Chapter 69 : Perbalahan & 10 Terkuat


Lash menguap panjang dan Luqman terkebil-kebil,kerana melihat Aminudden versi rambut putih sedang membantu Ikhwan menyiapkan kerja.

"Kau kenapa tercegat di situ? Kau nak jadi tugu peringatan ke?" soal Ikhwan.

"Kenapa dia ada kat sini?" Luqman menyoal.

"Sekarang dia akan bantu aku sepanjang Aminudden cuti..." jelas Ikhwan dan tangannya pantas menaip sesuatu di keyboard.

"Am cuti panjang? Kenapa pulak?" soal Luqman lagi.

"Pertama.. Aminudden kena tikam di jantung dan perlukan pemeriksaan lanjutan,ia saranan doktor kita iaitu Nurul.. Kedua dia perlukan masa untuk tenangkan diri dia.. Flare dah tak ada.." jelas Ikhwan panjang lebar.

"FLARE KORBANKAN DIRI DIA?!" suara Luqman kedengaran seluruh pejabat Ikhwan.

"Untuk selamatkan Aminudden.. Dia korbankan diri dia dengan gantikan nyawa dan serah pada Aminudden.." jelas Ikhwan dan Luqman bagai tidak percaya.

Luqman bingung dan hilang kata-kata,dia memandang ke arah Lash dan Lash hanya khusyuk melakukan kerja-kerjanya. Luqman segera melangkah ingin keluar dari bilik pejabat tersebut.

"Kau nak ke mana?" soal Ikhwan dan Luqman terhenti langkahnya.

"Saya nak cari Aminudden.." jelas Luqman.

"Lepas tu?" soal Ikhwan lagi namun Luqman tidak menjawab.

"Aku takut apa yang kau akan cakap pada Aminudden,hanya tambahkan garam pada luka adik kau je.." jelas Ikhwan dan Luqman tersentak dan hanya mampu setuju dengan kata-kata Ikhwan itu.

"Lebih baik kau risaukan diri kau je..." kata Ikhwan lagi dan Luqman kehairanan.

"Apa maksud uncle?" soal Luqman ingin tahu.

"L. U. Q. M. A. N....." satu suara yang Luqman kenal,buatkan dia terdiam dan Lash serta Ikhwan berpandangan.

Luqman perlahan-lahan menoleh kepalanya,ke belakang dan terkejut melihat wajah yang dia kenal.

"Balqis?!" soal Luqman.

"Heya Luq! It's been a while.." sapa Balqis mengenyitkan matanya.

"Ouh.. I'm so dead..." kata Luqman tersengih.

Aminudden berdiri di tengah-tengah kawasan tanah lapang,dia memandang sekeliling kawasan dan dadanya disentuh dengan tapak tangannya. Tiada kewujudan Flare dirasai,dia memang sudah tiada dan Aminudden tersenyum pahit.

Nafas Aminudden dihelakan..

Tarik dalam-dalam..

Kemudian dia helakan..

Tarik dalam-dalam..

Kemudian dia helakan...

Aminudden mengaktifkan kuasanya dan auranya,mula menyelubungi tubuhnya sedikit demi sedikit. Aura yang berwarna merah kekuningan,dia kemudian meletuskan kuasanya dan pada masa yang sama Luqman merasai daya kuasanya.

Aminudden meningkatkan kuasanya secara berperingkat dan angin mula bertiup dengan kuat,nafas Aminudden dihelakan secara berkala dan sekali lagi dia meningkatkan lagi kuasanya sehingga ke maksima. Angin semakin bertiup kencang,rambutnya mula bertukar dari hitam berubah merah.

Semakin ditingkatkan kuasanya,rambutnya berubah menjadi warna biru laut. Aura Aminudden menyelubunginya mula merebak satu kawasan,lagi sekali dia tingkatkan dan tanah di sekeliling kawasan mula merekah dengan tiba-tiba.

"Haaa.... ORAAAAHHH!!!!"

Aminudden melepaskan jeritan dan rambutnya,terus berubah menjadi warna kuning keemasan. Luqman tergamam dan Ikhwan hanya menjeling ke satu arah,dia juga merasai kuasa Aminudden di tahap baru.

Pada masa yang sama,Aminudden merenung ke tapak tangannya dan dia genggam dengan kuat. Tangan Aminudden angkat ke udara dan bebola gergasi,warna keemasan terhasil dan Aminudden terbang ke udara.

Aminudden terus melemparkan bola cahaya gergasi itu,lalu sebaik benda itu mengenai darat. Maka berlakulah letupan yang amat kuat,gegaran yang dahsyat terhasil. Aminudden termengah-mengah dan rambutnya,berubah kembali normal dan Aminudden mendarat ke tanah semula.

Aminudden termengah-mengah kerana melepaskan serangan memakan joule points yang banyak,dia mengesat peluh dan seseorang menyerahkan tuala.

"Terima kasih.. Eh? Alia?" soal Aminudden terkejut melihat isteri pertamanya berada di hadapannya.

"Kuasa awak jelas sangat.. Jadi saya datang sini tengok awak okay ke tak.." jelas Alia.

"Terima kasih risaukan saya.." ujar Aminudden sambil lap peluhnya,dia menghela nafas pendek dan Alia hanya memerhatikan sahaja.

"Awak rindukan Flare?" soal Alia dan Aminudden tersentak.

Aminudden tidak menjawab soalan Alia,dia terus diamkan diri mengukir senyuman pahit. Alia menyedari dia tidak sepatutnya memberikan soalan seperti itu,dia memegang lengan Aminudden.

"Maaf.. Saya tak sepatutnya sebut nama dia..." ujar Alia dan Aminudden hanya memeluknya.

"Tak apa.. Awak tak salah apa-apa.." kata Aminudden dan Alia hanya membalas pelukan dia,Ruby iaitu spirit beast Alia hanya sekadar menjadi pemerhati sahaja.

"Waahhh!!" Luqman berlari keluar dari istana,dia mendarat kemas dan menoleh ke belakang.

"Hey.. Hey.. Kenapa awak lari Luqman?" soal Balqis.

"Aku lari pasal kau berkepit dengan aku rapat sangat! Aku dah kahwin okay?" jujur Luqman memberikan kenyataan.

"Siapa kisah pasal tu?" soal Balqis.

"AKU KISAH SIAL!" Luqman berkata lantang.

"Ouhh.. Awak takut bini ke? Tengok adik awak.. Saya dengar isterinya sampai dua..?" soal Balqis.

"Jadi apahal dengan dia beristeri dua?" soal Luqman.

"Kenapa awak tak nak macam dia? Saya tidak kisah menjadi kedua.." jelas Balqis.

"Itu sebab isteri dia yang pinangkan! Aku setia pada Aila seorang sahaja..!" jelas Luqman lagi.

"Eh.... Macam tu ke?" soal Balqis tersenyum sinis.

"Apahal kau senyum macam tu? Jangan dekat!" ujar Luqman memberi amaran.

"Cubalah halang.." kata Balqis tersenyum.

Ikhwan dan Lash yang menyaksikan keadaan itu dari atas,hanya berpandangan sahaja dan Lash mencuit bahu Ikhwan.

"Kau tak nak tolong ke?" soal Lash pada Ikhwan,tetapi hanya senyuman sahaja Ikhwan berikan.

"Eh? Eh? Senyum pulak? Pergi tolong anak saudara kau tu!" Lash berkata geram.

"Tak perlu kot.." ujar Ikhwan dan Lash kehairanan.

PRAKK!!

Lash terkejut mendengar bunyi yang kuat,Aila sudah berada di situ dan Balqis dalam keadaan gaya bertahan.

"Ouhh? Isteri datang menyelamatkan keadaan.." kata Balqis dan Aila merenungnya.

"Aila? Macam... Macam mana?" soal Luqman dan Aila tidak menjawab lalu menunjukkan mesej di telefon pintarnya.

Luqman membuat muka selepas membaca,dia menoleh ke arah Ikhwan yang berada di atas. Ikhwan sekadar menunjukkan isyarat dua jari,tanda keamanan dengan tersenyum selamba.

"I can't argue with him.. Instead I'm appreciate his help.." ujar Luqman berbisik.

"So now.. Will you stay away from my husband..?" soal Aila dengan nada lembut.

"Or else?" bidas Balqis tersenyum mengejek.

"Don't make me make you.."

"Ouh.. I want see you try.."

Aila dan Balqis berbalas renungan,Aila menyeru senjata pedang jenis katana dan Balqis pula menarik pedangnya yang disangkut pada pinggang.

"Chasing someone else husband is a stupid thing.." seseorang menegur.

Luqman,Aila dan Balqis serentak menoleh ke arah suara yang menegur. Aminudden berjalan bersama Alia,ke arah mereka bertiga dan Ikhwan serta Lash hanya memerhatikan dari atas.

"Aminudden.." ujar Luqman dan Aminudden sekadar menjeling ke arah abangnya sejenak kemudian dia memandang ke arah Balqis semula.

"Apa yang kau kata tadi?" soal Balqis.

"Aku cakap.. Kau kejar suami orang.. Itu perkara bodoh aku dengar.." jelas Aminudden tanpa selindung dengan muka yang serius.

"Jaga sikit mulut kau.. Aku tak perlukan pandangan kau.!" ujar Balqis bengang.

"Kau sedar siapa yang kau cuba ganggu? Abang aku dan ini libatkan aku.." Aminudden membidas.

"Apa bezanya kau? Isteri kau berapa orang? Kenapa abang tak boleh nak pasang seorang lagi?" soal Balqis.

"Maafkan aku?" soal Aminudden.

"Bukankah bagi kerabat diraja perkara normal pasang isteri dua atau lebih? Awak mampu bukan?" soal Balqis sinis dan Aminudden mengepalkan penumbuk.

"Hello missy? Awak siapa nak hukum suami saya? Untuk pengetahuan awak dia berkahwin lagi atas permintaan saya.. Awak tiada di negara ini masa itu,jadi boleh tutup mulut busuk awak tu..!" Alia mula hilang sabar dan Aminudden terkedu dengan kata-kata Alia.

"Apa awak cakap? Mulut busuk.. Hey..!" Balqis mula geram.

"Kenapa? Kalau awak nak serang.. Marilah!" ujar Alia menyalakan api merah dengan marak.

"Urghh... Situations getting worst.." ujar Luqman.

"Is your fault not gonna solve this matter.." Aila berkata dengan rajuknya.

"Excuse me? Now you blame on me?" Luqman mula bengang.

"Yeah.. Got a problem?" soal Aila.

"Yeah. A lot..!" kata Luqman.

"Ouh boy.. Oi Ikhwan.. Do something..eh? Already gone?" Lash yang ingin meminta Ikhwan selesaikan masalah terkejut,kerana Ikhwan sudah hilang dari pandangan.

"Can you guys solve this thing outside?" satu suara menegur.

Mereka semua menoleh dan terkejut,Alisa berdiri dengan tersenyum. Luqman menelan air liur,dia merasakan tidak sedap hati.

"Miss Alisa... I'm sorry.. We in the middle..." sebelum sempat Balqis menghabiskan ayat,Alisa sudah memotong.

"I don't care what your problem.. But you bothering us..." jelas Alisa dan mereka bernafas dingin,wap keluar dari mulut secara tiba-tiba.

"Now if you guys don't mind.. Solve this matter.. OUTSIDE.." sebaik perkataan 'outside' Alisa menekan dengan nada yang dingin,muka Alisa dihiasi senyuman membuatkan mereka terus memohon maaf serentak.

"WE'RE SORRY!!"

Aila beredar dengan segera sambil dikejar Luqman,Alia pula menarik Aminudden pergi dari situ. Balqis hanya terdiam melihat aura yang dikeluarkan oleh Alisa,dia tidak mahu ada masalah dengan wanita itu dan terus beredar dari situ.

"Sharp as usual.. That's my wife for ya.." ujar Ikhwan yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya.

"Don't make me clean your mess will ya dear?" kata Alisa.

"Well sorry bout that.. But I'm believe you can handle this.. So that's why I'm do nothing.." jelas Ikhwan.

"Yeah.. Yeah.. Right.." Alisa mula merajuk.

"Ouhoo. My wife is cute when she sulking..." Ikhwan memeluknya dari belakang dan Alisa hanya menghela nafas pendek.

"Stop it dear.. We're in public.." ujar Alisa.

"Okay.. How about we continue inside house..? I already finish my work.." jelas Ikhwan dan Alisa hanya ketawa kecil,bunyi deringan telefon kedengaran.

"Talk about worst timing.." kata Ikhwan dan Alisa hanya tersenyum menahan tawa.

Ikhwan membuka telefon pintar visual dan rupanya hanya mesej panjang,tetapi sebaik sahaja membaca mesej tersebut air muka Ikhwan terus berubah.

"Kenapa bang?" soal Alisa.

"Kita kena outstation nampaknya.." jelas Ikhwan.

"Sebab?" Alisa kehairanan.

"Perjumpaan 10 Pillar akan berlangsung dalam masa seminggu..." jelas Ikhwan dan Alisa hanya menghela nafas pendek.

"Urghh.. Saya tak boleh layan si
Annette tu..." Alisa menyandar pada dinding,Ikhwan hanya tersenyum.

"Yeah.. Abang pun.. Bolehlah ya.. Sekejap je.." pinta Ikhwan dan Alisa hanya menghela nafas pendek.

"Yelah.. Yelah.. Saya pergi sekali.." ujar Alisa mengalah.

"Macam tulah isteri abang.. Kamu pun salah seorang 10 Pillar.. Jadi kena la pergi.." ujar Ikhwan pula.

"Tapi sebab apa?" soal Alisa.

"Mungkin sebab kes Zagdrus? Sebabkan dia bebas tempoh hari.. Dunia risau kurungan lain akan menjadi lemah.. Sebab tu kita diseru.." jelas Ikhwan panjang.

10 Pillar of The World Strongest adalah gelaran bagi pahlawan yang paling kuat,mereka boleh dikatakan setanding Ikhwan dan Alisa.

Siapa mereka?

Akan dijelaskan nanti,Ikhwan dan Alisa juga di antara 10 Pillar ini.






=======================

Hellooo guys

Sihat semuanya?

Aku hanya update seminggu sekali,hujung minggu tetapi tidak tetap.

Jadi diharap bersabar untuk sambungan seterusnya

No komen

Please update okay?

Aku terpaksa buat macam ni,sebabkan kadang ada yang tak faham

That's it

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top