Chapter 62 : Perbincangan & Peperangan


Helikopter mendarat dengan kemas di tapak H yang terletak di atas salah satu bumbung istana,Ikhwan dan Alisa hanya memeluk tubuh menunggu si pengemudi keluar.

Pintu helikopter terbuka dengan perlahan-lahan,Ikhwan pula sekadar menguap sahaja dan dicuit Alisa yang sedang tersenyum.

"Asalamualaikum! Yo!" Haqeem memberi sapaan sebaik melangkah keluar,disusuli oleh Azizul yang mengunyah gula-gula getah.

"Waalaikumussalam..." jawab Ikhwan dan Alisa serentak.

Haqeem menghampiri Ikhwan kemudian berbalas salaman tangan,Alisa sekadar tersenyum sahaja melihat keadaan tersebut.

"It's been quite a while since we last met.. Huh?" Ikhwan menyoal.

"Well.. If you want blame someone,blame your brother King Reezal.." jelas Haqeem tersengih.

"Look at you.. Still handsome.. Huh?" soal Ikhwan mengusik.

"Say it by yourself.. Now you are somebody husband.." ujar Haqeem pula.

"Yes.. Here.. Ah.. Almost forgot.. Alisa,introduce yourself.." kata Ikhwan dan Alisa mengangguk sambil tersenyum.

"Nice to meet you,I'm Alisa Darweez.." ujar Alisa menundukkan sedikit badannya tanda hormat.

"Nice to meet you too.. I'm Ikhwan's cousin.. Amirul Haqeem Al'Fanani.. This is my brother.. Amirul Azizul Al'Fanani.." jelas Haqeem

Ikhwan hanya menghela nafas pendek sahaja dan menoleh ke arah Azizul yang bersahaja,Azizul mengunyah gula-gula getah dengan muka tidak bersahaja.

"Sebelum aku buat kau telan benda tu,lebih baik kau buang.." ujar Ikhwan dengan aura menakutkan.

Azizul tersentak merinding tubuh badan,lalu dia segera keluarkan bungkusan kertas dan ludah gula-gula getah ke dalamnya. Lantas segera Azizul mencampakkan kertas itu ke dalam tong sampah berdekatan,Azizul tersengih macam kerang busuk dan Alisa pula sekadar ketawa kecil melihat keadaan itu.

"Aku dah beritahu kan? Degil sangat..." jelas Haqeem merenung Azizul yang mendiamkan diri itu.

"Tak apa.. Dia dah buang kan? Jadi kita boleh berbincang.." ujar Ikhwan.

"Jadi apa situasinya?" soal Haqeem dan Ikhwan yang ingin membalas,Alisa segera mencuit bahunya.

"Alisa?" soal Ikhwan kehairanan.

"Apa kata kita bincang di dalam?" kata Alisa tersenyum manis.

"Ah... Betul juga.. Haqeem,Azizul mari ikut aku.." jelas Ikhwan berpaling,menolak pintu masuk ke dalam istana.

Sebuah teksi berhenti di hadapan pintu utama istana,pintu dibuka dan kaki dijulur keluar menjejakkan ke tanah. Seorang gadis berambut coklat cerah,menunjukkan diri sambil memandang istana Mentari yang besar tersergam indah.

"It's been a while.. Luqman.." ujar gadis itu.

Gadis itu berjalan menuju ke arah pintu pagar utama,saat dia semakin hampir dengan tiba-tiba langkahnya ditahan oleh kesatria yang sedang berkawal.

"Nanti miss.. Siapa kamu? Sekarang istana belum dibuka untuk orang awam.." ujar salah seorang kesatria.

"Apa? Saya dipanggil oleh Sixth supaya bertemu dengan dia.." jelas gadis itu.

"Maaf,penipuan awak tidak berjaya.." ujar kesatria itu dan gadis tersebut,mula hilang sabar mengetap gigi.

"Oi.. Korang.. Biarkan dia masuk.." Raffie muncul entah dari mana menegur mereka dan Siddiq juga bersamanya.

"Fifth!"

Kesatria itu terkejut dengan kemunculan Raffie,gadis itu pula hanya tersenyum sahaja.

"Haih Balqis.. Kau pun satu,kenapa tak tunjukkan lencana kau tu?" kata Raffie menggelengkan kepala.

"Teehee... Saya lupa.." balas gadis itu,atau namanya Balqis Aleysha Al'Dani.

KRAKKK!

"Ouh.. Lupa.. Mari sini aku ingatkan..." ujar Raffie mencengkam kepala Balqis.

"Ouch.? Ouch! Ouch! Ouch!! Master! Sakit!! Saya minta maaf!" Balqis merayu menahan sakit.

Jamel yang menyaksikan keadaan itu dari jauh,hanya menghela nafas pendek dan tersenyum.

"Mereka adik beradik diraja ni memang sama ke pattern dia..?" soal Jamel beredar.

"Itu dia! Itu dia! Claw of Royal!" ujar Siddiq.

KRAKKK!!

Cengkaman Raffie di tangan kiri,mencengkam kepala Siddiq dengan muka yang menakutkan.

"Ouch! Ouch! Aku pulak yang kena!!" jerit Siddiq.

Haqeem dan Azizul berada di sebuah bilik yang besar,lebih tepat bilik perbincangan bagi tentera ataupun kerabat diraja.

"Kenapa bang? Macam resah je saya tengok,kejap tengok kiri kejap tengok kanan..." ujar Azizul kehairanan.

"Lama aku tak datang istana,sekarang dah jadi lagi besar bilik ni?" soal Haqeem.

"Kau dah 6 tahun tak singgah istana,memang la banyak perubahan.." kata Solleh yang tiba-tiba sahaja muncul,malah duduk di sebelah mereka berdua.

"UNCLE SOLLEH!" kata Haqeem dan Azizul serentak.

"Sudah lama tak berjumpa ya?" Solleh berkata dengan ketawa kecil.

"Ya.. Kami minta maaf kerana tidak membantu semasa peperangan beberapa tahun yang lalu..." ujar Haqeem.

"Hahaha..jangan risau.. Kami semua masih lagi selamat.. Aku juga masih sasa.. Tengok ni.." balas Solleh menunjukkan lengannya yang sasa.

Pintu terbuka dan Fasha bersama Aisha,melangkah masuk dan tidak lama lepas itu Zareena pula muncul. Intan mengekorinya dari belakang,air mukanya tidak menunjukkan emosi. Aqirah yang sudah berada di bilik tersebut,hanya mampu memerhatikan Intan dari jauh.

"Puteri Zareena dan puteri Intan..berada dalam tekanan sekarang ni..." ujar Nazryn turut berada di sebelah Aqirah.

"Putera Luqman kena rasuk.. Putera Aminudden pula masih tidak sedarkan diri lagi.." kata Aqirah risau.

Siddiq dan Balqis duduk bersebelahan,sambil mengurut kepala mereka kerana dek cengkaman Raffie sebentar tadi.

"Ouch... Sakit cengkaman Fifth.. Salah kau la ni!" ujar Siddiq bengang menjeling Balqis.

"Ha? Maafkan saya,apa awak cakap?!" Balqis menyeringai merenung Siddiq.

"Apa? Tak puas hati ke ha?! Si dada besar!" ujar Siddiq dan urat timbul di dahi Balqis.

"Kau memang nak cari nahas!!" Balqis mula bangkit.

"Marilah!!" Siddiq bersiap-sedia.

Raffie muncul berdiri di tengah-tengah mereka,Siddiq dan Balqis tersentak kemudian Raffie tersengih.

DUSH!!

DUSH!!

"Do you guys ever learn?!" Raffie berkata selepas meluku kepala mereka berdua.

"Baik.. Maafkan kami.." ujar Siddiq dan Balqis serentak dengan benjolan di kepala.

Balqis dan Siddiq diam seketika,Raffie hanya memerhatikan mereka kemudian beredar.

"Hey Sid.." ujar Balqis.

"Apa? Nak gaduh lagi?" soal Siddiq.

"Haih.. Bukanlah.." kata Balqis menggelengkan kepala.

"Aku tak nampak Luqman ataupun Aminudden.. Mana mereka?" soalan Balqis membuatkan Siddiq mengeluh.

"Nanti kau akan tahu.." jelas Siddiq.

"Apa maksud kau?" soal Balqis ingin tahu.

Tiba-tiba suasana menjadi sunyi seketika,Raffie menoleh dan tersengih. Reezal muncul disusuli Ikhwan dan Alisa,Yusri,Aswandy juga Reena serta Iris. Zafrey pula muncul segera duduk di kerusi yang disediakan.

Farhan,Fara,Khaizo dan juga Aizat turut menyusul. Fasha sekadar memerhatikan mereka,Aila dan skuad Luqman juga sudah ada di bilik perbincangan tersebut.

"Wow.. Ramai muka-muka penting.." ujar Daniel yang duduk bersebelahan Ace.

"Mesti benda penting berlaku.. Kalau tidak kenapa kita dipanggil?" jelas Ace.

Tidak lupa Alia ditemani Hikari dan Yumi,serta skuad Aminudden turut berada sama di dalam bilik tersebut. Karen dan Snow sekadar duduk bersebelahan.

Reezal dan Ikhwan berbicara mengenai sesuatu,Aswandy juga menyertainya bersama Yusri. Tidak lama Raffie juga menghampiri mereka,Reena dan Iris pula memeriksa sesuatu dalam tablet.

"Ada sesuatu yang berlaku ke?" soal Balqis dan Siddiq meminta dia tunggu sahaja.

"Maafkan saya kalau mengganggu dengan memanggil kamu semua..." ujar Reezal sebaik melangkah ke hadapan.

Semua mata memandang Reezal dan adik beradiknya yang lain,Zafrey hanya mendiamkan diri sahaja.

"Saya ingin memberitahu.. Kemungkinan kita akan berhadapan dengan peperangan.." jelas Reezal dan semua terkejut,mereka berbisik dan bagaikan tidak percaya.

"Untuk terperinci.. Saya serahkan kepada putera Ikhwan untuk memberikan penjelasan..." ujar Reezal dan Ikhwan segera bangun,lalu melangkah dan berdiri di sebelah Reezal.

"Terima kasih abang saya yang dikasihi.. Raja Reezal.. Okay cukup untuk formaliti.." kata Ikhwan memberikan senyuman sinis.

"Dia dah mula dah..." ujar Farhan dan Khaizo serentak.

"Untuk maklumat sedia ada.. Kita akan berhadapan dengan peperangan.." ujar Ikhwan.

"Kita berhadapan dengan musuh bernama Zagdrus dan pengikutnya.. Serta putera Luqman sekarang M.I.A... Putera Aminudden pula sekarang tengah koma..atau tidak sedarkan diri.." jelas Ikhwan dan semua terkejut,Balqis terkedu mendengar kata-kata daripada Ikhwan.

"LUQMAN M.I.A?!" Balqis menyoal sambil berdiri.

Ikhwan dan semua yang lain memandang ke arah gadis itu,Aila kehairanan kenapa gadis itu risaukan Luqman?

Apa hubungan dia dengan Luqman sebelum ini?

"Woi Balqis.. Duduk lah.." Siddiq berkata sambil berbisik.

"Tak,saya tak akan diam! Apa yang berlaku pada Luqman?!" soal Balqis merenung Ikhwan.

Semua mata memandang ke arah Ikhwan,namun hanya keluhan sahaja Ikhwan lepaskan.

"Balqis.." ujar Ikhwan.

"Ya?" balas Balqis menunggu jawapan Ikhwan.

"Duduk!" arah Ikhwan dengan renungan membunuh.

Balqis tersentak sehingga terduduk,Siddiq hanya mampu menekup muka. Raffie pula menghela nafas pendek nafas lega,Ikhwan mengambil nafas panjang kemudian dihelakan.

"Balqis,aku tahu kau risau." ujar Ikhwan dan Balqis memandang ke arah Ikhwan.

"Tapi boleh kau tunggu penjelasan daripada kami?" soal Ikhwan tersenyum pahit.

Balqis merasakan sesuatu yang serius berlaku,dia kemudian hanya mengangguk sahaja dan Ikhwan memandang ke arah semua orang.

"Luqman M.I.A disebabkan tubuh dia dirampas oleh Zagdrus,dia adalah musuh kepada pengasas negara kita.. Iskandar Syah.. Dia asalnya dikurung,namun dengan bantuan pengikutnya.. Dia mampu merampas tubuh Luqman..." jelas Ikhwan.

Balqis terkejut mendengar penjelasan Ikhwan,termasuk semua yang hadir. Aila,Alia dan Hikari sekadar mampu mendiamkan diri,Aminudden pula masih tidak sedarkan diri dia. Ikhwan menjelaskan segala-galanya kepada semua,siapa sebenarnya Zagdrus dan apa tujuan dia.

Pada masa yang sama juga,di satu tempat hanya beberapa kilometer dari negara Mentari,Zagdrus berdiri bersama lima pengikutnya serta jutaan tentera askar berzirah di belakangnya.

"Itu pencapaian kau? Iskandar?" soal Zagdrus tersengih licik.

"Akan aku hancurkan menjadi debu!" Zagdrus mengepalkan penumbuk dengan kuat.

Jamel dan Zeo yang berada di atas pagar gergasi,mereka berkawal di kawasan Green City. Jamel menghisap asap rokok,dia merasai sesuatu dari jauh.

"Hey Zeo,apa tu?" soal Jamel.

Zeo menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Jamel,dia mengamatinya agak lama dan terkejut.

"Jutaan askar berzirah.. Malah mereka ada kuasa kegelapan.." jelas Zeo.

"Apa?!" soal Jamel.

"Kita kena beritahu Ikhwan.. Sebab ketua dia adalah Zagdrus..!" jelas Zeo lagi.

Ikhwan memberi keterangan pada semua,Haqeem dan Azizul mendengar teliti. Termasuk yang lain dan tiba-tiba pintu terbuka,semua menoleh dan seorang kesatria dalam keadaan cemas.

"Putera!!" kata kesatria itu.

"Apa yang kamu mahukan? Kami sedang dalam perbincangan.." ujar Zafrey.

"Biarkan Zafrey,jadi? Apa yang kamu nak sampaikan?" soal Ikhwan.

"Musuh..." ujar kesatria itu dan Ikhwan hanya diamkan diri.

"Pesanan dari Guardian Jamel dan Guardian Zeo! Musuh diketuai oleh Zagdrus telah muncul! Jutaan tentera berzirah siap sedia tidak jauh dari negara Mentari!!"

Semua terkejut kecuali Ikhwan,dia memandang ke luar tingkap. Matanya difokuskan dan ternampak Zagdrus bersama jutaan tentera askar berzirahnya,dia tersenyum dan menarik nafas panjang lalu dihelakan.

"SEMUA!! SIAP-SEDIA UNTUK PEPERANGAN!! MUSUH SUDAH MUNCUL 20 KILOMETER DARI NEGARA KITA!!" Ikhwan memberi arahan.

Semua terkejut dengan arahan Ikhwan,Farhan dan Khaizo sekadar tersengih. Aswandy meregangkan ototnya namun Reezal menahannya,Aswandy kehairanan dengan tindakan adiknya.

"Kau nak buat apa?" soal Aswandy.

"Sertai kau la.. Apa lagi?" ujar Aswandy.

"Tak.. Abang kena balik ke Rembulan.." Ikhwan mencelah.

"Kenapa pulak? Aku juga sebahagian dari keluarga ini!" Aswandy berkata tidak berpuas hati.

"Jika kau keturunan Iskandar.. Tidak mustahil kalau Zagdrus akan menyerang Rembulan.." jelas Ikhwan dan Aswandy menyedari kata-kata adiknya adalah benar.

"Baiklah.. Aku akan kembali ke Rembulan.. Jangan korang mati dengan mudah!" Aswandy berkata tegas dan terus beredar.

Ikhwan dan Reezal hanya memerhatikan Aswandy,beredar sambil disusuli oleh Zafrey. Yusri dan Raffie serta Reena dan Iris menghampiri mereka.

"Apa rancangan kau Wan?" soal Reezal.

"Sekarang ni,kita kena pindahkan rakyat kita.. Ke tempat perlindungan.. Abang Yusri.. Rasanya ia adalah tugas kau bukan?" ujar Ikhwan.

"Tiada masalah.." kata Yusri dan terus bergerak.

"Aku pula akan kerahkan tentera.." ujar Raffie dan Ikhwan mengangguk.

"Abang Reezal,kau kekal di istana.." Ikhwan berkata sambil memandang ke arah abangnya.

Ikhwan dan Reezal berbalas renungan agak lama,kemudian Reezal menghela nafas pendek.

"Baiklah,aku faham.." ujar Reezal dan Ikhwan tersengih,Reena dan Iris menyaksikan keadaan itu mengangguk setuju.

"Uncle.." Ikhwan menoleh sebaik disapa Aila sebaik sahaja dia menghampiri Ikhwan.

"Aila..? Semua?" soal Ikhwan kehairanan kerana bukan sahaja Aila,tetapi yang lain semua ada menemaninya.

"Izinkan kami menghadapi Zagdrus!" jelas Aila dengan muka yang serius,Ikhwan dan yang lain terkejut termasuk Reezal.





















=====================

Hellooo guys

Apa khabar semua,sihat harapnya

Harap korang berpuas hati untuk chapter kali ini

Untuk sambungan boleh ye bersabar

Aku mengarang ni free,bukan berbayar okay?

Maklumlah aku ni kerja bukan penganggur

Komen dan vote

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top