Chapter 52 : Dilema Ikhwan
Aminudden,Alia dan Hikari yang sedang berkongsi perasaan diganggu dengan kehadiran Theodor. Salah seorang yang memuja Zagdrus,api biru Aminudden membara terus. Theodor merenung Aminudden dengan dingin,Alia dan Hikari hanya menjauhkan diri supaya tidak mengganggu Aminudden.
"Kau siapa huh? Datang tempat orang dan menyerang tiba-tiba.." kata Aminudden.
"Aku dah beritahu,aku nak nyawa kau supaya tuan kami bangkit semula.." jawab Theodor.
"Tuan kau?" soal Aminudden.
"Tuan kami.. LORD ZAGDRUS.." Theodor berkata dengan air muka dingin.
Aminudden memusingkan tubuhnya lalu menembak libasan api,Theodor mengelak dengan mengiringkan badannya. Aminudden terus meluru ke arahnya,api marak di kedua-dua buku limanya.
Namun muncul Shayne dan Yao dengan mengejut,melakukan pukulan pada Aminudden sehingga putera itu tercampak semula ke belakang. Alia dan Hikari terkejut,mereka ingin mendapatkan Aminudden.
"JANGAN KE SINI!!" Aminudden memberi amaran sambil bangkit.
"Kau fikir kau layak nak mencabar Theodor?! Manusia lemah!" Shayne berkata angkuh,Yao tidak berkata apa-apa hanya mendiamkan diri.
"Heh... Aku tidak mahu dengar ayat tu daripada orang yang serang hendap.." jelas Aminudden tersengih.
"Aku ubah fikiran..." Shayne bersiap-sedia dan menunjukkan aura kuasanya.
"AKU AKAN BUNUH KAU TERUS!!" Jerit Shayne merenung Aminudden dengan tajam.
"He snap.. Heh.." ujar Aminudden tersengih.
Yao pula menyalakan api dia yang berwarna keunguan,Aminudden hanya menghela nafas pendek. Mata merah menyala dan api biru,marak di seluruh badan menyelubungi dirinya.
Shayne terus meluru ke arah Aminudden,Yao juga sama dan Aminudden hanya tersenyum kelat. Dia menangkis serangan mereka,Shayne menghayunkan tumbukan dan Aminudden segera mengelak. Yao muncul dan sepakan dilakukan,Aminudden tercampak dan bergolek di atas tanah.
"Aminudden!!" Alia mula risau.
"Aku akan tamatkan nyawa kau!!" Shayne muncul dengan pantas,Aminudden tersentak kerana tidak sempat mengelak atau menahan.
"Amboi sedapnya nak tamatkan nyawa orang?" soal satu suara dan Shayne mendongak,kepala dia ditekup dan dihempas ke tanah.
KRAKKK!!!
"YANG MAMPUS TU KAU!!" Jamel rupanya menegur dan menekup kepala Shayne,Alia dan Hikari tersenyum lega.
"Uncle Jamel!?" Aminudden terkejut.
Shayne dibenamkan ke tanah,Yao dan Theodor terkejut kerana tidak merasai kehadiran orang itu. Shayne kesakitan dan Jamel bangun berdiri,matanya menjeling Theodor kemudian tersenyum sinis.
"Ambil balik budak kau ni!" Jamel menyepak Shayne sehingga tercampak dan jatuh di hadapan Theodor serta Yao.
"Tak guna kau!" Yao berkata sebaik mendapatkan Shayne.
"Korang datang tak sopan plus nak cuba membunuh,buat apa aku nak berbudi..?" soal Jamel tersengih.
"Kau..." Yao ingin membidas namun Theodor menahan.
"Theodor?" Yao kehairanan.
Theodor berjalan ke hadapan,dia dan Jamel berbalas renungan. Aminudden hanya menjadi penonton,Hikari mendapatkannya bersama Alia serta menyembuhkan menggunakan skill healing.
"Kalau kau menghalang,dengan kau sekali aku hapuskan.." Theodor memberi kata-kata ugutan.
"Jadi apa bezanya? Apa kata kau berambus dari sini.." Jamel berkata dengan tenang.
"Kau sememangnya berani.." ujar Theodor dan aura gelap yang kuat mula terasa,Jamel agak terkejut kemudian tersengih.
Theodor tersentak akan sesuatu,Yao yang mulanya sibuk memeriksa keadaan Shayne. Sesak nafas dengan tiba-tiba,Theodor membesarkan mata dan tubuhnya mula menggigil. Yao sesak nafas kerana aura bunuh daripada seseorang,amat kuat dan juga menakutkan.
Tapak kaki melangkah kedengaran,tiga orang bawahan Zagdrus terkaku tidak mampu bergerak. Anak mata yang kemerahan menyala,merenung ke arah Theodor dan Yao. Shayne kekal terbaring di atas tanah,cengkaman dan hempasan Jamel amat kuat.
"Kamu datang ke sini nak bunuh anak saudara aku?" soal suara itu dan Theodor perlahan-lahan menoleh ke belakang.
Ikhwan Syah Al'Solleh merenung mereka bagaikan naga yang sedang merenung mangsanya,Theodor menelan air liur dan peluhnya mengalir.
"Mula-mula Luqman.. Kali ini adiknya pula jadi sasaran? Kamu nak aku tamatkan nyawa kamu sekarang?" soalan Ikhwan membuatkan Yao tersentak,dia termengah-mengah dengan Ikhwan hanya mengeluarkan aura bunuh sahaja.
"Nampaknya kita tidak mampu capai objektif kita..." ujar Theodor.
"Theo?" soal Shayne sambil menahan kesakitan.
"Kita hilang kelebihan..." jelas Yao.
Theodor hanya berdiri tenang,dia segera menghasilkan bulatan magis. Jamel dan Aminudden terkejut,Alia dan Hikari hanya memerhatikan sahaja. Ikhwan pula tidak melakukan apa-apa,hanya melihat mereka lenyap dari pandangan mata.
"Mereka larikan diri..." ujar Jamel mendecih.
"Itu pilihan yang bijak.. Nyawa mereka terselamat.." kata Ikhwan.
"Kau boleh jejaki mereka.. Kenapa kau tidak kejar?" soal Jamel.
"Sebab ada dua lagi kawan mereka yang sedang bersembunyi,menanti peluang untuk serang hendap.." jelas Ikhwan dan Jamel terkejut kemudian meninjau sekitar kawasan.
Pada masa itu Zeke dan Qutie,sedar rancangan mereka tidak berjaya. Segera berundur dan Ikhwan hanya menjeling ke satu arah,di mana Zeke dan Qutie bersembunyi.
"Uncle..." ujar Aminudden dan Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Kau okay?" soal Ikhwan.
"Terima kasih pada uncle,saya masih bernafas.. Ya saya okay.." jelas Aminudden dan Ikhwan sekadar mengangguk.
"Maknanya kau kurang latihan..." ujar Ikhwan sambil mengangguk beberapa kali.
"Betul kata uncle.." kata Aminudden mengeluh,Alia dan Hikari berpandangan.
"Kenapa aku rasa boleh agak apa yang akan jadi nanti?" Jamel berkata dalam hati,Ikhwan tersenyum sinis dan Aminudden mula tersengih menelan air liur.
"Kau perlu latihan lebih ketat lagi.." kata Ikhwan dengan senyuman penuh licik.
"Heh?..." Aminudden tersengih kelat.
**************************
Pagi yang dingin dan fajar mula terbit,orang ramai berpusu-pusu keluar untuk mencari rezeki. Ada yang berniaga dan ada yang berkhidmat untuk kerajaan,juga yang bekerja sebagai pekerja kolar putih.
KRAANG!!!
Sebongkah batu yang besar terbelah dengan tiba-tiba,Luqman kelihatan sambil menongkat pada kedua-dua peha termengah-mengah. Dia sedang berlatih di awal selepas subuh,peluh pada muka dikesat dengan penumbuknya.
"Ha.. Ha... Apasal aku ni?" soal Luqman memerhatikan tapak tangannya.
Luqman berlatih untuk persediaan menghadapi musuh,namun entah kenapa dia merasakan sesuatu tidak kena pada dirinya. Seolah-olah dia tidak boleh mengawal kuasanya dengan betul,kilatnya seakan tidak stabil.
Matanya dipejam dan menumpukan kuasa,kilat dihasilkan menyelubungi seluruh tubuhnya. Tinju kedua-duanya mengalir kilat ungu seperti biasa,Luqman membuka kelopak mata dan terkejut apabila Zagdrus berada di hadapannya sambil tersenyum.
"Yo kid.." ujar Zagdrus.
"Apa yang kau nak?" soal Luqman.
"Kau sepatutnya sudah tahu..." kata Zagdrus tersengih.
"Kau sepatutnya tahu jawapan aku,aku tidak akan serahkan tubuh aku pada kau..!" Luqman berkata dengan merenung Zagdrus tajam.
"Kau boleh menafikannya,tetapi lambat laun tubuh kau akan menjadi milik aku..." ujar Zagdrus tersenyum sinis dan Luqman mengetap gigi.
"SIAL KAU!!" Luqman meradang dan tanpa sengaja menyeru kilat hitam.
ZRASSHH!!
KRAANG!!!!
BRAAM!!!!
Letupan kuat menggegarkan keadaan sekeliling,keadaan itu dirasai oleh Ikhwan dan Aminudden yang sedang berlatih. Luqman membesarkan matanya dan kawah yang sebesar bandar,terhasil dan Luqman menggigil serta bayangan Zagdrus hanya tersenyum kemudian hilang.
Ikhwan dan Aminudden muncul sekelip mata,Aminudden tergamam melihat apa yang berlaku. Ikhwan sekadar mendiamkan diri,dia merasai daya kuasa Zagdrus.
Theodor dan Yao yang memerhatikan dari jauh,hanya terus beredar tanpa dikesan kecuali Ikhwan tetapi raja naga membiarkan sahaja. Dia lebih risaukan keadaan Luqman,kuasa kilat hitam lebih menakutkan dari apa yang dia jangkakan.
"Apa yang harus aku lakukan?"
=====================
Hellooo guys
Apa khabar semua?
Harap sihat semua ya,jaga kesihatan korang okay
Bagaimana chapter kali ini
Harap korang berpuas hati
Jumpa di lain chapter
Sila komen dan vote
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top