Chapter 6 : Serang Hendap
Motorsikal berkuasa tinggi meluncur laju keluar dari Kota Hijau/Green City,Luqman dengan topi keledar penuh dan lengkap berjaket kulit. Sarung tangan turut dipakai memulas minyak,motorsikal semakin laju dan tiada tanda ingin perlahan.
(Motorsikal yang digunakan oleh Luqman)
Luqman menghembus nafas dingin,musim sejuk belum tiba tetapi sudah mula terasa kedinginan. Felicia dan Recca lengkap berbaju tebal,namun mereka dapat bergerak bebas. Sut yang digunakan adalah ciptaan khas,kerjasama antara Zahari,Zharief dan Akif.
VROOMM!!!
Luqman membanting selekoh tajam,sedikit bergeser namun tayar motorsikal cengkam melekat pada jalan tar yang kering. Angin bertiup kuat dek kelajuan pecutan motorsikal Luqman,dua Hunimal itu berlari pantas mengekori dari belakang tanpa dikesan oleh sesiapa.
Pada masa yang sama juga,Aminudden terkejut dan seperti terbeku dek ais. Mulut dia asalnya ternganga dan topi keledar terjatuh di lantai,kemudian menyeringai mengetap gigi.
"MANA MOTOR AKU?!!"
Luqman terbersin dan menghela nafas,dia tiba di satu simpang dan memperlahankan kelajuan. Luqman membelok dan masuk ke dalam simpang,Felicia dan Recca mendarat di atas dahan pokok berdekatan. Mereka berdua berbalas pandangan,Recca mengeluarkan smartphone dan Felicia hanya memerhatikan Luqman.
"Alamak... Tak ada sambungan di sini.." ujar Recca.
"Tak ada pilihan... Kita kena ekori putera Luqman... Kalau tak kita akan kehilangan jejak..." Felicia berkata panjang dan Recca mengangguk faham.
Ikhwan yang duduk di sebuah pondok bersama Risya,sambil bercerita perkara yang menarik pada Risya menyedari Aminudden berjalan laju dengan muka marah. Ikhwan hanya memandang sehingga Aminudden berhenti,kemudian memandang ke arah Ikhwan.
"Uncle! Nampak abang saya?!" soal Aminudden.
"Dia keluar.. Kenapa?" soal Ikhwan pula.
"Dia curi motor saya!!" Aminudden kembali melangkah pergi dan Ikhwan serta Risya terkebil-kebil.
"Nasib baik aku ada pasang GPS.. Siap kau bang..." ujar Aminudden dan berlari ke halaman istana,kemudian terbang keluar meninggalkan istana.
Solleh yang sedang bersenam dengan kung fu tai chi,terhenti aktivitinya melihat Aminudden terbang umpama roket. Rumina juga ada bersama turut perasan,pasangan itu berpandangan kemudian menyambung aktiviti mereka.
Luqman memberhentikan motorsikal di satu tempat,Felicia dan Recca mendarat di sebatang dahan pokok dengan senyap. Mereka mendapati ada sebuah Sacred Place,simbol misteri terukir di pintu masuk. Luqman hanya terkebil-kebil sahaja,dia memandang ke sekeliling kawasan.
"Apa yang aku buat di sini?" soal Luqman.
Motorsikal dihidupkan enjinnya berderam kemudian Luqman berpatah balik,pergi dari kawasan tersebut dan tidak lama kelibat Z muncul bersama cahaya putih. Felicia dan Recca mendarat di hadapan Z,mereka merenung lelaki tersebut.
"Ada kuasa yang mengawal Luqman sehingga datang sini..." jelas Z.
"Apa maksud tuan?" soal Recca.
"Tanya Ikhwan mengenai lagenda Zagdrus,aku percaya dia tahu mengenai hal tersebut.." ujar Z dan hilang sekelip mata dimamah cahaya.
Luqman yang sedang menunggang motorsikal,bingung dan tertanya-tanya bagaimana dia sampai ke tempat tadi. Ada sesuatu yang mengawal dia tadi?
"Zagdrus? Z kata macam tu?" soal Ikhwan berpaling dan Recca hanya mengangguk begitu juga Felicia.
Ikhwan berfikir agak lama dan segera ke meja kerjanya,komputer diaktifkan dan sebaik siap semua sistem. Ikhwan menaip laju pada papan kekunci,jari-jemarinya laju menaip beberapa kod dan nombor. Felicia dan Recca hanya menghampiri,mereka berdua menunggu Ikhwan sehingga selesai.
"Nampaknya apa yang Z katakan tu memang betul..." ujar Ikhwan dan Recca melihat maklumat dalam monitor lalu terkejut.
"Zagdrus.. Makhluk kegelapan... Asalnya seorang manusia,tetapi mengabdikan diri pada kuasa kegelapan... Semata-mata mengejar keabadian.. Dia membunuh ramwi nyawa yang tidak bersalah,menyerang beberapa negara.. Dia ditewaskan oleh pengasas kita dan rakan - rakannya.. Menghancurkan tubuhnya dan mengurung di Hutan Sesat.." Recca membaca maklumat tersebut dengan reaksi terkejut.
"Zagdrus..." ujar Felicia pendek.
"Dia hidup semasa zaman di mana pengasas kita lahir,kuasa kegelapan dia hampir sama dengan kuasa gelap Luqman.." jelas Ikhwan dan Recca serta Felicia terdiam.
"Claire ada pesan.. Luqman adalah kelahiran Zagdrus di masa kini.. Sedikit demi sedikit,jika Zagdrus dapat kuasai Luqman.." pintu bilik terbuka dan Farhan berjalan masuk sambil memberi penjelasan.
"Master Second..." ujar Recca.
Luqman memecut dan menuju pulang ke Green City,dia hanya berfikir bagaimana tanpa sedar pergi Lost Forest?
Kau adalah aku...
Luqman tersentak dan saat itu imej seseorang berambut putih tersenyum sinis. Malah kepalanya mulai sakit,saat itu beberapa susuk tubuh melompat ke udara. Luqman terkejut dan salah satu susuk tubuh meluru laju ke arahnya,Luqman menekan brek seiring kluc ditarik dan membelok sebelum menyeret sedikit.
"Aku perlu ke tempat lapang.." ujar Luqman sendirian dan menukar gear rendah,minyak diputar dan motorsikal menambah kelajuan.
Lima susuk bayang tidak jelas penampilannya,mengejar Luqman dari belakang dengan laju. Luqman pula memecut sambil mengelak serangan mengejut mereka,kini Luqman memasuki kawasan lebuhraya dan menyedari truck yang membawa kenderaan sedang parkir di tepi lebuhraya.
"Itu dia...!"
VROOMMM!!!
Luqman memecut laju ke arah truck tersebut,lalu mendaki gondola belakang dan keluar dari landasan lebuhraya. Lima susuk tubuh itu terkejut dan Luqman mengaktifkan kuasa kilatnya,kemudian sekelip mata mendarat di tepi sungai bersama motorsikalnya.
VROOMMM..!!
SREEETTT!!!
Luqman segera turun dan menanggalkan topi keledar,diletak kemas pada atas motorsikal tersebut. Lima susuk tubuh mendarat di hadapannya,lima orang berpakaian ninja dan bersiap-sedia untuk menyerang Luqman.
"Ouhooo... Assassination? Who hired you guys?" soal Luqman.
Ninja itu semua tidak memberi tindak balas,salah seorang sudah berada di belakang Luqman. Menujah pedangnya namun Luqman lebih pantas,menangkap dan kilas tangannya sebelum disepak semula ke arah rakannya yang lain berada.
Empat yang lain meluru pantas ke arah Luqman,menyerang serentak tetapi Luqman menangkis dan mengelak mudah. Luqman menarik nafas dan dihelakan seiring melepaskan impak aura,empat ninja tercampak semula ke belakang.
"Korang memang tak bernasib baik..." ujar Luqman menggerakkan tangannya umpama seperti menari.
"Sebab mood aku tak baik hari ni..."
======================
Hellooo guys
Bagaimana sepanjang cerita TALE OF BROTHERHOOD?
Boleh diterima?
Jangan risau ia takkan lama
Takkan sampai beratus chapter
Sila vote dan komen serta pandangan
Itu je la
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top