila melihat raut wajah Aizel! Sekeliling matanya bertukar menjadi warna hitam dan iris mata Aizel bertukar menjadi merah dan terdapat tulisan purba di sekeliling iris matanya.

"REZARD!!!" Yoheim meluru ke arah Aizel lalu menyerang Aizel dengan tombak miliknya!

PRAKKK!!

Dengan senang Aizel mematahkan tombak milik Yoheim! Dia terkedu melihat senjatanya senang dipatahkan oleh Aizel! Lelaki itu mencekik Yoheim menyebabkan Yoheim terapung di udara.

"Korang berdua lemah." Kata Aizel.

ZIUUNNGGG!!

Satu serangan menyebabkan Aizel berundur. Zoren segera datang ke arah mereka berdua.

Luka pada Rezard segera disembuhkan oleh Zoren. Begitu juga dengan Yoheim.

"Kita mesti bergabung kuasa.." Kata Zoren.

"Baiklah.."

"AKU AKAN BUNUH KAU, AIZEL!!!"

Rezard bagaikan hilang kawalan dan meluru ke arah Aizel bagaikan pemangsa liar! Aizel segera membuka kekuda. Nafas ditarik lalu dihembuskan. Dia mengangkat katana miliknya ke atas.

"Single Swing.."

SWIINGGG!!!!

SHRAKKK!!!

Badan Rezard terbelah dua dan melimpasi Aizel. Impak libasan itu menyebabkan tanah terbelah dua! Sekejap sahaja Rezard tewas di tangan Aizel.

"REZARD!!! TIDAK!!!!" Yoheim menjerit marah.

"One down. Two more.." Kata Aizel selamba.

"Kau memang tak guna, Aizel." Kelihatan Zoren juga sudah hilang sabar.

"Kenapa korang nak marah? Sepatutnya aku yang berhak marah di sini. Korang berkerjasama dengan orang luar untuk mengancam keamanan dunia ni. Kau fikir aku dan para Lord of Guardian lain akan berdiam diri?" Soal Aizel.

"THAT'S ENOUGH!! I WILL KILL YOU WITH THIS!!" Dari sebalik awan muncul sebuah meteor dari atas, menuju ke arah Aizel!

"Boleh tahan besar meteor tu." Kata Aminudden sambil menghancurkan makhluk kegelapan.

"You want to kill me with same thing as I kill Fyrill?" Soal Aizel.

"Yeah! I will kill you!!" Kata Zoren.

"And now you will deadman!" Sambung Yoheim sambil mengecas kuasa diikuti oleh Zoren.

Melihat mereka berdua yang mengecas kuasa dan meteor yang datang ke arahnya, Aizel hanya mengeluh.

"This is bullshit.." Kata Aizel.

"Apa?" Soal Yoheim tidak puas hati.

"If you think you can kill me with these attack, you're wrong. Let me show you what I capable to do as Lord of Guardian.." Kata Aizel.

"Light Katana.." Muncul sebilah lagi katana keemasan di tangan kiri Aizel! Zoren dan Yoheim segera terkejut.

"Dark and light!?" Soal Yoheim tidak percaya.

Aizel segera membuka kekuda miliknya. Dia memandang tajam ke arah Zoren dan Yoheim.

Mereka berdua mengetap gigi lalu melancarkan satu serangan partikel cahaya besar ke arah Aizel! Lelaki itu menghela nafas.

"Light and Darkness: Absolutely Slash.."

Libasan kehitaman menuju ke atas dan libasan keemasan menuju ke arah serangan Yoheim dan Zoren!

KABOOOOOM!!!

Meteor itu meletup di udara akibat libasan kehitaman milik Aizel! Libasan keemasan pula dapat membatalkan serangan daripada Zoren dan Yoheim!

BROUUMMM!!

Satu letupan kuat terhasil. Gegaran dirasai hingga di Bandar Aster.

Serpihan meteor itu berterabur terhempas di tanah! Setelah semua reda, kelihatan Zoren dan Yoheim sedang terbaring akibat cedera teruk oleh serangan milik Aizel.

"I look like a villain here. Well, it doesn't matter. Now, to prevent both of you from run. I will taste both of you my Black Hole.."

Satu bebola kehitaman muncul dan tekanan graviti amat kuat dirasai oleh Zoren dan Yoheim sehinggakan mereka tidak dapat bergerak.

"The meteor you show to me is small. This is how you summon meteor." Kata Aizel seraya bulan di angkasa bertukar merah!

Aminudden dan Luqman terkejut melihat bulan menjadi merah.

"Like bloody night.. Red moon.." ujar Aminudden mengangguk beberapa kali.

"Oi.. Jangan curi tulang.." kata Luqman.

Ikhwan yang berada di Bandar Aster tahu itu merupakan signal Aizel lalu dia membuat pelindung di sekeliling Bandar Lithica.

"Haih.. Menyusahkan.." ujar Ikhwan dengan muka selamba.

Langit mula menjadi merah. Tidak lama kemudian muncul sebuah meteor yang amat besar saiznya dari sebalik awan!!

Ikhwan bersiul melihat meteor yang diseru oleh Aizel. Jude pula terkejut melihat meteor itu berkali ganda besar dari meteor yang dia seru.

Luqman dan Aminudden mengaktifkan kuasa masing-masing,api biru dan kilat ungu lalu sekali hayunan.

"DRAGON WINGS!!!"

ZRASSH!!!

BOOMM!!!

Seluruh makhluk kegelapan hancur sekelip mata,Luqman dan Aminudden menghela nafas pendek.

"Okay guys good work.." Secara mengejut Aizel muncul berdekatan mereka berdua.

"Jom pergi dari sini. Urusan aku dah selesai." Kata Aizel.

"Meteor besar tu kau yang seru ke?" soal Aminudden kagum dan Aizel hanya mengangguk.

"Boleh tahan..." Luqman pula berkata mengangkat ibu jarinya.

"Dah jom.." ujar Aizel.

Mereka bertiga meninggalkan kawasan itu. Zoren yang tidak dapat terima kenyataan yang dia akan mati sekejap lagi, memaki dan terus memaki.

"Tak guna!!! Aku akan bunuh kau, Aizel!!! Celaka! Jahanam!! Kalau aku hidup aku pasti bunuh kau!!"

Meteor itu semakin dekat. Bahang teramat panas terasa. Kulit Zoren dan Yoheim mula berasap dan mencair.

"TAK GUNA KAU, AIZZEEEELLLLLLLLL!!!"

KAAAABBBOOOOOMMMMMM!!!!!

Letupan dan gegaran teramat kuat mula berlaku. Beberapa bandar merasai kekuatan gegaran itu!

"Kerja aku untuk bunuh mamat bertiga tu dah selesai.." Kata Aizel menuju ke arah motorsikal miliknya.

Tidak lama lepas itu,smartwatch milik Aizel bergema mendengar isyarat mengenai sesuatu.

"Apa?!" soal Aizel terkejut.

"Kenapa?" soal Luqman dan Aminudden serentak.

"Kota Aster diserang Vager dengan jumlah yang banyak!!"

Aizel terus menunggang motorsikal miliknya,dia segera menghidupkan enjin lalu memecut setelah gear ditekan. Luqman dan Aminudden berpandangan,mereka segera terbang mengejar Aizel.

Sekitar beberapa jam sebelumnya..

Emily yang berjalan bersama Aila,meronda bersama-sama sambil berbual serta gurau. Walaupun baru kenal tetapi Emily dan Aila,sudah dapat bergaul mesra.

"Tak sangka pula macam tu? Hehehe.." ujar Emily.

"Ya.. Luqman teruk dengan uncle Ikhwan.." kata Aila.

Tetapi lain pula Alia yang bersama Amy dan Neil,dia tidak banyak bercakap dan hanya mendiamkan diri. Amy dan Neil berpandangan,mereka garu kepala dengan situasi mereka.

"Err.. Miss Alia.. Awak okay?" soal Amy.

"Ya. Tiada masalah.." kata Alia pendek.

Amy kembali memandang ke hadapan,dia menekup muka dan disiku lembut oleh Neil.

"Dia tu tak mesra alam ke? Lain dengan birasnya.." ujar Neil.

"Shh!! Cakap tu perlahan la.. Dengar dek dia.. Marah nanti.." kata Amy pula risau.

Amy dan Neil tidak berani ingin bersuara lagi,Alia serta Aila pada masa yang sama hanya memerhatikan keadaan sekeliling. Langkahnya terhenti dan mereka berdua serentak menyedari sesuatu,Neil dan Amy serta Emily juga sedar tindakan Aila dan Alia.

"Miss Aila/Alia?"

"Something is coming.." ujar Aila dan Alia serentak walaupun berlainan lokasi.

KRAKKK..!!!

Ratusan Vager menyerang Kota Aster dengan mengejut,sekali dengan tentera makhluk kegelapan. Emily,Amy dan Neil segera bersiap-sedia dengan senjata masing-masing. Aila menyeru senjata jenis katana dan Alia pula tinjunya sudah menyala marak api kemerahan.

"Api?" soal Amy tergamam.

"Dia juga ada kuasa api?!" Neil tergamam.

Vager yang berada berhampiran ingin menyerang,Neil mengacukan senapang tetapi Alia sudah melompat tinggi ke arah Vager tersebut.

"BURNING UPPER CUT!!"

DUUUSSH..!!!

KRAANG!!

Sekelip mata Vager terus terbakar,hancur begitu sahaja dan Alia mendarat dengan kemas. Neil tercengang dan Amy tergamam,Alia mengibaskan tangannya.

"Dah lama tak beraksi.. Rasa semacam..." ujar Alia mengeluh.

ZRASSH!!...

Pada masa yang sama juga Emily dan Aila,serentak melakukan libasan dan dua Vager terbelah lalu hancur.

"Terima kasih Aila.. Awak boleh tahan hebat.." puji Emily.

"Terima kasih dan sama-sama. Awak pun apa kurangnya.." balas Aila.

Neil dan Amy berlari ke satu arah,Alia juga mengekori mereka dari belakang.

Satu tembakan dilepaskan dan Neil segera berhenti,lalu dia membalas tembakan misteri.

BOOMM!!

"SIAPA?!" Amy menyoal dengan tegas,Neil menghela nafas pendek.

"Alamak.. Serangan kau tersasar la Quye.." ujar satu suara.

"Susah nak tembak sasaran bergerak la.. Kau apa tahu?!" balas lagi satu suara.

Alia menoleh ke satu arah,ada beberapa susuk tubuh muncul dan mereka adalah sasaran yang Ikhwan cari-cari selama. Segera Alia menekan mesej secara senyap-senyap,Jude melangkah ke hadapan diekori Darth dan Quye yang memegang senapang.

"Kamu bertiga ni?" soal Amy terkejut.

"Selamat petang tuan dan puan.." ujar Jude tersenyum tenang.


========================

Yeah!

Sudah hampir ke penamat untuk crossover arc ini

Sila bersabar dan teruskan menyokong

Jangan lupa baca cerita karya istimewa milik MuhdHayatulAkmal

Jangan komen mintak update cepat ya

Komen pandangan dan vote takpe

Thanks

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top