Chapter 56 : Misi & Serangan
Luqman menghisap rokok di atas menara,menara pemerhati istana ditemani Jamel serta beberapa orang kesatria yang bertugas di atas menara tersebut.
"Datang sini semata-mata nak merokok ke?" soal jamel tersengih dan Luqman mengeluh.
"Kalau aku rokok dalam istana.. Uncle aku akan bedil aku situ jugak.." kata Luqman tersengih berpeluh.
"Kalau jadi macam tu,aku tidak hairan la.." ujar Jamel ketawa kecil.
Luqman hanya mendiamkan diri,langsung tidak mengendahkan Jamel. Dia teringat semula apa yang berlaku selepas mereka dihentikan oleh Ikhwan,Zafrey pula ditarik oleh Aminudden dan Aliff entah pergi ke mana.
Kita flashback sebentar...
Luqman mengekori Ikhwan dari belakang,dia hanya kehairanan kenapa dia sahaja?
Tidak lama lepas itu selepas belok di satu lorong,Luqman melihat dua susuk tubuh berdiri seakan menunggu mereka.
"Yo Fasha.. Lama tunggu?" soal Ikhwan sebaik mendekati mereka.
"Nah.. Baru je.. Pejabat kau kunci?" soal Fasha.
"Sudah semestinya.. Aku tak boleh biarkan orang sesuka hati masuk bilik kerja aku.." ujar Ikhwan menekan beberapa nombor,kemudian pintu terbuka.
"Silakan masuk tuan puteri.." kata Ikhwan tersenyum.
"Hentikan sarcasm kau tu.." ujar Fasha dengan muka menyampah,sambil menarik gadis yang bersamanya.
Ikhwan melangkah masuk kemudian duduk di kerusi meja peribadinya,Fasha pula duduk di hadapan dan Luqman juga menyusul.
"Luqman.. Kamu kenal wanita di sebelah kamu?" soal Ikhwan dan Luqman memandang ke arah Fasha.
"Siapa je yang tidak kenal 3 Kilat Emas Mentari selain uncle Raffie? Fasha Khaireena Al'Iqram.." ujar Luqman tersenyum.
"Nampaknya anak saudara kau boleh tahan.." ujar Fasha tersenyum memandang Ikhwan.
"His face maybe scary.. But He is a someone can be promising.." jelas Ikhwan dan Luqman sedikit bengang.
"His face? Yeah.. A bit.." ujar Fasha tersengih dan Luqman sekali lagi bengang.
"Cut the chase.. Uncle.. What do you want from me?" soal Luqman.
"Don't mad.. Alright.. Here,check this tablet..." ujar Ikhwan sambil menghulurkan tablet kepada Luqman.
"Apa ni?" soal Luqman.
"Senarai hutang yang kau pinjam daripada aku.." jelas Ikhwan dan Luqman membuat muka terkejut.
"Kau banyak bunyi la,ambil baca la.." kata Ikhwan dengan muka seperti nak telan orang.
Luqman terus segera mengambil tablet dari tangan Ikhwan,dia membaca maklumat yang tertera dalam skrin tablet tersebut. Ada beberapa gambar individu,bersertakan butiran setiap individu.
"Siapa mereka semua ni?" soal Luqman.
"Mereka tu adalah ahli skuad kau dan Aminudden.." ujar Ikhwan dan Luqman membaca satu persatu maklumat.
"Jadi.. Aisha.." kata Luqman memandang ke arah gadis di sebelah Fasha.
"Ya.. Dia akan jadi ahli skuad kamu.." jelas Ikhwan.
"Dia ni pun sama? Serius ah?" soal Luqman lagi menunjukkan gambar seseorang.
"Ya.." jawab Ikhwan tersenyum.
"Serius ah..."
Imbas kembali tamat..
Luqman mengeluh seiring menyedut asap rokok,Jamel kehairanan memerhatikan gelagat Luqman.
"Ada sesuatu yang berlaku ke?" soal Jamel dan Luqman menjeling ke arahnya.
"Yeah.. Lebih kurang lah.. Ia berkenaan ahli baru skuad saya.." ujar Luqman dan Jamel mengangguk faham.
"Kenapa dengan tu?" soal Jamel.
"Ada satu gambar mukanya tidak jelas.. Biodata pun tidak lengkap.." jelas Luqman dan Jamel kehairanan.
"Eh? Nama pun kau tak tahu?" soal Jamel dan sekadar gelengan kepala oleh Luqman.
"Mungkin Ikhwan ada sebab lakukan macam tu.." ujar Jamel lagi dan Luqman hanya mengangkat kedua bahu.
Luqman mendengar bunyi nada deringan smartphone miliknya,Jamel hanya mencapai tin minuman dan meneguk. Luqman segera mengeluarkan smartphone,skrin ditatap seketika.
Uncle Berserker calling->>>
Jamel hampir tersembur air yang diteguk,bila melihat nama Ikhwan dalam skrin smartphone Luqman.
"Hello uncle?" jawab Luqman.
"Luqman,kau dekat mana?" soal Ikhwan dalam talian.
"Macam biasa menara pemerhati.." ujar Luqman.
"Merokok?" soal Ikhwan lagi dan Luqman sekadar memejamkan mata sekejap kemudian dibuka semula.
"Ya.. Ada masalah?" soal Luqman pula.
"Nah.. Uncle ada misi untuk kamu.." ujar Ikhwan dan Luqman membuat muka serius.
"Okay.. Saya akan jumpa uncle.." kata Luqman tersengih.
Luqman mematikan talian dan terus melompat keluar,terbang memecut laju meninggalkan menara pemerhati. Jamel hanya mencebik kemudian mengangkat bahu,dia menguap panjang dan menggeliat.
"Ahh.. Shift hampir tamat.." ujar Jamel tersengih.
Luqman mendarat di satu tempat tanah lapang,dia menghela nafas pendek dan Angelina bersama Angelica muncul tidak lama lepas itu. Aisha turut bersama mereka,Luqman hanya menjenguk ke belakang.
Ikhwan dan Fasha serta Yusri ada bersama,Ikhwan dan Fasha ada sekali bagi Luqman tidak hairan.
Tetapi Yusri?
Kenapa bapa saudara nombor lima,ada bersama Ikhwan dan apa misi mereka kali ini?
"Bagus.. Kau dah sampai.." ujar Ikhwan.
"Kali ini misi apa uncle?" soal Luqman dan Ikhwan menghulurkan tablet.
MISI MENYELAMAT
Satu kumpulan organisasi menculik dan melakukan eksperimen,organisasi itu dikenali sebagai Devil Horn.
Kedudukan terbaru mereka di kawasan perairan negara Magma,mereka mengumpulkan mangsa culik di sebuah pulau berdekatan negara Magma.
Mangsa terdiri dari kalangan kanak-kanak,serta remaja dan dua orang kembar perempuan dengan kebolehan unik juga menjadi mangsa mereka.
Luqman membaca butiran dalam tablet,kemudian dia serahkan semula kepada Ikhwan.
"Bila boleh mulakan?" soal Luqman dan Ikhwan tersenyum menoleh ke arah Yusri.
"Uncle Yusri kamu akan menjadi leader kamu kali ini.." jelas Ikhwan dan Yusri berdehem.
"Uncle Yusri?" soal Luqman.
"Maaf ini mengejut.. Mereka juga dilengkapi dengan teknologi hampir sama hebat dengan negara Sakura.." jelas Yusri mula memberikan penjelasan.
"Apa?" soal Luqman dan Angelina serta Angelica hanya berpandangan,Aisha pula hanya mendiamkan diri.
"Skuad kau tiada yang mampu melakukan godaman.. Jadi aku akan bantu..." jelas Yusri tersengih.
"Bagaimana dengan uncle Ikhwan?" soal Luqman lagi.
"Aku ada urusan lain.. Sebab itu aku minta uncle Yusri kamu bantu korang.." jelas Ikhwan.
Luqman mengangkat bahu sahaja,tidak mahu bertekak mulut dan Fasha hanya tersenyum memerhatikan gelagat Luqman.
"Semua akan okay ke?" soal Fasha berbisik.
"Jangan risau.. Luqman orang yang sesuai untuk misi ini." jelas Ikhwan tersenyum.
Kapal pesawat hitam siap sedia untuk berlepas,Luqman segera melangkah masuk disusuli Angelina dan Angelica. Aisha pula berhenti di pintu kapal,dia memandang ke arah Fasha.
Fasha mengangguk sahaja dan Aisha tersenyum,lalu segera melangkah masuk. Luqman mengambil tempat duduk,dan disusuli dua orang kembar itu. Aisha juga duduk di sebelah Luqman,putera itu memberi isyarat pada juruterbang supaya berlepas.
Pesawat hitam menyusur laju lalu memecut terbang,Ikhwan hanya memerhatikan sahaja pesawat itu terbang pergi. Yusri yang berada di kokpit bersama pilot,hanya sekadar tersenyum sahaja melihat monitor kamera.
=====================
Green City
Aminudden menggeliat panjang dan tersengih,Zafrey dan Aliff hanya memerhatikan dia sahaja tanpa berkata apa-apa.
"Okay guys.. Let's go!" ujar Aminudden tersenyum.
"Wait a minute! Why you giving order?!" soal Zafrey tidak puas hati.
"Well.. I'm more superior than you.. It is obvious I'm the one giving order.." jelas Aminudden.
"The heck with that?!" soal Zafrey.
Pertelingkahan itu hanya disaksikan oleh Aliff,dia hanya mengeluh sahaja tanpa berkata apa-apa. Sehinggalah dia menyedari sesuatu,mata Aliff meliar ke sana dan ke sini.
"GUYS! JUMP!!" Aliff menjerit.
"What the?" soal Aminudden dan Zafrey kehairanan.
BRAAM!!!!
Letupan berlaku dengan kuat di tempat mereka bertiga berada,dipenuhi asap habuk yang tebal dan orang awam bertempiaran lari.
Yao berdiri dari tempat jauh dengan tangannya berasap,dia menoleh ke satu arah dan Aliff mendarat.
"Hey,apa hal main serang hendap ni?" soal Aliff.
Yao hanya menyalakan api ungu dan Aliff,bersiul dan Yao terus menembak api ungunya. Aliff menangkis dengan tongkatnya,Yao sedikit terkejut dan api ungu dibesarkan.
"FIRE SHOOTER!!"
ZROOSSHH!!
Yao mengelak dengan segera dan Zafrey,muncul di hadapannya dan melancarkan serangan. Yao cuba ingin melakukan serangan,tetapi bagi dia agak terlambat.
"AQUA FIST!!"
DUSH!!!
Letusan kuat berlaku dan Zafrey menyedari sesuatu,Yao selamat dan muncul Zeke menahan penumbuk Zafrey.
"Hello bro.." ujar Zeke tersengih dan tangan kirinya,bersinar kegelapan dan Zafrey mula cemas.
"Sila mati untuk aku ya?" Zeke berkata sinis.
Aminudden muncul di sebelah dengan tiba-tiba,Zeke hanya menjeling sahaja dan tinju Aminudden menyalakan api biru.
"GET OFF YOUR HAND FROM MY COUSIN!!" Aminudden menghayunkan penumbuk tepat ke muka Zeke.
DUUUSSH!!!
Pegangan tangan Zafrey terlepas,Aminudden menyedari ada satu lagi serangan. Segera Aminudden mencekak kolar Zafrey,dia menarik sepupunya mengelak serangan hendap.
ZRASSHH!!
Satu serangan gelombang seperti potongan udara,dielak oleh Aminudden dan mendarat di satu tempat. Aliff muncul di sebelahnya,Aminudden melepaskan kolar Zafrey dan sepupunya terjatuh.
"Oi! Elok-elok lah!" ujar Zafrey tidak puas hati,namun dia terdiam apabila melihat air muka Aminudden yang serius.
Seorang pemuda berambut putih,mendarat dalam keadaan membelakangkan mereka. Theodor menoleh dan merenung ke arah Aminudden,Zeke dan Yao muncul di sisi Theodor. Tidak lama lepas itu pula Qutie juga muncul,Shayne juga muncul.
"Kau lagi..." ujar Aminudden.
"Yo! Happy to meet again.." ujar Zeke.
"Sorry,I'm not.." kata Aminudden.
"Ouhhh... You break my heart.." Zeke berkata dengan muka sedih.
"Shut up Zeke.." ujar Theodor dan Zeke terkejut.
"Kau Aminudden Al'Reezal..?" soal Theodor.
"Kenapa kalau ya?" soal Aminudden.
"Sebab aku tidak mahu bunuh orang yang salah.." ujar Theodor dan Aminudden mengetap gigi sebaik mendengar kata-kata lelaki berambut putih.
"Ouh.. Yeah? Kau nampak yakin.." ujar Aminudden.
"Am... Kita dalam keadaan terdesak,mereka berlima.. Kita hanya tiga orang.." ujar Zafrey pula.
"Kamu berempat tidak perlu bergerak.. Aku boleh uruskan dengan cepat.." Theodor berkata dengan dingin.
SRAKKK!!
Aminudden terkejut apabila tubuhnya,ditembusi tangan Theodor dan Zafrey serta Aliff terkejut.
"AMINUDDEN!!"
Zafrey dan Aliff menghayunkan serangan,Theodor kembali di tempat dia berdiri. Aminudden terus rebah dan mereka berlima,sudah hilang dari pandangan mata.
"Tak guna!! Am!! Oi!"
======================
Apa yang akan berlaku pada Aminudden?
Adakah dia akan terselamat?
Harap bersabar untuk sambungan chapter akan datang
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top