Chapter 63 : Peperangan Bermula


Ikhwan dan Aila berbalas pandangan,mata Aila ternyata menunjukkan dia serius. Malah Zareena muncul sambil memegang bahu Aila,Intan turut sama menyertai mereka.

"Kamu semua tahu siapa yang kamu maksudkan?" soal Ikhwan.

"Kami tahu,kami sedia!" ujar semua yang lain.

"JANGAN MENGARUT!!" Reezal membentak dan Aila serta yang lain tersentak.

"Zagdrus mempunyai kekuatan yang sama dengan Luqman.. Atau lebih tepat,lebih kuat.." tambah Reezal lagi.

"Tetapi.. Memang itu tujuan aku.. Biarkan kamu semua menghadapi dia.." kata Ikhwan dan Reezal menoleh ke arahnya.

"Ikhwan!" Reezal merenungnya tajam.

"Mereka bukan lagi anak kecil.. Kekuatan mereka mampu menandingi Zagdrus.." jelas Solleh sebaik menghampiri mereka.

"Tuanku Solleh.." ujar mereka.

"Datuk.." Aila memandang ke arah Solleh.

"Lagipun.. Cinta Luqman kuat.. Dia pasti akan kembali.." tambah Solleh tersengih.

Reezal hanya mengalah sahaja kerana jika dihalang,mereka akan melanggar arahannya juga. Zareena tersenyum dan Intan tersengih,Aila telah tekad untuk berhadapan dengan Zagdrus untuk kembalikan Luqman.

"Apa yang kau nak kami buat?" Ikhwan menoleh sebaik soalan itu dikemukakan.

"Haqeem,Azizul.." ujar Ikhwan tersengih.

"Musuh semakin hampir.. Apa rancangan kau?" soal Farhan pula mencelah dengan tiba-tiba.

"Perlukah arahan aku? Korang sendiri tahu bukan?" soal Ikhwan tersengih.

Farhan dan Khaizo berbalas pandangan,mereka mengangguk dan terus bergerak beredar dari situ. Haqeem dan Azizul turut mengekori mereka,Ikhwan terasa bahunya dicuit.

"Alisa?" Ikhwan kehairanan melihat Alisa yang tersenyum kelat ke arahnya.

"Boleh saya bantu abang?" soal Alisa dan Ikhwan tersengih.

"Perlukah kamu tanya?" Ikhwan berkata dengan Alisa hanya ketawa kecil.

Mereka segera bersurai untuk melakukan persiapan,Ikhwan hanya mengangguk kemudian segera beredar disusuli Alisa.

"Pihak lawan bukan sembarangan,kamu semua harus berhati-hati.." Reezal berkata memberi pesanan sambil memegang bahu Aila.

"Baik ayahanda.. Kami akan ingat pesanan ayahanda.." jawab Aila mengangguk.

Semua kesatria dan pahlawan muda,berkumpul di kawasan lapang. Ikhwan berdiri di hadapan mereka,ditemani Alisa di sisinya. Reezal,Reena,Yusri dan Raffie serta Iris,turut berada di belakang Ikhwan.

"Ikhwan.. Kau mulakan.." ujar Reezal dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Kena aku gak ke?" soal Ikhwan dan adik beradiknya yang lain mengangguk.

"Serius ah.. Kenapa tidak kau je.." kata Ikhwan menuding jari pada Reezal.

"Mereka lebih bersemangat kalau kau yang memberikan kata-kata semangat.." jelas Yusri dan Raffie mengangguk setuju,Ikhwan menggaru-garu kepalanya.

Ikhwan berpaling memandang ke arah kesatria,serta para pahlawan muda di hadapan dia yang berbaris dengan kemas.

"Semua pahlawan muda dan kesatria yang disegani,kamu semua adalah pedang dan perisai Mentari.. Hari ini peperangan akan berlaku,serta ada nyawa yang terkorban.." Ikhwan memulakan bicara.

Siddiq dan Nazryn berdiri tegak,mendengar kata-kata daripada Ikhwan. Aqirah turut bersama-sama mereka,Akif juga ada bersama Elizabeth.

"Zagdrus merupakan musuh lama kita,musuh sejak era pengasas kita.. Iskandar Syah.. Dia juga merampas tubuh putera Luqman.." tambah Ikhwan lagi dan semua kesatria terkejut,malah berbisik sesama mereka.

"Jadi sesiapa terserempak dengan putera Luqman.. Kena tahu,itu bukanlah putera Luqman.. Tetapi Zagdrus yang menguasai tubuh dia.." jelas Ikhwan.

"Aku tahu kamu semua adalah hebat-hebat kesemuanya.." ujar Ikhwan lagi.

"Berjuang selagi boleh! Peperangan ini menentukan hari esok! Jika tidak dapat bertahan,berundur! Kamu adalah kesatria Mentari!!" Ikhwan berkata dengan nada yang kuat,pahlawan semua menyahut dengan jeritan.

"Bagaimana Siddiq? Kalau kau takut,boleh berundur.." kata Nazryn tersengih dan Siddiq mendecih.

"Siapa takut? Aku? Jangan haraplah! Aku nak belasah Zagdrus tu,kemudian bawa pulang Luqman tu!" Siddiq berkata dengan semangat.

"TUAN!! MUSUH SUDAH SEMAKIN HAMPIR!!" muncul seorang kesatria memberikan maklumat.

"BAGUS! SEMUA KESATRIA! SEDIA!! MASA UNTUK MENUJU KE MEDAN PEPERANGAN!"

"Aku akan mengawal dari dalam pusat kawalan.." jelas Reezal dan Ikhwan mengangguk sahaja.

Yusri pula dibantu Angelina dan Angelica,membawa orang awam semua ke tempat perlindungan. Setiap kota dilengkapi dengan tempat perlindungan di bawah tanah,kekuatan dinding mampu menampung 100 tan impak.

Setiap bangunan di dalam kota dilindungi pagar besi yang menggunakan silbranium,besi paling kuat dalam dunia Mithgar. Setiap pagar yang melindungi kota,keluar satu senjata berat yang besar.

(Jenis-jenis turret yang boleh digambarkan)

Reezal yang melangkah masuk ke pusat kawalan utama,hanya duduk di kerusi komander. Dia mengangguk memberi isyarat supaya mengaktifkan semua senjata pertahanan.

"Turret semua dah siap sedia!" ujar salah satu askar yang mengendalikan mesin kawalan.

"Turret 00 sudah siap dicas sepenuhnya.. Turret 04 berada di hujung Kota Hijau!" seorang lagi memberikan laporan.

Reezal yang duduk tempat duduk khasd,hanya mendiamkan diri sahaja. Jelas resah terpapar di air mukanya,isteri Reezal iaitu Razeedah memegang bahu Reezal.

Mereka berbalas pandangan kemudian Razeedah hanya mengangguk,tanda supaya percayakan mereka dan Reezal menghela nafas pendek kemudian tersenyum mengangguk.

"Aktifkan pelindung di istana! Kita tidak tahu bila mereka akan sampai di sini! Semua senjata pertahanan di istana juga aktifkan,tingkatkan tahap ketahanan dalam sistem kita.. Jangan biar musuh menggodam sistem!" Reezal memberikan arahan lengkap.

Hospital Utama Mentari

Aminudden yang tidak sedarkan diri,hanya diperhatikan oleh Alia dan Hikari. Yumi pula sedang membuat persediaan,Ace juga ada menemaninya.

Alia dan Hikari tersentak apabila kedengaran pintu bilik wad,terbuka dengan tiba-tiba dan Ikhwan melangkah masuk. Dia menghampiri dua orang gadis tersebut,Ikhwan hanya menyerahkan sebungkus plastik berisi baju.

"Ia baju Am.. Letakkan di situ.." ujar Ikhwan.

Alia dan Hikari hanya berbalas pandangan,mereka tidak tahu apa yang bermain di fikiran Ikhwan.

"Adakah Am akan sedar?" soal Hikari dan Ikhwan menggelengkan kepala.

"Kita serah pada yang Esa.. Aminudden akan sedar bila dia sudah sedia.." jelas Ikhwan dan berpaling,dia melangkah pergi.

"Uncle..." ujar Alia dan langkah Ikhwan terhenti.

Hikari kehairanan tetapi dia sekadar mendiamkan diri,Alia masih memegang bungkusan plastik berisi baju itu. Ikhwan berpaling memandang ke arah Alia,doktor muda itu memandang Ikhwan dengan air muka yang serius.

"Saya percaya,Am akan bangun.. Dia akan hentikan semua ni..!" Alia berkata dengan anak matanya bersinar.

Ikhwan sedikit terkejut kemudian tersengih,dia hanya beredar meninggalkan mereka berdua. Hikari hanya tersenyum mendengar kata-kata Alia,bungkusan plastik Alia letak di atas meja.

"Apa rancangan kak Alia?" soal Hikari dan Alia menoleh ke arahnya.

"Saya akan tunggu di sini.. Sehingga Am sedar!" jelas Alia dengan senyuman yakin,Hikari sedikit terkejut kemudian mengangguk.

"Baiklah kalau macam tu.. Saya juga akan tunggu sehingga abang sedar!" jelas Hikari pula dan tidak lama lepas itu,Alia dan Hikari ketawa bersama.

Ikhwan berjalan sambil tersenyum,dia mendengar gelak tawa dari dalam bilik wad tersebut.

Sebaik Ikhwan melangkah keluar dari pintu utama hospital,dia menyedari Farhan dan Khaizo menunggunya.

"Kamu semua.." ujar Ikhwan.

"Masa untuk 3 naga mengaum bukan?" soal Farhan tersenyum.

"Mari kita leperkan musuh kita.." ujar Khaizo.

"Tangan aku sudah gatal nak bertarung!" Siddiq memusingkan sabitnya.

"Jaga sikit sabit kau tu! Kau nak bunuh pihak sendiri ke?!" Balqis berkata bengang.

Siddiq hanya memandang ke arah Balqis tanpa berkata apa-apa,kemudian Siddiq memalingkan muka lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ada orang tegur aku ke Ryn?" soal Siddiq dan Nazryn hanya tersengih kelat sahaja.

Balqis mula berang dan urat timbul di dahinya,Siddiq hanya ketawa sahaja dan sebaik sahaja dia menoleh. Penumbuk Balqis menghinggap ke muka Siddiq,maka tercampak secara berpusinglah Siddiq sebelum jatuh menyeret.

"Hello Sid? Are you still alive?" soal Nazryn menjengah Siddiq yang terbaring menahan sakit.

"Tuan! Ada sorang injured! Boleh bawa ke wad hospital orang gila dah ni..!" Nazryn berseloroh dan Siddiq mengetap gigi bengang.

"Oi! Aku okay lagi!" Siddiq menerkam Nazryn dengan tiba-tiba.

Balqis hanya menyaksikan pertelingkahan dua orang sahabat itu,sebelum seseorang menghampiri mereka berdua kemudian Siddiq dan Nazryn yang sedang bertekak mula menyedari Zareena berdiri di hadapan mereka berdua.

"Puteri?!" soal mereka berdua serentak.

Zareena merenung mereka dengan mata yang menakutkan,penumbuknya dikepalkan sekuat hati. Siddiq dan Nazryn muka masing-masing menjadi pucat lesi.

KRAKKK!!!

DUUUSSH!!

Zareena mencengkam muka Siddiq dan Nazryn,kemudian dihentak terus kepala mereka. Akhirnya Siddiq dan Nazryn terbaring di atas tanah.

Zareena menepuk tapak tangan dia,para kesatria yang ada hanya mampu menjadi penonton sahaja. Mereka terus diam dan tidak mahu berkata kemudian terus beredar.

"Sekarang kita sedang berhadapan dengan krisis.. Kamu berdua ada masa nak bertekak?!" soal Zareena dengan renungan membunuh.

Siddiq dan Nazryn tersentak kemudian menundukkan kepala masing-masing,mereka tidak berani berkata apa-apa kerana aura membunuh Zareena lebih menakutkan dari apa yang pernah mereka rasai.

"M-maafkan kami tuan puteri.." ujar Siddiq menggigil.

"S-saya minta maaf.." Nazryn juga memohon maaf.

Zareena ingin menyambung kata-katanya,namun terbantut apabila Ikhwan,Farhan dan Khaizo muncul. Alisa dan Fara turut mengekori mereka dari belakang,Aqirah dan Intan hanya memerhatikan sahaja.

Ikhwan jelas merasakan Zagdrus sudah berada tidak jauh dari negara Mentari,dia memandang sekeliling ke arah semua kesatria muda.

"All Knights!" Ikhwan bersuara dan semua kesatria menunggu.

"MOVE OUT!!"

Seluruh tentera kesatria terus bergerak,mengikut kumpulan seperti Ghost Squad bergerak secara berasingan. Siddiq dan Nazryn serta Aqirah,mereka terus hilang dari pandangan.

Manakala Fasha sekadar bernyanyi irama muzik,diekori Aisha meluru keluar dan mendarat di sisi Ikhwan.

Tentera Mentari dan tentera kegelapan Zagdrus,Ikhwan dan Zagdrus pula berbalas renungan yang dingin.

"Masa untuk kehancuran kau sudah tiba keturunan Iskandar!" ujar Zagdrus dengan daya bunuhnya yang kuat.

Aura bunuhnya membuatkan sesetengah kesatria,mula hilang daya bertarung namun Ikhwan sekadar memetik jari. Aura bunuh itu terus lenyap,Zagdrus terkejut dengan apa yang berlaku.

"Usah terkejut.. Kerana ini hanya sedikit.." kata Ikhwan dan Zagdrus merenungnya.

"Kau tidak kisah bertembung dengan aku? Lagipun ini tubuh ahli keluarga kau.." ujar Zagdrus melakukan provokasi.

"Kau fikir aku kisah?" soal Ikhwan dan Zagdrus kehairanan.

"Lagipun.. Bukan aku yang akan menghadapi kau.." ujar Ikhwan tersenyum.

Zagdrus mengetap gigi dan mengarahkan tentera seruannya,menyerang dengan segera dan Ikhwan tersengih. Dia terus memecut ke hadapan,Farhan dan Khaizo mengekori. Fasha ingin menyertai namun dihalang oleh Alisa,dia terkejut dengan tindakan wanita itu.

"Biarkan mereka pergi dahulu.. Kerana ini pembukaan.." ujar Alisa tersenyum.

Ikhwan,Farhan dan Khaizo memecut laju. Zagdrus segera berundur ke belakang,kata-kata Ikhwan dia langsung tidak mengerti.

"Mengarut.." ujar Zagdrus.

"Bagaimana Wan?" soal Farhan melihat ribuan askar berzirah di hadapan mereka.

"Perlu ke kau tanya?" soal Ikhwan pula dan Khaizo tersengih.

"Ini menarik!!" Khaizo mengangakan mulutnya dan kuasanya,dicas penuh untuk dilepaskan dari dalam mulut dia.

Ikhwan menyalakan api biru dengan marak,Farhan pula meniup angin yang kencang di seluruh tubuhnya.

"SUN DESTRUCTION!!!"

"HEAVY GALE!!"

"IRON BREAKER!!"

ZROOSSHH!!!

Tiga serangan yang kuat dilepaskan,kemudian bergabung dengan sekelip mata lalu menghasilkan letupan yang amat kuat.

BOOMMMM!!!

BRAAM!!!!!!

KRAANG!!!!!

BOOMMMM!!!!

Semua orang yang menyaksikan keadaan itu,tapi kecuali Alisa tercengang bagai rahang nak terlepas dari mulut masing-masing.

"Ini melebih.." ujar Siddiq.

"Mereka adalah tiga pahlawan naga lagenda.. Kau nak harapkan apa?" soal Nazryn.

Ribuan tentera askar gelap berzirah,hancur sekelip mata membuatkan lima pengikut setia Zagdrus tergamam dan menggigil. Tetapi askar gelap berzirah yang masih ada,terus meluru ke arah tentera kesatria Mentari.

"Alamak.. Ramai tu.." ujar Akif memerhatikan dari binokular miliknya.

"Siddiq,Nazryn,Aqirah.. Aisha.. Balqis,Akif.." Ikhwan berkata menggunakan telepati,kesatria yang namanya di sebut terkejut.

"SIXTH?!" soal mereka.

"Aila,Zareena dan Intan.." ujar Ikhwan lagi dan Aila terkejut.

"Kamu semua.. Nak menghadapi Zagdrus bukan?" soal Ikhwan lagi dan mereka tersenyum.

"YA!!!" jawab mereka serentak dan Ikhwan tersengih.

"Jadi,pergi.. Akan ada beberapa orang yang lain turut membantu.." arah Ikhwan dan mereka semua,segera bergerak meninggalkan kawasan tersebut.

Ikhwan memandang ke arah kemaraan musuh,segera mengangkat sebelah tangan ke udara. Para kesatria memahami maksud Ikhwan,Farhan dan Khaizo pula bersiap-sedia.

"Semua kesatria..." ujar Ikhwan menarik nafas panjang.

"SERANG!!!" Ikhwan menjerit lantang.















=====================

Hellooo guys

Relax la..

Aku kena buat perasaan korang berdebar-debar baru la syok

Apa akan jadi nanti?

Kena tungguuuuu

Komen dan vote ye

No komen update la cepat,please update new chapter.

Kalau tak faham lepas tu komen gak cam di atas 👆👆 memang sebulan la aku x sambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top