Chapter 88 : 7 Musuh Misteri
Aizel keluar dari portal bersama dengan Emily dan diikuti oleh Ikhwan dan Alisa.
Kelihatan Ikhwan set portal mereka tepat di kediaman mereka. Aizel tersenyum.
"Nampaknya kau tepat munculkan portal ni, Ikhwan. Hahaha.." Kata Aizel.
"Well.." Ikhwan hanya mengangkat bahu.
Aizel membuka pintu rumahnya. Dia masuk bersama dengan Emily.
"Jemput masuk, bro." Kata Aizel mempelawa Ikhwan masuk.
"Abang.. Kejap.." Alisa mencuit bahu Ikhwan,kemudian berbisik sesuatu pada suaminya.
"Kenapa bro?" soal Aizel kehairanan.
"Aku dapat rasa satu aura tak senang dari rumah kau, Aizel. Aku rasa aku dan kak Alisa kau stay luar kejap." Balas Ikhwan menolak perlawaan Aizel.
"Huh? Ok bro. Kamu berdua boleh duduk kat pondok tu. Nanti aku dan isteri aku keluar bawa sedikit snack dan air. Boleh bincang pasal perkara penting tu." Kata Aizel lalu dia masuk ke dalam bersama Emily.
Ikhwan dan Alisa hanya memerhatikan mereka melangkah masuk ke dalam rumah,Alisa memandang Ikhwan dan suaminya hanya tersenyum sahaja.
"Tak apa ke?" soal Alisa dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.
"Kita jangan masuk campur urusan rumah tangga orang lain.." ujar Ikhwan dan Alisa mengangguk sahaja.
"Erk!" Emily dan Aizel terkejut apabila melihat beberapa orang yang mereka kenal.
Amy dan Puteri Hestia serta tidak kurang juga ibu bapa angkat Aizel. Hanna dan Robert. Air muka mereka benar-benar sedang menahan marah.
"Err..Hai?" Tegur Aizel tersenyum kelat.
"Hai!? Lepas sehari hilang tanpa dapat dihubungi, itu je yang abang mampu cakap!?" Soal Amy marah.
"Sehari?" Soal Aizel.
"Ya! Apa jenis ibu bapa abang dan kakak ni!? Luke dah menangis sepanjang hari cari kamu berdua tahu tak? Nasib ibu dan ayah ada. Kalau tak!?" Soal Amy marah.
"Ke mana kamu berdua menghilang, Aizel? Emily?" Giliran Puteri Hestia pula menyoal.
"Ayah harap kamu berdua tak ulang lagi. Haih..." Kata Robert mengeluh.
"Ibu dah naik pening nak buatkan Luke ni tidur. Kenapa kamu berdua tinggalkan dia..?" Soal Hanna.
Aizel dan Emily hanya mampu berdiri macam tunggul apabila dileteri oleh 4 orang itu.
Terutamanya Amy yang marah benar dengan Aizel.
Ikhwan dan Alisa yang sedang berada di luar dan duduk di pondok yang ditunjuk oleh Aizel.
Pasangan suami isteri itu hanya mampu tersenyum kelat apabila mendengar dengan jelas Aizel dan Emily kena leter.
"Nasib kaulah,Aizel."
Ikhwan tersentak merasai aura yang kuat,datang dari satu arah dan Alisa turut merasai apa yang Ikhwan rasa.
"Abang.. Ini.." Alisa menoleh ke arah Ikhwan.
"Ya.. Ianya sama seperti aura dari dunia Mithgar." Ikhwan berkata dan bersama Alisa terus terbang ke arah tersebut.
Ikhwan dan Alisa terbang menuju ke arah dari mana datangnya daya kuasa,tidak lama lepas itu kelihatan beberapa orang askar elit sedang berlawan dengan sesuatu.
Salah seorang askar elit hampir ditikam,rakannya cuba membantu namun jaraknya amat jauh. Ikhwan mendecih dan terus bergerak pantas,dia menahan serangan makhluk misteri tersebut.
"Get back!" arah Ikhwan dan askar itu segera berundur.
Makhluk tersebut hampir menyerupai bentuk manusia,Ikhwan hanya menepis tumbukan dan saat makhluk tersebut ingin menyerang lagi. Sebuku penumbuk mengenai rahang makhluk itu,lalu terpelanting jauh merempuh dinding dan hancur.
Askar elit yang ada di situ,hanya mampu tergamam sahaja melihat Ikhwan menghapuskan makhluk tersebut tanpa alat bantuan.
Tiba-tiba kedengaran tepukan tangan,Ikhwan menoleh dan Alisa mendarat di sebelahnya. Tujuh orang pemuda berdiri di hadapan Ikhwan,sambil tersenyum sinis ke arahnya.
"The troublemaker I assume this people are?" soal Ikhwan pada askar yang berada di situ.
"Y-yes sir.. They summon that thing and suddenly attack us.." jelas askar tersebut.
"So you Ikhwan Syah Al'Solleh?" soal salah seorang daripada mereka,Ikhwan merenung ke arah mereka.
"How do you know my name?" soal Ikhwan.
"Calm down.. My name is Zoren... This is my friends Yoheim and Rezard.." jelas lelaki bernama Zoren.
Empat lagi lelaki berkerudung hanya berdiri,tidak mencelah dan melakukan apa-apa. Ikhwan hanya menjeling sahaja ke arah mereka,jelas Ikhwan tahu sesuatu daripada empat orang tersebut.
"So that things earlier is your doing huh?" soal Ikhwan.
"I think you already notice about our experiment.." kata lelaki bernama Zoren itu.
"So you are the guy whose responsible for all of this?" soal Ikhwan dan Zoren tersengih sahaja.
"If I say yes.. What would you do?" soal Zoren sinis.
"I'll burn you to ashes.." Ikhwan ingin mara namun Zoren memetik jarinya.
Sesuatu timbul dari dalam bayang mereka,satu susuk tubuh berbentuk seiras manusia. Melangkah ke hadapan dan Zoren,berundur ke belakang dan hilangkan dirinya.
"Not this time... Not this time Dragon King.." ujar salah seorang lelaki berkerudung dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.
Puluhan makhluk berbentuk manusia,melangkah perlahan kemudian terus memecut ke arah Ikhwan dengan laju.
"This is pain in the ass.."
BRAAM!!!
Ikhwan sekelip mata menghentak salah satu makhluk hitam berbentuk manusia,ke tanah dengan kasar dan ketika itu Aizel yang masih dileteri Amy tersentak.
Ikhwan bergerak ke belakang makhluk berbentuk manusia,dia menghela nafas pendek dan menghayunkan tinjunya lalu makhluk tersebut terus hancur.
DUSH!!
Makhluk itu dihempas ke bumi dan Ikhwan,bakar sehingga hancur dan lima ekor lagi meluru dari belakang Ikhwan.
KRAKKK!!
Sekelip mata terus terbeku begitu sahaja,Ikhwan menoleh ke satu arah dan Alisa hanya tersenyum.
"Hmmph.." Ikhwan membalas senyuman Alisa lalu kembali melanyak makhluk-makhluk itu.
Tidak lama lepas itu,Aizel dan Emily serta yang lain baru tiba di kawasan tersebut. Makhluk berbentuk manusia ingin menerkam ke arah Ikhwan,namun Ikhwan menghela nafas dan api biru dihasil.
"DRAGON WING!!"
ZROOSSHH!!
Sekelip mata makhluk tersebut itu hancur,itu yang terakhir dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek sebelum menyedari kehadiran Aizel.
"Hey bro.. Siap dah kena leter?" soal Ikhwan tersengih.
"Kau perli aku?" soal Aizel bengang dan Ikhwan sekadar ketawa sahaja.
Amy memerhatikan Aizel dan Ikhwan berbual,melihat Aizel merungut sambil ditenangkan oleh Ikhwan dan matanya terhenti di satu tempat.
"Kak Lisa!?" Amy agak terkejut melihat Alisa turut ada bersama,Alisa menoleh ke arahnya dan tersenyum.
"Hai Amy.. Lama tak jumpa ya?" Alisa berkata sambil melambai ke arah Amy,puteri Hestia yang turut berada bersama mengenali individu itu.
"Dia bukan ke.." puteri Hestia menegur Emily untuk kepastian.
"Ya.. Mereka berdua ialah individu yang kita jumpa beberapa tahun lepas.." jawab Emily.
"Kenapa mereka ada di dunia ini?" soal puteri Hestia.
"Hey Ikhwan.. Kau kena beri penjelasan mengenai hal yang kita bincang tadi pada yang lain.." jelas Aizel.
"Sudah tentu... Aku tiada masalah.." kata Ikhwan pula.
"Cantik.. Aku akan hubungi beberapa orang yang aku percaya.." ujar Aizel pula dan Ikhwan hanya sekadar mengangguk.
"Baiklah.."
========================
Hellooo guys
What's up?
Sihat hendaknya
Aku akan slow kan update selepas arc ni tamat
Itu je lah
Beri komen dan vote ok
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top