Chapter 73 : Perubahan & 5 Dark King
Ikhwan melepaskan helaan panjang,Farhan hanya menghela nafas pendek juga. Dia penat mendengar apa yang disampaikan dalam perbincangan tadi,Alisa dan Fara pula hanya mengekori suami mereka dari belakang.
"Aku kalau tahu macam ni.. Baik tak payah datang la Wan.." ujar Farhan.
"Kelakar.. Aku pun fikir macam tu.." kata Ikhwan setuju.
"Tetapi sekurang-kurangnya kita tahu di mana Darren dan Valkryie berada sekarang.." ujar Alisa.
"Ya.. Tu setuju.." Fara juga mencelah.
"Bagaimana Wan? Nak pergi sana?" soal Farhan.
Ikhwan tidak menjawab dan sekadar menghela nafas pendek,dia memandang ke arah langit dan menuju ke pesawat peribadi negara Mentari.
"Rasanya tak perlu.. Ash Crimson dan temannya bukan sembarangan orang.." jelas Ikhwan.
"Kau berkata macam pernah bertemu dengan dia?" soal Farhan dan langkah Ikhwan berhenti kemudian menoleh ke arahnya sambil tersenyum.
"Ya.." jawab Ikhwan pendek.
KRAANG!!!
Thumpp!!
Siddiq berpusing ke belakang namun sempat memacakkan bilah sabitnya,mengelakkan dirinya melambung jauh. Dia mendarat di atas tanah,nafas dia berat dan termengah-mengah memandang ke hadapan ke arah Luqman.
"Man... Susah gila nak sentuh dia!" ujar Siddiq tidak puas hati.
"Kau bergurau ke? Dia adalah salah seorang lima Naga Elemen!" Nazryn berkata dengan lantang.
"Diamlah! Aku tak mintak kau terangkan!" balas Siddiq bengang.
"Oi nak teruskan?" soal Luqman dan Siddiq mendecih.
"Sudah tentu!" Siddiq berkata sambil memecut ke arahnya.
Krassh!!
Tiupan angin kencang terhasil akibat pertembungan mereka berdua,Luqman dan Siddiq berbalas senyuman kemudian bertukar tujahan pisau dan sabit.
Klong!
Ktang!!
"Shadow Chains!!"
Siddiq mengaktifkan kuasanya dan rantai hitam,muncul di bawah Luqman dengan tiba-tiba. Rantai hitam terus membelit Luqman,dia agak terkejut dengan gerakan Siddiq.
"Shadow Armor!!"
Klakk!! Klakk!!
Zirah bayang menyarung tubuh Siddiq sepenuhnya,Luqman yang menyaksikan keadaan itu bersiul. Siddiq melompat ke udara,lantas bilahnya digabungkan dengan bayang hitamnya dan menjadi besar sabit tersebut.
"Fang of Abyss!!!"
ZRUUU!!!!
Luqman memerhatikan serangan itu dengan muka bersahaja,dia mengaktifkan kuasanya dan kilat hitam menyelubungi tubuhnya. Rambutnya yang putih salji,tiba-tiba sebahagian berubah kepada warna hitam serta warna matanya menjadi merah saga.
"Rambut dia bertukar jadi hitam..?" soal Aqirah.
"Harap tak jadi sesuatu yang buruk.." kata Nazryn berdoa.
Ktassh!!
Rantai bayang Siddiq berjaya dihapuskan,Luqman mendongak ke atas dan kaki kanannya mengalir kilat hitam.
"Absolute Black Thunder Control..." Luqman merendahkan badannya.
"Woreeaahh!!!" Siddiq berteriak dengan kuat.
"Blitz Impact!!!"
Kzztt...!!!
Zruuu..!!!
Dua serangan terus bertembung dahsyat,Nazryn dan Aqirah hampir tercampak. Tetapi seseorang muncul dan menahan mereka,apabila Nazryn dan Aqirah toleh ke arahnya segera mereka tersenyum.
"Master!" Raven muncul dengan menahan bahu mereka.
DUUUSSH!!!!
KRASSH!!
Letusan dari letupan berlaku dengan kuat,angin kencang terhasil dan Raven hanya memerhatikan sahaja.
Suasana kembali normal namun asap tebal,menghalang permandangan mereka. Asap mulai hilang dan visi mereka semakin jelas,Siddiq terbaring di satu sudut dan Luqman berdiri teguh memerhatikan Siddiq.
"Ah.. Kecewanya!" kata Siddiq termengah-mengah kepenatan melancarkan serangan terkuatnya.
"Kau semakin kuat kawan.." ujar Luqman.
"Nah.. Masih jauh lagi bagi aku untuk capai tahap kau.." jelas Siddiq masih melihat langit.
Luqman tersengih sahaja dan mendengar sesuatu,apabila dia mendongak kelihatan sebuah pesawat peribadi negara Mentari melintasi di ruang udara.
"Uncle kau dah balik.." kata Siddiq.
"Haah.." jawab Luqman dan memeriksa jam di tangan.
"Hey Diq.. Kau tak nak balik ke?" soal Luqman.
"Kenapa pula?" Siddiq kehairanan
"Dah jam 4.30 petang sekarang bukan kau kata dah janji dengan Laila nak balik awal?.." jelas Luqman dan Siddiq terus terduduk.
"Haah la? Aku nak bawa family keluar dinner! Aku balik sekarang!" kata Siddiq terus berlari laju meninggalkan mereka.
"Amboi..macam pelesit.." Luqman menggaru kepala melihat Siddiq berlari pergi.
"Luqman kau okay?" soal Nazryn dan Luqman kehairanan.
"Kenapa kau tanya macam tu?" soal Luqman semula.
"Abang Luqman tengok la.." jelas Aqirah menunjukkan cermin.
Rambut Luqman yang tadi berubah warna hitam,terus kekal dan anak matanya juga turut berubah menjadi warna merah menyala.
"Wooo... Rambut aku,jadi hitam?" soal Luqman terkejut membelai-belai rambutnya.
"Kau ada rasa tak kena? Macam sakit perut ke.. Nak muntah ke.. Or terus jadi devil ke..?" Nazryn menyoal bertalu-talu.
"Ya.. Rasanya aku akan jadi devil kalau kau terus bertanya benda yang mengarut.." kata Luqman menjeling Nazryn.
"Hehe...marah ke kawan?" soal Nazryn dan Luqman dengan muka blur memandangnya.
"Tuan Putera Luqman!" seorang kesatria muncul berlari ke arah mereka.
Luqman dan Nazryn serta Aqirah,hanya memerhatikan kesatria itu menuju ke arah mereka. Kesatria itu juga agak terkejut dengan rambut Luqman,tetapi baginya itu bukan masalah utama.
"Ya?" soal Luqman.
"Masih ingat lagi mengenai pengikut Zagdrus tuan putera?" soal kesatria itu dan Luqman kehairanan.
"Badan dia kena kawal masa tu.. Mana dia ingat.." Nazryn menyampuk dan Aqirah mengangguk.
"Jadi ada masalah apa?" soal Luqman.
"Salah seorang ingin bertemu dengan tuan.." jelas kesatria itu lagi.
"Ha? Nak jumpa aku? Apa yang dia mahukan?" soal Luqman lagi.
"Saya tidak tahu tuan putera.. Dia berkeras untuk bertemu dengan tuan putera.." kesatria itu menjawab lagi dan Luqman hanya menghela nafas pendek.
"Apa yang berlaku ni?" soal satu suara.
Yusri bersama Akif mencelah dengan tiba-tiba,sambil dengan tangan mereka memegang kapal terbang kawalan jauh.
"Err.. Uncle Yusri? Apa yang uncle buat?" soal Luqman dengan muka blur.
"Main RC Aeroplane?" jawab Yusri dengan tersengih.
"Itu tak penting.. Kenapa macam ada yang serius je di sini?" Akif mencelah.
"Putera Keempat Yusri.. Tahanan perang ingin bertemu dengan tuan putera Luqman.." jelas kesatria menunduk hormat.
Yusri mengangguk faham dan terfikir sesuatu,senyuman sinis terukir dan Luqman merasakan tidak sedap hati.
"Luqman.. Aku akan join kau.. Hmm.." kata Yusri dan memerhatikan Luqman agak lama.
"Tiada masalah rasanya.. Tapi kenapa uncle tenung saya macam tu?" soal Luqman.
"Kau warna rambut kau ke?" soal Yusri dan Luqman hanya membuat muka blur.
"Sudah la.. Mari pergi.." ujar Luqman.
Pusat Tahanan Utama (PTU) negara Mentari,kesatria yang bertugas dengan selamba terkejut apabila melihat Luqman dan Yusri datang melepasi pintu pagar utama.
Luqman dan Yusri mengekori kesatria tadi,menyusuri tempat tahanan khas bagi penjenayah yang mempunyai kuasa magis. Akhirnya mereka tiba di satu bilik tanpa pintu dan hanya dinding,Yusri menekan sesuatu pada alat keselamatan dan dinding menjadi transparen.
Luqman memandang Zeke yang sedang duduk,dengan gelang di leher,kedua-dua pergelangan tangan dan kakinya.
"Akhirnya.. Raja Shaitan yang baru telah muncul di hadapan aku.." ujar Zeke.
"Apa yang kau nak?" soal Luqman dan Zeke tersengih.
"Aku nak beritahu dunia bakal akan huru-hara.." jelas Zeke menundukkan wajahnya.
"Apa maksud kau?" soal Luqman lagi.
"Pernah dengar The Five Dark King..?" soal Zeke masih tersengih.
======================
Apa yang Zeke ingin katakan?
Kena tunggu sambungan seterusnya
Harap bersabar
Berikan vote dan komen
Itu jelah
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top