Chapter 61 : Reinforcement & Dark Knight Battalion


Seorang gadis berambut hitam campur coklat,sedang mandi di dalam tab sambil bernyanyi. Dia menghela nafas lega,mata dia berwarna coklat cerah memandang ke atas ceiling.

Tiba-tiba deringan telefon pintar yang berada di meja kecil berbunyi,dia segera mencapai dan membaca mesej yang dihantar kepadanya.

"Panggilan kecemasan daripada Sixth sendiri.." ujar gadis itu tersenyum,lantas dia ingin membalas.

Tetapi..

Plop!

Telefon pintarnya terlepas dek gara-gara tangannya yang licin,gadis itu tersenyum sambil terkebil-kebil dan mukanya pucat.

"MATILAH AKU,SIXTH PASTI AKAN BUNUH AKU!!"

"Apa kata kau bersiap-siap pulang segera..?" soal satu suara dari dalam badannya.

"Aku tahulah!"

Lapangan Kapal Terbang Mentari

Pintu utama keluar masuk untuk pelawat menunggu,pintu terbuka dan seorang pemuda tersenyum lebar berjalan keluar. Dia meletakkan bagasi miliknya,tersengih dan membuka mulut.

"I'M BACK MENTARI!! HAHAHA!!"

Pemuda itu ketawa di kawasan awam,orang awam yang berdekatan segera menjauhkan dirinya. Tiba-tiba bahu pemuda itu dipegang,pemuda tersebut tersentak.

Seorang penguatkuasa yang di bawah Soufy,Khalid merenung pemuda itu dari belakang.

"Encik,boleh ikut saya ke balai?" ujar Khalid.

"Ha?"

Satu tempat yang agak sunyi,ada seseorang berdiri di puncak gunung. Membaca mesej daripada Ikhwan,dia tersenyum sahaja.

Amierul Haqeem Al'Fanani mendongak ke langit,dia menghela nafas pendek.

"Mesej dari abang Ikhwan ke?" soal seseorang dan Haqeem menoleh ke arahnya.

"Yeah.. Ia macam hal serius.." kata Haqeem pada adiknya,iaitu Amierul Azizul Al'Fanani.

"Jadi apa tunggu lagi? Mari pergi!" ujar Azizul tersengih.

Haqeem menekan kod pada skrin,tidak lama lepas itu helikopter tempur muncul terapung di hadapan mereka.

"Ready lil bro?" soal Haqeem.

"Whenever you ready big bro!" Azizul membalas.

Pada masa yang sama,Yumi sedang menemani Hikari. Adiknya risaukan mengenai keadaan Aminudden,siapa tidak risaukan suami?

"Hikari kamu risaukan suami kamu?" soal Yumi.

"Akak rasa?" Hikari menyoal semula.

"Rasanya tidak perlu Hikari jawab,akak tahu.." kata Yumi mengusap kepala Hikari.

Tidak lama lepas itu,kedengaran bunyi dari dalam poket seluar Yumi. Segera Yumi mengeluarkan dan memeriksa,dia hanya sekadar tersenyum.

"Kenapa kak?" soal Hikari.

"Ace.. Dia katanya dah sampai.." jelas Yumi.

"Abang Ace?" soal Hikari dan Yumi mengangguk.

Ace tersenyum memakai pakaian seperti seorang sami,orang awam yang melihat keadaan itu hanya tergamam dan bahu pemuda itu dipegang. Orang yang memegang bahunya,adalah seorang penguatkuasa yang merenungnya.

"Encik,sila ikut ke balai.." ujar penguatkuasa.

"Eh?" Ace terkedu.

Aminudden yang masih dalam keadaan tidak sedarkan diri,hanya ditenung lama oleh Lash yang terkebil-kebil dari tadi. Ikhwan hanya diam sahaja,Farhan memandang Lash dengan muka blur.

"Wow.. Dia ni keturunan aku? Seiras betul dengan aku.." ujar Lash kagum.

"Dia juga keturunan Iskandar.." ujar Ikhwan pula dan Lash hanya menghela nafas pendek.

"Tetapi kenapa dia jadi macam ni?" soal Lash.

"Itu bukan masalah kau.. Sekarang apa cara kau nak ambil semula Luqman daripada Zagdrus..?" soal Ikhwan.

"Haih kau ni.. Mendesak betul.." ujar Lash.

"Dia dah bebaskan kau dari terkurung terus dalam kristal.. Tunjukkan sedikit penghargaan.." Farhan bersuara.

"Aku tak minta pun kau bebaskan aku.." kata Lash dengan selamba tersenyum.

Ikhwan dan Farhan menghela nafas pendek,Lash kehairanan dengan reaksi mereka berdua. Ikhwan dan Farhan segera bangun,membuatkan Lash lebih bingung.

"Dia kata tak minta kita bebaskan dia.." ujar Farhan.

"Bagus.. Apa kata kita kurung dia semula?" soal Ikhwan..

"Bagus idea tu.. Bila nak mula?" soal Farhan pula.

"Sekarang?" balas Ikhwan tersengih.

Lash menjadi pucat mendengar kata-kata Ikhwan dan Farhan,dia mula menyesal kerana mulutnya yang celupar.

"Err.. Tuan? Benda boleh bincang kan? Jangan la bertindak melulu.."

"Aku minta cara elok kan.. Tapi kau pula banyak songeh.." ujar Ikhwan mengurut penumbuknya.

"Ya.." kata Farhan menolak sedikit pedangnya,bilah mengintai dari sarung pedang.

"MAAFKAN AKU!! AKU TAK TAHU!! TOLONG AMPUNKAN AKU!!" Lash melutut dan bersujud.

Ikhwan dan Farhan berpandangan,mereka hanya menghela nafas. Ikhwan memandang ke arah Aminudden,dia memandang ke arah Farhan pula.

"Han.. Boleh aku harapkan kau cari mengenai hal ini?" soal Ikhwan dan Farhan tersenyum.

"Ya.. Kau tunggu je kat istana.. Aku akan uruskan hal ini.." jelas Farhan dan Ikhwan mengangguk.

Tiba-tiba telefon pintar Ikhwan berdering,skrin ditatap dan nama Soufy tertera. Ikhwan segera menekan butang terima,sebaik sahaja dilekatkan pada telinga.

"Yo,asalamualaikum.." ujar Soufy.

"Waalaikumussalam.. Ha ada apa?" soal Ikhwan.

"Aku rasa kena datang ke balai sekarang..." ujar Soufy.

"Hah?" Ikhwan kehairanan.

Hujan lebat membasahi bumi dan tiada menunjukkan tanda ingin reda,Ikhwan dan Farhan serta Lash dalam perjalanan ke balai penguatkuasa atau polis.

"Lama betul aku tak nampak hujan.. Seribu tahun rasanya?" Lash berkata sambil tersenyum.

"Kenapa kau bawa dia sekali?" soal Farhan.

"Biarkan dia sesuka hati berlegar-legar? Abang Reezal aku belum tahu mengenai dia ni.. Lagipun kau faham kan apa yang berlaku pada dia?" Ikhwan berkata sambil tersenyum pahit,Farhan terdiam kemudian menoleh ke luar tingkap.

Wiper bergerak laju mengelap cermin hadapan,disebabkan hujan dan waktu sekarang. Jalan menjadi sesak di tengah-tengah bandar,Ikhwan hanya mengetuk steering dengan jari telunjuknya.

"Aku tak sedap hati la hujan macam ni.. Lebat semacam.." jelas Farhan.

"Sekarang musim panas.. Hujan turun lagi bagus.. Lebat pula tu.." ujar Lash.

Ikhwan hanya mendiamkan diri dan membelok di satu simpang,mereka telah tiba di perkarangan halaman balai polis. Soufy kelihatan menunggu di pintu utama,si Raja Naga hanya tersenyum sahaja.

"Maaflah panggil kau ke sini hujan macam ni.." ujar Soufy berbalas salaman tangan.

"Tak apa.. Tak payah basuh kereta..." jelas Ikhwan tersengih.

"Kenapa kau tak guna skill teleportasi kau je? Lagi senang.." soal Soufy.

"Magis memang mudah.. Tapi aku tidak mahu terlalu manja dengan magis.." jelas Ikhwan.

"Bila masa anak saudara kau warnakan rambut dia? Ikut abangnya?" soal Soufy menyedari kehadiran pemuda seiras Aminudden.

"Ouh..? Dia bukan anak saudara aku.." ujar Ikhwan dan Soufy kehairanan.

"Dia ni seseorang yang seiras dengan Aminudden.. Sekarang ni apa masalahnya?" soal Ikhwan.

"Ah.. Aku terlupa.. Ikut aku.."

Ace hanya menongkat dagu dan kini,dia sudah berpakaian normal setelah diberikan oleh Soufy. Dia menjeling ke arah seorang pemuda,baring sambil tangannya menjadi bantal pada kepalanya.

"Kau boleh pula relax macam tu?" soal Ace pada pemuda itu.

"Hehe.. Aku sudah biasa tidur di atas tanah,dahan pokok.. Hutan dan berbagai tempat.. Setakat penjara macam ni,apa hal la sangat.." ujar pemuda itu.

"Cakap pasal optimistic.. Kau memang lain dari yang lain." Ace menggelengkan kepala.

"Oh ya.. Nama aku Daniel Al'Alan.. Kau?" soal pemuda bernama Daniel sebaik memperkenalkan dirinya.

"Ace.." kata Ace pendek.

"Ace what?" soal Daniel tersengih.

"Only Ace.." jelas Ace tersenyum.

"Okay.. Ace,nice to meet you.."

"Same here.."

"Sesi perkenalan dalam lokap.. Cakap sesuatu yang jarang.." satu suara menegur mereka dengan tiba-tiba.

Ace dan Daniel menoleh serentak,mereka berdua terkejut melihat empunya suara tersebut.

"Sixth!?" ujar mereka berdua serentak.

"Korang berdua baru je balik dah kena tahan polis.." ujar Ikhwan tersenyum,Farhan dan Lash pula menyusul.

"Eh? Am?" soal Ace terkejut.

"Bila masa kau warnakan rambut kau? Kenapa?" soal Daniel pula.

Lash tersengih mendengar soalan mereka,mana tidaknya kerana kawan kepada Aminudden menyangka dia adalah Aminudden itu sendiri. Farhan hanya menghela sambil menekup muka,Ikhwan pula tersenyum kelat.

"Aku terpaksa menerangkan kepada semua.." ujar Ikhwan.

Farhan dan Lash hanya tersengih,Ikhwan pula menghela nafas pendek. Daniel dan Ace pula kehairanan melihat reaksi dua pahlawan naga.

Pada masa yang sama,Zagdrus berjalan di tengah-tengah tanah lapang. Sebuah tempat yang telah mati,hanya aura negatif sahaja dapat dirasai. Malah di luar kawasan negara Mentari,hanya diselubungi aura gelap yang kuat.

Theodor dan Shayne sahaja kelihatan mengikut Zagdrus,manakala yang lain tiada.

Zeke dan Qutie awal-awal telah hilang,Yao pula ada urusan lain yang dia ingin selesaikan. Jadi hanyalah dia dan Shayne sahaja menemani Zagdrus.

"Apa yang Lord Zagdrus ingin lakukan di sini?" soal Theodor.

Zagdrus tidak mengendahkan soalan Theodor,kemudian dia mengangkat tangan tanda Theodor dan Shayne menunggu dia di sini. Lalu Zagdrus segera melangkah ke tengah-tengah kawasan tersebut,tiada hidupan dan tumbuh-tumbuhan kering mereput.

Satu bulatan magis berwarna ungu gelap,terhasil dan amat kuat dirasai. Zagdrus membaca mentera gelap,keadaan tanah bergegar dan merekah lalu sesuatu keluar dari dalamnya.

Ribuan askar berzirah atau dikenali Dark Knight,begitu banyak dan ada yang menunggang kuda berzirah. Theodor tergamam melihat seruan Zagdrus,para askar berzirah yang diseru bukan calang-calang sihir dia gunakan.

"Setiap mereka adalah elit.. Mampu menumbangkan negara yang kuat.." kata Theodor menelan air liur,melihat jutaan tentera Dark Knight.

"Bangun pengikutku yang setia!! BANGUN UNTUK HANCURKAN KETURUNAN ISKANDAR BUAT SELAMANYA!!" Zagdrus menjerit dan tentera kegelapannya,menjerit menyahut arahannya.

Ikhwan tersentak kerana dia merasai kuasa tersebut,dia segera menoleh dari mana datangnya aura kuasa yang kuat dan gelap. Farhan faham akan tindakan Ikhwan itu,Lash turut merasai kuasa tersebut.

"Nampaknya abang aku dah seru tentera Dark Knight dia.." ujar Lash tersenyum peluh mengalir di pipinya.

"Ikhwan..." Farhan mula risau.

"Ribut akan melanggar Mentari tidak lama lagi..." ujar Ikhwan dan hujan kekal turun dengan lebat.

Guruh berdentum dan kilat saling sabung menyabung,tiada tanda-tanda menunjukkan semua itu akan reda buat masa terdekat ini. Aminudden masih lagi bagaikan tidur,wajahnya tenang diperhatikan Alia dan Hikari serta Yumi. Anak mereka juga turut bersama,menemani Aminudden yang 'tidur' di wad khas.

"Am... Tolonglah bangun.." ujar Alia dan bahunya disentuh Hikari,Yumi hanya mampu mendiamkan diri.

Aila yang berada di rumahnya hanya duduk di ruang tamu,sebaik mendapat berita suaminya dikuasai oleh Zagdrus. Aila langsung tidak keluar rumah,Kasyah,Zahara dan Risya dijaga oleh Rumina.

"Luqman..." Aila berbisik dan air matanya,mengalir di pipi.













======================

Alright guys

Relax dulu..

Penat jari-jemariku menaip di atas skrin

Sila komen dan vote okay?

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top