Chapter 54 : Latihan & Masalah
Luqman dan Aminudden terkejut manakala Ikhwan,mukanya langsung tidak menunjukkan emosi. Hanya bersahaja seolah-olah tiada masalah,Fasha menggelengkan kepala sahaja.
"Apa maksud uncle?" soal Luqman.
"Cebisan kuasa Zagdrus ada dalam badan kau.. Sebab tu kau tak boleh kawal kuasa kau.." jelas Ikhwan.
Luqman terkejut dan mendecih,tidak sangka Zagdrus dapat lakukan tanpa dia sedar. Aminudden hanya diam memerhatikan abangnya,Ikhwan memandang ke arah Fasha.
"Kau,Fasha? Mana anak didik kau?" soal Ikhwan.
"Aku tak tahu.." ujar Fasha.
"Hubungi la dia.." kata Ikhwan.
"Budak tu tak guna phone!"
"Bagi la satu! Gaji ribu-ribu,satu smartphone pun kedekut ke?"
"Amboi sedapnya mulut bercakap.."
"Kau cari budak tu sekarang!"
Fasha terdiam apabila Ikhwan berikan arahan,dengan renungan bagaikan ingin menelannya hidup-hidup.
"Yelah-yelah.. Itupun nak marah.." Fasha berkata meluat.
"Dah jumpa,bawak masuk pejabat aku faham?" ujar Ikhwan dan nadanya ditekan.
"YA,FAHAM PUTERA KEENAM. IKHWAN SYAH AL'SOLLEH.." balas Fasha dan apabila dia ingin beredar,dia terkedu kerana Alisa yang bersama Serina tiba-tiba muncul.
"Alisa... Err.. Hai..hehe.." sapa Fasha dan menoleh ke belakang,Ikhwan bersahaja memandang ke tempat lain.
Luqman dan Aminudden hanya menjeling bapa saudaranya,lepas itu mereka menggelengkan kepala.
"Uncle dah lama perasan auntie kat situ kan?" soal Aminudden.
"Diam Am.. Buruk padahnya.." ujar Luqman.
Serina yang turut ada sama sekadar memerhatikan Alisa,manakala Alisa pula yang mulanya serius kemudian tersenyum.
"Hai Fasha.. Lama tak jumpa.." kata Alisa tersenyum manis.
"Err... Kau tak marah?" soal Fasha.
"Marah? Sebab apa?" Alisa menyoal masih lagi tersenyum.
"Sebab aku jumpa suami kau?" jawab Fasha.
"Ouh janganlah macam tu,awak berjumpa dengan atas urusan kerja bukan.. Tidak MENGGATAL kan..." kata Alisa sambil tersenyum,tetapi aura menyeramkan dapat dirasa.
Fasha menelan air liur dan jantungnya berdegup laju,dia merasakan Alisa mengancamnya dalam diam. Luqman dan Aminudden yang memerhatikan dari belakang Fasha,terkebil-kebil melihat reaksi ibu saudaranya.
"She's mad..." ujar Luqman.
"Yes.. She's mad.." sokong Aminudden.
"Okay that's enough Alisa... If you mad.. Just say it.." ujar Ikhwan menghampiri mereka.
"But....." Alisa berkata memandang Ikhwan,kemudian menjeling ke arah Fasha.
"Come on don't be so immature.. I'm your husband right? She's just my friend....nothing more..." ujar Ikhwan memandang Serina,gadis blonde itu memandang ke tempat lain.
"Alright... Sorry..." kata Alisa menundukkan wajahnya,tiba-tiba kepalanya diusap oleh Ikhwan.
"It's okay.. And you Fasha,don't just stand there.. Go find your pupil.." ujar Ikhwan dan Fasha tersentak,terus dia beredar.
Luqman malas nak masuk campur dan berpaling,tangannya dihalakan ke hadapan dan Aminudden kehairanan dengan tindakan abang dia.
"Bang?" soal Aminudden kehairanan.
Kzztt!!!!
Kilat ungu mengalir dan Aminudden terkejut,Ikhwan dan Alisa menoleh serta Serina memerhatikan sahaja. Luqman terus menembak ke arah bongkah tanah kecil,lalu meletup dan hancur menjadi debu.
"Bagaimana?" soal Ikhwan dan Luqman menoleh ke arahnya.
"Saya dah boleh kawal semula kuasa saya..." jelas Luqman.
Ikhwan mengangguk berpuas hati,dia segera melangkah pergi diekori Alisa. Serina hanya sekadar mendiamkan diri,Luqman hanya membalas tenungan mata Serina.
"Miss? Ada sesuatu nak beritahu?" soal Aminudden dan Serina hanya tersenyum sahaja.
"Tiada apa-apa.. Maaf.. Minta diri.." ujar Serina dan beredar,Luqman dan Aminudden berpandangan.
Suasana menjadi sunyi seketika,dua beradik itu berbalas pandangan. Tidak lama berbalas senyuman sinis terukir di mulut masing-masing,dua beradik itu segera menyeru pedang.
"Shall we continue?" soal Luqman.
"After you my dear brother.." ujar Aminudden.
TANG!!!!
Letusan berlaku sebaik mereka berlaga pedang,Luqman dan Aminudden bertempur kembali. Alisa memandang ke belakang,Serina pula sekadar tersenyum sahaja.
"Abang mereka berlawan semula.." ujar Alisa.
"Biarkan.. Nanti tamat la tu.." balas Ikhwan bengang.
===================
Zareena duduk secara melutut di tengah-tengah bilik latihan,tiada latar belakang ditetapkan dan hanya kosong putih. Dia menumpukan kuasa dalaman,sambil diperhatikan oleh ibunya Razeedah dan Intan.
Nafasnya diatur secara mendatar,dia memejamkan mata dan aura seperti asap menyelubungi tubuhnya. Intan memerhatikan sahaja dari tepi,dia memandang ibunya.
"Apa yang kakak lakukan?" soal Intan.
"Latihan kawalan ki..." jelas Razeedah.
"Latihan kawalan ki? Apa tu?" soal Intan tidak faham.
"Pengawalan kuasa dan aura kamu.. Perlu stabil untuk menentang musuh.." ujar Razeedah lagi.
"Puteri? Boleh aku mulakan?" soal Akif yang bersama mereka dari tadi dan Zareena sekadar mengangguk.
Akif menekan alat kawalan jauh,dinding putih terbuka di semua tempat dan muncul drone tempur yang banyak. Intan terkejut dan Razeedah hanya mendiamkan diri,Zareena menghela nafas pendek dan penumbuknya dilagakan.
"Gaia make Iron Fist!" berlaku letusan di sekeliling Zareena.
Semua drone tempur lampunya bertukar merah,lalu meluru laju ke arah Zareena.
"Kakak!" Intan risau.
Zareena merendahkan sedikit badannya,kemudian melakukan tumbukan dihayunkan ke udara.
Tepat dan jitu!
Drone tempur yang menyerangnya terus terbelah menjadi dua,satu lagi drone menyerang dari tepi. Zareena menghayunkan tendangan,hancur drone tempur sekelip mata.
"Dragon...." Zareena mengembungkan mulut.
"SKY BREATH!!"
ZWOOSHH!!
Lima drone hancur dalam masa dua saat,Zareena menghela nafas panjang sambil mengatur pernafasannya. Razeedah agak terkejut dengan serangan anak sulungnya,Zareena mengambil nafas dan terus meluru ke arah drone tempur.
BRAKK!!
KRAKK!!
PAKK!!
"DRAGON SKY PURE DANCE!!"
Serangan Zareena buatkan Razeedah terpesona,Intan juga sama dan Akif hanya sekadar tersenyum.
"Waa... Dance of Sky arts.. Looks like she already master it..." ujar satu suara.
Razeedah dan Intan menoleh,Ikhwan melangkah masuk ke dalam bilik. Alisa menyusul dari belakang,tidak lama lepas itu muncul Siddiq dan Aqirah.
"Hai kak.. Tak ganggu kan.." ujar Ikhwan menyapa.
"Kalau akak kata ganggu pun,kau apa peduli..." balas Razeedah tersenyum.
"Yeah.. Bingo,as I expected from my sister.." ujar Ikhwan memerli dan Razeedah hanya memutarkan bola matanya.
"Lagi satu abang Aswandy ada datang..." kata Razeedah dan Ikhwan sedikit terkejut,kemudian mengangguk.
=========================
Aswandy menghirup air teh dalam cawan,dia menghela nafas pendek selepas minum. Reezal hanya menongkat dagu sahaja,dia sekadar perhatikan abangnya yang bersahaja.
"Minuman yang lazat.. Terima kasih.." ujar Aswandy menoleh pada dayang yang duduk tidak jauh dari mereka.
"Terima kasih tuanku,ia satu penghormatan..." balas dayang itu tersenyum.
"Okay kau nak apa datang sini?" soal Reezal.
"Saja melawat,tak boleh ke?" Aswandy berkata selamba.
"Saja melawat kau kata? Aku ada banyak kerja nak uruskan kau faham tak bang? Kau tu tak ada kerja ke?" Reezal berkata bengang dan Aswandy sekadar bersiul.
"Kau ni memang main-main la.. Kau datang seorang je ke?" soal Reezal.
"Aku datang dengan Zafrey.." kata Aswandy.
"Jadi.... Mana anak kau?" soal Reezal lagi.
"Tadi tiba-tiba je dia terus pergi tempat lain.. Lesap macam tu je.." jelas Aswandy selamba.
Reezal yang mendengar jawapan abangnya,mengeluh sahaja dan tundukkan kepalanya. Pasrah dengan perangai acuh tak acuh Aswandy,dia mengurut dahinya.
"Seriously.. I lost my words.." ujar Reezal dan Aswandy tersengih.
"Ouh thank you.." kata Aswandy.
"I'm not praising you damn it!" ujar Reezal bengang.
TANG!
KTANG!
KRAANG!!!
Luqman dan Aminudden berlaga senjata,pandangan mereka bertemu dan berbalas senyuman licik. Mereka melibas dan tergerak ke belakang sedikit,Luqman memusingkan pedang ungunya dan Aminudden pula mencacakkan pedang pada tanah.
"Royal-Sword Art!" serentak mereka menjerit dan mengangkat pedang masing-masing.
"BLUE FEATHER!!"
"THUNDER CRUSH!!"
ZRASSHH!!!
KRZZZTT!!!
BOOMM!!!
Letusan yang kuat berlaku dan asap tebal terhasil,namun Luqman dan Aminudden bertembung semula. Akibatnya habuk dan asap terus lenyap,dek impak lagaan pedang mereka.
Aminudden yang berbalas senyuman dengan abangnya,menyedari seseorang sedang melompat tinggi di belakang Luqman. Orang itu ialah Zafrey melompat tinggi,bersama lembingnya dan jelas Zafrey tersenyum sinis.
"Bro.. Belakang..." ujar Aminudden.
"Jangan harap,aku takkan tertipu.." kata Luqman tersengih.
"FANG OF MEGALODON!!" jeritan Zafrey mengejutkan Luqman,dia memandang ke belakang.
"Apa?!" soal Luqman.
"Aku dah beritahu.. Blah la.. Kalau tak nak mati!" ujar Aminudden dan terus melompat tinggi,Luqman gelabah dan sempat melompat.
BRAAMMM!!!!
KLONG!!!
FWOOSSHH!!
Aminudden mendarat dan mendecih memerhatikan keadaan tanah dek serangan tadi,Luqman muncul bersama kilat di sebelah Aminudden. Zafrey memijak hujung lembing,dia tersenyum ke arah dua beradik itu.
"Hello my cousins.. I'm miss you guys.." ujar Zafrey sinis.
"Ouh yeah? Me too..." kata Luqman dengan kilat ungu memancar pada bilah pedangnya yang keunguan.
"Me three..." Aminudden menyalakan api biru pada bilah pedangnya.
=========================
Hellooo guys
Bagaimana?
Apa akan berlaku selepas ini?
Zafrey mencabar Luqman dan Aminudden?
Kena tunggu update seterusnya
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top