Chapter 65 : Lepasi Limit! Aminudden vs Zagdrus

Sila pasang headphones atau earphone untuk pembacaan yang penuh teruja

Late Night Savior
Angel

Ikhwan berhenti dari terus berlawan,dia menyedari sesuatu kemudian tersenyum sahaja. Reezal yang berada di pusat kawalan,tersenyum mengesatkan air mata.

"Am..."

Aminudden dan Zagdrus berbalas renungan,tiupan angin lembut menghembus habuk dan asap. Aila hanya menyisir rambutnya,Zareena yang tidak sedarkan diri dalam dakapan Yumi hanya ditenung lama oleh Aminudden.

"Abang?" soal Intan bangun sambil menahan bisa dek pukulan Zagdrus.

Aminudden hanya tersenyum tenang,Siddiq dan Ace yang terbaring dipandang tanpa berkata apa-apa. Aminudden agak tertanya-tanya siapa orang yang dalam keadaan terbaring,dia melangkah ke hadapan dan Zagdrus tersengih.

"Kau memang nak mati ya?" soal Zagdrus.

Aminudden tidak berkata apa-apa,Zagdrus mulai terasa menyampah dengan muka Aminudden yang menyerupai Lash. Zagdrus menghayunkan penumbuk,sepantas kilat Aminudden sudah melutut sebelah kaki di hadapan Lash.

Lash dan Aminudden berbalas renungan,terasa melihat pada cermin kerana wajah mereka begitu serupa. Perbezaan hanya pada rambut,Aminudden berwarna hitam dan Lash berwarna putih.

"Kau siapa? Bagaimana muka kau serupa aku?" soal Aminudden.

"Ia rumit.. Tapi bukankah kau patut uruskan orang di belakang tu.. Hodoh betul muka dia tengah marah.." kata Lash menuding ke belakang Aminudden.

Aminudden menyedari Zagdrus sudah siap sedia untuk melakukan serangan,tetapi Aminudden menyeru Ribuan Pedang menahan tumbukan Zagdrus.

TANG!!!!

Zagdrus terkejut dan Lash pula bersiul,Aminudden mengetap gigi mendecih. Dia segera berpaling dan menghayunkan serangan tumbukan.

"GET LOST!!!"

KRAANG!!!

ZROOSSHH!!

Zagdrus tercampak ke belakang,dia menjejakkan kaki ke atas tanah. Seretan jauh terjadi dan nafas dihelakan panjang,Zagdrus merenung tajam ke arah Aminudden.

"Tak nampak ke aku tengah periksa kawan dan keluarga aku.. Bagi ruang kejap la.. Ingat muka kau tu aku takut?" Aminudden berkata selamba.

"Oi.. Oi.. Oi.." ujar Lash.

"Tuan.. Serahkan dia pada saya.." ujar Theodor muncul di sebelah Zagdrus.

"Theodor..." kata Zagdrus merenung Theodor dari belakang.

Theodor merenung ke arah Aminudden,dia tidak sangka yang pemuda itu akan selamat. Tikaman dia tepat ke jantung dan Theodor tertanya-tanya bagaimana Aminudden boleh selamat?

"Oi..muka besi.." ujar Aminudden dan Theodor memandang ke arahnya.

"Muka kau penuh dengan kekecewaan,gagal membunuh aku.. Heh." ujar Aminudden dan Theodor membesarkan matanya.

"Uhh... Takutnya.." kata Aminudden melakukan sarcasm.

"Aku tak dapat bunuh kau hari tu.. Kali ni aku tidak akan kau peluang.." Theodor berkata dengan renungan tajam,pedang kemas di genggamannya.

"Ouh ye ke,mana tangan kau?" soal Aminudden dengan memegang pedangnya di mana bilah berdarah merah.

Theodor terkedu kerana dia sedar,tangan kanannya sudah terputus dan Zagdrus terkejut dengan kejadian itu.

Theodor hilang kata-kata dan otaknya,penuh dengan persoalan.

Bagaimana tangannya putus?

Bila dia hayunkan pedangnya?

Bila dia pegang pedangnya?

"Itu untuk masa kau tikam curi aku.." ujar Aminudden tersenyum licik.

"SIAL KAU!!" Theodor menjerit dan kepalanya,sudah terpisah dari badan.

"Theo?" Shayne tersentak dan seseorang muncul menangkap dia dengan belitan cahaya.

"SHAYNE!!" Yao dan Qutie cuba membantu,namun leher mereka sudah diletakkan pedang oleh Farhan dan Yusri.

Mereka terkedu kerana tidak merasai kehadiran Yusri dan Farhan,Yao dan Qutie terpaksa menyerah kalah.

Zagdrus hanya membesarkan matanya,melihat pengikutnya yang dikatakan paling berkuasa tewas dalam sekelip mata.

"Itu untuk sebabkan selamatkan aku,Flare mati korbankan dirinya.." kata Aminudden berbisik.

Aila hanya tergamam melihat tindakan Aminudden,dia tidak dapat mengesan langsung pergerakan adik iparnya.

Zagdrus merenung Aminudden yang memusingkan pedang miliknya,senyuman sinis mula terukir di bibir Zagdrus.

"Hahahaha!!! Menarik!! Kau menghiburkan!!" Zagdrus ketawa dengan kuat.

Namun sebuku penumbuk mengenai mukanya,Zagdrus terkejut dan Aminudden menhinggapkan penumbuk ke batang hidungnya.

DUUUSSH!!!

Zagdrus tergolek di atas tanah beberapa kali,dia menghentak penumbuk ke tanah kemudian dia berdiri semula. Ini sudah kali kedua Zagdrus ditumbuk oleh Aminudden.

"Heh.. Maaflah.. Aku annoying tengok kau guna muka abang aku gelak camtu.. So tangan aku gerak sendiri.." kata Aminudden tersengih.

"Dua kali..." ujar Zagdrus.

"Hah? Tak dengar.. Cakap lagi sekali.." Aminudden berkata selamba.

"DUA KALI KAU TUMBUK MUKA AKU!! AKU AKAN PASTIKAN KAU AKAN MENYESAL!!" Zagdrus menjerit dan kuasanya dipertingkatkan.

Seluruh tempat meletus dengan tiba-tiba,Aminudden sekadar tenang dan memandang ke arah yang lain. Siddiq yang baru sampai,terkedu melihat Aminudden berdiri di hadapannya.

"Aminudden!?" soal Siddiq tergamam.

"Kau tak cedera?" soal Aminudden pula dan Siddiq mengangguk sahaja.

"Bagus.. Bawa mereka semua ke tempat selamat! Aku akan uruskan Zagdrus.."

Siddiq yang mendengar arahan Aminudden,hanya mengangguk sahaja dan segera membantu Aila serta yang lain beredar. Daniel dan Ace baru sedar,mereka berdua agak terkejut melihat aura milik Aminudden.

"Kau nak menentang aku sendiri? Kau memang fikir mampu tewaskan aku?" Zagdrus berkata dengan senyuman sinis.

"Aku dapat tumbuk muka kau dua kali,tanpa sempat kau sedar dan tahan.. Jadi tiada masalah kot?" ujar Aminudden selamba dan Zagdrus menahan bengang.

"Kau.. AKU AKAN PASTIKAN KAU MENYESAL NANTI!!" Zagdrus meningkatkan kuasanya.

Aminudden dan Zagdrus berbalas renungan,Aminudden membuka posisi pasang kuda-kuda. Zagdrus terus memecut ke hadapan,Aminudden hanya menahan tumbukan Zagdrus.

Mereka berbalas lagaan tinju dengan pantas,Zagdrus menembak kilat hitam dan Aminudden menangkis dengan api biru.

TUSSH!!

KZZT!!

Aminudden mengelak dan merendahkan badannya,Zagdrus kehairanan dan Aminudden memecut ke arahnya. Terkejut dan lima kali tumbukan,mengenai seluruh bahagian tubuh badan Zagdrus.

"Arghh!! Hngghh!!" Zagdrus menjerit kesakitan dek penangan pukulan Aminudden.

Aminudden memusingkan tubuhnya dan menghayunkan tumbukan,Zagdrus tercampak ke belakang dengan senak di perutnya.

KLONG!!!

"UWORGGHH!!!" Zagdrus menjerit meningkatkan lagi kuasanya.

KRAANG!

Aminudden dan Zagdrus sekali lagi bertembung,letupan dan letusan yang dahsyat berlaku di sekeliling apabila mereka berlaga tinju.

DUSH!!

KRAANG!!

DUSH!!

DUUUSSH!!

Aminudden menghayunkan tinju dan Zagdrus menepis lalu dia menyerang balas,Aminudden segera melompat ke udara dia menghadiahkan sepakan. Zagdrus mengalihkan kepala ke kiri,dia mengelak serangan mengejut Aminudden.

"Orah!!" Aminudden mengaktifkan kuasanya dan meluru sekali lagi.

"Jangan melebih budak!!" Zagdrus hilang sabar.

Aminudden sekelip mata sudah berada di hadapannya,begitu rapat dan Aminudden siap sedia untuk melancarkan serangan maut.

"Art of Fire Fist!"

Tangan Aminudden kedua-duanya membara api merah dengan marak,Zagdrus mengetap gigi dan tidak mungkin dia mampu mengelak jarak sebegitu dekat.

"Sial!!" Zagdrus ingin menyerang.

"Dancing of Flames!!" Aminudden terus melancarkan serangan.

DUSH!!

DUUUSSH!!

DUSH!!

DUUUSSH!!

DUSH!!

DUUUSSH!!

Serangan Aminudden yang berkombo,mengenai titik penting tubuh Zagdrus. Lelaki itu menjerit kesakitan dan tulangnya,terasa ada yang patah dan kini dia terbaring di atas tanah dengan kecederaan teruk.

Aminudden termengah-mengah sebaik melancarkan serangan tersebut,dia fokuskan semua tenaganya pada serangan itu.

"Kau kalah Zagdrus.. Sekarang serahkan semula tubuh abang aku!" Aminudden berkata dengan menahan mengah.

Zagdrus tidak mendengar dan berada di dalam dunianya sendiri,dia tidak percaya yang dia tewas dengan budak kecil. Amarah dan dendam bercampur aduk,dia mengepalkan penumbuknya dan menjerit tidak menerima kekalahannya.

"AKU TIDAK AKAN TEWAS!!"

Letusan yang kuat berlaku dan Aminudden mengetap gigi menahan geram,Zagdrus berubah lagi dan kuasanya semakin meningkat.

"Ya.. Kuasa ni.. Hahaha..!"

Hilai tawanya terhenti apabila Aminudden bangkit,dia merenung tajam ke arah Zagdrus.

"Huh.. Mati!" Zagdrus memetik jari dan letusan berlaku pada Aminudden.

Aminudden tercampak ke belakang,dia bergolek beberapa dan berhenti di sebelah Lash. Zagdrus tersenyum sinis dan tangannya,bersinar cahaya gelap dan Ikhwan ketika itu menyedarinya.

"Uncle percayakan kau Am.."

"Bagus.. Kau dan adik aku boleh mati bersama.." ujar Zagdrus.

Aminudden terus bangkit walaupun badannya sedang dalam kesakitan,Zagdrus terkejut dan perutnya ditujah tendangan kaki. Zagdrus mengetap gigi dan menangkap kaki Aminudden,dia berang dengan sikap degil pemuda itu.

"Kenapa kau tidak mati sahaja?!" Zagdrus menghempaskan Aminudden ke tanah,lalu dilemparkan serta merempuh dinding bongkah tanah.

"Matilah!!"

Aminudden terjatuh dalam keadaan meniarap,Zagdrus mengangkat tangannya ke atas udara. Bebola gergasi berwarna hitam terhasil,Aminudden merenung tajam dan giginya diketap rapat.

Adakah ini penamat untuk aku?

Tidak dapat selamatkan abang aku?

Tidak...

Tidak..

Tidak...

"TIDAK MUNGKIN AKU TEWAS DI SINI!!!"

Aminudden bangkit dengan bersusah-payah,Lash dan Zagdrus terkejut dengan apa yang mereka lihat.

"MAMPUSLAH!!" Zagdrus melepaskan bebola hitam itu ke arah Aminudden.

"Takkan terjadi!!" Aminudden menahan bebola hitam tersebut.

Zagdrus terkejut dengan tindakan Aminudden,dengan tenaganya yang ada dia tidak mengalah dam terus melawan. Aminudden kesedarannya mula pudar,dia menggelengkan laju kepalanya mengelakkan dia hilang kesedaran. Malah kakinya semakin lemah dan hampir jatuh,Zagdrus menolak dengan kuat tekanan kuasanya.

"Visi aku semakin pudar.." ujar Aminudden sendirian.

"Tapi kalau aku tumbang.. Tiada siapa mampu selamatkan abang aku.." ujar Aminudden lagi dan wajah Flare tersenyum memandangnya.

Aminudden tersenyum dan dia sedar,mengalah bukan cara dia bukan cara kerabat diraja Mentari.

"AKU TIDAK AKAN MENGALAH!! LEPASI LIMIT!!"

Sinaran cahaya terang berlaku dan melenyapkan bebola hitam Zagdrus,Aminudden menjerit dan kuasanya meletus lalu Zagdrus terpelanting jauh.

"Apa??!" Zagdrus melihat keadaan tersebut.

Aminudden berdiri tegak di hadapan Zagdrus,rambutnya berubah dari hitam kepada kuning cerah keemasan. Anak matanya turut berubah warna keemasan,Zagdrus melihat keadaan itu mula menggigil geram dan meluru ke arah Aminudden.

Zagdrus menghayunkan tumbukan,namun Aminudden hanya mengelak mudah. Zagdrus menyeringai dan melakukan serangan yang pantas,tetapi Aminudden mampu elak semuanya.

Zagdrus menyepak dan Aminudden menepis,kemudian dia terus melakukan tumbukan melalui sikunya tepat di perut Zagdrus.

Namun Zagdrus sempat menahan sikunya,Aminudden pula menujah sepakan pula. Zagdrus memuntahkan air liur kesenakan,dia berundur beberapa tapak ke belakang.

"Kau masih mampu berevolusi. Sememangnya keturunan Iskandar.. Kau-urgh!!" muka Zagdrus dihinggapi penumbuk oleh Aminudden,dia tercampak ke belakang dan berhenti secara terapung.

Zagdrus kemudian menjejakkan kaki ke tanah semula,urat dahi timbul dan merenung tajam ke arah Aminudden.

Manakala Aminudden tidak berkata apa-apa,hanya membalas renungan mata dengan pandangan yang tenang.

"Kau menguji kesabaran aku!!"

Zagdrus meluru laju ke arah Aminudden,manakala terjadi pertembungan yang dahsyat di tengah-tengah medan peperangan.

Aminudden dan Zagdrus berbalas tinju,setiap serangan dibalas dengan tangkisan dan tahanan. Aminudden berjaya menyambut serangan Zagdrus semuanya,Zagdrus mengetap gigi dan kemarahannya memuncak.

"GRIP OF DESPAIR!"

Tangan gergasi berwarna ungu muncul,terus mencengkam badan Aminudden keseluruhannya. Zagdrus tersengih dan tersentak apabila tangan gergasi itu,bersinar dan terus meletup.

"Mustahil!" Zagdrus tidak percaya.

Aminudden hanya berdiri tenang,kuasanya ditingkatkan dan menghela nafas pendek.

"Sekarang giliran aku.." kata Aminudden dengan nada yang tenang.

Zagdrus mengetap gigi rapat merenung Aminudden,nafas Aminudden helakan dan muka Zagdrus dihadiahkan satu penumbuk.

Zagdrus terkejut kerana Aminudden masih berdiri,tetapi bagaimana dia boleh melakukan serangan tanpa pergerakan. Zagdrus menyeringai dan menggunakan tangan gergasi,menjadikan tangan itu sebagai pertahanan.

Aminudden sudah berada di belakangnya,Zagdrus menoleh ke belakang dan Aminudden menghayunkan kaki. Zagdrus menahan dan tercampak,dia melambung ke udara.

Aminudden mendepakan tangannya,ratusan pedang terapung berwarna keemasan di sekeliling dia. Zagdrus kembali bangkit dan terkejut,melihat ratusan pedang terapung di hadapan.

"Release Freeze..." Aminudden menghalakan tapak tangan ke hadapan.

"Sial!! Jangan pandang rendah pada aku!!" Zagdrus menjerit marah.

"All Weapon.. Successive Fire!!"

TUSSH!

TUSSH!!

TUSSH!!!

Zagdrus menghasilkan bebola hitam,lalu menyerang balas serangan Aminudden dan hasilkan pertembungan yang kuat.

BOOMM!!

BOOMM!!

BOOMM!!!

"Aku tak habis lagi..." Zagdrus muncul dan terapung di udara dengan merapatkan sedikit kedua tapak tangannya.

"NEGATIVE CRISIS!!!"

Zagdrus melancarkan serangan bola hitam gergasi,Aminudden sekadar memaparkan muka yang tenang. Aminudden merapatkan tapak tangannya dan cahaya terhasil.

"Vanish!"

Serangan Zagdrus terus hilang dari pandangan,Aminudden hanya dengan muka tanpa emosi. Zagdrus menggigil dan mengetap gigi,dia menjerit kemarahannya memuncak lagi.

"Curse you!!"

Zagdrus memecut meluru ke arah Aminudden,melakukan serangan deras pada Aminudden. Tetapi serangan dia dielak dengan mudah oleh Aminudden,Zagdrus berang dengan tindakannya.

"Jangan mengelak pengecut!!" Zagdrus menjerit dan menghayunkan penumbuk.

Aminudden menepis dan Zagdrus merasai sesuatu,dia terkejut kerana pukulan berkombo menhinggapi badannya beribu kali rasanya.

DUSH!

DUSH!

DUSH!!

DUUSSH!!

DUUUSSH!!!!

"ARGH..!!!" Zagdrus terpelanting ke arah kiri dan menyeret.

Aminudden hanya menjeling ke arah Zagdrus,kemudian Zagdrus kembali bangkit dan Aminudden memandangnya.

"Aku tidak akan mati!! Aku tidak boleh mati di sini!!" Zagdrus menjerit bagaikan menjadi gila.

"Kalau begitu.. Kau berikan aku tiada pilihan.." ujar Aminudden dan tangan kanannya,menyala warna biru apinya.

"Kau nak bunuh aku? Tubuh ni adalah abang kau.. Kau pasti ke?" kata Zagdrus tersengih licik,Aminudden hanya memandang Zagdrus dengan muka yang tenang.

"Siapa kata aku nak bunuh kau?" soal Aminudden tersengih.

"Apa?" soal Zagdrus kehairanan dan Aminudden sudah begitu rapat sekali memberikan penumbuk ke mukanya.

DUSH!!!

"Argh!! Sial!" Zagdrus menyumpah dan ingin menyerang balas.

Namum Aminudden lebih pantas,mengilas tangan Zagdrus dan menujah tinju ke perutnya. Zagdrus mengangakan mulutnya kerana senak yang teramat,Aminudden melutut muka Zagdrus.

DUUUSSH!!!

Zagdrus terdongak sambil terangkat sedikit ke udara,lalu Aminudden menarik kolar baju Zagdrus dan menghantukkan kepalanya pula.

BRAKK!!

"KAU FIKIR KAU SIAPA?!"

DUUUSSH!!!

"SESUKA HATI MENGAMBIL TUBUH ABANG AKU?!!" Aminudden menumbuk pipi Zagdrus.

DUUUSSH!!!

DUUUSSH!!!

"ORAAAHH!!! CHAIN OF SPIRIT!!" Aminudden membelit Zagdrus dengan rantai biru dihasilkan dari api birunya.

Zagdrus mengetap gigi menahan sakit,Aminudden membuka tinju dan digayakan seperti cakar. Tangannya bernyala biru dan menembusi tubuh Zagdrus,Ikhwan hanya tersenyum sahaja menyaksikan keadaan itu.

"SOUL DRAG!!"

Satu cahaya gelap ditarik keluar dari tubuh Zagdrus,atau lebih tepat tubuh Luqman dan Aminudden campakkan jauh dari tempat dia berada. Tubuh Luqman dia berjaya tangkap,Aminudden termengah-mengah dan hilang imbang.

"Whoops! Relax bro.." ujar satu suara individu yang menahan Aminudden dari jatuh.

Aminudden terkejut melihat Luqman yang tersenyum,dia sekadar tersengih sahaja dan ketawa kecil.

Awan yang cerah menjadi gelap secara tiba-tiba,Luqman dan Aminudden terkejut mendongak ke atas. Mereka memandang ke hadapan,dan mereka merenung tajam ke arah seseorang.

Zagdrus berdiri dalam bentuk roh,dia tersenyum dan ketawa kemudian menyedut daya hidup dari mayat kesatria yang terkorban. Zagdrus tersengih dan mendapat semula tubuhnya,dia meletuskan kuasanya dan dua beradik itu tercampak.

Luqman dan Aminudden kembali bangkit,Lash yang menyaksikan keadaan tersebut tergamam.

"Ouh my God.. No..He's got his body back? And with his demon form?" Lash berkata dengan menahan marah.

"I already told you.. I'll never give up easily.. Not until I destroy Iskandar descendants!" Zagdrus meningkatkan kuasanya.

Lash mengetap gigi dengan kuasanya,tidak mungkin dia mampu menghalang abangnya itu. Luqman dan Aminudden berjalan ke arah Zagdrus,Lash kehairanan kenapa dua orang adik beradik itu masih mampu berdiri.

"Ouhhh..? Kau ingin menentang aku lagi?" soal Zagdrus sinis.

"Ya,sudah tentu.." kata Luqman.

"Menghalang orang gila macam kau memang kerja kami.." balas Aminudden.

"Heh.. Kamu berdua fikir mampu menghalang aku dengan bekerjasama?" ujar Zagdrus tersengih.

"Siapa kata bekerjasama?" soal Aminudden tersengih.

"Huh? Apa?" Zagdrus kehairanan.

"Kami bergabung.." kata Luqman pula.

Zagdrus terkejut dan dua beradik itu,menyeru bulatan magis untuk magis gabungan. Luqman dan Aminudden melagakan pergelangan tangan,kuasa mereka mula bergabung.

"Fusion!!"

Cahaya yang terang serta menyilaukan,terhasil dan Zagdrus menghadang dengan lengannya. Akhirnya muncul seseorang berbaju putih,dengan mantel biru dan putih berkibar di belakang.

"Siapa kau?" soal Zagdrus.

Rambutnya berwarna hitam serta garisan-garisan putih,anak matanya berwarna biru dan senyuman terukir.

"Aku? Gabungan Luqman dan Aminudden.. ALUCARD!" jelas Alucard dengan senyuman menjengkelkan,suaranya adalah gabungan suara Luqman dan Aminudden.

"Wooo.. Ini satu peningkatan.." kata Lash tersengih dan Zagdrus merenung Alucard dengan pandangan tajam matanya.

"Now Dark Knight.. Ready for final round?" soal Alucard tersenyum menghunuskan pedangnya.






















======================

Siapa kata ini final round?

Ada lagi

Sebelum ini gabungan Ikhwan dan Farhan,iaitu Fang muncul kali ini gabungan Luqman dan Aminudden pula

Alucard!

Apa akan berlaku?

Nantikan untuk sambungan akan datang!

Komen pandangan anda dan vote sekali

No komen update pliss are allowed,atau sewaktu dengan meminta update cepat

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top