Chapter 7 : Kilat & Api
Luqman merenung kelima ninja itu,aura menakutkan jelas terasa keluar dari tubuhnya. Lantas lima ninja mengepung dia,Luqman hanya berdiri tenang memerhatikan ninja-ninja itu.
Salah seorang membaling senjata dilengkapi rantai,Luqman mengelak dan seorang lagi melemparkan shuriken dengan jumlah yang banyak. Luqman menghasilkan kilat dan shuriken itu semua terjatuh di atas tanah,dua orang ninja pula menyerang dengan pedang pendek.
Luqman menyelubungi kilat pada kedua-dua tangannya,lalu menahan tetakan pedang tersebut.
"Thunder Arts.. Lightning Strike.."
Sekelip mata panahan kilat dari langit menembak,lalu letusan kuat terhasil menyebabkan ninja-ninja itu berundur. Namun sebelum sempat mereka menarik nafas lega,Luqman sudah muncul dengan pantas.
"Thunder Arts.. Lightning Drive!"
Luqman merempuh mereka semua,lalu semua musuhnya tercampak sekali lagi. Salah seorang ninja melakukan isyarat tangan,kemudian merapatkan kedua tapak tangannya. Luqman sedar awan menjadi gelap dan tebal,guruh berdentum dan badannya tidak boleh bergerak.
KRAANG..!!!
KZZT....!!!
Pancaran kilat membentuk seekor naga yang mengangakan mulut,lalu merempuh ke arah Luqman dan letusan yang kuat berlaku. Aminudden yang terbang berhampiran mendengar,dia menambahkan kelajuannya dan menuju ke arah yang berlaku letupan.
Luqman terbaring kesakitan dan tidak sangka dia akan terkena serangan seperti itu,dia cuba bangkit tetapi bahunya ditolak dengan pijakan kaki. Luqman mengerang kesakitan,salah seorang menarik pedang dan Luqman mendecih.
Ninja itu mengangkat pedangnya,lalu ingin melibas dan Luqman mengetap gigi. Namun salah seorang menyedari sesuatu,lalu berlaku letupan di mana mereka berada dan terhasil asap tebal.
Ninja itu semua berjaya mengelakkan dari terkena serangan misteri,salah satu tersentak badannya terkena bedilan api dan terpelanting. Tidak lama asap tebal terus hilang,dek kibasan tangan kanan Aminudden.
"Sorang dah tumbang ye.." ujar Aminudden dengan tangannya menyala api merah.
"Am.." ujar Luqman terkejut.
"Dan kau...bang... Aku ada urusan dengan kau nanti.." Aminudden menjeling ke arah Luqman dengan mata membunuh.
"Eh? Am?" soal Luqman tersengih dan tersentak,dia mula tahu kenapa.
"Tahu dah? Faham la kan?" soal Aminudden tersenyum.
"Chill my brother.." ujar Luqman tersenyum kelat.
"Chill tengkorak kau!! Motor sendiri ada.. Motor aku jugak kau guna?!!" Aminudden menjerit geram dan Luqman menutup kedua-dua telinganya.
Sedang mereka berdua bertelagah dua ninja itu melompat,lalu mengambil kesempatan menyerang hendap ke arah Aminudden.
"Semak la...!! FEATHER FLARE!!"
ZRAASSH!!!
KRASSHH!!!
Api marak menyembur ke arah dua ninja itu sehingga mencampakkan musuh,api di tangan Aminudden dilenyapkan semula. Seorang lagi terkejut dan melakukan teknik yang sama,tetapi Aminudden sudah melompat menghasilkan api merah yang besar dan marak.
"Ingat aku biarkan? SUN DESTROYER!!!"
BRAAM!!!!!
Letusan dari serangan kuasa Aminudden membuatkan ninja itu terpelanting,satu lagi ninja bergerak di belakang Aminudden lalu ingin menyerang hendap. Namun Aminudden berpaling pantas,ninja itu terkejut dan mukanya dicengkam oleh Aminudden. Percikan api terhasil dan Aminudden angkat ninja itu sedikit ke atas,lantas dia hasilkan bedilan api sehingga ninja itu terus tidak sedarkan diri.
Luqman tergamam melihat keadaan tersebut,tidak sampai satu minit pun Aminudden sudah tumpaskan ninja pembunuh upahan. Aminudden menyisirkan rambutnya dan menghela nafas pendek,Luqman tersenyum kelat dan terkejut apabila Aminudden menoleh ke arahnya dengan muka marah.
"Jadi abangku... Apa sebab kau guna motor aku tanpa kebenaran?" soal Aminudden memusingkan lengan tangannya sambil berjalan ke arah Luqman.
"Minyak motor aku dah tunjuk meter E.. Minyak motor kau penuh.. Lagi-lagi kunci ada tinggal kat garaj... So aku sambar je la.." ujar Luqman tersenyum dan Aminudden yang mendengar penjelasan hanya tersengih.
"Macam tu ke.. Malas nak isi minyak la ye.." ujar Aminudden.
"Ha.. Betul la tu.. Hahaha..." ujar Luqman ketawa dan Aminudden juga ketawa.
"Motorsikal aku bukan barang awam..." Aminudden berkata sambil mengangkat tangan ke udara,bebola api biru yang marak terhasil di tapak tangannya.
"Eh? Am?" soal Luqman berpeluh-peluh.
"Ya?" Aminudden menjawab dan tersenyum.
"Apasal nyalakan api tu?" soal Luqman.
"Hold still..." kata Aminudden ingin menghayunkan penumbuk.
Namun satu letusan yang kuat berlaku di belakang Aminudden,lantas dua beradik itu memandang ke arah bunyi tersebut. Lima ninja itu semua berdiri di hadapan mereka berdua,pakaian ninja yang ada mula terbakar sedikit demi sedikit.
Luqman dan Aminudden terkejut,rupa mereka berlima di sebalik topeng turut terbakar. Rupa mereka berubah menjadi boneka,ataupun patung yang dikawal menggunakan tali khas. Luqman terus bangkit dan Aminudden hanya memadamkan apinya,mereka berdua berdiri bersebelahan.
"Boneka rupanya... Patutlah semacam.." ujar Aminudden meregangkan jari-jemarinya.
Lima-lima boneka itu semua mengeluarkan senjata dari badan,kemudian terus menyerang Luqman dan Aminudden. Luqman menarik dagger dan Aminudden menyeru Ribuan Pedang,terapung mengelilinginya dan mencapai salah satu bilah pedang.
Aminudden melenyapkan yang selebih pedangnya,lantas melawan tiga dari dua boneka. Luqman menangkis tetakan senjata dari dua boneka,dia menolak boneka itu sehingga ke belakang.
TANG!!
KTANG!!
Aminudden melayan libasan senjata dari boneka itu dengan kemas,tanpa ada masalah dan ini adalah hasil latihannya dengan datuk saudaranya. Tuzeman Al'Syufa iaitu ayah kepada Farhan Al'Tuzeman.
Luqman pula menangkis dan bertahan kerana serangan boneka itu,amat pantas dan luar biasa berbanding tadi. Luqman berpusing ke belakang,kemudian kilat ungunya terhasil.
"Scattered Shock!!"
KZZT...!!!!
TUSSH!!!
Namun dua boneka itu mampu mengelak dengan pantas,Luqman mendecih geram kemudian menumpukan kuasanya. Matanya berubah menjadi ungu,sekelip mata dia hilang dari pandangan. Dua boneka mencari-cari di mana Luqman hilangkan diri,tetapi Luqman sudah bergerak ke atas. Sebelum sempat salah satu boneka sedar,salah satu terbelah dek tetakan dagger.
Aminudden pula mencampakkan pedangnya,lalu dua dari tiga boneka yang di lawan. Hancur terbakar dek hayunan tumbukan Aminudden yang padu itu,satu lagi boneka sempat berundur menjauhkan diri.
"Aku tak suka sangat guna senjata.. Lagi-lagi yang degil cam kau.. Nasib la.." ujar Aminudden menuding jari ke arah boneka terakhir.
"Ah.. Aku rasa kau bukan faham kan,lantaklah..." tambah Aminudden lagi dan mara dengan pantas.
KTANG!!!
Luqman dan boneka tersebut,berlaga senjata masing-masing. Luqman sedar boneka ini bukan sembarangan,mampu setanding dengan manusia. Tetapi Luqman menyedari ada benda ke arahnya,dia segera mengelak dengan ke tepi sedikit. Satu lagi boneka merempuh boneka yang Luqman lawan,lalu tercampak sehingga ke tepi sungai dan Luqman menoleh ke arah dari mana boneka itu tercampak.
"Apasal lambat sangat?" soal Aminudden mendarat di sebelah Luqman.
Dua boneka itu bangun serentak,dua beradik itu berpandangan kemudian mengangguk. Kilat ungu terhasil di tangan Luqman,api biru membara di kedua-dua penumbuk Aminudden. Dua boneka itu terus meluru ke arah mereka,manakala Luqman dan Aminudden sudah melakukan tindakan terlebih dahulu.
"Thunder & Blaze Technique!! HURRICANE INFERNO!!!!"
Serangan umpama tornado diselaputi api marak menghancurkan boneka tersebut,hingga menjadi debu dan lenyap macam itu sahaja. Luqman dan Aminudden menghela nafas,wap keluar dari mulut masing-masing.
"Selesai pun..." ujar Aminudden dan menghela nafas pendek.
"Terima kasih Am.." ujar Luqman pula tersenyum.
"Jangan lupa belanja makan..." kata Aminudden.
"Apasal pulak?" soal Luqman tidak puas hati.
"Satu kau guna motor aku tanpa kebenaran... Dua aku dah selamatkan kau.." jelas Aminudden dan Luqman terdiam sejenak,mendengar penjelasan adiknya lalu mengeluh pasrah.
"Baiklah..." kata Luqman mengeluh.
==========================
Hai guys
Bagaimana penceritaan?
Okay ke?
Sila vote dan komen
Thanks
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top