Chapter 60 : Lash Vrozax


"Kenapa kau tak selamatkan dia!!?" Ikhwan dicekak kolar oleh Reezal,lalu dihentak pada dinding.

Semua tergamam melihat keadaan tersebut,sebaik mendengar berita apa yang berlaku pada Luqman diketahui.

Solleh dan Rumina hanya mampu melihat,Raffie dan Yusri berpandangan. Reena dan Iris pula mampu mendiamkan diri,Ikhwan pula direnung tajam oleh Reezal.

"Hoi Reezal! Hentikannya!" Aswandy menarik Reezal dari terus mendesak Ikhwan.

Razeedah menekup mukanya menangis,Zareena dan Intan memujuk ibu mereka. Tidak cukup apa yang berlaku pada Aminudden,kini Luqman di dalam genggaman musuh malah tubuhnya dikuasai oleh kuasa jahat.

"Kau marah macam ni tiada penyelesaian!" Aswandy memberi nasihat.

Ikhwan hanya mengemaskan bajunya,dia tidak berkata apa-apa sekadar beredar.

"Kau nak ke mana?!" soal Reezal.

"Cari jalan penyelesaian.. Bukan terus bergaduh salahkan antara satu sama lain.." jelas Ikhwan dan beredar,Farhan mengekori dari belakang.

Reezal mengetap gigi menahan marah,terkesan kerana kata-kata Ikhwan yang memerlinya. Farhan yang mengekori Ikhwan,hanya menghela nafas sahaja.

"Kau tidak patut kata macam tu pada abang kau sendiri.." ujar Farhan.

"Aku tahu.." ujar Ikhwan melangkah laju.

"Aminudden tidak sedarkan diri.. Luqman pula tubuhnya dikuasai pihak musuh.." Farhan berkata dan Ikhwan mendecih.

"Kau ada rancangan?" soal Farhan lagi.

"Buat masa sekarang,tiada.." jelas Ikhwan.

Zagdrus memerhatikan tubuh Luqman yang dia berjaya rampas,dia tersenyum sendiri dan hanya ketawa kecil sambil tunduk ke bawah lantai.

"Hahahaha!!"

"Tuan.. Apa rancangan tuan seterusnya?" soal Theodor.

"Kemusnahan Mentari.." jelas Zagdrus.

"Kenapa?" soal Shayne pula.

"Sebabkan Iskandar.. Aku tidak mampu meneruskan matlamat aku! Aku akan hapuskan generasinya untuk selamanya.." Zagdrus berkata dengan nada yang dingin.

"Tapi.. Sebelum itu.. Aku kena mencari seseorang.." tambah Zagdrus.

"Siapakah yang tuan maksudkan?" soal Yao.

"Lash?" soal Farhan dan latar belakang kembali ke tempat Ikhwan serta dia berada.

"Zagdrus mempunyai seorang adik,dia yang membantu Iskandar dan yang lain mengurung Zagdrus.." ujar Ikhwan.

"Kau tahu dia di mana?" soal Farhan.

"Tubuh Lash sekarang kalau tidak  silap..." kata Ikhwan dan Farhan kehairanan.

"Sekejap! Sekejap! Tubuh?" soal Farhan.

"Ya.. Dia mengurung sendiri tubuhnya.. Jadi sekarang dia dalam keadaan bentuk roh.." jelas Ikhwan.

"Macam tu.." ujar Farhan.

"Kemungkinan besar.. Zagdrus tengah mencari dia.." jelas Ikhwan lagi.

"Kalau begitu tunggu apa lagi?!" soal Farhan risau.

Sebuah kawasan hutan yang tebal,Zagdrus disusuli oleh lima pengikutnya. Meredah semak yang tebal itu,mencari sesuatu atau lebih tepat mencari tubuh Lash.

"Tengok siapa yang datang.." satu suara menegur.

Zagdrus menoleh ke satu arah,seorang lelaki berambut putih dan juga wajahnya seiras Aminudden.

"Lash..." ujar Zagdrus merenung tajam ke arah lelaki digelar Lash.

"Hello! What's up bro!?" Lash berkata sambil tersengih.

"Lash.. Lash.. You never change.." kata Zagdrus.

"Tapi.. Bagaimana kau boleh dapat tubuh itu?" soal Lash.

"Aku tidak perlu beritahu kau perkara itu.. Yang penting aku akan hapuskan kau selamanya!" Zagdrus menghunuskan senjata lalu melibas ke arah Lash.

Namun hanya sia-sia sahaja kerana libasannya,melepasi tubhh Lash umpama asap tebal. Yao,Shayne dan Qutie terkejut. Theodor sekadar bersahaja dan Zeke,tersengih melihat keadaan tersebut.

"Malangnya.. Kau tidak boleh hapuskan aku dalam bentuk roh... Hahahaha.. Kesian.." ujar Lash tersengih.

"Kau muncul di sini.. Nampaknya tubuh kau.. Berada di hadapan kan?" soal Zagdrus tersenyum sinis,Lash tersentak dan berundur lalu menghasilkan dinding ais.

Lash terus hilang dari pandangan,Zagdrus mendecih kemudian cuba menghancurkan dinding ais yang tebal itu.

KRAKKK!!

KRAKKK!!

Ais yang tebal muncul dari dalam tanah,Zagdrus sedar sesuatu dan mendongak ke atas.

Alisa berdiri di atas dinding ais,dialah yang menghasilkan serangan tadi. Zagdrus mengetap gigi dan urat timbul di dahinya,jeritan kemarahan dan Alisa memetik jari.

Satu bulatan magis elemen ais terapung di langit,serangan hujan ais dihasilkan dan menghujani Zagdrus serta lima orang pengikutnya.

TUSSH!!

TUSSH!!

TUSSH!!!

"Cukup tu Alisa.. Berundur.." kedengaran suara Ikhwan menegur Alisa.

Alisa hanya tersenyum lalu melompat pergi,dia terbang dan mendarat di satu tempat. Ikhwan dan Farhan juga berada di situ,Fara juga turut sama ada. Lash yang dalam bentuk roh,berbalas pandangan dengan Ikhwan.

"Jadi inilah Lash? Mukanya sebijik sama dengan Aminudden.." ujar Farhan.

"Apa yang kamu semua nak?" soal Lash.

"Fara.. Boleh kamu teleport kami sekali dengan tubuh ni?" soal Ikhwan dan Fara tersengih.

"Piece of cake!"

Fara mengaktifkan kuasanya dan bulatan magis,berwarna merah terhasil dan Lash terkejut. Ikhwan yang sedang bersahaja,menyedari kehadiran Zagdrus yang terbang laju ke arah mereka.

"SIAL!! JANGAN KAU BERANI!" Zagdrus memecut laju.

"Alamak dia dah sampai!" Lash berkata risau dan Ikhwan melangkah ke hadapan sedikit.

"Abang?" soal Alisa.

"Tidak apa.. Alisa kamu bantu Fara.. Farhan,kau lindungi mereka.." Ikhwan memberi arahan.

Sebuah busur diseru dan bulatan magis api,dihasilkan dan Zagdrus terkejut lalu berhenti di tengah-tengah udara dengan mengejut. Dia mengenali bulatan magis itu,dia memandang ke arah lima pengikutnya.

"Kamu semua! Lindungi diri masing-masing!!" Zagdrus memberi amaran dan Theodor serta yang lain menurut.

"Jet Stream.."

Serangan panahan yang berpuluh ribu,menyerang mereka berenam. Sekelip mata sehingga Fara terus melakukan teleportasi,mereka lenyap dari pandangan mata.

Zagdrus yang menyaksikan di sebalik serangan Ikhwan,gigi dia ketap rapat dan mengangakan mulut dengan luas lalu jeritan yang kuat dilepaskan.

"SIAL!!!"

Ikhwan dan yang lain muncul di satu tempat,Fara mengambil nafas lega kerana berjaya melakukan teleportasi. Dia hampir terjatuh namun sempat ditahan oleh Alisa,Ikhwan dan Farhan berpandangan.

"Teleport skill.. Nicely done!" Lash memuji menaikkan ibu jari.

"Baiklah sekarang.. Masa untuk sumbat kau ke dalam badan kau semula.." kata Ikhwan mengurut penumbuknya.

"Macam mana kau nak buat?" soal Farhan dan Ikhwan menghampiri kristal tersebut.

"Macam ni.." ujar Ikhwan mengepalkan penumbuknya lalu dihayunkan ke arah kristal.

DUUUSSH!!

KRAKKK!!

KLONG!

"Aku patut agak dia akan lakukan seperti itu.." kata Farhan dan Alisa serta Fara hanya ketawa kecil.

Kristal tersebut hancur dalam sekelip mata,Lash dalam bentuk spirit terus hilang. Tubuhnya yang asal menjejakkan kaki ke tanah,matanya terbuka perlahan-lahan. Lash telah kembali semula ke dalam tubuhnya,dia memeriksa keadaan tubuh badannya.

"Jadi,bagaimana rasanya kembali ke tubuh sendiri?" soal Ikhwan.

"Seperti lahir semula.. Terima kasih.. Pewaris Iskandar.." kata Lash tersenyum.

"Perkara kecil sahaja.." ujar Ikhwan.

"Siapa nama kau anak muda?" soal Lash.

"Ikhwan Syah Al'Solleh.." jawab Ikhwan.

"Lash Vrozax.." Lash turut memberikan namanya.

"Vrozax... Itu nama keluarga kau?" soal Ikhwan dan Lash mengangguk.

"Tetapi,bagaimana abang aku boleh dapat tubuh dia? Bukan sepatutnya tubuh dia dah hancur?" soal Lash.

"Itu tubuh kepunyaan salah seorang keluarga kami.. Dia berjaya rampas.." jelas Ikhwan.

"Jadi kena rampas semula.. Kalau tidak,kewujudan pemilik tubuh akan hilang dan tidak wujud.." Lash memberikan penjelasan.

"Apa?!" Farhan terkejut dan Fara menenangkannya.

"Tiada cara lain ke?" soal Alisa dan Lash bersiul.

"Perempuan cantik! Siapa nama kamu?" Lash berkata dengan bergaya.

"Dia isteri aku.." ujar Ikhwan dengan renungan membunuh dan Lash menelan air liur.

"Jadi.. Kau ada cara? Untuk ambil semula tubuh tu?" soal Farhan.

"Tiada.." jawab Lash dengan senyuman tidak bersalah,Ikhwan dan Farhan berpandangan kemudian mengangguk.

"Kenapa kamu berdua berisyarat ni?" soal Lash tersengih ingin tahu.

Ikhwan dan Farhan terus menghayunkan penumbuk mereka berdua.

DUSH!!

KLONG!!

Sekelip mata Lash sudah dibenam ke tanah,Ikhwan dan Farhan hanya mengibas menepuk tapak tangannya bengang kerana jawapan Lash.

"Itu mesti sakit.." kata Fara.

"Sudah semestinya.." balas Alisa.

"Apa rancangan kau Wan?" soal Farhan.

"Zagdrus akan menuntut darah dari keturunan Iskandar,iaitu kita semua.. Perang mungkin akan berlaku.." jelas Ikhwan.

"Jadi?" Farhan menunggu idea daripada Ikhwan.

"Kita akan panggil bantuan.." ujar Ikhwan.


















======================

Perang akan tercetus lagi?

Setia bersama siri ini dan nantikan sambungan akan datang

Siapakah yang Ikhwan akan panggil?

Kena tunggu dengan sabar

SILA KOMEN & VOTE

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top