Chapter 84 : Selamat Datang Ke Mithgar
Aizel terkejut melihat orang yang muncul dan memanggil namanya,Alisa dan Ikhwan hanya memerhatikan sahaja.
"Emily??" soal Aizel.
Emily Harrison atau namanya sekarang,Emily Neifelhem kerana dia dan Aizel sudah berkahwin. Emily termengah-mengah kerana berkejar ke sini sebaik pulang dari menjalankan misi.
"Awak nak pergi mana?" Soa Emily.
"Saya nak ikut mereka ni hah. Ada urusan mengenai Vager. Awak baliklah dulu. Anak kita pun dah menunggu tu." Balas Aizel.
"Nope. Saya akan ikut awak." Bidas Emily.
"Ha? Tolonglah Emily.. Saya bukan pergi makan angin..!"
"Tak kira saya tetap akan ikut awak.."
"Apa salahnya? Tak adil kalau kau je ikut aku.." ujar Ikhwan dengan muka selamba mencelah,Aizel terkejut dan menoleh ke arahnya.
"Ye betul la.. Saya setuju.." Alisa menyokong manakala Aizel hanya mampu mengalah.
"Yeay! Terima kasih kak Lisa! Lama tak berjumpa!" Emily berkata sebaik berpegangan tangan dengan Alisa.
"Yes.. Lama tak jumpa.. Emily bagaimana?.." soal Alisa tersenyum.
"Saya seperti yang kakak nampak.." kata Emily tersenyum dan Alisa mengaktifkan kuasanya.
Emily kehairanan dan tidak lama lepas itu,tubuhnya yang penat tiba-tiba terus menjadi segar seolah-olah dia tidak melakukan apa-apa misi.
"Bagaimana? Akak pulihkan kekuatan kamu yang hilang.." jelas Alisa dan Emily tersenyum.
"Thanks sister.. That's refreshing!" ujar Emily.
"Uncle! Semua dah selesai.." Luqman berkata menegur Ikhwan,Aminudden pula bermain-main dengan kepala Vager Cybernetic.
"Okay.. Oi Am.. Kalau kau nak bawa balik,simpan.. Kalau nak buat main uncle letupkan benda tu.." kata Ikhwan dan Aminudden tersengih lantas menyimpan kembali ke dalam magis storage.
Ikhwan menarik pedangnya dan terus melibas silang X,pintu dimensi terhasil dan Luqman serta Aminudden berpandangan. Alisa hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik itu,Ikhwan menyarung pedangnya dan memandang ke arah Aizel serta Emily.
"Let's go Aizel.." ujar Ikhwan.
"After you.." Balas Aizel tersenyum.
Dia mengusap lembut kepala Emily sambil tersenyum.
"Anak kita siapa nak jaga?" Soal Aizel.
"Alaa..Ibu dan ayah ada. So, no problem. Lagi pun kita berdua sibuk bekerja. Apa salahnya kalau kita cuti? Mana tahu tempat Kak Lisa ada tempat-tempat menarik untuk kita dua honeymoon?" Balas Emily tersengih.
"Idea yang nakal. But, I like it." Kata Aizel yang juga turut tersenyum.
Ikhwan dan Alisa berbalas pandangan sebaik melihat gelagat mesra mereka berdua,Ikhwan dan Alisa sekadar tersenyum sahaja kemudian melangkah masuk ke dalam pintu dimensi.
Aizel dan Emily berpandangan mengangguk,kemudian melangkah masuk ke pintu dimensi tersebut.
Luqman dan Aminudden berpandangan,mereka berdua hanya menguap sahaja.
"Jom masuk.." ujar Luqman.
"Ya.. Ya.. Aku tahu.." balas Aminudden.
Sekelip mata Aizel dan Emily sudah berada di dunia Mithgar,Ikhwan dan Alisa hanya berdiri di hadapan pintu pagar utama istana Mentari.
Luqman dan Aminudden menyusul,mereka berdua beredar dan tersedar hari sudah siang. Lantas mereka terus memecut pergi dari situ,membuatkan Aizel dan Emily kehairanan.
"Mereka nak pergi mana tu? Nampak macam terburu-buru je? Rindu bini?" Soal Aizel. Emily pula hanya memerhati kawasan sekeliling.
"Inilah dunia di mana Kak Lisa tinggal?" Soal Emily kepada Alisa.
"Err.. Dari rindu bini,rasanya diorang risau kena pelangkung dengan bini masing-masing.." jelas Ikhwan dan Alisa ketawa kemudian memandang Emily.
"Ya.. Emily,Aizel.. Selamat datang ke dunia Mithgar.." kata Alisa dengan senyuman manis.
"Kamu berdua mari.. Ikut aku masuk ke dalam istana.." ujar Ikhwan tersenyum dan melangkah masuk ke pintu pagar.
"Selamat datang ke istana tuan dan puan.." sapa kesatria yang bertugas sebaik Aizel dan Emily melepasi mereka selepas Ikhwan dan Alisa.
"Err..Full name or short name?" Soal Aizel yang cuba bergurau.
Namun malangnya gurauan Aizel tidak menjadi. Lelaki itu hanya mengeluh.
"Nama saya ialah Emily Neifelheim dan ini ialah suami saya, Aizel Neifelheim." Balas Emily untuk pertanyaan kesatria itu.
"Ouh... Nama saya Ryan Hopes,kesatria rank Paladin.. Sekali lagi tuan dan puan Neifelhem.. Selamat datang ke istana Mentari.. Terima kasih kerana sudi melawat..." ujar kesatria bernama Ryan itu menunduk hormat.
"Ah..Ya. Terima kasih." Balas Emily sopan. Aizel hanya tersenyum sahaja.
Aizel dan Emily segera menghampiri Ikhwan dan Alisa,mereka berdua sudah berada di pintu masuk istana.
"Apa yang kau buat kat sana? Sesi suai kenal?" soal Ikhwan dan Alisa hanya ketawa kecil.
"Aku cuba bawa bergurau dengan kesatria kau, bro. Malangnya gurauan aku tak jadi." Balas Aizel mengeluh. Emily hanya ketawa kecil di belakang Aizel.
"Ouh.... Ryan Hopes memang jenis agak kurang sikit kalau dengan orang asing.. Maaflah ya.." jelas Ikhwan tersenyum sahaja.
"Macam tu.. Nah.. Okay je.. So kau nak tunjukkan apa?" soal Aizel dan Ikhwan tersenyum.
"Ikut aku.."
Qatariz melangkah di kaki lima,Mirana di sisinya dan dia menyedari Ikhwan di hadapan mereka.
"Ah.. Qatariz.." ujar Ikhwan.
"Ikhwan.. Kau dan Alisa dari mana?" soal Qatariz.
"Ada urusan sikit.. Ada orang cari ke?" Ikhwan bertanya dan Qatariz menggelengkan kepala.
"Nah.. Aku tanya je.. Aku baru balik dari jumpa bonda.." jelas Qatariz dan Ikhwan mengangguk,Qatariz menyedari kewujudan Aizel dan Emily.
"Mereka ni.. Siapa? Aura mereka bukan dari dunia ini.." Qatariz mula bertanya tentang Aizel dan Emily,Mirana hanya bersembunyi di belakang Qatariz.
"Ah.. Yeah.. Mereka tetamu aku.. Kalau kau tak kisah,aku mohon beredar.." Ikhwan segera beredar,Alisa menyedari Mirana mengintai dari belakang Qatariz dan sekadar tersenyum kelat.
"Ah..baiklah.. Aku pun sama.. Mari Mirana.." kata Qatariz dan memegang tangan Mirana kemudian dia segera beredar dari situ.
Saat Qatariz dan Mirana melepasi Aizel,sempat Qatariz menjeling sedetik dan terus berlalu pergi. Aizel agak kehairanan dengan keadaan tersebut,bahu Ikhwan dicuit dan segera Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Kenapa?" soal Ikhwan.
"Siapa orang tu.. Kenapa muka dia sama dengan kau.. Aku tahu kau tiada kembar lelaki bukan..?" soal Aizel dan Emily hanya memerhatikan sahaja,Alisa juga begitu tidak mahu masuk campur.
"Ouh.. Tadi? Orang tu? Dia sisi gelap aku.." jelas Ikhwan dan Aizel tercengang,begitu juga dengan Emily.
Pada masa ini di lokasi yang berbeza,di rumah keluarga Aminudden. Alia dan Hikari muka masing-masing tidak puas hati,Aminudden pula sedang duduk melutut. Malahan situasi yang sama berlaku pada Luqman,turut duduk dalam keadaan melutut.
"Aminudden Al'Reezal..." ujar Alia dan Hikari serentak.
"Luqman Al'Reezal.." Aila juga sama dan walaupun di lokasi yang berbeza.
Luqman dan Aminudden hanya duduk melutut,muka mereka berdua pucat dan tidak berani ingin memandang muka isteri mereka.
"Awak tahu apa salah awak?"
=========================
Yes Hellooo guys
Aku crossover lagi dengan MuhdHayatulAkmal
Harap korang tak kisah.
Untuk sempena tahun baru,juga pada peminat watak Aizel x Emily.
Moga terhibur
Harap jangan desak update cepat,itu je la
Komen dan vote
Okay?
That's it
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top