Aminudden tersengih memandang Ikhwan di hadapannya,dia segera dengan posisi bersedia dan Ikhwan pula menurunkan tangannya.
"Sedia Am?"
"Ya!"
"Marilah!!" Ikhwan berteriak dengan tersenyum.
DUUUSSH!!
Aminudden sudah melancarkan serangan,namun tumbukan dia berjaya ditahan oleh Ikhwan.
Ikhwan dan Aminudden berbalas senyuman,Aminudden menghayunkan sebelah lagi penumbuk. Ikhwan mengelak dan menolaknya,ke belakang dan menyerang balas.
DUSH!!
Aminudden menahan dengan tangannya,dengan gaya bentuk X dan terseret jauh ke belakang. Aminudden tersengih dan terus meluru ke arah Ikhwan,dia mengepalkan penumbuknya dan terus hayunkannya.
DUSH!
DUSH!!
DUSH!!
Ikhwan dan Aminudden berbalas tinju,Aminudden menghenjut tumbukan namun Ikhwan menepis. Aminudden sedar sesuatu dari tepi kirinya dan mengangkat tangannya,dia tercampak dan Ikhwan sekadar tersengih.
Aminudden mencapai batu dan berpusing,lantas kembali meluru ke arah Ikhwan. Tumbukan dihayunkan ke arah Ikhwan sekali lagi,namun tetap berjaya ditahan oleh Ikhwan tetapi sesuatu melepasi dan menuju ke mukanya.
ZRASSH!!
Ikhwan terkejut melihat sepakan Aminudden,amat pantas tetapi dia sempat mengelak. Ikhwan menarik tangannya kemudian dia segera hayunkan penumbuk,Aminudden juga turut menyerang balas.
DUMM!!
DUMM!!
DTUMM!!
Setiap tumbukan yang berlaga menghasilkan bunyi gemaan yang kuat,Aminudden tersengih dan teruja merasai kuasa milik Vargas.
DTUMM!!!
Aminudden menyeret ke belakang,dia mendecih dan menghela nafas pendek. Dua buah kepala naga menyarung pada kedua-dua tangannya.
"Eh?" Aminudden tersengih
"Hey Vargas.." ujar Aminudden.
"Apa?" sahut Vargas.
"Kepala kau ada dua ke?" soal Aminudden dan Vargas hanya menekup muka.
"Jangan sibuk hal kecil.. Tu depan kau.." ujar Vargas dan Aminudden memandang ke hadapan.
Ikhwan tersenyum dengan tangannya yang bersinar,dia sudah bersedia untuk serangan susulan.
"Ah..! Lantak lah.. Hmph!!" Aminudden menghalakan dua kepala naga itu,mulut kepala naga ternganga dan muncung meriam terkeluar.
"Eh?" Aminudden hanya tersengih terkejut.
"Blazing Cannon.."
ZWOOSSHH!!
"Eh? Double Dragon cannon!!"
ZWOOSSHH!!
Dua serangan yang kuat dilancarkan,sebaik sahaja bertembung menghasilkan gegaran yang amat kuat.
TUSSMM...!!!!
KA-BOOMM..!!!!
Letusan yang amat kuat berlaku,Aminudden tercampak jauh dan Ikhwan juga turut menyeret ke belakang. Namun dia tidak pergi sejauh Aminudden,impak mula reda dan Ikhwan mendongak ke atas menyedari Aminudden sudah berada di ruang udara sambil menghalakan dua muncung meriam naga ke arahnya.
"Take this!! Medium blast!!"
BOOMM!!
BOOMM!!
Ikhwan terus mengelak ledakan meriam Aminudden,dia hanya tersengih sahaja dan menyeru selaras senapang. Lalu Ikhwan melompat dan berguling di atas tanah,mereka berbalas tembakan bertalu-talu dan letupan berlaku di udara.
DUUMM!!
Ikhwan menembak sambil mengelak,Aminudden pula terbang berpusing dan sambil melepaskan ledakan tembakan meriam naganya. Senapang yang Ikhwan gunakan,direka oleh Ikhwan sendiri dan ia mampu melepaskan serangan seraraf dengan bedilan meriam kereta kebal.
"As I expected.. He is a Dragon King.." ujar Vargas tersengih.
"Mister Vargas,lend me your power.." kata Aminudden dan Vargas tersengih melihat semangat Aminudden.
"It's all yours.." ujar Vargas.
"Charges....." Aminudden mengumpulkan kuasanya dan mulut pada meriam naga,mula bersinar dan Ikhwan menyedari keadaan itu lalu tersengih.
"Alright.. Pyro..." ujar Ikhwan dan meriam naga berwarna merah gelap,menyarung kemas di tangan kanannya.
"Yes my king.." balas Pyro yang selama ini bergerak sebagai pemerhati dan peneman Ikhwan.
"TWIN DRAGON CANNON!"
"DRAGON CANNON.."
Aminudden melancarkan serangan umpama tembakan meriam laser,begitu juga Ikhwan menyerang balas dengan senyuman.
ZTUUMM!!
HWOSSH!!
DEGUUMM!!
Dua serangan yang kuat berlaga,Luqman yang menuju ke satu tempat terhenti. Dia memandang ke satu arah,kuasa yang dia kesan buatkan Luqman membesarkan matanya.
"Kuasa ni.. Uncle dan Aminudden?" soal Luqman agak terkejut.
Aminudden masih bergelut melawan kuasa serangannya yang sedang bertembung dengan Ikhwan,dia mengetap gigi dan merasai dirinya mula ditolak ke belakang sedikit demi sedikit.
Serangan Ikhwan lebih kuat dan melenyapkan serangan Aminudden,segera Aminudden mengelak serangan tersebut dengan pantas. Letupan yang dahsyat berlaku di ruang udara,Aminudden hanya memerhatikan sahaja letupan itu kemudian menoleh semula ke arah Ikhwan.
Aminudden memandang Ikhwan yang sedang tersenyum,dia tersengih dan mendarat ke bawah. Ikhwan hanya tersenyum sahaja,dia memandang anak saudaranya yang mengatur pernafasan.
"Bagaimana Am? Hentikan atau masih nak bertarung?" soal Ikhwan.
"Teruskan lagi uncle.. Temankan saya dalam masa 5 minit.." pinta Aminudden dan Ikhwan merasakan dia ada rancangkan sesuatu,Ikhwan tersenyum sahaja.
"Baiklah.. Aku nak tengok apa yang kau nak rancangkan.." ujar Ikhwan.
Aminudden tersengih mendengar kata-kata Ikhwan,dia segera memejamkan matanya dan Vargas tersenyum sahaja. Dia turut memejamkan matanya,kemudian Aminudden dan dia mengaturkan pernafasan secara serentak.
Aminudden dan Vargas cuba melakukan 'sync' untuk kali pertama,pernafasan mula dilakukan dengan serentak dan aura mereka turut mula bersatu.
"SYNCHRO!" Aminudden dan Vargas serentak bersuara.
ZWOOSSHH!!!!
Ikhwan terkejut merasai kuasa 'sync' Aminudden dan Vargas,dia tersenyum dan Aminudden kini berjaya melakukan asimilasi dengan Vargas. Rambutnya berwarna merah hitam,anak mata pula turut berwarna yang sama dengan rambutnya.
"Nice.. But because this is first time you guys sync.. So how long you gonna maintain that form?.." Ikhwan menyoal.
"Maybe around 3 minit?" Aminudden berkata dengan yakin.
Ikhwan mengangguk faham dan memasang gaya berlawan,Aminudden agak terkejut dan rambut Ikhwan berubah merah cerah.
"So don't waste any time..!" kata Ikhwan.
"Yes uncle!" balas Aminudden terus memecut ke arah Ikhwan.
DUUUSSH!!
Aminudden sudah menghayunkan penumbuk tetapi ditahan kemas oleh Ikhwan,mereka saling berbalas senyuman sinis dan masing-masing berundur ke belakang.
"Orah!!" Aminudden terus meluru semula ke arah Ikhwan.
DUUUSSH!!
DUUUSSH!!
DUUUSSH!!
Aminudden dan Ikhwan berganti tinju,tumbukan dan sepakan mereka berlaga dengan kemas. Tanah yang menjadi latar belakang mereka bertempur,mula merekah dan bergegar.
Ikhwan mengelak menarik muka ke belakang,tumbukan Aminudden tersasar dan Ikhwan menarik nafasnya dalam-dalam. Segera tumbukan Ikhwan hayunkan,Aminudden sedar serangan mengejut itu namun sudah terlambat.
"Dragon Inch!"
DUUUSSH!!
Tepat!
Pukulan padu mengenai perut Aminudden,membuatkan dia tercampak ke belakang secara berguling dan terbaring memandang langit. Malah bentuk 'sync' dia dan Vargas sudah lenyap,Aminudden tidak dapat meneruskan perlawanan latihan dan mengibarkan kain putih tanda tidak mahu teruskan lagi.
"Kau semakin kuat Am.." ujar Ikhwan memuji dan Aminudden tersengih.
"Masih lagi jauh jika dibandingkan dengan uncle.." jelas Aminudden pula.
"Menjadi kuat seperti uncle bukan perkara boleh dibanggakan.." kata Ikhwan menghampirinya.
"Apa maksud uncle?" soal Aminudden melihat Ikhwan duduk di sebelahnya.
"Semakin kita kuat.. Semakin ramai pihak musuh kita cuba mencabar.." kata Ikhwan.
"Tapi uncle menang kan?" Aminudden berkata dengan tersengih.
"Ya.. Tapi adakah musuh putus asa?" soal Ikhwan dan Aminudden menjawab dengan gelengan kepala.
"Dunia Mithgar ni luas.. Masih ada musuh yang mungkin lebih kuat daripada uncle.." tambah Ikhwan dan Aminudden membesarkan matanya.
"Saya rasa.. Itu tidak mungkin.." ujar Aminudden dan Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Sebab uncle adalah pahlawan paling kuat di dunia ini.. Saya yakin.." jelas Aminudden dengan senyuman ikhlas dan ceria.
Ikhwan terkedu melihat senyuman Aminudden,dia memandang ke arah lain dan tersenyum. Kepala Aminudden diusap dan Aminudden hanya tersengih,dia mula rasakan Ikhwan sudah kembali ke dirinya yang biasa dia hadap hari-hari.
"Kalau itu yang anak saudara aku katakan.. Jadi kenalah buat seperti yang dia katakan.. Pahlawan paling kuat di dunia Mithgar..? Okay,uncle akan pastikannya.." jelas Ikhwan dan Aminudden tersenyum mengangguk.
"Ya!"
========================
Hellooo guys
Apa pendapat korang tentang chapter kali ini
Berikan komen pada ruangan disediakan
Jangan sesekali komen 'next update pliss.. Minta update secepat mungkin tolong.. Dan etc..'
Jangan komen even korang bergurau
Sebab aku anggap korang tak hormati permintaan aku
Maaflah kadang-kadang masih yang tak faham tetap komen..
Jadi aku terpaksa ingatkan di setiap chapter
Itu sajalah
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top