Chapter 66 : Pertarungan Akhir! Dominasi Alucard!
Suasana menjadi tegang dan para pahlawan merasai perubahan itu,Ikhwan dihampiri Jamel dan yang lain manakala Farhan sudah bergerak ke tempat perlawanan.
"Kuasa ni Luqman dan Aminudden?" soal Jamel.
"Yup.. Mereka bergabung.." jelas Ikhwan.
Askar gelap berzirah yang diseru Zagdrus,telah lenyap dengan tiba-tiba dan para kesatria telah berundur semula ke markas masing-masing. Tetapi mereka dalam keadaan standby,bersiap-sedia jika musuh menyerang.
Zagdrus merenung tajam ke arah Alucard,daya kuasa mereka berlaga hebat. Namun Alucard kekal tenang tersenyum,dia bagaikan tidak merasai tekanan daripada kuasa Zagdrus.
Alucard dalam keadaan menghunuskan pedangnya dan dihalakan ke arah Zagdrus,mereka berbalas tenungan dengan Alucard tersenyum dan Zagdrus membalas dengan renungan mata yang tajam.
Pedang disimpan semula di sebelah sisip pinggang,Zagdrus kehairanan dengan tindakan Alucard.
"Kau simpan pedang kau.. Apa yang muslihat kau?" soal Zagdrus.
"Tiada apa.. Aku nak berlawan gunakan tangan.. Baru stail!" ujar Alucard tersengih dan Zagdrus merenungnya.
"Apa sahaja yang kau rancang.. Ia tidak akan berjaya pada aku.." kata Zagdrus.
"Ouhoo.. Kau sungguh yakin?" soal Alucard tersengih.
Zagdrus merenung dengan muka yang dingin,dengan mengejut dia bergerak ke belakang Alucard dan ingin menyerang hendap.
"Kau fikir menyerang hendap boleh menewaskan aku?" soal Alucard menjeling ke belakang dan Zagdrus tersentak.
DUUUSSH!!
Muka Zagdrus ditapak kaki oleh Alucard,dia menahan sakit dan Alucard memusingkan badannya seiring menghayunkan sepakan lagi sekali.
Zagdrus menahan pantas dan menyeret ke belakang,Alucard hanya tersengih sahaja dan Zagdrus terus meluru ke arah Alucard semula.
PAKK!!
KRAKKK!!
BRAAKK!!
Alucard menembak api merah dan Zagdrus mengelak,tetapi Alucard tersengih dan kilat menyambar Zagdrus.
KZZT!!!
Zagdrus mengetap gigi rapat menahan kesakitan,Alucard tersengih sahaja dan Zagdrus menahan marah kemudian segera meletuskan kuasanya.
"ARGHH!!! SIAL KAU!!"
"Woo.. Easy big guy.."
Zagdrus meluru ke arah Alucard,hayunan cakaran dilakukan dan Alucard menahan kemas. Zagdrus menyeringai menunjukkan taringnya,Alucard menghadiahkan pukulan lutut ke muka dan menghayunkan tumbukan padu pada perut Zagdrus.
Tindakan Alucard memaksa Zagdrus,bergerak ke belakang dua tiga langkah. Zagdrus menekup mukanya dan hidungnya berdarah,dia menyeringai dan menjerit kemarahan.
Alucard sekadar tersenyum dan menahan serangan Zagdrus,dia tercampak menyeret jauh ke belakang dan Alucard sekadar tersengih teruja.
"Ini menarik!!" Alucard kembali meluru ke arah Zagdrus.
Zagdrus tersentak dan menahan tumbukan Alucard,dia mengetap gigi apabila ditumbuk kuat oleh Alucard.
Alucard sekadar tersengih ketawa kecil,membuatkan Zagdrus semakin marah. Dia melompat ke udara,tangan dirapatkan sedikit kemudian bola hitam diarusi kilat terhasil.
"Negative Impact!!!"
Bola hitam yang besar dilemparkan ke arah Alucard,Farhan muncul tidak lama lepas itu.
"Kuatnya!?" Farhan mula cemas.
"Elaklah kalau kau berani! Kalau dia terkena bumi.. Planet ini akan meletup! Hahahaha!!!" kata Zagdrus ketawa terbahak-bahak.
Bebola kuasa hitam itu semakin lama semakin hampir,Alucard hanya dipandang sinis oleh Zagdrus dan sudah meraikan kemenangan.
"Jangan suka sangat.." ujar Alucard dan Zagdrus berhenti dari ketawa,lantas terus menahan dengan kedua-dua tangan kosong.
"Apa?! Dia tahan?!" Zagdrus terkejut.
Alucard menolak dan menahan dengan tersengih,Zagdrus melawan dan cuba menghimpit Alucard. Namun tidak berjaya dan Alucard tersenyum,Farhan yang menyaksikan keadaan sekadar mampu tergamam.
Alucard menahan dengan sebelah tangan,dia gayakan pula gaya memanah dan busur merah gelap diseru. Zagdrus menyedari keadaan itu,dia merasakan perasaan kurang enak.
Tali busur ditarik dan anak panah biru gelap,terhasil dan Alucard sudah bersiap-sedia. Zagdrus segera berundur,dia tahu serangan itu mampu membunuhnya.
"Arrow Stream!!"
TUSSH!!!!
Serangan itu menembusi bebola hitam Zagdrus,serangan itu melepasi ruang atmosfera.
Ruang langit menjadi lapang kerana awan lenyap akibat serangan Alucard,Zagdrus hanya memerhatikan keadaan itu dan memandang semula ke arah Alucard.
"Nak sambung? Atau menyerah?" soal Alucard tersengih.
"Biarkan diri aku dikurung lagi?! JANGAN HARAPLAH!"
Alucard sudah bergerak ke belakang Zagdrus,sebelum sempat Zagdrus menoleh dia sudah mencium bumi menyeret tanah.
Lash yang menyaksikan pertarungan tersebut,hanya mampu tergamam melihat Zagdrus diasak teruk oleh Alucard.
Zagdrus meletuskan kuasanya dan Alucard berundur ke belakang,Zagdrus kembali bangkit dan kuasa penuh digunakan. Seluruh kawasan bergegar dan habuk serta debu terapung,Alucard hanya memerhatikan keadaan sekeliling dan bersiul.
"Ini kuasa penuh kau? Boleh tahan.." kata Alucard mencebik sambil mengangguk.
"Berlagaklah kau selagi boleh.. Sebab lepas ini hanya rayuan sahaja yang kau mampu katakan.." kata Zagdrus pula.
Zagdrus meletuskan kuasanya dan Alucard terkejut,sebelum mukanya dihinggapi satu penumbuk dan dia terus terpelanting berpusing-pusing sebelum merempuh tanah menyeret.
Sebelum sempat Alucard bangun,Zagdrus sudah membenamkan dia ke tanah dengan lebih dalam. Rekahan yang teruk berlaku,Zagdrus tersengih kemudian menghayunkan tumbukan bertubi-tubi.
"MAMPUS KAU! MAMPUS KAU!! HAHAHAHA...!!!" Zagdrus menjerit bagaikan orang gila.
DUSH!!
DUSH!!
DUUUSSH!!!
Lash tergamam melihat keadaan tersebut,dia tidak sangka Alucard juga akan tewas. Namun Farhan hanya menyaksikan dengan mendiamkan diri,dia langsung tidak hairan atau risau.
"Ini lah penamatnya!!"
DUUUSSH!!!
KRAANG!!!!
BRAAM!!!!
Tumbukan terakhir dan rekahan menjadi lebih besar dua kali ganda,dari hempasan meteorit dari angkasa lepas. Zagdrus melompat berundur jauh sedikit,dia tersengih memerhatikan keadaan Alucard yang terbaring ditanam dalam tanah hanya menampakkan sedikit tubuh badannya.
"Itulah akibat menentang aku.." ujar Zagdrus ketawa.
"Adoi.. Sakit.." Zagdrus terdiam apabila Alucard kembali bangun,dalam keadaan meregangkan ototnya dan lehernya.
"Bagaimana kau mampu bangun?!" soal Zagdrus dan Alucard memandang ke arahnya dengan muka blur.
"Der,aku ada tangan dan kaki memang boleh berdiri.." jelas Alucard selamba.
"Jawab soalan aku tak guna!! Bagaimana kau boleh bangkit sedangkan kau sudah menerima pukulan yang teruk?!" soal Zagdrus.
"Eh?! Yeke tadi tu serangan? Aku ingat kau tolong urutkan aku.." kata Alucard tersengih.
"Berani kau..."
"Lega wohh..urutan kau memang efektif.. Hilang sakit-sakit badan aku.."
"DIAM!!"
Zagdrus tidak percaya dengan apa yang berlaku,Alucard mampu berdiri walaupun sudah menerima pukulan yang teruk. Alucard tersengih memandang ke arahnya,Zagdrus mengetap gigi rapat dan meningkatkan kuasa dia sekali lagi.
"Aku akan bunuh kau!!"
DUUUSSH!!!
Zagdrus terkejut apabila sebuku penumbuk,mengenai mukanya dengan tiba-tiba. Gerakan Alucard lebih pantas daripada dia?
"Playtime is over..!"
Selepas berkata-kata Alucard menarik pedang,yang tersisip di sisi pinggangnya.
"The Holy Light shall Never Fade,the Glowing colors of Infinite changing form.."
Sayap biru mula terhasil di belakang badan Alucard,seiring 12 pedang tersusun membentuk bulatan di sekeliling Alucard.
"Kau ingat aku takut?!" Zagdrus menghasilkan bulatan magis hitam kemerahan di hadapannya,aura negatif yang kuat ditumpukan.
"Carve your legend into this Blade,to proves your Kingly Spirit!!"
12 pedang disasarkan ke arah musuh,12 bilah pedang siap sedia untuk ditujukan ke arah Zagdrus. 12 bilah mula bersinar dengan terang,kuasa dipertingkatkan dan Alucard menumpukan kuasanya.
"Mampuslah! HOWLING NEGATIVE BURST CANNON!!!" Zagdrus terus melancarkan serangan terlebih dahulu.
ZROOSSHH!!!
Serangan yang begitu kuat dan diiringi tekanan yang berat dilepaskan ke arah Alucard,tetapi Alucard segera melancarkan serangan balas.
"JOYEUSE ORDER!!"
TUSSH!!!
ZWINGG!!!
12 bilah pedang dilancarkan dengan laju,manakala serangan Zagdrus juga sama. Maka dua serangan yang kuat,bertembung dengan dahsyat dan menggoncangkan dunia. Zafrey,Aswandy,Qatariz dan Mirana merasainya.
"Luqman,Aminudden.." Zafrey tidak menyangka sekuat ini kuasa mereka.
Serangan Alucard dan Zagdrus masih lagi berlaga,tetapi serangan Zagdrus mula ditolak dan didesak. Zagdrus tergamam dan tidak menerima apa yang berlaku,dia segera meningkatkan kuasanya.
"AKU TIDAK AKAN KALAH DENGAN BEGITU MUDAH!!"
"Waktu kau dah tamat Zagdrus! Hancurlah selamanya!!" Alucard meningkatkan lagi kuasanya.
Zagdrus menyedari tubuhnya mulai terhakis,umpama debu lenyap di udara dan Zagdrus dia ingin memberikan tentangan lagi tetapi gagal.
"Tidak!! Aku takkan terima!! Tidak!!"
Namun sekelip mata dia sudah menjadi debu,lalu letupan yang kuat terhasil.
Farhan dan Lash hanya mampu kagum,melihat keadaan tersebut dan Alucard menghela nafas pendek. Tubuhnya bersinar dan Alucard tersenyum,lalu dia terpisah dan Luqman serta Aminudden kembali muncul.
Mereka berdua hanya berpandangan,Luqman dan Aminudden tersengih kemudian ketawa sahaja. Luqman terus rebah begitu juga Aminudden,mereka serentak jatuh serentak.
Farhan dan Lash berjalan menghampiri mereka,Lash mendekati Luqman yang tidak sedarkan diri itu.
"Mukanya seiras dengan abang aku.. Dan.. Dia.. Kami betul-betul seiras.." kata Lash memerhatikan Luqman dan Aminudden seorang demi seorang.
Akhirnya peperangan di antara pihak kegelapan dan pihak Mentari,telah tamat dan Luqman berjaya diselamatkan. Mereka dua beradik tidak sedarkan diri agak lama,sebaik sahaja sedar mereka di dalam bilik wad.
Mujurlah peperangan kali ini tidak mengorbankan nyawa yang banyak,yang ada hanyalah cedera teruk dan juga ada yang lumpuh. Tetapi kemalangan jiwa,tidak terlalu ramai.
Ikhwan hanya mampu berharap supaya tiada peperangan akan berlaku dan menimpa mereka lagi ketika ini.
===================
Tamat sudah peperangan
Aku akan rehatkan sekejap cerita ni
Kejap je
Sila komen dan tekan butang star
No komen "update pliss" okay?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top