Chapter 92 : Mulanya Serang Balas


Aizel memandu kenderaan dan menghantar Hestia,kembali ke istana dan Ikhwan pula hanya menunggu di dalam kenderaan sahaja.

"Hati-hati Aizel.. Aku tahu kau kuat.. Tapi tolong jangan leka.." ujar Hestia sebelum melangkah masuk,Aizel hanya tersengih.

"Jangan risau.. Aku tahu jaga diri aku.." kata Aizel menaikkan ibu jari.

Hestia hanya tersenyum kelat dan menghela nafas pendek,dia memegang bahu Aizel lalu mengangguk.

"Give them what they deserved.." ujar Hestia.

"As you wish, Princess.." balas Aizel tersenyum menunduk hormat.

Ikhwan yang berada di dalam kenderaan,hanya memeriksa maklumat melalui fail yang dihantar oleh Akif dari dunia mereka. Luqman dan Aminudden hanya memerhatikan sahaja,mereka duduk bersebelahan isteri masing-masing. Mujurlah Ikhwan membawa kenderaan yang mampu muatkan dalam 7 orang.

"Bagaimana uncle boleh dapat fail dari dunia kita?" soal Aminudden.

"Akif hantar gunakan kuasa magis.. Bukan gunakan internet.." jelas Ikhwan.

"Akif ada kuasa macam tu?" soal Aminudden.

"Kuasa magis uncle la Am.." ujar Luqman menoleh ke belakang.

"Eh? Uncle ada kuasa macam tu?" Aminudden menyoal dan mereka semua mengeluh.

"Am.. Jangan jadi bebal sangat boleh?" Alia yang berada di sebelahnya menegur.

"Apa? Saya cuma nak tahu.. Salah ke?" Aminudden berkata dengan mencebik,Hikari hanya ketawa kecil.

"Tak salah..tapi janganlah bebal sangat.." kata Luqman.

"Sudahlah Luqman.. Awak sendiri kenal adik awak macam mana.." Aila pula mencelah.

Ikhwan hanya tersengih mendengar perbualan mereka,Alisa pula sekadar menekup mulut menahan tawa. Tetapi Alisa tersentak dan dia menolak pintu,keluar dari dalam kenderaan dan Ikhwan hanya memerhatikan. Luqman dan Aminudden bersama isteri mereka,kehairanan dengan tindakan Alisa.

"Abang.. Ada meteor gergasi di ruang udara.." ujar Alisa.

"Berapa banyak?" soal Ikhwan.

"Dalam lima.." jelas Alisa.

"Boleh Alisa uruskan?" soal Ikhwan lagi dan Alisa tersenyum.

Amy yang sedang berdiri menyandar di tepi kenderaan,sedar tindakan Alisa mendongak ke arah udara dan dia melakukan benda yang sama.

"Apa?!" jerit Amy dan kejutkan Aizel serta yang lain.

Lima buah meteor gergasi kelihatan di ruang udara,Hestia juga menyedari keadaan itu dan mencuit bahu Aizel.

"Bukan kerja kau kan?" soal Hestia.

"Apa? Bukanlah! Gila kau aku nak gunakan meteor sekarang buat apa?!" Aizel membidas.

"Mak aih.. Besar gila ni.. Lima pulak tu.." ujar Neil dan Emily tersedar Alisa sudah terbang ke udara.

"Itu bukan puan Alisa ke?" soal Hestia.

"Ikhwan gila ke apa?" Aizel memandang ke arah Ikhwan yang baru keluar sambil menolak pintu kenderaan miliknya.

Amy pula hanya memerhatikan Alisa terbang,meninggalkan jauh ke atas dan Alisa berhenti di ruang udara. Jude dari jauh sedar keadaan tersebut,saat itu dia tersedar sepasang anak mata berwarna biru merenung tajam ke arah mereka membuatkan dia terkedu.

"Blizzard Bow.." Alisa menyeru satu busur berwarna putih salji,simbol ais terukir pada busur tersebut.

Alisa menarik tali busur dan bulatan magis elemen ais,mula terhasil dan tidak lama puluhan bulatan magis muncul sekeliling Alisa berada.

"Jet Stream : Blizzard Version.." Alisa melepaskan panahan ais dan ribuan panah ais melanggar kelima-lima meteor gergasi tersebut.

TUSSH!!

TUSSH!!

TUSSH!!!

TUSSH!!!!

Serangan daripada Alisa membuatkan kemaraan meteor terhenti terapung di udara,semua terkejut dengan efek tersebut dan Aminudden bersiul dari dalam kenderaan.

"Wow.. Hebat seperti selalu.." ujar Aminudden dan Alia hanya tidak berkata apa-apa,Hikari pula sekadar tersenyum.

"Sudah tentu.. Dia adalah Permaisuri Ais bukan sekadar nama.." jelas Luqman dan Aila pula hanya ketawa kecil.

"Meteor itu berhenti.." ujar Hestia kagum dan Amy juga begitu.

Aizel yang menyaksikan keadaan tersebut,menoleh ke arah Ikhwan dan sedar lelaki itu membuat muka selamba. Malah Aizel tahu maksud muka tersebut,ia berkata begini.

"Isteri aku seorang dah cukup.."

"Hek eleh orang tua ni.." kata Aizel tersengih dan Emily hanya ketawa kecil.

Neil yang menyaksikan dari bawah,turut terkejut malah sedar reaksi Amy yang tergamam kemudian dia sekadar tersenyum kelat.

"Tak apa.. Awak masih boleh menjadi kuat.." ujar Neil.

"Saya tak berani nak cakap.. Tapi kekuatan kak Lisa.. Lebih kuat dari semasa kali terakhir kita berjumpa.." ujar Amy pula.

Alisa melenyapkan busur ais miliknya,dia mendepakan tangan dan dihalakan ke arah kelima-lima meteor gergasi. Alisa menarik nafas panjang,dia menggabungkan kelima-lima meteor yang membeku.

Ikhwan tersedar sesuatu lalu tersengih,satu cahaya sfera terbentuk di tangan Alisa lalu membesar sama saiz dengan teknik Sun Destroyer Ikhwan.

"Blizzard Destroyer.."

Alisa menembak bebola sfera bercahaya putih,ke arah meteor yang digabungkan menjadi satu. Bebola cahaya sfera putih salji,itu terbang perlahan dan sebaik menyentuh meteor itu.

BOOMMMMMM..!!!!!!!!!

ZWOOSSH!!!!!

Letupan yang amat dahsyat berlaku,Neil tergamam dan Amy hanya terkedu. Emily menelan air liur,penumbuknya dikepal dengan kuat dan Aizel tersengih.

"Seperti yang aku jangka.. Kak Lisa pasti tidak curi tulang semasa melakukan latihan.." kata Aizel.

Alisa kembali mendarat di sebelah Amy,mereka berdua berbalas pandangan dan Alisa memberikan senyuman manis.

"Akak juga berlatih.." ujar Alisa pendek dan berjalan pergi lalu Amy memandang ke arah Alisa.

"Saya juga tidak akan kalah!" Amy berkata dengan yakin dan Alisa sedikit terkejut kemudian dia tersenyum.

"Ya.. Kita sama-sama berusaha.." kata Alisa tersenyum girang begitu juga Amy.

"Baiklah.. Aku masuk dulu.. Melihat kebolehan 'jiran' kita.. Aku tidak perlu risau.." kata Hestia melangkah masuk ke dalam pintu utama istana.

Aizel tersenyum mengangguk dan Ikhwan tersengih,mereka berdua sekadar berbalas senyuman.

"Alright guys! Lets get going.."

Hestia yang sudah melangkah masuk ke dalam istana,sekadar memerhatikan dua buah kenderaan itu beredar pergi.

"SIAL!"

Zoren menghentak meja dan merengus,rancangan dia yang ingin hancurkan kota tidak berjaya. Meteor itu semua dengan mudah,dihentikan oleh seorang wanita.

"GAGAL LAGI..! SIAPA SEBENARNYA MEREKA TU?! HANYA SEORANG WANITA SAHAJA MAMPU HENTIKAN METEOR TU SEMUA!? MENGARUT!" Zoren berkata lantang membuatkan Yoheim dan Rezard tidak berani bersuara.

"Ini perkara yang baru.." Quye berkata dengan tiba-tiba dan Zoren merenungnya.

"Kau nak cakap apa?" soal Zoren merenung tajam ke arah Quye,Jude yang ada di situ bersama Darth hanya membiarkan sahaja.

"Aku nak cakap.. Kalau kau memandang rendah pada mereka yang berasal dari dunia lain... Hanya mengundang maut.. Kau beruntung masa pertama kali bertemu,dia tidak mengejar.." kata Quye panjang lebar.

"Kau nak beritahu orang digelar Ikhwan ini.. Amat berkuasa?" soal Zoren merenungnya.

"Ya.. Kalau kau tidak berhati-hati.. Dia akan cabut nyawa kau.." Jude mencelah.

"Bullshit! Kau nak kata dia setaraf dewa?!" ujar Zoren mula berang.

"Terpulang... Jika kau ingin percaya atau tidak.." balas Jude tersenyum simpul.

Zoren segera beredar dan disusuli Yoheim serta Rezard,Jude dan Quye serta Darth hanya memerhatikan sahaja mereka beredar. Jude menoleh ke satu tempat yang gelap,melihat ke arah susuk tubuh gergasi yang masih tidak kelihatan.

"Tetapi aku puji.. Eksperimen itu amat berguna.. Mungkin dengan ini,kita mampu cipta makhluk terulung.." Jude berkata dengan wajah yang tenang.

"Bagaimana dengan 9 lagi servant?" soal Darth.

"Kenapa nak fikirkan tentang mereka.. Aku hanya inginkan kuasa.. Aku tidak peduli mengenai membebaskan Maybus Apocalypse.. Jika yang lain nak bangkitkan.. Silakan." kata Jude mengeluh.

"Bagaimana dengan Ikhwan Syah Al'Solleh?" soal Quye.

"Sebelum risaukan dia.. Lebih baik kau risaukan Aizel Neifelhem.. Dia juga adalah obstacles menghalang rancangan kita.." jelas Jude lalu Quye dan Darth mengangguk faham.

Ikhwan memandu dengan tenang mengekori dua buah kenderaan,di hadapannya dan menjeling ke cermin pandang belakang.

"Luqman.. Aminudden.. Bagaimana siasatan kamu? Jumpa Bahamuth?" soal Ikhwan.

"Tidak tuan.. Kami hanya jumpa naga yang mempunyai core di dada.. Sekali orang bernama Damon mendakwa dia dari 13 Servant of Demon.." jelas Luqman dan Ikhwan terkejut sedikit lalu mengangguk faham.

"Jadi? Apa keputusannya?" soal Ikhwan.

"Kami dah hapuskan dia.." jelas Luqman.

"Kamu berdua bunuh dia?" soal Ikhwan.

"Ya uncle.. Dengan gabungan kuasa kami.. Semua selesai!" ujar Aminudden menunjukkan tanda peace.

Ikhwan membesarkan mata dan tersenyum,dia mengangguk sambil matanya fokus ke hadapan kerana sedang memandu.

"Kerja yang bagus.." ujar Ikhwan dan dua beradik itu berpandangan,kemudian mereka tersengih.

Aizel kini berhenti di hadapan rumahnya,Ikhwan juga berhentikan kenderaannya. Luqman dan Aminudden turun dari dalam kenderaan,Aila disusuli Alia dan Hikari juga mengekori mereka turun.

Alisa juga sama turun dari kenderaan,seiring bersama Ikhwan dan menutup pintu kenderaan.

"Uncle?" soal Luqman dan Ikhwan hanya menggelengkan kepala.

"Kita juga perlu bersiap-sedia.." ujar Ikhwan.

"Ya..!"

*************************

Aizel, Emily, Amy dan Neil kini berada di rumah. Kelihatan lelaki itu sedang mengemaskan pakaian miliknya.

Emily menyentuh belakang Aizel. Terpapar raut wajah risau oleh Emily. Aizel menghela nafas sambil tersenyum.

"Jangan buat muka macam tu. Tak semangat terus abang nak pergi bertempur." Tegur Aizel.

"Still..Saya rasa tidak sedap hati.."

"Itu cuma mainan perasaan sayang je. Jangan nak terlalu tumpukan kepada perasaan tu. Ok? Abang janji abang akan balik dengan selamat.." Kata Aizel.

"Abang janji?" Soal Emily.

"Abang janji, sayang. Dah.." Balas Aizel.

"Baiklah. Seperti yang dibincangkan tadi. Sayang dan Amy akan bersedia di barisan hadapan. Neil pula berada di beberapa kilometer di belakang Emily dan Amy. Kau kena jaga perimeter juga." Arah Aizel.

"Baiklah.."

"Musuh kali ni kita tidak tahu status mereka. Ada kemungkinan mereka lebih kuat dari apa yang kita sangkakan jadi saya nak kamu semua berhati-hati. Jangan sampai ada yang tercedera parah.." Sambung lelaki itu.

"Ada apa-apa persoalan..?" Soal Aizel.

"Apa jadi kalau kau yang balik dengan cedera parah?" Soal Neil. Emily segera mencengkam kuat lengan Aizel.

"Kau last makan kasut bila? Kau nak sekarang? Soalan kau macam kau nak minta kasut." Balas Aizel geram.

"Err...Hehehehe...Sorry.."

"Jadi? Selain dari pertanyaan tak berguna dari Neil, ada apa-apa pertanyaan lagi?" Soal Aizel lagi. Semua menggoyangkan kepala.

"Baiklah. Ingat apa yang disuruh. Emily dan Amy..Kamu berdua boleh all out kali ni. Kau juga, Neil."

"Baiklah." Balas mereka bertiga.

Aizel segera menuju ke garaj. Dia segera menaiki motosikal miliknya. Enjin dihidupkan dan bunyi motosikal yang garang mula kedengaran.

Aizel sempat mengucup dahi Emily. Wanita itu hanya mampu tersenyum sahaja.

"Well then, goodluck for all of us.." Ucap Aizel lalu dia dengan laju meninggalkan Emily, Amy dan Neil.

Ikhwan yang ditemani Luqman dan Aminudden,serta Aila dan Alia disusuli Hikari dan Alisa. Memerhatikan Aizel yang sudah bergerak,dia menerima pesanan ringkas.

Tolong buat pelindung jika bulan menjadi merah
: Aizel Neifelhem

Mesej itu dibaca dan Ikhwan tersenyum,Ikhwan menoleh ke arah dua beradik di sebelahnya.

"Am.. Luq.. Ikut Aizel.. Jangan sampai dikesan.." arah Ikhwan dan dua beradik itu mengangguk lalu terbang pergi dari situ.

"Aila dan Alia berikan bantuan pada Emily.. Alisa dan Hikari dengan saya.. Faham?" soal Ikhwan.

"Faham uncle.." ujar Aila,Alia dan Hikari.

"Jadi bertindak.." kata Ikhwan lagi.

Aila dan Alia terus melompat menghampiri Emily dan Amy serta Neil,mereka bertiga agak terkejut dengan kehadiran mereka.

"Kami akan bantu.." jelas Aila tersenyum dan Alia hanya mengangguk.

"Tak apa ke?" soal Amy.

"Ya.. Ia permintaan uncle Ikhwan.." ujar Alia pula.

"Mana dia dan kak Lisa serta isteri kedua Am?" soal Emily dan Amy serta Neil terkedu mendengarnya.

"Isteri KEDUA?!" soal Amy dan Neil serentak,Alia menggaru pipinya dan Aila ketawa kecil.

"Hehe.. Uncle Ikhwan dan lain ada di sekitar sini.. Jangan risau kami berdua sudah cukup.." jelas Aila.

"Baiklah.. Aila.. Awak dengan saya.. Alia pula ikut Amy dan Neil.. Boleh?" Emily mula memberi arahan dan mereka mengangguk.

Jude,Darth dan Quye ketika itu sudah berada di dalam Kota Aster. Senyuman sinis terukir dan Jude melangkah,Darth dan Quye mengekorinya dari belakang.

"Zoren,Yoheim dan Rezard tidak akan melawan Aizel.. Kau tahu bukan?" soal Quye.

"Hehe.. Mereka hanya korban sahaja.." jelas Jude sinis dan Darth ketawa kecil.

"Masa untuk kehancuran.." ujar Darth memainkan jari-jemarinya.

"Ya.. It's for our laugh.. Ha.. Ha.. Ha..." Jude ketawa sinis.

"Buruk kau ketawa lah.." Quye mencelah dan Darth mengangguk setuju

"Ah? Ye ke? Sorry lah.." balas Jude selamba.

======================

Hellooo guys

Sudah hampir kemuncak

Jadi Sama-sama kita tunggu aksi mereka

Sila komen dan vote okay

That it

Adeu!

No comments asking fast update okay


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top