Chapter 89 : Makmal Kajian & Bahamuth
Ikhwan bersama Aizel dan yang lain,Neil dan Amy serta puteri Hestia ada bersama juga. Alisa hanya duduk di sisi Ikhwan mendiamkan diri,Ikhwan hanya berdehem dan mula membuka mulut.
"Ehem.. Sebelum tu saya nak minta maaf pada puteri Hestia dan Amy.." ujar Ikhwan dan puteri Hestia serta Amy kehairanan.
"Atas sebab apa tuan ingin minta maaf?" soal puteri Hestia.
"Sebabkan 'kehilangan' Aizel selama sehari adalah angkara saya.." jelas Ikhwan.
"Maksud abang Ikhwan?" Amy masih tidak faham.
"Saya yang mengajak mereka ke dunia saya.. Lagi dengan peredaran masa dunia kamu dengan dunia saya.. Berbeza.. Dunia kamu cepat sikit peredaran waktunya.." jelas Ikhwan dan puteri Hestia ketawa kecil.
"Tidak apa tuan.. Ia tetap salah Aizel dan Emily sebab tidak fikirkan Luke.." jelas puteri Hestia tersenyum.
"Luke?" soal Ikhwan.
"Anak aku.." Aizel mencelah dan Ikhwan mengangguk sahaja.
"Jadi apa yang ingin dibincangkan?" Neil mencelah akhirnya.
"Ah..masuk skrip akhirnya.." kata Ikhwan dan semua kehairanan.
"Skrip?" soal Aizel dan Ikhwan tersentak.
"Tiada apa-apa.. Ehem!"
"Aku terus ke topik utama.." ujar Ikhwan dan menekan pada jam miliknya.
Skrin hologram terpapar dan Ikhwan tolak dengan jari telunjuknya,skrin hologram itu menunjukkan bangkai Vager yang sudah mati dan mereput.
"Ini baru sikit.. Sekejap.." ujar Ikhwan dan memegang skrin itu lalu ditarik,dijadikan empat skrin hologram.
"Apa semua ni?" soal Neil tergamam.
"Ia adalah bangkai Vager.." jelas Aizel dan Neil kehairanan.
"Bukankah Vager bila mati.. Ia terus hancur dan lenyap?" soal Neil.
"Kau dengar je apa yang dia nak terangkan.." kata Aizel memandang ke arah Ikhwan.
"B-baiklah. Silakan sambung.." Kata Neil pasrah.
"Pada yang ada di sini mesti hairan kenapa makhluk ini jadi bangkai?" soal Ikhwan dan semua mengangguk sahaja kecuali Alisa,Aizel dan Emily.
"Aku sendiri tidak dapat nak pastikan.. Tetapi ia adalah bangkai Vager dari dunia kamu.. Ada satu pihak memperkenalkan diri mereka sebagai Zoren,Yoheim dan Rezard.. Serta ada empat orang lagi yang identiti masih belum dikesan.." jelas Ikhwan dan menunjukkan gambar mereka.
"Apa yang mereka buat sehingga boleh kekalkan tubuh Vager tu? Ia buatkan saya musykil.." ujar puteri Hestia.
"Alisa.." Ikhwan meminta Alisa menerangkan.
"Semasa ketika kami menyiasat. Kami menjumpai satu cecair.. Apabila kami tuang ke satu bekas.. Ia menjadi mengeras seperti ini.." kata Alisa menunjukkan video mainan semula,mengenai cecair itu.
"Jadi cecair tu?" soal Amy dan Alisa menggelengkan kepala.
"Kami sendiri pun tidak tahu.." Emily mencelah.
Ikhwan menghela nafas pendek,dia memandang ke arah langit.
"Berkenaan cecair tu. Apa kata kita pergi ke satu tempat yang mungkin boleh merungkai misteri pasal cecair tu." Kata Aizel memberi cadangan.
"Kau ada klu?" soal Ikhwan.
"Maybe? Aku ada kenal satu pasangan suami isteri ni. Mungkin mereka dapat pecahkan misteri untuk cecair ni. Jadi? Balasan kau?" Soal Aizel.
"Tiada masalah.. Kau tunjukkan jalan.. Aku follow belakang je.." balas Ikhwan tersengih.
"Ok kalau macam tu. Kau dan Alisa tumpang kereta aku. Amy dan Neil bersama dengan Puteri Hestia." kata Aizel.
"Anak kita bang?" soal Emily.
"Luke pula ibu dan ayah boleh tolong jagakan kejap." ujar Aizel dan Ikhwan mencuitnya.
"Pasal kenderaan tak payah susah-susah.. Aku boleh naik kereta sendiri.. Kami tak nak kacau kau dan Emily.." ujar Ikhwan tersengih dan memetik jarinya.
Sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda,muncul di hadapan mereka tepat di parkir kenderaan. Alisa hanya tersenyum sahaja,melihat reaksi Neil,Amy dan puteri Hestia yang tergamam.
"Okay.. Kalau kau kata macam tu.." ujar Aizel.
Aizel dan Emily memujuk anaknya,yang masih berusia setahun serta berbual dengan bapanya iaitu Robert.
"Ayah.. Minta tolong eh?" pinta Emily tersenyum kelat.
"Haih. Ayah harap kamu tak terlalu sibuk hingga lupakan Luke." Kata Robert sambil mendukung Luke.
"Kami takkan lupakan sumber kebahagiaan kami." Balas Aizel tersenyum begitu juga Emily.
Semua mengambil tempat masing-masing,
"Jadi, semua dah sedia?" Soal Aizel.
Semua segera masuk ke dalam kenderaan masing-masing,enjin dihidupkan dan Aizel memandang ke arah Ikhwan yang sedang berkata sesuatu pada Alisa. Ikhwan sedar tenungan Aizel,segera mengangkat ibu jarinya tanda sudah sedia.
Maka, mereka semua mula bergerak menuju ke arah tempat yang Aizel nyatakan.
Beberapa ketika kemudian, mereka tiba di satu tempat yang luas dan mempunyai banyak bangunan.
Aster's Research & Found Laboratory ialah nama kepada tempat yang mereka berada.
Setelah meletakkan kereta pada tempat yang disediakan Aizel dan yang lain keluar.
"Abang nak jumpa siapa di sini?" Soal Amy.
"Siapa lagi. Eva dan Que..Abang rasa mereka berdua sahaja yang dapat merungkai misteri pasal cecair tu." Balas Aizel.
Ikhwan dan Alisa turun dari kenderaan,mereka memerhatikan agak lama bangunan yang dimaksudkan oleh Aizel.
"Abang pasti ke?" soal Alisa.
"Kenapa tidak? Mungkin mereka, ada jawapan untuk semua ini.." kata Ikhwan.
Alisa hanya mengangguk sahaja,lalu dia mengekori Ikhwan dari belakang menghampiri Aizel dan Emily. Puteri Hestia, Amy dan Neil juga menyusul.
"Jom." Kata Aizel.
Mereka memasuki satu bangunan. Semua pekerja yang berada di situ segera menunduk apabila ternampak akan kelibat Puteri Hestia.
Sang puteri itu hanya mengankat tangan sebagai balasan dan menyuruh pekerja yang berada di situ menyambung semula pekerjaan mereka.
Aizel memasuki sebuah lif dan diikuti oleh yang lain. Dia menekan punat nombor -4.
Tidak lama kemudian dia dan yang lain tiba. Kelihatan pelbagai jenis kajian berada di kawasan itu.
"Que!? Eva!? Mana korang!?" Soal Aizel dengan kuat.
Tidak lama kemudian, mereka kedengaran satu bunyi seperti orang terjatuh lalu muncul seorang lelaki.
"Ah, Aizel..Ada apa yang kau datang ke makmal kami yang semak ni? Dan siapa pula dua orang ni?" Soal lelaki itu.
"Ikhwan, kalau kau tak kisah.."
"Maafkan aku.. Nama aku Ikhwan Syah Al'Solleh,ini isteri aku.. Alisa Darweez.. Siapa kami? Kau boleh panggil kami.. Pelawat dari dunia lain.." ujar Ikhwan menunduk hormat,disusuli Alisa.
"A-ah. I see..Pelawat dari dunia luar. My name Que. Just Que. Salah satu penyelidik dalam makmal ni. Ada sorang lagi penyelidik kat makmal ni. Isteri saya..Tapi menghilang pula.." Balas lelaki bernama Que.
"Eh? Bini hilang dari makmal ni pun kau tak perasan?" Soal Neil.
"Manalah aku tahu..Aku sibuk dengan kajian aku terbaru ni hah.." Balas Que.
"Kajian apa?" Soal Neil.
"Pasal DNA Vager.."
"Cerita pasal benda tu, ada benda yang aku nak minta tolong kat kau." Sampuk Aizel.
"Minta tolong?"
"Yeah. Si Ikhwan ni ada satu cecair misteri. Aku nak kau kaji selidik cecair tu. Mungkin kau ada jawapannya." Balas Aizel.
"Mana cecair tu?"
Ikhwan mengeluarkan sebotol kecil berisi cecair yang dimaksudkan,dia menghulurkan botol kecil itu pada Que.
"Ni dia.. Kalau kau tak kisah.." ujar Ikhwan.
Que menyambut botol kecil itu dari Ikhwan. Dia memerhati seketika botol kecil itu.
"Its indeed a Vager's blood. But, something off..Let me check it." Kata Que lalu segera menuju ke tempat dia melakukan kajian.
Setengah jam kemudian, Que masih juga tak dapat keluar dari tempat dia melakukan kajian.
"Lama betul dia amik masa nak kaji.." Kata Neil.
"Sabarlah sikit." Sampuk Aizel.
Tidak lama kemudian, seseorang muncul dari lif. Kelihatan seorang wanita sedang memegang tangan seorang budak lelaki berusia 5 tahun.
"Err..Ramainya." Kata wanita itu.
"Eva." Tegur Aizel.
"Tuan puteri juga ada. Dan siapa dua orang ni." Soal wanita yang dipanggil sebagai Eva.
"Ni Ikhwan dan Alisa. Pelawat dari dunia lain." Balas Aizel. Ikhwan dan Alisa hanya menundukkan diri mereka sebagai tanda hormat. Begitu juga dengan Eva.
"Alolo kesayangan akak Amy. Sam macam mana? Sihat?" Soal Amy yang segera mengangkat budak lelaki itu.
Que keluar tidak lama kemudian.
"Aizel, tekaan aku betul. Cecair ni memang darah Vager tetapi satu genetik berlainan dimasukkan." Kata Que dengan serius.
"Bahamuth..." ujar Ikhwan pendek dan semua menoleh ke arahnya.
Hazen pada masa yang sama memandang ke satu arah.
"Ada sesiapa yang sebut nama Bahamuth?" Soal Hazen.
Berbalik di makmal penyelidikan. Aizel dan yang lain tertanya-tanya.
"Bahamuth? That myth dragon?" Soal Aizel.
"Yeah and he is one of the most strongest dragon in my world.." jelas Ikhwan.
======================
Hellooo guys
What's up
Harap semua sihat walafiat
Kalau terasa nk demam cepat la ke klinik,takut jadi lebih serius kita tidak tahu
Komen pandangan dan vote serta jangan komen minta update ye
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top