Chapter 79 : Di Mana Kita?
Sebuah kuil kuno yang sudah lama menjadi runtuhan,waktu di situ adalah hari siang. Lalu sekelip mata Luqman dan Aminudden,muncul dengan tiba-tiba dan Aminudden terus terduduk di atas tanah.
"Oi jangan lepas tangan kau macam tu je.." rungut Aminudden segera bangun mengibas bahagian punggung seluarnya yang kotor.
"Hahah.. Sorry bro sorry.. Aku teruja nak tahu.." jelas Luqman.
"Banyak la kau punya teruja.." ujar Aminudden menyampah.
Runtuhan di situ diperhatikan lama,corak tulisan kuno sejak ratusan tahun terukir di setiap tiang yang masih menegak.
Luqman mengeluarkan telefon pintar,lalu gambar diambil lalu disimpan dalam gallery telefon. Aminudden pula memerhatikan suasana runtuhan,seakan merasai bahaya bakal menjengah.
"Aku rasa tak sedap hati.." Vargas bersuara dengan tiba-tiba.
"Kau pun sama?" soal Aminudden menggunakan suara hati.
"Ya.. Kuil ini masih ada penjaga walaupun sudah lama ditinggalkan.." jelas Vargas dan Aminudden menoleh ke arah abangnya.
"Kau nak periksa masuk ke?" soal Aminudden dan Luqman menoleh ke arahnya.
"Sudah tentu.. Vargas kata tempat ni ada yang tak kena.." kata Aminudden dan Luqman kehairanan.
"Vargas? Siapa?" soal Luqman.
"Spirit Beast di dalam tubuh adik kau.. Seekor naga.." Avalon mencelah.
"Tapi apa masalahnya? Kau kuat kan Am? Cabar musuh yang kuat.." kata Luqman tersenyum.
"Degil betul kau ni.. Ini bukan pasal takut ke tidak.. Hati aku tidak sedap.. Mengatakan jangan masuk ke dalam.." jelas Aminudden dan Luqman ketawa dengan tiba-tiba.
"Apahal kau ketawa?!" soal Aminudden.
"Lol.. Kenapa kali ni kau pula cautious? Bukan biasanya kau jenis langgar je?" soal Luqman mengesat air matanya keluar kerana ketawa dengan kuat.
"Aku tak main-main babi.. Kau nak cari apa ni?" soal Aminudden dan Luqman mengambil nafas untuk bertenang.
"Kau pernah dengar 5 Dark King?" soal Luqman.
"5 Dark King? Siapa?" Aminudden berfikir dan Vargas mendecih.
"5 pemuda yang gelar diri mereka Raja Gelap.. Mereka kembali muncul?" Vargas berkata dan Aminudden mendengar kata-katanya.
"Kau kenal mereka?" soal Aminudden dan Vargas diam seketika lalu mengangguk.
Petikan jari dilakukan dan Luqman terkejut,dia dan Avalon bertemu Aminudden yang membelakangkan Vargas.
"Apa yang berlaku? Kita di mana?" soal Luqman bingung.
"Jadi kau lah Vargas.. The Dragon War?" soal Avalon dan Vargas menundukkan kepala.
"Ia satu penghormatan bertemu dengan salah satu naga dari Lima Naga Elemen.." Vargas berkata dengan nada yang merendah diri.
"Cukup dengan sapaan formal.. 5 Dark King,boleh kau terangkan siapa mereka?" soal Luqman dan Vargas tersenyum.
"Mereka sudah hidup beratus tahun.. Namun sejak ditewaskan oleh Iskandar dan yang lain,mereka hilang bagaikan angin.." ujar Vargas.
"Jadi kau memang pernah bertemu dengan mereka?" soal Luqman.
"Lebih tepat jika mengatakan aku berdepan satu lawan satu dengan salah seorang dari mereka.." jelas Vargas.
Aminudden hanya mendengar sahaja,dia tidak setuju jika abangnya masuk ke dalam runtuhan kuil tersebut.
"Mereka ni.. Kuat?" soal Luqman.
"Lebih dari apa yang kau bayangkan.. Mereka mampu bekerjasama bersama-sama dan mempunyai semangat kawan yang tinggi.. Tiada satu pahlawan mampu dapat menentang mereka..." kata Vargas lagi dan Aminudden mendengar sesuatu.
Luqman menoleh ke pintu masuk ke kuil yang sudah runtuh,bunyi yang aneh kedengaran jelas dari dalam. Luqman segera melangkah menghampiri kawasan itu,perbualan dia dan Vargas ditamatkan begitu sahaja. Satu sudut di dalam runtuhan kuil terdapat rekahan dimensi berlaku,Ikhwan dan Z tersentak serentak.
KRAANG!!
BOOMM..!!
Luqman menghancurkan batu yang menghalang pintu masuk,dia segera melangkah masuk ke dalam kuil tersebut. Rasa ingin tahu mengenai 5 Dark King,semakin lama semakin kuat dan Aminudden hanya mampu mengekori dari belakang.
"Kau pasti ke nak teruskan? Aku tidak sedap hati ni.." jelas Aminudden.
"Sejak bila kau jadi pandai berfikir ni? Tenang la.." pujuk Luqman tersengih.
Aminudden hanya mampu menghela nafas pendek,dia berjalan mengekori abangnya dari belakang. Lorong yang mereka lalui ketika ini,agak panjang dan jauh.
Semakin jauh mereka berjalan semakin gelap,tiada apa yang kelihatan di hadapan dan di sebelah belakang.
"Gelap pula.. Am,api kau.." kata Luqman.
"Kau ingat aku torchlight?" soal Aminudden dan Luqman tersengih.
Api merah menerangi seluruh kawasan,Aminudden dan Luqman berpandangan kemudian mengangguk. Luqman dan Aminudden meneruskan perjalanan,sehingga telinga Aminudden mendengar sesuatu.
"Ada bunyi angin.." ujar Aminudden.
Luqman segera melangkah menuju ke arah bunyi itu,dia ingin tahu dan akhirnya melepasi pintu. Luqman dan Aminudden tergamam,kerana melihat sebuah patung gergasi.
Sebuah patung berdiri sambil memegang sebilah pedang.
"Uncle?"
=======================
Ikhwan berdiri tegak sambil memerhatikan serpihan pedangnya,Sacred Royal Blade yang patah semasa pertahankan dunia. Tidak lama lepas itu,Ikhwan mengeluarkan sebilah pedang berwarna hitam semuanya.
"Mari kita cuba.. Adakah ia berkesan?" soal Ikhwan sendirian.
Ikhwan meletakkan pedang tersebut di atas serpihan pedang yang hancur,nafas dihelakan dan bulatan magis terhasil di permukaan meja yang dikhaskan.
Cahaya emas mula terhasil dan Ikhwan menunggu,dia juga menumpukan kuasanya dan sinaran keemasan semakin terang. Sedikit demi sedikit cahaya itu,membentuk cahaya seperti sebilah pedang.
Tanpa banyak soal dengan segera Ikhwan menyambar pedang tersebut,gabungan telah berjaya dilakukan dan Ikhwan tersenyum melihat pedang tersebut.
"Golden Royal Blade..." ujar Ikhwan memberikan nama.
Ikhwan terus menarik pedang tersebut,cahaya emas pada bilahnya membuatkan Ikhwan tersenyum. Pedang tersebut dipusingkan beberapa kali,dia kemudian membelah angin namun potongan dimensi pula terhasil.
Potongan dimensi itu hanya diperhatikan oleh Ikhwan,dia melangkah masuk dan keluar di hadapan rumah seseorang yang kenali. Malah di hadapannya ada seorang lelaki berambut panjang,bermata emas dan kawannya terkebil-kebil.
"Sini rumah Sanzo.." ujar Ikhwan dan terus faham.
Ikhwan kembali ke dunia asalna,dia memerhatikan pedang barunya. Potongan dimensi kembali tertutup,dia memandang ke arah tersebut kemudian memejamkan mata.
"Here goes nothing..."
=====================
Patung gergasi berwajah serupa Ikhwan,diperhatikan lama oleh dua beradik itu.
"Apa yang kau rasa?" soal Aminudden.
"Aku rasa patung ni bukan maksudkan uncle.." ujar Luqman.
"Habis tu?" soal Aminudden.
"Patung ni mewakilkan Iskandar Syah,iaitu pengasas Mentari.."
Sedang dua beradik itu berfikir,tiba-tiba sahaja kelibat bayangan budak berlari tidak jauh daripada mereka. Luqman dan Aminudden berpandangan.
"Err.. Kau nampak?" soal Luqman.
"Aku tak rabun lagi.. Umur baru 20-an.. Umm. Yeah.. Aku nampak.." jelas Aminudden.
Luqman dan Aminudden yang sedang berbincang,kedengaran bunyi tawa kecil seperti ketawa seorang kanak-kanak.
"Ah.. Sudah.. Tempat ni berhantu ke?" soal Luqman.
"Apa kata kita cari?" Aminudden memberikan cadangan.
"Kau biar betul?"
"Salah siapa yang bawa kita ke mari?"
Luqman beralah dia mengangguk setuju,sekali lagi mereka terdengar bunyi tawa seorang kanak-kanak perempuan. Luqman dan Aminudden berpandangan kemudian mengangguk,mereka segera mengekori bunyi suara ketawa tersebut.
Mereka berjalan merentasi lorong,kemudian ternampak sekali lagi kelibat susuk tubuh saiz kanak-kanak berlari. Dua beradik itu mengejar,sehingga tiba di hadapan sebuah lorong.
Susuk tubuh kanak-kanak kelihatan,tapi berlari masuk ke dalam lorong tersebut. Luqman segera mengejar kanak-kanak itu,walaupun Aminudden melarang.
Aminudden mengeluh dan terus mengejar abangnya,mereka akhirnya keluar dari lorong tersebut.
Tetapi mereka kini bukan berada di dalam runtuhan,tetapi sebuah tempat yang dipenuhi kehijauan.
Tempat tersebut begitu sunyi,Aminudden menggaru kepalanya yang tidak gatal dan Luqman menoleh ke belakang lalu terkejut.
"Pintu tadi dah hilang.." ujar Luqman.
"Aduss..." kata Aminudden menekup dahi.
========================
Agaknya di mana dua beradik itu berada?
Ini adalah permulaan chapter untuk crossover
So stay stuned for more
Happy New year to you guys
Keep supporting me.
And not to forget,no comment asking fast updates alright?
That's it
Adeu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top