Chapter 53 : Kilat Hitam Meletus!
Kawah yang besar diperhatikan oleh Reezal agak lama,kemudian dia menjeling ke arah Ikhwan yang berada di sebelahnya.
"Kau ada apa-apa nak beritahu aku?" soal Reezal dan Ikhwan hanya memandang kosong ke arah abangnya.
"Apa yang kau nak tahu?" soal Ikhwan.
"Luqman tengah dalam masalah ke?" soal Reezal.
"Kau patut tanya dia sendiri,bukan tanya aku.." balas Ikhwan.
"Ikhwan! Aku tanya kau.." ujar Reezal dan Ikhwan hanya memandang abangnya,kemudian dia helakan nafas pendek.
"Bang.. Kau ayah dia.. Luqman tu anak kau.. Darah daging kau.. Jadi jika kau ambil berat... Kau tahu apa yang patut kau lakukan.." jelas Ikhwan dan beredar.
Reezal yang memerhatikan Ikhwan beredar,sekadar mendecih dan menghela nafas pendek. Reezal memandang kawah gergasi itu semula,giginya diketap kemudian mendongak memandang ke atas ke arah langit yang membiru.
"Luqman..."
Pada masa itu Luqman pula,berada di atas bumbung istana. Matanya redup memerhatikan keadaan Green City dari jauh. Tapak tangannya dia perhatikan,dia tidak mengerti kenapa dia tidak boleh kawal kuasanya?
"Kau masih tak faham?"
Luqman menjeling ke kiri,Zagdrus berdiri dalam bentuk bayangan tersenyum ke arahnya.
"Apa yang berlaku sekalipun.. Aku tidak akan mudah mengalah.." bidas Luqman dan Zagdrus ketawa sahaja.
"Tidak mudah mengalah..? Kau beritahu aku bagaimana kau nak mengawal kuasa yang tidak boleh kau kawal?" soal Zagdrus tersenyum sinis.
"Kenapa aku perlu beritahu kau?" soal Luqman dan berjalan melaluinya,tubuh Zagdrus ditembusi bagaikan melepasi asap tebal.
Sebuah kapal terbang mendarat di landasan dengan selamat,suasana di pusat lapangan kapal terbang Mentari begitu sibuk ketika ini. Fasha muncul melepasi dek pelepasan,Aisha hanya mengekorinya tanpa bicara.
"Miss Fasha Khaireena Al'Iqram?" Fasha menoleh dan Aisha merenung tajam si penegur itu.
Recca si Musang Ekor Sembilan dan juga salah seorang ahli skuad Ghost,berdiri mencekak sebelah pinggang sambil tersenyum ke arah Fasha dan Aisha.
"Ya.. Awak siapa pula?" soal Fasha.
"Tuan Ikhwan meminta saya menjemput awak.. Sila ikut saya.." kata Recca sambil tersenyum manis.
"Kenapa saya perlu ikut Hunimal seperti awak?" soalan Fasha membuatkan Recca terkejut dalam diam.
Recca dan Fasha berpandangan dengan renungan mata tajam,Aisha menelan air liur dan seseorang dari jauh menyedari keadaan tersebut lalu menghampiri ke arah mereka.
"Awak..." Recca ingin memulakan kata-katanya.
"Salam sejahtera miss..." sapa lelaki tersebut.
Fasha dan Recca memandang serentak,kemudian Recca terkejut dengan kehadiran lelaki tersebut.
"Tuan Soufy!" ujar Recca.
Soufy Al'Elias,salah seorang dari lima Elemen Knight serta mempunyai pangkat tinggi dalam pasukan polis. Sebagai ketua polis daerah Green City,kebetulan dia berada di situ selepas melihat rakannya berlepas ke luar negara.
"Apa yang sedang berlaku..? Saya terasa akan ada masalah jika saya tidak tegur kamu.." ujar Soufy.
"Awak pula siapa?" soal Fasha.
"Rasanya awak berada di luar negara terlalu lama sehingga tidak kenal ketua polis daerah Green City.." kata Recca menyindir dan Fasha merenungnya.
"Miss Recca,apa yang berlaku?" soal Soufy,Fasha terkejut dengan tindakan Soufy.
"Apa yang kau lakukan ni?" soal Fasha.
"Kenapa apa?" soal Soufy semula.
"Sebenarnya saya mendapat arahan daripada putera Ikhwan Syah Al'Solleh,untuk menjemput miss Fasha ini mengiringi ke istana.." ujar Recca dengan tiba-tiba memberi penjelasan,membuatkan mereka terdiam seketika.
"Tapi sebabkan miss Fasha ini racist dengan puak Hunimal,dia tidak mahu mengikut saya.. Jatuh standard agaknya kalau satu kenderaan dengan puak Hunimal seperti saya.." jelas Recca dengan selamba.
"Hey Hunimal,kau jangan buat cerita boleh?" Fasha berkata memberi amaran.
"Alahai bodohnya..." ujar Soufy dan Fasha terdiam,Aisha hanya mampu mendiamkan diri.
"Apa yang tuan kata?" soal Fasha mula ingin marah.
"Miss Recca di sini cuma datang untuk menjemput awak,tetapi awak dengan biadab dan ego bodoh sombong berkata dengan unsur-unsur perkauman.." ujar Soufy dengan renungan tajam dan Fasha terdiam.
"Sini negara Mentari tahu? Negara tidak mengamalkan unsur perkauman atau memecah-belahkan puak-puak.. Faham?" Soufy berkata dengan nada amaran.
Akhirnya Fasha mengalah dan mengikut Recca bersama Aisha,dia mendiamkan diri tidak mahu berkata apa-apa. Apabila dia tiba di istana dan terus ke pejabat Ikhwan,hanya digelakkan oleh Ikhwan sahaja sebaik diceritakan.
"Janganlah gelak!" Fasha berkata bengang.
"Perangai kau bencikan Hunimal jangan bawa ke negara Mentari boleh? Apa yang berlaku di masa lepas tiada kena-mengena dengan skuad aku.." ujar Ikhwan.
"Bagaimana kau boleh pasti ia bukan kerja salah seorang daripada mereka?" soal Fasha.
"Sebab aku percayakan mereka.." kata-kata Ikhwan buatkan Fasha terdiam.
"Cukuplah,ni mana budak yang kau latih tu?" soal Ikhwan.
"Apa maksud kau,dia ada dengan aku kan?" kata Fasha dan menoleh ke sebelahnya,kemudian dia terdiam kerana Aisha tiada bersamanya.
Fasha terkebil-kebil dan memandang Ikhwan,kemudian dia perhatikan keadaan sekeliling pejabat Ikhwan dan tiada kelibat Aisha.
"Aisha?"
====================
Luqman dan Aminudden berbalas pandangan,mereka berdiri tegak menghadap antara satu sama lain. Mereka kini berada di tanah lapang,satu kawasan yang bergambar dengan istana.
"Kau mimpi apa tiba-tiba je ajak sparring ni?" soal Aminudden.
"Kau je yang sesuai jadi teman berlatih.. Sebab kau je boleh setanding dengan aku.." ujar Luqman memberi jawapan.
"Apa-apa sahaja.. Apa kita mulakan?" soal Aminudden memasang kuda-kuda.
"Baguslah kalau kau faham.." ujar Luqman turut bersiap-sedia.
Luqman dan Aminudden berbalas tenungan,suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran bunyi tiupan angin serta dahan kering bergolek melepasi kawasan tersebut.
Sebatang pohon dan daun salah satu gugur ke bumi,seolah-olah suasana menjadi sunyi dan sebaik daun gugur mencecah ke tanah. Luqman dan Aminudden terus meluru ke arah satu sama lain,pertembungan tinju berlaga berlaku.
DUUUSSH!!!
HUWOOSHH!!
Angin bertiup kencang meniupi debu-debu berterbangan,Ikhwan dan Fasha memandang ke luar tingkap merasai pertarungan yang baru berlaku.
Tangan Aminudden dan kaki Luqman yang melekat,dipisahkan kemudian Luqman memusingkan badannya melakukan tendangan. Aminudden pula menahan dengan tangan kiri,kemudian tangan kanan dinyalakan api biru.
"BURNING FIST!!"
Luqman segera melompat secara back flip,mengelak hayunan tumbukan Aminudden. Sebaik Luqman mendarat dia terus melakukan hayunan sepakan,serta diselangi kilat ungu.
"DRAGON KICK!!"
Aminudden segera berundur ke belakang,melakukan lompatan seperti kuak lentang berkali menjauhkan jarak. Busur diseru dan Luqman sedar,segera menghasilkan pisau belati dari kilatnya.
"RAPID ARROW!!"
"THROWING KNIVES!!"
TUSSH!!
TUSSH!!
TUSSH!!
BOOMM!!
BOOMM!!
Maka berlakulah pertembungan anak panah dan pisau kilat lalu menghasilkan letupan,Aminudden tidak puas dan melenyapkan busurnya. Luqman juga begitu menghentikan balingan pisau kilat,mereka terus bertembung dan berbalas tinju kaki serta tangan.
Luqman menghayunkan tendangan dan Aminudden mengelak ke kanan,api merah yang marak dinyalakan dan Luqman terkejut.
"FEATHER FLARE!!"
"Jangan haraplah.. BOLT TRIGGER!!"
Pertembungan dua kuasa mereka itu menyebabkan mereka sendiri,tercampak ke belakang dan menyeret kaki masing-masing. Aminudden mengembungkan mulutnya,Luqman menyedut udara seperti vakum.
"FLAME BREATH!!!"
"DRAGON ROAR!!"
BOOMM!!!.
BRAAM!!!!
DEGUUMM!!!
Letusan kuat dan impak yang kuat terhasil,Aminudden merapatkan kedua tapak tangannya sedikit lalu bebola api kecil terhasil. Aminudden segera melompat dan sebaik diangkat tangannya ke udara,bola api itu menjadi begitu besar.
"SUN DESTROYER!!"
Luqman mengangkat sedikit tangan kanannya,bola kilat ungu terhasil dan sebaik dibesarkan. Kilatnya menjadi warna hitam,Luqman terkejut dan Aminudden kehairanan dengan reaksi abangnya.
"LANTAKLAH!! PLANETARIUM DARK BOLT!!"
Luqman membaling bola kilat itu ke arah bola api Aminudden,segera Aminudden terbang pergi dari situ.
BRAAAAMMMM!!!!
BOOOOOOMMMM!!!!
ZWOOOOSSHH!!
Letusan berlaku dengan amat kuat serta menggerunkan,Ikhwan yang baru tiba di situ bersama Fasha hanya tergamam. Dua kuasa yang sedang bertembung,tiba-tiba hilang kawalan dan bergabung menjadi bola sfera gergasi yang berwarna kehitaman.
Luqman dan Aminudden tercampak dek efek angin kencang,Ikhwan mendecih lalu menyeru rantai dan menangkap mereka berdua mengelakkan terpelanting lebih jauh.
"Ayark!!" Aminudden ditarik dan terjatuh terlebih dahulu,dia mendongak ke atas melihat abangnya melayang ke arahnya.
"Alamak..." kata Aminudden pasrah.
DUSSSH!!
"Ayarkk berat!!" Aminudden mengerang apabila abang jatuh di atasnya.
"Sorry Am.." ujar Luqman.
"Kalau sorry,cepatlah bangun..." balas Aminudden menahan senak pada belakang badannya.
Luqman segera bangun dan memapah adiknya,Fasha hanya terkebil-kebil melihat keadaan pertembungan kuasa di hadapannya.
"Kalau dibiarkan,ia akan semakin membesar." ujar Fasha memandang Ikhwan.
Ikhwan berjalan ke hadapan,Fasha kehairanan dan dua beradik itu berpandangan. Tidak boleh agak apa yang akan dilakukan oleh bapa saudaranya,Ikhwan menghentikan langkahnya dan menghela nafas pendek.
Mata Ikhwan pejam dan dibuka semula,tubuhnya seakan terbakar dan terus bersinar. Sekelip mata berubah menjadi seekor naga,Fasha terkejut dan Aminudden ternganga kemudian dagunya ditolak katup oleh Luqman.
"DRAGON KING CLAW!!" Ikhwan menghayunkan libasan cakaran ke arah sfera hitam gergasi.
ZRASSSHHH!!!!
Sekelip mata bola sfera kegelapan itu terus lenyap,kali Luqman dan Aminudden kedua-duanya mulutnya tergamam serta ternganga. Fasha pula menolak dagu mereka katup semula mulut masing-masing,Ikhwan hanya menghela nafas pendek lalu berubah menjadi manusia semula.
Ikhwan berjalan ke arah Luqman dan aura putih,terhasil di tangan kanan dia dan Luqman kehairanan. Ikhwan pantas menekap tapak tangan pada dada pemuda dengan kuat,Luqman terbatuk dan aura gelap terkeluar dari tubuh Luqman.
Zagdrus muncul dalam keadaan tergolek di atas tanah,Aminudden dan Fasha terkejut. Luqman pula tidak faham apa yang berlaku,Zagdrus mendecih kemudian terus hilangkan diri. Luqman terkebil-kebil dan memandang ke arah Ikhwan,Aminudden dan Fasha pula juga berbuat demikian.
"Apa yang berlaku uncle?" soal Luqman.
"Zagdrus ada masukkan cebisan aura dia dalam tubuh kau..." kata Ikhwan dan Luqman serta Aminudden tergamam,Fasha pula sekadar menjadi pemerhati.
"Apa?!"
=======================
Hellooo guys..
Apa khabar semua?
Harap berpuas hati dan sila tunggu untuk sambungan seterusnya
Bagi yang baru follow aku,janganlah baca cerita ini
Aku buat cerita bersiri,aku dah beritahu dalam description baca yang mana dulu.
Sila COMMENT & VOTE seperti biasa
That's all
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top