Chapter 70 : 10 Pahlawan Terkuat di Dunia Mithgar


Sebuah kapal pesawat hitam sedang dalam keadaan ingin berlepas,Ikhwan ditemani Alisa dan Farhan serta Fara. Dua orang ini diminta oleh Ikhwan untuk menjadi pengiring mereka berdua,kerana setiap 10 terkuat akan datang dengan pengiring juga.

Luqman dan Aminudden yang ditemani isteri masing-masing hanya memerhatikan dari balai pemerhati,mereka tidak berkata apa-apa dan hanya memerhatikan pesawat peribadi itu berlepas sehingga tidak kelihatan.

"10 terkuat di dunia.. Ini bermakna ada yang sama kuat dengan Sixth?" soal Hikari.

"Saya tidak tahu pula mengenai ini?" Aila berkata dengan perasaan ingin tahu.

"Uncle pandai simpan rahsia ke?" soal Alia.

"Bukan simpan rahsia.. Perkara ini kita tidak pernah dengar.." jelas Aminudden.

"Maksud kau..?" soal Luqman.

"Uncle jarang sebut mengenai hal ini.. Sebab bagi dia tidak penting.." ujar Aminudden lagi.

"Mana mungkin tidak penting kalau 8 lagi ni hampir setanding dengan uncle kita?" soal Luqman.

"Kalau uncle dalam normal form.." jelas Aminudden dengan muka yang tenang,mereka terkejut.

"Maksudnya..." Aila meneka dan Alia mengangguk faham.

"Kalau Sixth dalam God Mode?" soal Hikari dan Aminudden menghela nafas pendek.

"Sudah tentu uncle paling terkuat,mereka tidak tahu mengenai bentuk itu.." jelas Aminudden lagi.

Semua diam dan Aminudden pula,mendongak ke arah langit dan mengingati semula kata-kata Ikhwan sebelum dia bertolak.

"Balik nanti uncle jumpa kau.." ujar Ikhwan.

"Kenapa uncle?" soal Aminudden.

"Ada perkara yang uncle nak beritahu.. Tapi sekarang tak sempat.. Pastikan kamu ada masa uncle balik okay?"

Aminudden hanya mengangguk sahaja,dia tidak tahu apa yang bapa saudaranya rancangkan dan sekadar mengangguk.

"Bagus.. Jumpa nanti.."

Nafas dihelakan panjang dan Aminudden bangun,kemudian dia terus melangkah pergi. Alia segera mengekorinya begitu juga Hikari,Luqman pula sekadar memerhatikan sahaja.

"Luqman.." sapa Aila dan Luqman menoleh ke arahnya.

"Awak tak tegur adik awak sejak keluar dari wad?" soal Aila dan Luqman hanya mengangguk lemah.

"Ya.. Saya tak tahu cakap apa.. Lebih-lebih lagi Flare dah tiada di sisi dia.." jelas Luqman.

"Ia merupakan impak yang besar.. Aminudden bersama Flare sejak dari kecil.. Sekarang dia sudah tiada spirit beast.. Apa akan jadi pada pahlawan tanpa spirit beast?" soal Aila dan Luqman menghela nafas pendek.

"Perkara ni pernah dibangkitkan oleh uncle Yusri.." jelas Luqman.

"Apa yang uncle Yusri beritahu?" soal Aila lagi.

"Hmm.. Ingatan saya kurang jelas.. Sekejap bagi saya search.." ujar Luqman dengan memegang kepala.

"Luqman?" Aila kehairanan.

"Ha.. Dah ingat,kalau tidak silap.. Bagi pahlawan yang kehilangan spirit beast.. Mereka tidak menerima kesan buruk.. Cuma mereka hilang daya kebolehan dari spirit beast itu kecuali...." ujar Luqman memberikan penjelasan dan menghentikan ayatnya.

"Kecuali?" Aila menunggu kata-kata Luqman yang seterusnya.

"Kecuali pahlawan itu menerima kuasa sepenuhnya daripada spirit beast dia sendiri.." ujar Ikhwan yang turut memberikan penjelasan di dalam pesawat pada Farhan.

"Ouh? Jadi sebab itu Aminudden mampu berevolusi ke tahap yang baru...?" soal Farhan.

"Maksud kau masa dia bertembung dengan Zagdrus? Boleh dikatakan macam tu.." kata Ikhwan menyandar pada kerusi.

"Jadi okay sahajalah kalau dibiarkan Aminudden tanpa spirit beast?" soal Farhan.

"Boleh dikatakan macam tu.. Tapi aku ada sesuatu nak ditunjukkan oleh dia..." kata Ikhwan tersenyum menyilangkan kakinya.

Pesawat hitam menyusur laju menempuh angin,Ikhwan hanya memerhatikan sahaja keadaan langit dan awan tebal.

"Kau setuju pula nak temankan aku dan isteri aku? Bukan selama ni kau tak berapa minat jumpa mereka semua?" soal Ikhwan.

"Aku ada masa.. Tu je.. Lebih-lebih lagi Edgar dan Leonard,dia ada lakukan protes tentang manusia ubahsuai.." jelas Farhan.

"Kau risaukan isteri kau.. Kenapa bawa dia sekali?" soal Ikhwan menoleh ke arah Alisa dan Fara berbual sambil ketawa.

"Kau tahu kan Fara tiada kenalan rapat selain Alisa dan Laura?" soal Farhan dan Ikhwan mula faham.

"Khaizo dan Laura pula tak ada dalam negara.. Aku faham.." ujar Ikhwan memejamkan mata kemudian tersenyum.

"Tuan Ikhwan.. Kita dah tiba di destinasi.."

Suara milik juruterbang kedengaran di alat speaker,lalu Ikhwan mengintai di luar. Kapal mereka mula menghampiri ruang udara sebuah pulau,pertemuan 10 Pillar kali ini di pulau kepunyaan negara Magus.

Semasa pesawat peribadi negara Mentari mendarat,Ikhwan menyedari dari sebalik tingkap kehadiran mereka dinantikan oleh Malik Dillon.

"Pahlawan terkuat mereka sendiri yang datang jemput kau bro.." ujar Farhan.

"Heh.. Mereka tidak mahu ada masalah agaknya.." kata Ikhwan tersenyum simpul.

"Apa yang kau dah buat sebelum ni ha?" soal Farhan memandang Ikhwan dengan reaksi muka curiga.

"Kau boleh tanya Malik.." ujar Ikhwan tersengih dan Farhan hanya merenung Ikhwan.

Sebaik sahaja pesawat mendarat,Ikhwan segera keluar dari perut kapal. Malik Dillon dan pengiringnya,sudah menanti di luar kapal.

"Selamat datang ke negara Magus.." ujar lelaki yang dimaksudkan sebagai Malik Dillon.

MALIK DILLON

"Terima kasih kerana sudi menunggu.. Apa khabar?" soal Ikhwan tersenyum.

"Sihat.. Terima kasih kerana bertanya.. Ah,satu penghormatan bertemu dengan antara Pahlawan Pedang terhandal.. Tuan Farhan Al'Tuzeman..juga dengan cik puan berdua.." ujar Malik dengan lembut,Farhan,Fara dan Alisa hanya tersenyum sahaja.

"Marilah semua.. Ikut saya.." Malik berkata lembut.

"Bagaimana dengan lain?" soal Ikhwan.

"Mereka sudah lama sampai.. Tinggal kau sahaja,Ikhwan.." jelas Malik.

"Maaf la.. Kau tahu aku macam mana bukan?" ujar Ikhwan dan Malik ketawa kecil.

"Well.. Hanya kau sahaja yang lantang bersuara.. Aku suka tengok reaksi Elder Magus.." ujar Malik.

"Well kau sadis.." balas Ikhwan dan mereka berpandangan kemudian ketawa serentak.

"Mereka nampak macam rapat?" soal Fara dan Alisa bersetuju.

"Malik dan Ikhwan pernah jalankan selesaikan misi bersama.." jelas Farhan kemudian Alisa dan Fara mengangguk sahaja.

Malik mengiringi mereka sehingga masuk di dalam sebuah kenderaan,jenis SUV dan kenderaan itu bergerak menuju ke tempat perjumpaan 10 Pillar.

Akhirnya mereka semua tiba di destinasi yang dituju,Ikhwan sekadar menghela nafas pendek sambil mengekori Malik bersama yang lain.

Ikhwan kini bersama Alisa sambil diiringi Malik,Farhan dan Fara berdiri di hadapan pintu bilik yang di sebaliknya ada 7 orang dari 10 Pillar sedang menunggu.

Sebaik pintu dibuka 7 orang duduk di meja bulat yang besar,dua orang daripada mereka hanya merenung sahaja Ikhwan dan Alisa serta yang lain. Setiap daripada mereka ada pengiring di sisi mereka tetapi hanya mendiamkan diri.

"Hey Ikhwan... Lama tak jumpa.. Kau sihat?" sapa seorang wanita,Aghna Uí Fearghasa dari East Nation tersenyum girang.

AGHNA FEARGHASA

"Hey Aghna.. Ceria seperti selalu? Aku sihat je.." balas Ikhwan tersenyum.

"Hai..! Alisa!" seorang lagi wanita menegur dengan muka yang ceria,Alisa hanya tersenyum kelat dan melekat pada Ikhwan.

"Ahh.. Kenapa Alisa?" soal wanita itu,atau namanya Annette Carlson.

ANNETTE CARLSON

"Heh Annette.. Dia tak selesa dengan perangai riang kau.." ujar lelaki yang duduk di sebelahnya,Yamazaki Kazumi tersengih.

YAMAZAKI KAZUMI

"Alaaa.. Tipulah..! Uuu..." Annette tidak menerima apa yang dikatakan oleh Kazumi.

"Hey Kazumi jangan usik dia.." seorang lagi pemuda mencelah dengan tenang,Roger Leonard sekadar tersenyum.

ROGER LEONARD

"Thanks Roger.. It's been a while.. Huh?" soal Ikhwan dan pemuda dengan muka berparut sekadar tergelak.

"Same to you.. We're busy man.." ujar Roger dan Ikhwan yang mengambil tempat duduk turut tergelak.

"Maaf sebab lambat.." ujar Ikhwan dan Roger hanya membuat isyarat tidak apa.

"Kalau tak datang pun tak apa.." Ikhwan mendengar kata-kata itu,dia menoleh ke arah seorang lelaki yang duduk sebelah Kazumi.

"Edgar Keller.." ujar Ikhwan dan Farhan hanya merenung sahaja lelaki tersebut.

"Aku rasa kau patut malu sebab datang lewat untuk perjumpaan ini.. Kami ada kerja lain selain menunggu kau.." seorang lagi yang duduk di sebelah Edgar,mencelah dan menjeling ke arah Ikhwan.

"Juga kenapa dia ada bersama kita..?" soal Edgar merenung ke arah Alisa.

"Kenapa manusia ubahsuai tu berada di sini?" soal lelaki seorang lagi,Leonard Drake dan Ikhwan ingin membuka mulutnya tetapi seseorang menempik.

EDGAR KELLER

LEONARD DRAKE

"Hey! Apa maksud dengan manusia ubahsuai?! Ia tidak elok faham tak?" Aghna berkata tidak puas hati.

"Jangan lupa.. Dia juga salah seorang 10 Pillar.." Roger pula mencelah.

"Hoo... Tengok tu.. Entah apa dia buat,sampai semua orang pertahankan dia?" soal Leonard tersenyum licik,Edgar sekadar memberikan senyuman sinis.

"Cukup tu.." satu suara menegur,Edgar dan Leonard mendecih.

Seorang lelaki berjanggut putih tebal diiringi seorang pemuda,berjalan mendekati mereka dengan muka yang tenang.

"Qais Miqdaad.. Aku fikir kau tak join..." ujar Kazumi tersengih.

"Ada je.. Cuma perut aku meragam..hehe.." kata Qais tersenyum tidak bersalah.

QAIS MIQDAAD

"Tuan putera Ikhwan.. Selamat datang ke negara kami.." ujar lelaki itu.

"Elder Mage.. Tidak perlu formal sangat.. Terima kasih atas layanan tuan.." balas Ikhwan pula.

"Baiklah.. Apa kata kita mulakan sekarang?" soal Elder Mage dan Ikhwan hanya mengangguk,Qais pula sudah mengambil tempat duduknya.

"Lain macam je atmosfera?" soal Qais pada Kazumi.

"Edgar dan Leonard buat hal la.. Apa lagi?" jelas Kazumi dan Qais kehairanan.

"Ehem!" Elder Mage berdehem dan mereka terus senyap.

Perbincangan dimulakan tetapi agak kurang berjalan lancar,lebih-lebih lagi di pihak Edgar dan Leonard yang acuh tak acuh.

"Tuan Edgar.. Tuan Leonard.. Tolong serius kita sedang dalam perbincangan.." jelas Elder Mage.

"Maaf tuan.. Kami tidak selesa dengan kehadiran Cpu-Biology tu.." jelas Leonard dengan muka meluat,sambil menuding jari ke arah Alisa.

"Dia juga salah seorang 10 Pillar.. Apa masalahnya dia berada di sini?" soal Annette kurang selesa dengan sikap mereka berdua.

"Dia hanyalah bahan eksperimen.. Bukan manusia..dia tidak layak pun diberikan gelaran 10 Pillar.." Edgar berkata dengan tenang.

"Oi itu racism okay?" Qais bersuara.

"Kamu berdua..." Elder Mage ingin berkata lagi namun terdiam,kerana Ikhwan sudah melepaskan auranya.

Aura bunuh Ikhwan sudah memenuhi seluruh ruang di bilik tersebut,Alisa hanya mampu mendiamkan diri. Mana mungkin dia mampu menghalang suaminya jika sudah dalam keadaan seperti itu,isterinya dihina suami mana tidak hilang sabar?

"Putera.. Tolong bersabar.." Elder Mage cuba menenangkan keadaan.

"Kau nak mulakan?" soal Ikhwan.

"Oh... Si suami mula hilang sabar? Kau fikir aku hairan dengan daya bunuh tu?" Edgar berkata tenang,Ikhwan tersenyum sinis dan tergelak.

"Kau ni kecil je kan?" soal Ikhwan dan Leonard segera bangun.

"Apa maksud kau?" soal Edgar.

"Apa motif perjumpaan ini dibuat? Untuk menghina antara satu sama lain?" soal Ikhwan dan yang lain selain Edgar serta Leonard hanya mendiamkan diri.

"Kau nak cakap apa ni?" soal Leonard dan Edgar hanya mendiamkan diri.

Aku nak katakan.. Ianya tak berbaloi aku datang ke perjumpaan ini.. Lebih-lebih lagi bertemu dengan si lemah macam kamu berdua ni.. Buat aku nak muntah.. "jelas Ikhwan dan mereka berdua merenung tajam ke arahnya,seiring daya bunuh kuat dilepaskan oleh mereka.

"Kau memang nak cari nahas?!" soal Leonard dan Edgar turut hilang sabar.

"Waa... Tengok lah.. Korang yang mulakan.. Tapi korang yang hilang sabar?" Farhan pula mencelah.

"Apa kau cakap?" soal Leonard.

"Aku hanya boleh katakan.. Korang tu kecil je.. Jangan la nak berlagak hebat.." ujar Farhan dengan selamba.

"Jaga sikit mulut kau di hadapan tuan kami!" pengiring Edgar dan Leonard mula ke hadapan.

"Oh.. Anjing mula menyalak..?" Ikhwan pula berkata dengan tersengih.

"Kami hormat tuan.. Tapi jangan hina tuan kami..!" jelas salah seorang daripada mereka.

"Tuan korang hina isteri sepupu aku boleh pula?" bidas Farhan.

"Apa kata begini?" soal Ikhwan tersenyum.

"Kau nak apa?" soal Edgar merenung tajam.

"Korang berdua lawan dengan isteri aku.. Kalau korang menang,isteri aku akan dikeluarkan dari carta 10 Pillar.. Tapi kalau korang kalah.. Zip mulut korang.." ujar Ikhwan dan semua terkejut.

"Apa kau cakap?"

"Bagaimana Alisa?" soal Ikhwan menoleh ke arah Alisa.

"Sure why not?" jawab Alisa tersenyum.

======================

Alisa melawan dua orang yang setanding dengannya?

Apa akan berlaku?

No komen PLEASE UPDATES okay?

Sabar untuk chapter seterusnya

Faham ya..

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top