Chapter 85 : Marah Si Isteri
Aminudden duduk melutut dan kakinya mula kebas,mukanya pucat dan renungan daripada dua orang isterinya. Alia dan Hikari buatkan perutnya sakit kerana terlalu takut,tetapi nak tak nak dia kena pandang muka dua orang isterinya.
"Apa salah saya?" soal Aminudden dan Alia mengurut penumbuknya.
"Awak tanya apa salah awak? Bagus.. Bagus.." kata Alia.
"Alia?" soal Aminudden tersengih.
"Semalaman awak tak balik.. Mana awak pergi?" Hikari mencekak pinggang dengan senyuman dinginnya.
"Saya sudah jelaskan bukan?" soal Aminudden.
"Awak pergi ke dunia lain tanpa sengaja bukan?" soal Hikari dan Aminudden mengangguk berulang-kali.
"Jangan nak menipu,hanya uncle Ikhwan sahaja mempunyai abiliti merentasi dimensi.. Beritahu saya.. Awak ke mana malam tadi?" soal Alia dengan renungan tajam.
"Ya tuhanku.. Kenapa mereka susah sangat nak percaya!?" soal Aminudden dalam hati.
"Saya dah beritahu Aila,saya ke dunia lain tanpa sengaja.." sama juga situasi pada Luqman,Aila turut tidak percayakan kata-katanya.
"Awak keluar semalaman.. Ada urusan dan tidak pulang ke rumah.. Lepas tu balik pada awal pagi,lepas tu beri alasan yang awak termasuk ke dunia lain?" soal Aila.
"Ya Aila..." ujar Luqman.
"Awak kata nak lakukan siasatan.. Mengenai sesuatu?" soal Aila lagi.
"Ya.. Aila.." jawab Luqman mengangguk.
"Tiba-tiba pintu aneh muncul dan awak tanpa fikir masuk walaupun Aminudden sudah halang?" soal Aila.
"Ya..." kata Luqman mengangguk.
"Malam ni awak tidur di rumah seorang diri,saya nak ke rumah bonda.." kata Aila pula dan malas mahu berbicara lagi.
Luqman hanya tergamam sahaja,Aila melangkah pergi dan Risya yang menyaksikan dari satu sudut menghampiri Luqman.
"Ayah okay?" soal Risya dan Luqman menundukkan kepalanya.
"Tak..." jawab Luqman.
Luqman menghela nafas panjang,begitu juga Aminudden di sebuah kafe. Mana lagi kalau bukan di Arjuma Cafe,Razeef yang sedang lap cawan dan gelas kehairanan.
"Boss.." sapa Razeef dan Arjuma menoleh ke arah dia.
"Hmm..." balas Arjuma sambil mengira sesuatu.
"Kenapa dengan putera tu? Dua-dua muka monyok je.." ujar Razeef.
"Entah.. Aku malas nak ambil tahu.. Bergaduh dengan bini agaknya.." kata Arjuma.
Luqman menghela nafas lagi sekali,kemudian kotak rokok dikeluarkan dan sebatang rokok dicabut. Aminudden sudah menghulurkan jari telunjuk yang dinyalakan api,Luqman terdiam sebelum mencucuh rokok pada api tersebut.
"Terima Kasih.." ujar Luqman.
"Takde hal.." balas Aminudden.
Luqman menghisap rokok dan asap dilepaskan ke udara,mujur mereka duduk di kawasan khas untuk perokok.
"Rokok kat kotak tinggal berapa batang bro?" soal Aminudden.
"Hmm? Sekejap.." ujar Luqman memeriksa kotak rokok,ada 5 batang rokok lagi.
"Ada lima batang je tinggal.." jelas Luqman dan Aminudden meletakkan sekotak rokok.
"Kau merokok ke?" soal Luqman terkejut.
"Aku beli tanpa sedar.." jelas Aminudden dan Luqman hanya menggaru kepala lalu mengambil kotak rokok yang masih berbalut plastik.
Luqman menghisap rokok dan berpandangan dengan Aminudden,tidak lama lepas itu mereka melepaskan helaan yang panjang.
Selepas dalam beberapa saat,bunyi kereta dengan eksoz yang amat kuat. Melepasi depan kafe tersebut,tidak lama lepas itu kereta polis pula mengejar dari belakang. Luqman dan Aminudden duduk berhadapan,kemudian mereka berdua terdiam sejenak dan senyuman sinis pada dua beradik itu terukir.
"Bagus.." ujar Aminudden bangun.
"Kita tengah bengang.." kata Luqman.
"Ada yang sudi menjadi tempat lepaskan geram.." serentak Luqman dan Aminudden berkata.
Aizel dan Emily mengekori Ikhwan dan Alisa,mereka berdua memerhatikan keadaan istana. Nampak berlainan dan kelengkapan istana Mentari melebihi apa yang mereka jangkakan,tidak lama lepas itu Ikhwan berhenti di hadapan pintu bilik.
Pintu bilik pejabat milik Ikhwan bertugas,Alisa terlebih dahulu melangkah masuk dan Ikhwan memandang ke arah Aizel serta Emily.
"Silakan masuk.." ujar Ikhwan dan Aizel serta Emily hanya mengangguk sahaja sambil tersenyum.
Aizel dan Emily melangkah masuk selepas Ikhwan,sebaik mereka masuk Ikhwan mengaktifkan komputer miliknya melalui smartwatch. Aizel dan Emily agak kagum melihat bilik pejabat milik Ikhwan,Alisa sudah ke satu ruang untuk pantry.
"Wow.. Ini bilik kerja kau..? Nampak kemas dan futuristic.." jelas Aizel dan Ikhwan tersenyum sahaja.
"Ha.. Duduk la.. Aku cari fail tu kejap.." ujar Ikhwan duduk di meja kerjanya,Aizel dan Emily mengambil tempat duduk di sofa.
(Bilik pejabat Ikhwan)
Alisa datang dengan membawa dulang,dihidangkan air minuman dan Aizel serta Emily hanya mampu tersenyum.
"Susahkan kakak je.." kata Emily tersenyum kelat.
"Nah.. Tak ada susahnya.." ujar Alisa duduk di kerusi single.
"Aizel.. Kau tengok ni.." ujar Ikhwan yang dari tadinya diam sahaja,Aizel ingin bangun namun Ikhwan menghalang.
"Tak.. Tak.. Tak payah bangun.. Kau tengok dari situ je.." jelas Ikhwan dan Aizel kehairanan.
Meja yang di hadapan mereka memaparkan monitor visual,gambar bangkai makhluk dengan core di kawasan dada.
"Ikhwan.. Ini?" soal Aizel dan Ikhwan mengangguk.
"Ya.. Itulah makhluk yang aku ada sebutkan tadi.. Serupa dengan Vager di dunia kau bukan?" soal Ikhwan dan Aizel hanya memerhatikan sahaja gambar tersebut.
"Tapi bagaimana makhluk ini boleh berada di dunia ini?" soal Emily ingin tahu.
"Sama ada pihak dari dunia awak dan dunia ini bekerjasama dalam diam.." Alisa memberikan teori.
"Ini bermakna pihak di dunia kita,ada yang mampu boleh merentasi dimensi.." jelas Aizel pula dan Ikhwan mengangguk setuju.
Kembali kepada Luqman dan Aminudden pula..
Luqman dan Aminudden memecut,mengejar kereta yang sedang dalam kelajuan maksima. Pemandunya memandu dengan berbahaya serta hampir melanggar kenderaan awam yang lain.
Aminudden menarik keluar key chain miliknya,kemudian dia tumpukan kuasanya dan menjadikan rantai yang amat panjang. Lantas dia hayunkan dan menghentam belakang bonet kenderaan,Luqman terus menyepak kereta itu sehingga melambung ke udara.
Aminudden berhenti sejenak mengambil langkah,kemudian dia terus melompat tinggi. Manakala si pemandu menjerit meminta tolong,Aminudden sudah berada di atas udara sekelip. Seraya memusingkan badannya dan tinjunya berapi,Aminudden menyedari si pemandu menggelengkan kepala tanda mahukan dia berhenti.
Aminudden menyeringai tersengih menunjukkan gigi dan api merah,berubah menjadi warna biru laut dan semakin marak. Luqman bergerak pantas dan Aminudden terus menghancurkan kereta tersebut,si pemandu tiba-tiba sedar sudah berada di atas jalan awam.
BOOMM!!!!
Letupan yang kuat dek hasil tumbukan Aminudden,begitu kuat dan Arjuma yang menyaksikan bersama Razeef hanya menghela nafas pendek.
Luqman bergerak dengan kelajuan masa,jadi dia sempat menarik keluar si pemandu dan barang rompakan. Aminudden mendarat di sebelahnya,dia memandang ke arah benda yang Luqman pegang.
"Apa benda tu?" soal Aminudden.
"Barang rompakan mamat ni.." jelas Luqman.
"Pantas! Asyik..." ujar Aminudden mengangkat kedua-dua ibu jarinya.
"Maafkan kerana mengganggu.." Aila dan Hikari menegur,Ikhwan yang sedang berbincang menoleh.
Alia menyedari Ikhwan ada tetamu,Hikari pula hanya mendiamkan diri memerhatikan dua orang tetamu tersebut.
"Ya Alia? Hikari?" soal Ikhwan.
"Tahu ke mana Aminudden pergi?" soal Alia tanpa selindung.
"Kenapa tanya uncle?" soal Ikhwan kehairanan.
"Saja tanya.. Cuma terfikir jika Aminudden ada datang sini.." jelas Alia.
"Baik kamu berdua cari di Kota Hijau.. Rasanya dia ada di sana.." kata Ikhwan memberi jawapan,Alia dan Hikari berpandangan kemudian mengangguk.
"Baiklah uncle terima kasih.." kata Hikari merendahkan sedikit badannya tanda hormat.
Aizel hanya memerhatikan dua orang gadis itu,beredar dan memandang ke arah Ikhwan.
"Siapa mereka berdua?" soal Aizel.
"Isteri Aminudden.." ujar Ikhwan pendek.
"Yang mana satu?" soal Aizel ingin tahu.
"Dua-dua.." jawab Ikhwan sambil menekan papan kekunci.
"Ha?"
Alia berjalan dengan muka tidak berpuas hati,Hikari hanya mengekorinya dari sebelah kirinya.
"Kak Alia.. Bawa bersabar okay?" Hikari berkata menenangkan Alia.
"Akak tak marah dia tak balik semalam.. Tapi kenapa dia tak mahu beritahu kita? Kalau dia beritahu awal-awal tak payah la kita marah dia macam ni.." kata Alia lagi dan mulutnya dikembungkan.
"Mungkin abang berkata benar? Jarang dia menipu kita.." Hikari menduga.
"Kalau macam tu kita kena tanya dia lagi.." kata Alia dan saat itu mereka ternampak seseorang berjalan keluar dari satu lorong.
Aila dan Alia serta Hikari berbalas pandangan,mereka bertiga terkebil-kebil membalas tenungan mata masing-masing.
"Ah.. Akak Aila.." ujar Alia dan Hikari serentak.
"Alia.. Hikari.. Dari mana ni?" soal Aila apabila dihampiri Alia dan Hikari.
"Kami dari bilik uncle Ikhwan.. Akak nampak Aminudden?" soal Alia.
"Akak pun baru nak tanya soalan yang sama.." ujar Aila.
"Eh? Kenapa?" Hikari kehairanan.
"Jangan kata akak cari abang Luqman?" teka Alia dan Aila tersenyum kelat.
Alia mengeluh sahaja melihat senyuman Aila,Hikari hanya menggaru pipinya lalu bibir dirapatkan kemudian menghela nafas pendek.
========================
Apa nasib Luqman dan Aminudden nanti ya
Ya kena tunggu la untuk tahu apa yang akan jadi
Teruskan bersama saya ya guys
Terima kasih pada yang setia komen dan vote
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top