Chapter 82 : Tidur Tidak Lena?


Luqman dan Aminudden duduk bersebelahan,kenderaan Aizel berhenti di hadapan sebuah rumah. Mereka hanya sekadar mengekori Aizel,keluar dari dalam kenderaan.

"Kat mana kita ni?" soal Aminudden.

"Rumah ni merupakan rumah kedua milik aku. Korang boleh bermalam di sini. Barang dapur semua sudah ada." Kata Aizel lalu memasuki rumah dan diikuti oleh Luqman dan Aminudden.

"Hehe... Abang aku boleh masak,cun.. Hahaha.." ujar Aminudden tersengih.

"Amboi.. Kau pun tolong sekali.. Jangan nak goyang kaki.." kata Luqman menjeling adiknya.

"Ia salah kau sebab kita tersadai di dunia ni..." ujar Aminudden.

"Kau ni banyak songeh la.. Tolong je lah,kalau tak jangan harap aku masak untuk kau.." jelas Luqman.

"Yelah.. Yelah.." Aminudden mencebik.

"Haih. Korang ni asyik nak bergaduh. Aku tak faham bagaimana Ikhwan boleh tahan dengan perangai korang berdua ni." Kata Aizel seraya mengeluh.

"Sebenarnya uncle pun tak tahan dengan kami.." serentak dua beradik itu berkata dalam hati.

Ikhwan terbersin kuat kemudian Alisa,memberikan tisu dan Ikhwan sekadar tersenyum.

"Terima kasih.." ujar Ikhwan.

"Sama-sama.." balas Alisa.

Ikhwan mengesat hidung dan menoleh ke satu arah,satu battalion makhluk demon yang hampir berjuta merenung Ikhwan dengan bengis.

"Ooh... Aku hampir terlupa... Alisa if you don't mind,please step aside.." ujar Ikhwan.

Alisa hanya terbang dan mendarat di kawasan lebih tinggi,Ikhwan hanya menghela nafas pendek kemudian menyeru pedang yang baru dia tempa dengan gabungan serpihan pedang lama iaitu Sacred Royal Blade/SRB.

Golden Royal Blade/GRB.

"Alright let's see what this new baby can do.." ujar Ikhwan menarik pedangnya,cahaya emas di bilah bersinar dengan bunyi nyaring yang lembut.

Demon yang beratus ribu mengaum,Ikhwan tersengih dan bloodlust dilepaskan. Aura yang menakutkan buatkan demon-demon itu semua,terus terhenti pergerakannya.

"Why do you guys stop?" soal Ikhwan dan demon-demon itu semua hanya diam.

"Kalau tidak mahu bergerak.. Biar aku sahaja!" Ikhwan terus meluru ke arah demon itu semua.

Hayunan pedang dilepaskan dan hampir separuh,battalion demon dipenggal dan Ikhwan terus meluru ke arah demon itu semua.

Libasan demi libasan memotong semua demon,Ikhwan mendarat dan salah satu demon yang besar saiznya dua kali ganda dari manusia.

"Nak pukul curi?"

ZRASSH!!!!

"Fikir sekali lagi.."

Demon yang besar terbelah menegak,Ikhwan hanya sekadar tersenyum sahaja dan memecut ke hadapan.

ZRASSH!!!

"Ah.. Lupa,demon tak ada otak.." ujar Ikhwan dan terfikir pemuda berambut merah dari dunia lain.

Seraya Ikhwan berfikir dengan tiba-tiba,serangan meteor menghujani tempat Ikhwan berdiri.

TUSSH!

TUSSH!

TUSSH!!!

BOOMM!!

Alisa hanya memerhatikan sahaja,sehinggalah seseorang muncul menyerang hendap dari belakang. Alisa menjeling dan sekelip mata,ais meledak dan Ikhwan kekal berdiri di tempat dia diserang.

Serangan tadi tidak mengapa - apakan dia,Ikhwan menoleh ke kiri dan ke kanan. Ratusan demon menerpa ke arahnya,tetapi Ikhwan menarik pedangnya dan sekelip mata juga semua demon terus dicincang begitu sahaja.

ZRASSH!!!

ZRASSH!!!

ZRASSH!!!

ZRASSH!!!!

Ratusan demon lenyap dan Ikhwan menyarung semula pedang bilah emas,serangan mengejut dihalakan dan Ikhwan hanya mengelak secara bergerak ke sisi membiarkan si penyerang melepasinya.

"Demon kelas tinggi.." kata Ikhwan.

Lelaki berjubah merah gelap,lelaki itu memusingkan pedang pendek. Dia merenung ke arah Ikhwan,letusan berlaku mengejutkan Ikhwan dari belakang dan sesuatu melepasinya lalu menyeret serta berhenti di sebelah demon lelaki itu.

Alisa mendarat di sebelah Ikhwan,di sebelah demon lelaki rupanya ialah demon wanita. Dialah yang menyerang hendap Alisa sebentar tadi,Ikhwan hanya bersiul sahaja.

"Siapa kalian? Berani mengganggu tempat aku?" soal demon lelaki itu.

"Ouh.. Maafkan kami,kerana mengganggu kamu.. Nama saya Ikhwan Syah,ini isteri saya.." kata Ikhwan tersenyum selamba.

"Alisa Darweez.." ujar Alisa tersenyum juga.

"Berambus kalian.. Jangan ganggu kami.." kata demon wanita itu.

"Maafkan saya.. Tetapi itu adalah sesuatu yang kami tidak boleh lakukan.." ujar Alisa.

"Apa kamu kata?" soal demon lelaki itu.

"Aku menerima laporan dari anak buah aku,mengatakan ramai orang kerap hilang di kawasan ini..." jelas Ikhwan.

"Jadi?" soal demon lelaki lagi.

"Aku dapat buat kesimpulan ianya kerja korang.." ujar Ikhwan dan demon tersebut mula meradang.

"Bangkit dan hapuskan musuh di hadapan aku!!" demon tersebut menyeru makhluk seruan yang banyak.

Ratusan demon yang diseru muncul dari bayang-bayang mereka,demon wanita hanya tersenyum sinis dan demon lelaki ketawa kecil dengan tersengih. Ikhwan yang bersama Alisa,hanya menghela nafas pendek dan menarik pedangnya lalu sekelip mata ratusan demon itu dicincang begitu sahaja.

"Apa?" soal demon itu dan mereka berdua memandang ke arah Ikhwan.

Pedang berbilah warna emas yang bersinar,cahaya keemasan yang begitu terang dan Ikhwan menghunuskan ke arah mereka.

"Sekarang pilih..." ujar Ikhwan.

"Bagaimana dia?" soal demon itu.

"Musuh di hadapan bukan sembarangan.." jelas demon wanita menelan air liur.

Sekelip mata juga kawasan di situ membeku,asap wap dingin kelihatan terhasil dan Alisa berjalan melepasi Ikhwan. Aura dingin di kedua-dua tapak tangannya,demon wanita mengetap giginya dan melepaskan kuasanya.

Ikhwan hanya memerhatikan sahaja,Alisa meliukkan gerakan tangannya dan terus membalas serangan demon tersebut. Sebaik dua serangan itu bertembung,letusan ais glacier terhasil. Malah ia merebak ke seluruh kawasan,membekukan dua demon itu.

"Apa?!"

"Aku tidak boleh bergerak!"

Pada masa yang sama juga,Ikhwan menyarung pedang emasnya dan helaan nafas dilepaskan.

"Royal Swordplay Lost Chapter....." Ikhwan berkata dengan tangannya,menarik hulu pedang.

ZWIINNGG!!!

Libasan yang memotong dua demon itu,bersama ais yang membekukan mereka. Malahan seluruh kawasan juga terpotong,Ikhwan kembali perlahan-lahan menyarung pedangnya.

"Aku kenal kau.." ujar demon lelaki itu dan bersama demon wanita,terus terhakis dan lenyap menjadi debu ditiup angin.

Alisa hanya menghela nafas pendek,dia memejamkan matanya dan kuasanya dilenyapkan. Aura dingin terus hilang begitu sahaja,Ikhwan tersengih dan memandang ke arah lain.

"Alright! Let's go.." ujar Ikhwan.

"Where to?" soal Alisa.

"Take that lost child back to our world.." ujar Ikhwan dan terus membelah dengan bentuk X.

Ikhwan dan Alisa melangkah masuk,sebaik keluar dari pintu dimensi yang hasil dari libasan pedang emas. Ikhwan dan Alisa terdiam,kemudian Alisa menjeling ke arah Ikhwan.

"Abang.. Ni rumah kita.." kata Alisa dan Ikhwan menggosok belakang.

"Semua orang buat silap.." ujar Ikhwan dan Alisa hanya menggelengkan kepalanya.

Ikhwan menghela nafas pendek,dia menumpukan kuasa miliknya. Alisa hanya menjadi pemerhati,Ikhwan terus membuka matanya dan melakukan libasan.

Pada masa yang sama,Luqman dan Aminudden baru siap masak. Aizel pula awal-awal lagi selepas memberikan mereka kunci,segera pulang dan meninggalkan dua beradik itu.

"Jadi hari dah malam.. Hujan pulak tu.." ujar Aminudden.

"Kau relax je.. Tak risau?" soal Luqman.

"Risau kenapa pula?"

"Risau kita tidak dapat pulang?"

"Jangan risau.. Uncle pasti dapat cari kita.." ujar Aminudden tersengih dan Luqman hanya menghela nafas pendek.

"Optimisnya kau.." Luqman berkata dengan keluhan kecil.

Mereka berada di ruang tamu,di dalam rumah orang lain dan berbaring di atas kerusi sofa panjang. Aminudden hanya memerhatikan siling,dia terkebil-kebil sukar untuk melelapkan mata.

"Bang.." kata Aminudden.

"Hmm..." jawab Luqman.

"Aku tak boleh tidur.." kata Aminudden lagi.

"Aku boleh.." balas Luqman selamba.

Suasana menjadi sunyi dan Aminudden tidak bercakap,Luqman pula memejamkan matanya.

Tidak lama beberapa minit lepas tu..

"Bang..." ujar Aminudden lagi.

"Hmm...." sahut Luqman sambil memejamkan mata.

"Aku tak boleh tidur ni.." ujar Aminudden.

"Aku boleh.." balas Luqman.

"Bang..." ujar Aminudden lagi.

"Hmmmm...." sahut Luqman sambil memejamkan mata.

"Aku tak boleh tidur niiii.." ujar Aminudden.

"Aku bolehhh.." balas Luqman.

Maka berterusan sehingga beberapa jam,Aminudden terkebil-kebil dan sedar di luar sudah terang. Bunyi burung berkicauan kedengaran,dua beradik itu hanya terkebil-kebil memandang siling.

"Bang.. Dah pagi.."

"Aku tahu..."


===========================

Hellooo guys

Kita bertemu semula

Sesiapa di sini boleh agak aku crossover dengan MuhdHayatulAkmal sebelum aku munculkan Aizel?

Aku rasa korang dah boleh agak kan

Jangan komen minta update cepat ye,cadangan di private message.

Sila vote dan komen

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top