Chapter 78 : Penghujung Dunia & Kuil Kegelapan
Claire merenung Luqman dengan mata yang tajam,agak lama mereka berbalas pandangan dan bunyi loceng membuatkan mereka tersentak.
"Ooh? Claire,it's been a while.." Adam muncul melangkah keluar,Yusri pula sudah pulang selepas menjenguk Luqman tanpa disedari Luqman sendiri.
"Master.. Yeah,it's been a while.." balas Claire.
"Ah.. Putera Luqman? Jumpa apa yang kamu cari?" soal Adam dengan senyuman manis.
"Tak dapat.." jelas Luqman.
"Ah.. Sayangnya.. Sini pun tidak ada jawapan? Memalukan saya haih.. Urghh!!" ujar Adam dan tumbukan Claire tepat ke perutnya.
Luqman tergamam melihat keadaan tersebut,Claire merenung Adam dengan pandangan dingin. Adam pula menunduk sebab kesenakan pada perutnya,dia memandang ke arah Claire dan mukanya pucat.
"Begitu.. Master tidak mahu berikan jawapan.. Baiklah.." ujar Claire berpaling dan menarik tangan Luqman berlalu pergi.
Adam yang masih senak berdiri tegak,pakaian dikemaskan sambil tersenyum kelat sebab masih lagi senak terasa di perutnya.
"Heh.. Sakit,walaupun tidak mahu jadi kesatria,tapi dia masih lagi mempunyai jiwa kesatria.." ujar Adam melangkah masuk semula.
"Masa untuk pertukaran shift!"
Pada masa yang sama juga,Luqman berjalan seperti membawa anak berjalan-jalan kerana saiz Claire. Malah yang paling lucu,Claire didukung pada bahu.
"Miss Claire boleh jawab apa yang berlaku ni? Kenapa miss nak saya dukung miss macam ni?" soal Luqman.
"Kau nak tahu mengenai 5 Dark King bukan?" soalan Claire buatkan Luqman terdiam dan Claire tersengih melihat reaksi Luqman.
"Kau berminat bukan?" soal Claire dan Luqman hanya mengangguk sahaja.
"Y-ya. Salah seorang tahanan perang yang lepas,sebutkan mengenai hal ini.." jelas Luqman.
"Tahanan perang? Hmm.." Claire berfikir sejenak.
"Ya.." ujar Luqman.
"Rambut putih.. Muka seperti psychopath?" soal Claire dan Luqman terkejut.
"Bagaimana miss tahu?!" Luqman menyoal.
"Ada disiarkan di television.." balas Claire dengan muka selamba,Luqman tersentak memberikan reaksi muka blur.
"Sekarang zaman teknologi.. Kau ingat aku duduk kedai tu tak ada television? Biadabnya.." kata Claire.
"Saya tak kata apa-apa pun.." ujar Luqman mengangkat bahu.
"Jadi apa yang kau nak tahu?" soal Claire.
"5 Dark King.. Siapa mereka? Apa tujuan kewujudan mereka?" soal Luqman dan Claire memetik jari.
Sekelip mata latar belakang mereka berubah,menjadi ke era lama ratusan tahun yang lalu. Luqman terkejut dengan apa yang ditunjukkan,dia menoleh ke arah sekeliling.
"Eh? Adakah miss Claire juga tahu magis ruang dan dimensi?" soal Luqman.
"Ini bukan magis ruang dan dimensi.. Ini adalah magis projector.. Untuk melihat rakaman bagi sesuatu yang pernah berlaku..di zaman silam.." jelas Claire.
"Jadi kalau kes pembunuhan mudah la polis uruskan?" soal Luqman tersengih.
"Magis jenis ini adalah magis yang jarang dalam dunia Mithgar.. Tidak ramai mage yang duduk di dalam negara Mentari menguasai magis ini." jelas Claire lagi.
"Begitu.. Adakah uncle saya.." Luqman ingin bertanya dan Claire mencelah.
"Mana satu kau nak tahu? 5 Dark King atau benda lain?" bidas Claire dan Luqman tersentak.
"Okay.. Okay.. Tunjukkan saya mengenai 5 raja ni.." kata Luqman dan Claire memetik jari sekali lagi.
Pandangan latar belakang berubah,di sebuah bangunan dan terus menunjukkan satu bilik makmal. Ada lima balang kaca gergasi,Luqman agak terkejut.
"Zaman ratusan tahun yang lalu sudah ada teknologi?" soal Luqman.
"Selepas 200 tahun pengasas kita mengurung Marvus.. Mula diperkenalkan teknologi kuno.. Negara Mentari juga antara yang terawal membangunkan teknologi untuk kemudahan rakyat..." jelas Claire.
Lima susuk tubuh di dalam balang kaca,semuanya lelaki dan dipenuhi wayar yang menyucuk tubuh masing-masing. Seseorang berdiri menekan sesuatu pada panel kawalan,Luqman sekadar memerhatikan sahaja dengan penuh tanda tanya.
"Siapa 5 orang tu?" soal Luqman.
"Itulah 5 Raja Gelap yang kau tanya.." jelas Claire.
"Tetapi kenapa mereka berada di dalam balang?" soal Luqman tidak faham.
"5 Dark King adalah mangsa eksperimen untuk lelaki itu masukkan kuasa kegelapan ke dalam badan lima-lima pemuda itu.." tambah Claire dan Luqman agak terkejut.
Lelaki berpakaian sut lengkap seperti tahun 40-an,menarik pedal dan menjalankan eksperimen dia. Namun timbul kesilapan dan letupan terjadi lalu membunuh lelaki tersebut tanpa sempat Luqman tahu.
"Bagaimana dengan apa yang diceritakan oleh buku misteri tu?" soal Luqman.
"Buku? Tajuknya?" soal Claire.
"Kalau tak silap.. Mystery should stay Mystery lebih kurang macam tu.." sebaik mendengar jawapan Luqman terus Claire membuat muka blur.
"Master Adam yang karang buku tu.." jelas Claire dan Luqman tergamam.
"Buku tu mengarut.. Aku simpan dalam satu stor dan biarkan saja.. Master ada hobi mengarang buku dongeng yang aneh-aneh.. Jika kau tanya mengenai bab 5 Dark King ini.. Dia bukan individu yang sesuai.." jelas Claire dan Luqman terkedu lalu menundukkan kepala dengan air muka yang kecewa.
"Damn it.. Give me back my time!!"
"But you run into this little lady.. And meet your answer right?" Avalon mencelah dan Luqman terdiam kemudian tersenyum.
"Yeah you right Avalon.." ujar Luqman.
"Are you done?" soal Claire.
"One more question.. After that explosion,what happens to them?" soal Luqman.
"They awake with the power of darkness and the vengeance.." jelas Claire lagi memegang erat kipas lipatnya.
"And? They succeed?" soal Luqman tetapi Claire hanya mendiamkan dirinya.
"Who's know.." ujar Claire tersenyum seribu makna,Luqman hanya tersengih kelat.
=======================
"COMELNYA!!" Rumina berkata dengan girang memeluk Haylee dan Kaylee.
Kembar itu hanya terkebil-kebil dengan tindakan Rumina,Solleh pula hanya tersenyum menghela nafas pendek. Ikhwan dan Aminudden duduk bersebelahan,melihat Rumina kegirangan dan menarik dua orang gadis itu pergi.
"Tak sangka pula kau akan ambil mereka sebagai ahli keluarga kita.." ujar Solleh memandang ke arah Ikhwan.
"Dari mereka terperuk di pusat kebajikan.. Lagipun mereka berdua masih muda.." jelas Ikhwan dan Aminudden hanya mendengar sahaja.
"Bagaimana dengan nama keluarga?" soal Solleh.
"Presley.. Mereka tidak mahu tukar.." jelas Ikhwan.
"Begitu... Baiklah,mereka di bawah tanggungjawab kau Ikhwan.. Jaga mereka.." Solleh berkata dengan tegas.
"Ayahanda jangan risau.. Saya akan pastikan jaga mereka... Lagipun bonda sukakan mereka.." kata Ikhwan tersengih dan Aminudden memeriksa telefon pintar,sebaik membaca mesej dia segera bangun.
"Uncle.. Grandpa. Saya minta diri dulu.." ujar Aminudden.
"Nak bawa family jalan-jalan ke? Ha,yelah.. Elok - elok bawa diorang keluar.." Solleh memberi pesanan dan Aminudden sekadar mengangguk sambil tersenyum.
Aminudden keluar dari bilik datuknya,meninggalkan Ikhwan dan Solleh. Dia mengeluarkan telefon pintar dan menghela nafas pendek,mesej apa yang dihantar kepada dia?
Am,jumpa aku nanti lepas makan malam
~Luqman
Aminudden kehairanan kenapa Luqman hantar mesej meyuruh berjumpanya,malas nak berfikir panjang dengan segera dia terus melangkah pergi.
Taman Green City
Taman utama kota Hijau/Green City kelihatan Luqman duduk di kerusi awam. Dia menghela nafas pendek,kotak rokok dikeluarkan dan dibuka.
"Ah.. Habis dah? Hish!" Luqman merengus dan mencampakkan kotak kosong selepas direnyukkan ke dalam tong sampah berdekatan.
Luqman menyedari kehadiran Aminudden di sebelah tong sampah,dia hanya menghela nafas pendek kemudian segera bangun.
"Ha ada apa ni? Malam-malam ajak jumpa.. Aku nak menggatal dengan isteri-isteri aku pun susah.." kata Aminudden dan Luqman dengan muka blur menjeling dia.
"Tahu la ada dua isteri.. Tak payah nak menunjuk sangat.. Lain la kalau kau nak pasang tiga.." kata Luqman pula menyakat.
"Urghhh.. Tak nak la aku.. Lain la isteri aku dua orang carikan." balas Aminudden.
Luqman dan Aminudden terdiam,kemudian kesunyian taman dipecahkan dengan hilai tawa dua beradik itu.
"Ha.. Ada apa panggil aku?" soal Aminudden.
"Aku nak kau temankan aku ke satu tempat.." ujar Luqman.
"Mana tempat tu? Luar dari kawasan?" soal Aminudden dan Luqman mengangguk.
"Esok je lah.. Malam-malam malas aku nak keluar.." balas Aminudden lagi mengerutkan dahi.
"Tak lama bro.. Sebalik Sea of the Dead je.." kata Luqman dengan muka selamba,lantas Aminudden membesarkan mata.
"Kau gila ke? Tempat tu bukan mudah nak dilalui! Kapal armada boleh terhempas tahu tak?!" Aminudden berkata geram dan Luqman mengangkat separuh kedua tangannya.
"Relaxxx... Relax.. Kau ni gelabah la.." ujar Luqman dan Aminudden merenungnya sahaja.
"Okay.. Okayyy.. Kita akan ke dan melalui kuasa teleportasi." jelas Luqman lagi.
"Siapa nak bantu? Uncle Ikhwan tidak akan setuju.." kata Aminudden memeluk tubuh.
"Aku boleh guna.." jelas Luqman dan Aminudden mengerutkan dahi.
"Kau?" soal Aminudden dan Luqman mengangguk.
"Tipu lah.. Aku tahu kau boleh bergerak pantas.. Tapi teleport skill? Kau nak membohong pun agak-agak lah.." balas Aminudden.
"Selepas Zagdrus lenyap.. Kuasa dia ada tertinggal dalam badan aku.. Malah dia mempunyai kuasa teleportasi ke mana sahaja seperti auntie Fara.. Aku hanya perlu sebut nama tempat dengan tepat sahaja.." jelas Luqman lagi dan Aminudden berfikir sejenak.
"Tolong eh dik?" soal Luqman dan Aminudden pula hanya menghela nafas pendek.
"Haaa... Fine.. Aku tolong je.. Jadi apa-apa aku lepas tangan.." kata Aminudden dan Luqman tersengih mengangguk.
"Lebih dari cukup.." kata Luqman dan menghulurkan tangannya,Aminudden mengeluh lalu menyambut tangan abangnya.
Luqman mengaktifkan kuasa yang asalnya milik Zagdrus,tetapi sekarang menjadi milik dan bulatan magis teleportasi terhasil.
"World End.. The Ruin of Dark Temple..." ujar Luqman dan sekelip mata,mereka terus lenyap.
Luqman dan Aminudden terus hilang dari pandangan,tidak lama Arjuma yang berjalan melalui kawasan itu bersama isterinya iaitu Rebecca terhenti langkahnya. Arjuma menoleh ke arah tempat yang Luqman dan Aminudden berada sebelum hilang.
"Kenapa ni abang?" soal Rebecca.
"Abang macam rasa ada orang di situ tadi.." kata Arjuma.
"Tak ada pun.." balas Rebecca dan Arjuma malas nak berfikir panjang lalu beredar.
Ikhwan yang sedang bermain dengan anak-anaknya di rumahnya,terasa sesuatu kemudian memandang ke luar tingkap.
"Kenapa aku rasa tidak sedap hati?" soal Ikhwan.
======================
Hellooo guys
Maaf untuk beberapa chapter yang banyak berdrama
Well takkan aku asyik nak buat action je memanjang
Aku bosan nanti
Baiklah dalam beberapa chapter untuk masuk ke crossover
Novel mana?
It's a secret
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top