Chapter 64 : Amukan Zagdrus
BOOMM!!
KRAANG!!
"HIAAAHH!!!"
Jutaan askar gelap berzirah menyerang,namun kesatria Mentari jenis bukan mudah mengalah. Mereka melawan pihak musuh selagi bernafas,demi keluarga mereka harus berjuang untuk kedamaian negara yang disayangi.
BRAAM!!
Turret yang diaktifkan menembak jatuh musuh,Jamel memecut laju dan tangannya digayakan cakaran harimau. Lantas dia melompat ke udara,lalu menjunam ke ratusan askar gelap berzirah.
"LETUSAN HARIMAU!!"
KRAKKK!!
Puluhan askar gelap berzirah melambung,Jamel menyilangkan tangannya dan terus dihayunkan cakaran membelah puluhan askar gelap berzirah.
BAM!!
BAM!!
Nazemi memusingkan revolver miliknya,menembak jatuh satu persatu askar musuh. Peluru diisi semula kemudian Nazemi mengacukan semula,tembakan milik tepat mengenai kepala askar berzirah.
"Aku dah penat dengan ni.." ujar Nazemi menyimpan semula senjatanya.
"Sekarang yang ni pula.." kata Nazemi lagi menarik senapang yang disangkutkan belakang badannya.
BLAMM!!
BLAMM!!
Zirah askar berlubang besar di perutnya,Nazemi mengangguk melihat daya impak bedilan dari senapang miliknya.
"Nampaknya setting aku terlebih sangat ni.." ujar Nazemi dan kesatria yang menyaksikan keadaan itu hanya mampu tercengang.
"Dia bedil dengan sekali tembakan?!"
"Hiyargh!!" Khaizo mencengkam muka askar zirah,lalu dia terus menghempaskan ke tanah.
Farhan menarik pedangnya dan sekelip mata,ratusan askar gelap berzirah terbelah begitu sahaja. Raffie mengalirkan arus kilat emas,segera dia lepaskan ke arah askar kegelapan yang ingin mara.
"Thunder Scattered!!"
KZZTT..!!!
KZZT!!!!
KRAANG!!!
Ikhwan dan Alisa bergerak serentak,menghancurkan musuh yang mara. Tangan mereka dihayunkan umpama sedang menari,Ikhwan dan Alisa berbalas senyuman.
"ICE AGE!!"
KRAKKK!!!
KRAKKK!!
Ais membeku ratusan askar berzirah,Ikhwan mengepalkan penumbuknya dan api biru menyalakan. Alisa hanya tersenyum menggelengkan kepala,kemudian dia berundur ke belakang sedikit.
"FLAMES BREAKS!!"
Sekelip mata ais yang membekukan askar kegelapan hancur,tanpa meninggalkan kesan sedikit debu sekalipun.
Sepucuk pistol dikeluarkan dari magic storage,Ikhwan terus menarik picu dan membedil satu persatu askar gelap berzirah.
Kereta kebal membedil musuh namun tidak berjaya,Zeke muncul dengan tiba-tiba dan membelah kereta kebal tersebut. Zeke tersengih dan ketawa sebelum hayunan tongkat,mengenainya dan Zeke terpelanting menyeret ke tanah.
"Ouh come on.. Antagonist always like this? Laugh like a mad man.."
Aliff memusingkan tongkat dan menghela nafas pendek,Zeke yang terbaring di tanah hanya ketawa sahaja kemudian kembali bangun.
"Interesting fella!! You're really strong!!" Zeke menjerit teruja.
"Are you lost your mind?!" soal Aliff dan Zeke berhenti dari ketawa,Aliff kehairanan dan Zeke tersengih.
"Your right!! I'm CRAZY!!" Zeke melepaskan auranya,menyedut daya hidup kesatria yang ada berhampiran.
"Stop it!!" Aliff berkata memecut ke arah Zeke.
BOOMM!!
KRAANG!!
Kesatria Mentari berjuang melawan musuh gelap,mereka sedaya-upaya mempertahankan keamanan negara. Khaizo menyeru tukulnya kemudian melompat ke udara,lalu dia menjunam ke bawah di mana puluhan askar gelap berzirah berada.
"DISSAPPEAR FROM MY SIGHT!!"
KLONG!!!
KRAANG!!
Tanah meletus dengan rekahan yang kuat,seiring puluhan askar gelap berzirah hancur. Khaizo menggeserkan tukulnya dan menghayunkan ke arah askar yang ingin menyerangnya dari belakang.
DUUUSSH!!
Zirah askar gelap pecah bersepai dan puluhan askar gelap masih mara,Khaizo mendecih lalu mengembungkan pipi dan terus menghembus tiupan naga.
"Gaia Dragon Roar!!"
ZROOSSHH!!!
BOOMM!!!
Zareena dan Intan turut membantu,mereka diawasi Ikhwan dari jauh. Intan menarik senapangnya,dia menembak jatuh satu persatu askar gelap.
BLAM!!
Intan menarik laras senapang kemudian dia terus membidik,Intan terkejut apabila satu askar gelap berada di belakangnya. Intan hanya mampu tergamam,Zareena pula tidak dapat mara kerana dihalang oleh askar gelap yang lain.
"Intan..!" jerit Zareena namun semburan api menghancurkan askar tersebut.
Intan terkejut dan menoleh ke satu arah,dia tersenyum kerana Azren rupanya yang menyelamatkan dia.
"Pay attention around will you? It's a war.. Not a shopping complex.." kata Azren menyindir dan Intan terasa kata-kata Azren,dia tersengih menahan geram.
Intan merenung sebelum dia mengacukan senapangnya,ke arah Azren dan picu ditarik.
BRAAM!!
Kepala askar gelap hancur di belakang Azren,Intan dengan muncung senapang berasap hanya membuat muka blur.
"Right back to you.." ujar Intan tersenyum dan Azren menelan air liur.
Tiba-tiba bahunya dipegang dan Azren menoleh,Nazryn tersengih memandangnya.
"Apa?" soal Azren.
"Perempuan ni sukar diagak.." kata Nazryn tersengih.
Puluhan askar gelap berzirah sekelip mata,muncul dan mengepung mereka. Nazryn dan Azren hanya memerhatikan keadaan itu,Nazryn menghela nafas pendek lalu keranda muncul diletakkan di sebelah Azren.
"Keranda?" soal Azren dan Nazryn tersengih menjelingnya.
"Arise,Death.." ujar Nazryn dan keranda terbuka,muncul makhluk tengkorak berjubah dengan sabit hitam di tangan tengkoraknya.
Makhluk tengkorak itu adalah spirit beast milik Nazryn,Azren hanya mampu tergamam sahaja. Nazryn pula tersenyum dan meningkatkan kuasanya.
"Soul Synchro!"
Nazryn di dalam bentuk berkerudung hitam,dengan sabit kembar di kedua-dua belah tangannya. Malah topeng tengkorak kemas dipasang pada mukanya,Azren sekali lagi tergamam.
"Let's have some fun!!"
Nazryn memecut ke arah askar kegelapan itu semua,Azren hanya tersengih sahaja dan terus mengekorinya dari belakang. Mereka bekerjasama menghapuskan musuh,satu persatu askar gelap berzirah dipenggal oleh mereka.
DUUUSSH!!!
Farhan menyarung semula pedangnya,Khaizo pula menghela nafas panjang. Ikhwan pula memerhatikan askar gelap berzirah,Farhan memegang bahu Ikhwan.
"Ikhwan.. Seperti tiada penamat.. Kita kena tewaskan Zagdrus.. Askar-askar kita sudah ada yang hilang tenaga.." jelas Farhan dan Khaizo mengangguk setuju.
"Jika berterusan.. Pertahanan kita akan hancur.. Kau kena arahkan askar kau berundur.." ujar Khaizo pula.
Ikhwan yang mendengar kata-kata sahabatnya,menghela nafas pendek kemudian memandang ke arah ratusan askar kegelapan yang masih ada.
"SEMUA KESATRIA!! BERUNDUR!!" Ikhwan menjerit lantang,semua kesatria mendengar arahannya.
Para kesatria dan juga pahlawan,segera menurut arahan Ikhwan. Farhan dan Khaizo tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Ikhwan.
"Kau nak buat apa pula?" soal Farhan.
Ikhwan tidak berkata apa-apa dan rambutnya,berubah menjadi warna biru sama seperti warna api birunya. Ikhwan mengangkat tangan ke udara,Farhan mendongak dan terkejut kerana Ikhwan sudah menghasilkan sun destruction dengan jumlah yang banyak di udara.
Semua yang terlibat tergamam dengan abiliti Ikhwan,Reezal yang berada di pusat kawalan turut nampak teknik Ikhwan yang begitu banyak di ruang udara.
"Okay.. This is crazy.." ujar Razeedah.
Ikhwan hanya menghela nafas pendek,kemudian menjeling ke arah Farhan. Menyedari jelingan Ikhwan dan maksud isyarat,Farhan menoleh ke arah askar Mentari.
"EVERYONE!! PUT YOUR BARRIER IN MAX!!"
Aliff menyepak Zeke ke belakang,kemudian meluru ke arahnya lalu menghayunkan tongkat. Zeke menahan dan terpelanting jauh,Aliff segera melompat ke belakang lalu mengaktifkan pelindungnya.
"Heaven above Earth..." ujar Ikhwan menghalakan bilangan bebola api yang begitu banyak ke arah ratusan askar gelap berzirah.
BOOMM!!!
BOOMM!!!
BOOOMMM!!!
BOOOOMMMM!!!
Serangan itu menghasilkan letupan yang dahsyat,seluruh kawasan bergegar dan dirasai oleh yang berada di dalam bandar.
"Kau nak capai tahap mana lagi Ikhwan?" soal Arjuma yang berada di kawasan Green City,dia untuk bersiap-sedia jika musuh 'bocor' ke dalam kawasan bandar.
Seluruh kawasan menjadi rata kerana serangan Ikhwan,Zeke hanya tergamam melihat apa yang berlaku. Dia sempat mengaktifkan pelindungnya dari terkena serangan Ikhwan.
"Memang kuat..." ujar Zagdrus dari jauh,kemudian jarinya dipetik dan bulatan gelap muncul.
"Sekarang giliran korang.." ujar Ikhwan berbisik.
Askar gelap berzirah dengan jumlah yang sama,keluar dari bulatan pintu gelap tersebut.
"Yao,Qutie,Shayne.. Kamu bantu Zeke.. Ketuai askar aku.. Theodor.. Kau kekal di sini bantu aku.." Zagdrus memberikan arahan.
"Yes my lord!!"
Qutie,Yao dan Shayne mengetuai kumpulan tentera askar gelap berzirah.
Zagdrus yang tersenyum menyedari sesuatu,serangan hendap dielak oleh Zagdrus dan Theodor.
"Sial.. Siapa yang berani menyerang aku?!" soal Zagdrus.
"Shadow Slash!!"
Theodor terkejut dan tercampak jauh,tetapi dia sempat berpaut pada pokok dan kembali mendarat di atas tanah. Siddiq,Aqirah dan Balqis menghadapinya.
"Kau tidak akan ke mana-mana.." ujar Siddiq tersenyum.
"Kau fikir kamu bertiga mampu menghalang aku?" Theodor berkata dingin.
Satu gerakan pantas Balqis sudah berada di sebelah Theodor,terkejut dan Theodor tercampak lagi sekali melanggar pokok yang ada berhampiran.
"Berjaya ke?" soal Aqirah.
"Jangan harap la.. Dia sempat tahan serangan Balqis.." jelas Siddiq.
Theodor kembali bangkit dan tangannya diurut,agak kebas kerana serangan Balqis begitu kuat impaknya.
"Menarik..." ujar Theodor.
"SERANG!!" Siddiq,Aqirah dan Balqis meluru ke arah Theodor.
Zagdrus terkejut kerana dikepung oleh pahlawan muda,Zagdrus sekadar tersenyum melihat mereka. Aila,Ace,Yumi dan Daniel kemudian Intan dan Zareena juga ada.
"Pulangkan tubuh itu..!" kata Aila.
"Kau? Ouh.. Kau isteri dia huh?" Zagdrus berkata sinis.
"Kau dah tak ada tubuh pun masih nak berdendam.. Cuba la bertaubat.." ujar satu suara.
Zagdrus menoleh dan sebuku penumbuk,hinggap ke pipi Zagdrus dan terpelanting. Zagdrus berpusing dan mendarat,kakinya menyeret pada tanah dengan kasar.
"Kau fikir bekerjasama mampu tewaskan aku?!" soal Zagdrus.
"Semua tidak mustahil.." ujar Lash tersengih.
"LASH!!" Zagdrus meluru ke arah Lash.
"Temper as always.. Patience is the key.. Y'know?" Lash berkata dengan muka selamba.
Lash dan Zagdrus bertembung dengan kuat,tumbukan mereka berlaga dengan padu. Tanah bergegar dan meletus kerana pertembungan mereka,adik beradik itu bertarung kalah mati.
"SEBABKAN KAU,AKU KEHILANGAN TUBUH!! DENDAM INI AKAN HILANG DENGAN KEMATIAN KAU DAN KETURUNAN ISKANDAR!!"
"Tak payah la jerit.. Aku depan kau ni je.. Meh luahkan segala-galanya..." ujar Lash selamba.
Zagdrus mengetap giginya dengan rapat,lengan Lash dicengkam dan penumbuk padu dihayunkan ke setiap tubuh Lash.
DUSH!!
DUSH!!
"Mati! Mati! Mati!! Mati!!" Zagdrus menjerit dengan marah yang membuak-buak.
Dendamnya pada adiknya dan keturunan Iskandar,tidak mampu dibendung dan Lash menerima kecederaan yang agak berat.
"Mampus!! Urghh!!" Zagdrus ingin menghabiskan Lash,namun bedilan senapang Intan mengenai Zagdrus dan dia tercampak lalu terseret atas tanah.
Intan menarik laras senapang dan Zareena berada di sisinya untuk melindungi adik dia,Azren pula muncul di sisi Intan dan Lash dalam keadaan melutut sebelah kaki.
"Interesting..." suara yang garau kedengaran dari Zagdrus,aura gelap mula kelihatan.
"Jaga-jaga.. Aura gelap dia mampu mengawal korang!!" Lash memberikan amaran
Aura gelap milik Zagdrus begitu kuat,Zareena terpaksa mengaktifkan kuasa pelindung untuk menghalang aura gelap Zagdrus cuba merasuk mereka.
Zagdrus bangkit dan melepaskan letusan aura,dia meningkatkan kuasanya dan matanya berubah warna. Putih matanya berubah hitam,dan anak matanya menjadi merah saga.
"Aku akan hancurkan semua keturunan Iskandar.. Termasuk kau Lash!!" Zagdrus berkata dengan kuasanya begitu menakutkan.
"Okay.. Terus full power? Okay.. Mati lah aku.." Lash berkata hampa.
Pada masa yang sama,di katil wad di mana Aminudden terbaring. Tangannya yang layu mula bergerak sedikit,matanya yang redup terpejam sudah tergerak lalu terbuka.
Lash dan Zagdrus berbalas tinju sekali lagi,Lash mengelak hayunan dan Daniel serta Ace menghayunkan tumbukan. Tepat mengenai muka Zagdrus dan terpelanting,Zareena memecut dengan laju dan muncul di atas Zagdrus yang terpelanting itu.
"DRAGON CRUSH!!!"
BRAKK!!
KLONG!!!!
Letusan tanah merekah dengan teruk,Zagdrus memuntahkan darah pekat. Dia mengetapkan gigi dan leher Zareena direntap lalu dihempas ke tanah,semua terkejut dengan tindak balas Zagdrus.
"DON'T GET TO COCKY!!"
Zareena mengerang kesakitan dan Zagdrus menyepak gadis itu,sehingga tercampak jauh sebelum ditangkap oleh Yumi.
Zareena tidak lagi sedarkan diri,hentakan dan pukulan Zagdrus benar-benar berbeza. Lash tersentak dan menyedari sesuatu,Zagdrus merenung tajam ke arah mereka.
"Bagaimana? Ingin serang aku? Marilah.." ujar Zagdrus.
Lash melepaskan serangan dan mereka yang lain,menyusul tetapi Zagdrus dengan tenang menahan hanya sebelah tangan sahaja. Mereka tergamam dan Zagdrus menghela nafas pendek,tangannya dihalakan ke arah Lash.
Lash yang kehairanan terkejut apabila dia terus terbang ke cengkaman tangan Zagdrus.
"Kau tidur dulu.." ujar Zagdrus dan terus menghempaskan Lash ke tanah.
Lash tersentak dengan batuk darah,dia tidak mampu bergerak dan tidak sangka sebegini kuatnya kekuatan Zagdrus.
Zagdrus merenung ke arah Ace,Daniel dan Aila. Zagdrus terus bergerak pantas,Ace dan Daniel terlebih dahulu ditumpaskan. Aila dan Intan menyerang serentak,Zagdrus menahan dengan mudah.
DUUUSSH!!
Aila dan Intan tercampak menyeret,Zagdrus berdiri megah melihat mereka tidak mampu bangun. Tetapi Aila mampu bangkit semula,agak kagum dengan kekuatan Aila membuatkan Zagdrus ketawa.
"Kau mampu bangun.. Aku kagum.. Adakah sebab kau cintakan lelaki ini..? Hehehe.." ujar Zagdrus tersengih melangkah mendekati Aila.
Alia yang sedang berbincang dengan jururawat,terkejut apabila seseorang menghampiri dia. Air matanya mengalir dan tersenyum lega,Hikari yang berada di situ menangis terharu.
"Kau patut berbangga mati di tubuh tangan suami kau.." ujar Zagdrus tersenyum licik.
"Saya tahu dia ada di dalam.. Saya tahu dia akan halang awak dari membunuh saya.." Aila berkata dengan penuh yakin,Zagdrus hanya tersenyum sinis.
"Kewujudan dia sudah lenyap.. Sekarang.." kata Zagdrus menyeru pedang berbilah hitam dan diangkat tinggi ke langit.
"Mampuslah kau.."
Aila memejamkan matanya dan agak lama,dia kehairanan kenapa tiada kesan dan dibuka kelopak matanya lalu terkejut.
Aminudden berdiri membelakangkan dia,sambil menahan pedang Zagdrus dengan pedangnya. Theodor yang sedang berlawan dengan tiga assassin,terkejut merasai daya ki ini.
"Apa? Lash?! Tak mungkin!" Zagdrus terkejut dan menoleh ke belakang,Lash masih terbaring dan siapa di hadapannya.
"AMINUDDEN!!" Aila menekup mulutnya,dia menangis lega.
Aminudden menghayunkan pedangnya dan Zagdrus tergerak sedikit ke belakang,dia terkejut sebelum sebuku penumbuk mengenai batang hidungnya dan terpelanting.
"Bangun tidur.. Sudah tumbuk orang.. Aku dah mula ikut perangai uncle aku.."
======================
Hellooo guys
What's up?
Untuk sambungan yang korang tunggu
Sila. Komen dan pandangan
Okay?
Jangan komen minta update cepat,aku tak suka.
Itu je
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top