Chapter 77 : Kembar & Jawapan Tidak Jelas


"Mystery should be stay Mystery? Apa maknanya?" soal Luqman membaca tajuk di buku tebal tersebut.

Dia cuba membuka buku tersebut,namun gagal kerana ada magis yang menghalang. Luqman menekap tapak tangan pada permukaan buku sebelah hadapan,matanya dipejam dan menumpukan kuasa magis miliknya.

Magis yang mengunci buku tersebut,dileraikan dan Luqman mengangguk tersenyum. Luqman memulakan bacaan dan tanpa dia sedar,ada mata yang memerhatikan dan orang tersebut adalah Adam.

"Magis tahap tinggi dia mampu leraikan..?" soal Adam agak kagum.

"Anak saudara aku kan.. Sudah pasti.." satu suara menegur dan Adam terkejut,kemudian membuat muka menyampah lalu menoleh.

Yusri berjalan menghampiri dia,Adam sekadar menghela nafas pendek. Yusri ketawa kecil dan melangkah ke arahnya,dia menjenguk ke dalam dan melihat Luqman yang fokus membaca buku tebal tersebut.

"Jarang kau keluar istana.." ujar Adam dan Yusri tersengih.

"Sekali sekala kena hirup udara segar gak.. Lagipun projek aku dah siap.." jelas Yusri.

"Maksud kau tingkatkan sistem kamera litar tertutup seluruh bandar ini??" soal Adam.

"Ya.. Aku baru je siap.." ujar Yusri.

"Apa perbezaannya?" soal Adam lagi.

"Banyak.. Nak terangkan penuh satu chapter.. Nanti pembaca tak faham,dengan penulis pun tak faham.." ujar Yusri dengan selamba dan Adam terkebil-kebil.

"Pembaca? Penulis? Kau merepek apa ni?" soal Adam dan Yusri mengangkat bahu.

"Hehe.. Tak ada apa-apa.. Bagaimana dengan anak saudara aku?" soal Yusri.

"Tengok macam okay je.." ujar Adam mengintai ke arah Luqman yang ada di dalam bilik tersebut.

Luqman membaca dengan khusyuk,meneliti setiap tulisan yang ditulis dalam buku tersebut. Semua tulisan ditulis menggunakan tangan,Luqman tertanya-tanya berapa lama untuk penulis buku ini menyiapkannya?

"Nama pengarang tiada.. Buku ni seperti sudah lama.." jelas Luqman dan Avalon hanya berfikir seketika.

"Hey Luqman.. Kau teruskan membaca.." kata Avalon dan Luqman hanya mengangguk sahaja.

Apa yang ditulis dalam buku tersebut,adalah mengenai cerita tentang lima sahabat yang berkawan sejak kecil. Lima sahabat ini rajin membantu orang di kampung,mereka membantu tanpa harap apa-apa daripada penduduk kampung.

Tiada sebarang masalah yang berlaku,sehingga kemunculan seorang bangsawan bersama pengikutnya. Bangsawan itu mendakwa kampung ini adalah di bawah naungannya,jika ada yang membantah akan dihukum.

Tetapi 5 sahabat tadi bangun mempertahankan kampung dan berjaya,mereka mengusir si bangsawan keluar bersama pengikutnya semua.

Namun si bangsawan memasang dendam,inginkan hutang darah dan pada satu malam saat penduduk sedang tidur. Si bangsawan mengupah sekumpulan pemuda,membakar satu kampung. 5 sahabat itu hanya mampu menyelamatkan beberapa orang sahaja,kerana mereka tiada di situ dan sampai saat ketika api semakin marak.

Walaupun begitu salah seorang penduduk yang terselamat yang terlalu sedih,kerana ahli keluarga mereka dijilat oleh api menyalahkan lima pemuda itu kerana mengatakan semua ini adalah salah mereka.

Para penduduk yang lain serta turut bersedih atas kematian ahli keluarga masing-masing juga menyalahkan mereka.

Lima sahabat itu ditangkap pihak berkuasa,oleh pihak berkuasa yang disuap rasuah oleh si bangsawan itu. Lima sahabat itu dihukum gantung dan dibiarkan tergantung sehingga mereput,roh lima sahabat tidak tenteram dan mereka ingin keadilan.

"Ni bukan bangsawan... Bangsatwan.." ujar Luqman.

"Well.. Benda macam ni ada je sampai sekarang.." kata Avalon dan Luqman mengangguk setuju.

"Kita teruskan lagi.." ujar Luqman.

Mereka kembali hidup semula dengan bantuan kuasa magis gelap,kuasa magis yang mampu memberikan kehidupan semula pada hidupan yang telah mati.

"Adakah lima sahabat ini sama dengan apa yang diceritakan oleh Zagdrus minion?" soal Luqman menutup buku tersebut.

"Boleh jadi begitu.." sahut Avalon.

"Adakah ia ada kena mengena dengan Apocalypse?" soal Luqman lagi dan Avalon hanya berfikir.

"Tetapi siapa yang ceritakan kisah ni? Bagaimana dia boleh tahu?" soal Luqman lagi.

Persoalan demi persoalan menyerang,Luqman menyandar pada dinding sambil melepaskan helaan panjang.

"Nampaknya aku kena sambung membaca lagi.." kata Luqman menyelak buku.

Lima sahabat itu mencari penduduk kampung yang mengkhianati mereka,seorang demi seorang mereka buru dan bunuh dengan kejam termasuk ahli keluarga mereka.

Amukan mereka semakin liar selepas menghukum semua penduduk kampung yang terselamat,mereka mula mencari mangsa dan membunuh dengan sesuka hati.

Sehinggalah mereka dihentikan oleh seorang pahlawan berani berambut biru laut,kelima mereka tumpas namun berjaya larikan diri dan tidak lagi kelihatan kelibat mereka.

"Pahlawan berambut biru laut?" soal Luqman tersenyum kelat.

"Iskandar?" duga Avalon dan Luqman menekup mukanya.

"Siapa lagi? Tapi dia tak tamatkan atau kurung mereka.. Kenapa pengasas aku buat macam tu..?" soal Luqman mula pening untuk memikirkan sebab yang kukuh.

"Kenapa kau tidak tanyakan bapa saudara kau je.. Raja Naga...mungkin dia tahu mengenai hal ini.." jelas Avalon dan Luqman mengeluh.

"Uncle be like.. 'What I am? A moving library?' kau rasa?" Luqman berkata dengan muka selamba.

"You are just too lazy to asking him.."

*************************

Aminudden hanya berjalan sambil mengekori Ikhwan,dia memandang sekeliling dalam kawasan bangunan ini.

Mereka berjalan mengekori Sugar,android yang direka asalnya untuk bertempur tetapi Reezal hanya arahkan dia sebagai penjaga Luqman dan Aminudden semasa kecil.

SUGAR (Android berupa manusia serta jenis tempur)

"You growing well my prince.." ujar Sugar memecahkan kesunyian.

"Ha? Me? I guess so?" kata Aminudden tersengih.

"Yeah.. With a two wifes.." tambah Sugar lagi.

"Can't help it,it's a request from my first wife.." ujar Aminudden.

"Is that so..." Sugar berkata dengan mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"What? Now you want to act like my mum?" soal Aminudden dan Sugar hanya tersenyum.

"I'm glad you doin well my dear prince..." jelas Sugar menamatkan perbualan.

Aminudden kehairanan dengan kata-kata Sugar,Ikhwan yang ada bersama hanya menjadi pendengar sahaja.

Akhirnya mereka tiba di hadapan pintu bilik,sebaik pintu dibuka kelihatan dua orang kanak-kanak kembar perempuan sedang berdiri seakan menunggu kehadiran mereka.

"Selamat datang tuanku.." serentak kanak-kanak kembar itu memberikan kata-kata selamat.

"Presley twins.." ujar Aminudden.

"Terima kasih... Haylee.. Kaylee. Gembira melihat kamu berdua sihat.." jelas Ikhwan.

"Bagaimana dengan keadaan tuan putera Luqman?" soal si adik,Kaylee dengan wajah risau.

"Jangan risau.. Dia okay.." jelas Ikhwan dan Kaylee menghela nafas lega,Haylee mengeluh sahaja dan mereka menoleh ke arahnya.

"Haaa... Kecoh la awak Kaylee.. Dia adalah pahlawan yang kuat.. Sudah pasti dia tidak apa-apa.!" ujar Haylee.

"Yelah tu.. Padahal akak pun risau dengar berita ni.." jelas Kaylee dengan muka selamba.

"Ha? Mana ada! Saya tidak ada masa nak risaukan orang macam dia lah! Huh!" Haylee menjawab dengan mukanya merona merah malu.

"Tsundere..." ujar Aminudden berbisik.

"Jadi.. Apa tujuan tuan putera datang ke mari?" soal Kaylee.

"Apa lagi? Kami ke sini untuk menjemput kamu berdua ke istana.." jelas Ikhwan dan dua kembar itu kehairanan.

"Apa maksud tuan putera?" soal Haylee pula.

"Pihak istana akan mengambil kamu berdua sebagai anak angkat.." Sugar yang diam dari tadi mencelah.

Tidak lama lepas itu,Ikhwan sedang berbincang dengan pengarah untuk pusat kebajikan anak yatim. Menandatangani surat persetujuan bagi Haylee dan Kaylee,dijadikan sebagai anak angkat di istana.

Selesai semua persetujuan itu,Ikhwan dan Aminudden ditemani Sugar dalam perjalanan kembali ke bilik kembar Presley.

"Kenapa mereka tidak diambil sebagai kesatria.. Bukan itu lebih baik?" soal Aminudden.

"Mereka masih kecil untuk menjadi seorang askar tentera.." jelas Ikhwan dan Aminudden kehairanan.

"Saya tak faham.." ujar Aminudden.

"Walaupun Flare dah tiada.. Kau masih lagi ada sisa bird brain?" soal Ikhwan buatkan Aminudden memandang dia dengan muka blur.

"Maafkan saya sebab terlalu lurus.. Boleh jelaskan?" soal Aminudden menahan geram.

"Pihak keluarga istana Mentari akan lebih mudah mendidik kembar tersebut jika mereka diambil sebagai anak angkat.. Jika mereka diletakkan sebagai askar.. Mereka tidak akan mengenali dunia.." Sugar memberi penjelasan yang padat.

"Begitu.. Aku tak terfikir.." ujar Aminudden.

"Otak burung sentiasa otak burung huh?" Ikhwan berkata dengan tersengih,Aminudden muncung terus mulutnya.

"Saya tak pernah jalani proses anak angkat.. Mana la saya tahu.." jelas Aminudden dan Ikhwan tersenyum.

"Gurau je.. Jangan ambil hati.." kata Ikhwan.

"Yelah..." balas Aminudden menghela nafas pendek.

Sugar yang mengekori mereka dari belakang,sekadar tersenyum sahaja melihat gelagat mereka berdua.

Pada masa yang sama,Luqman yang baru keluar dari perpustakaan awam hanya mengeluh nafas kecewa.

"Tiada yang menarik.. Ataupun maklumat yang berguna.. Apa guna uncle Yusri suruh saya datang ke sini.." Luqman berkata dengan menundukkan kepala.

"Hey kamu.." seseorang menegur dan Luqman mengangkat kepala lalu menoleh,Claire berdiri dengan muka dinginnya.

"Kau menghalang jalan.. Ke tepi.." Claire berkata lagi dan Luqman segera beralih tempat.

Claire Nea Al'Daniel
(berusia 2 tahun bawah Ikhwan,tetapi berpenampilan seperti kanak-kanak berusia 7 tahun)

Claire melangkah melepasinya dan memasuki pintu pustakaan awam,Luqman berfikir mengenai Claire adakah dia tahu mengenai 5 Dark King?

"Maafkan saya.. Miss Claire?" teguran Luqman buatkan langkah Claire terhenti dan menoleh ke arah Luqman.

"Kau nak apa?" soal Claire dingin dan Luqman tersengih terfikir,adakah Claire ini sentiasa bersikap begini?

"Saya nak tahu adakah miss Claire tahu mengenai 5 Dark King?" soalan Luqman buatkan Claire membesarkan mata.

======================

Ya bersambung lagi

Kasi suspen sikit

Muehehehe

Kena tunggu lagi jawapan jelas nampaknya,mohon jangan kecam🤣🤣🤣

Komen yang elok-elok ye

Jangan komen minta update cepat

Vote sekali

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top