Chapter 67 : Luahan Kebenaran
Peperangan tamat dengan kekalahan Zagdrus,di tangan Alucard iaitu gabungan Luqman dan Aminudden. Hampir berpuluh kesatria dimasukkan ke dalam wad,akibat dari peperangan tersebut.
Sehari selepas peperangan kerja-kerja,membetulkan dan membina semula bangunan yang rosak serta hancur. Para arkitek bekerjasama,untuk membina semula bandar yang rosak.
Rasyid Al'Kamzan,memerhatikan kerja-kerja pembersihan. Kesan dari runtuhan bangunan perlu dibersihkan,dia mencatatkan setiap rekod kerosakan untuk dilaporkan kepada Ikhwan bagi kos baikpulih.
"Yo Rasyid.. Asalamualaikum.." seseorang menegur dan Rasyid menoleh,dia tersengih apabila menyedari siapakah gerangan.
"Soufy! Lama tak jumpa.." kata Rasyid bersalaman dengan Soufy.
"Ya.. Lama tak jumpa.. Lepas war antara Black Cobra rasanya.." kata Soufy.
"Yeah.. Dah beberapa siri aku tak berpeluang muncul.. Haih.." Rasyid menghela nafas pendek.
"Kau merepek apa ni?" soal Soufy kehairanan.
"Haha.. Tak ada apa.. Ikhwan mana?" ujar Rasyid mengalih topik.
"Ikhwan? Macam kau tak tahu jawatan dia apa..lagi-lagi lepas kes macam ni.. Susah la nak jumpa dia.." jelas Soufy pula.
"Haah.. Aku lupa dia tu putera.."
"Ya betul tu.."
"Kalau aku putera kenapa?"
Rasyid dan Soufy menoleh sebaik mendengar teguran tersebut,Ikhwan berdiri sambil menyilangkan tangannya pada bahagian dada memandang ke arah mereka dengan senyuman terukir di bibirnya.
"lol.. Kau la panggil aku tapi tak nampak dari tadi.." jelas Rasyid.
"lol.. Kau tahu kan apa yang berlaku? Takkan la semua nak ditunjukkan.." jelas Ikhwan pula.
"lol guys.." Soufy pula mencelah dan mereka bertiga terdiam seketika,kemudian tergelak besar.
"Okay.. Okay.. Enough laughing.. Hmm how about you nephew?" soal Soufy.
"Which one? The stupid one or the devil one..?" ujar Ikhwan sengih.
"Both of them is devil I think.." kata Rasyid dengan muka tidak bersalah.
Ikhwan,Rasyid dan Soufy berbalas pandangan agak lama kemudian..
Mereka bertiga tergelak sekali lagi,membuatkan pekerja yang sedang menjalankan pembersihan kehairanan.
Hospital Utama Mentari
Green City
Daniel dan Ace dalam keadaan berbalut dengan muka tidak berpuas hati,renungan mereka tertumpu pada satu orang yang sama sebilik dengan mereka. Tidak lupa Zareena juga sama,Siddiq pula hanya cedera di lengan tetapi tetap menerima rawatan.
"Guys... Jangan la tenung aku macam tu.. Aku pun cedera gak ni.." ujar Luqman dalam keadaan muka bertampal bandage.
"Kau patut bersyukur aku sempat selamatkan isteri kau.." Aminudden yang berada di katil sebelah,mencelah dengan tiba-tiba.
Luqman terdiam dan menoleh ke sebelah,Aila ada di sisinya tetapi dia turut tercedera walaupun tidak berat. Ia cukup buat Luqman sakit,Intan dan Azren juga ada di situ.
"Kalau kau tak ikutkan perasaan,semua takkan jadi macam ni.." jelas Aminudden.
"Oi.. Oi.. Dah la tu..." Lash yang berbalut satu badan mencelah.
Aminudden menoleh ke arahnya,memerhatikan Lash agak lama dan menekup muka.
"Am?" soal Aila.
"Aku tak berada di dunia parallel bukan?" sebaik mendengar jawapan Aminudden,Intan membaling biji epal yang sedang dikupas tepat ke dahi Aminudden.
"Ayark!! Okay cun.. Dunia sebenar.." ujar Aminudden lagi dan Luqman menangkap biji epal itu kerana menuju ke arahnya.
Suasana menjadi tegang seketika,tidak lama lepas itu Alia dan Hikari muncul. Hikari segera berlari meluru ke arah Aminudden,Alia hanya menyusul dari belakang sahaja. Hikari memeluk Aminudden dengan erat,Alia pula duduk di birai katil.
"Thank god.. Thanks for saving him.. Thankss..." ujar Hikari dalam terharu memeluk Aminudden.
"Sorry for making you guys worry..." Aminudden berkata sambil memandang ke arah Alia pula.
"It's okay.. You safe and sound.." Alia membalas sambil menyentuh tangan Aminudden.
Hikari meletakkan kepalanya pada bahu Aminudden,Alia pula memeriksa setiap keadaan pesakit di dalam bilik tersebut. Alia mengakhiri rawatan dengan Zareena sebagai pesakit terakhir diperiksa.
"Bagaimana?" soal Zareena.
"Semua yang ada di sini tiada apa-apa masalah.. Cuma disebabkan kecederaan itu.. Kamu tidak dibenarkan pulang.. Kecuali yang Siddiq sebab tidak teruk.." jelas Alia dan pintu wad terbuka,Yumi melangkah masuk membawa buah tangan.
"Ouh? Doktor Alia ada di sini juga.."
"Is that sarcasm?"
Yumi hanya tersengih sahaja mendengar balasan Alia,Aila pula terbatuk-batuk secara tiba-tiba.
"Aila? Awak okay?" soal Luqman dan Alia segera menghalang Luqman dari cuba menyentuh Aila.
"Biar aku yang periksa.." Alia berkata dingin dan Luqman hanya mendiamkan diri.
Agak lama Alia memeriksa Aila,kemudian dia menghela nafas lega. Luqman sekadar memerhatikan sahaja,menantikan jawapan adik iparnya.
"Tiada yang serius.. Kak Aila demam.." jelas Alia dan Aila batuk lagi sekali.
"Jadi sesiapa di sini boleh hantar isteri aku pulang?" soal Luqman pula.
"Biar saya dan Azren hantar.." jelas Intan mengangkat tangan dan Luqman menarik nafas lega.
"Tolong.." kata Luqman dan Azren sekadar tersenyum.
Aila berlalu pergi ditemani oleh Intan dan Azren,Alia pula menghampiri Aminudden dan menyentuh tangannya.
"Saya perlu kembali ke klinik dalam istana..malam nanti saya akan temankan awak okay?" Alia berkata lembut.
"Saya akan temankan waktu siang.." jelas Hikari dan mereka bertiga bersetuju.
"Baiklah.. Hati-hati.." ujar Aminudden dan Alia sekadar mengangguk.
Suasana menjadi sunyi seketika,Luqman hanya diam sahaja. Siddiq pula menggaru kepalanya,Ace dan Daniel hanya berbalas pandangan.
"Hey bro.. Kau haus?" soal Ace.
"Haah.. Pergi kantin?" kata Daniel.
"Nanti.." Zareena mencelah dan dua orang itu,menoleh ke arah gadis genit tersebut.
"Saya ikut sekali.." ujar Zareena kemudian Ace dan Daniel mengangguk.
"Aku sekali ikut.." Siddiq mencelah.
"Hikari.." Yumi menghampiri Hikari,adiknya menoleh ke arahnya.
"Kita patut beli makanan.." kata Yumi lagi dan faham maksudnya lalu bangun.
"Kami akan datang balik.." jelas Hikari dan Aminudden mengangguk sahaja.
Tinggal Luqman,Aminudden dan Lash sahaja yang berada di dalam bilik wad.
"Okay now only three of us.." ujar Lash.
"Yeah..right who the heck are you?" soal Aminudden.
"Me? Zagdrus's little brother.." jawab Lash
"Zagdrus had little brother?" soal Luqman pula.
"Yeah.. But I'm not his side.." jelas Lash lagi.
Luqman dan Aminudden mendiamkan diri,Lash pula yang baring di atas katil memerhatikan dua beradik itu.
"Kami berasal dari Holy Clan.." ujar Lash lagi dan dua beradik itu menoleh ke arahnya.
"Aku dan Zag.. Membesar bersama-sama.. Adik beradik kan.." kata Lash lagi.
"Zag? Maksud kau Zagdrus?" duga Luqman dan Lash hanya mengangguk.
"Kalau dia adalah moyang kami iaitu daripada keluarga ibu kami.. Satu puak yang dipilih memiliki kuasa yang hebat.. Kenapa dia boleh berubah memihak pada kegelapan..?" soal Luqman lagi.
"Dia tamak.." jawab Lash pendek.
"Tamakkan kuasa?" Luqman meneka dan Lash mengangguk.
"Dia tahu dirinya superior.. Serta menganggap dirinya mampu menjadi setaraf dewa.. Dia tinggalkan aku dan kaum kerabat puak aku.. Fikiran aku mungkin dia nak berdikari.." kata Lash menoleh ke hadapan.
"Tetapi,aku banyak kali mendengar masalah yang banyak ditimbulkan oleh dia.." jelas Lash lagi.
"Mencuri skroll,hancurkan kuil.. Hancurkan tempat suci.. Bunuh anak-anak kecil.. Malah lebih teruk dia hampir membunuh isteri dan anaknya sendiri yang baru lahir.." tambah Lash lagi dan Luqman serta Aminudden membesarkan mata mereka terkejut.
"Kalau aku tidak minta bantuan daripada Iskandar.. Aku tidak tahu apa yang berlaku pada mereka.."
"Sudah cukup..." ujar Luqman dengan nada perlahan tetapi dapat didengari oleh Lash dan Aminudden.
Luqman menundukkan kepala dan teringat kata-kata Aminudden,situasi yang sama dengan Aila yang hampir dibunuh oleh Zagdrus menggunakan tubuhnya.
Suasana di dalam wad menjadi tegang,perbualan mereka sebenarnya dicuri dengar oleh yang lain. Zareena,Siddiq dan Ace serta Daniel. Hikari dan Yumi juga ada bersama.
Pada masa yang sama,seseorang berdiri di puncak pokok yang tinggi. Bola kristal hitam yang retak diperhatikan lama oleh dia,tidak lama lepas itu senyuman terukir di mulutnya.
"Zagdrus dah mati.." ujar lelaki itu,Soren memecahkan bola kristal tersebut.
Soren,13 Servant of Demon menunjukkan dirinya. Apakah rancangan dia dan apa kena mengena 13 Servant Demon dengan Zagdrus?
=======================
Hellooo guys
Lama tunggu?
Aku berehat je bukan siri ni terus tamat
Jadi aku akan mulakan semula siri ini
Teruskan menyokong dan komen pendapat
Jadi
Ciao
Satu lagi,jangan tiru👆👆
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top