Chapter 50 : Kita Cuba Lagi Lain Kali


Luqman berjalan sendirian di kaki lima,dia memikirkan apa yang ibu dia beritahu. Langkahnya terhenti dan dia memandang ke satu arah,dia sekadar memerhatikan keadaan gunung yang jauh dari istana.

Antara percaya atau tidak,adakah bapa saudaranya tahu mengenai hal ini?

Jika ya,kenapa Ikhwan tidak memberi tahu hal ini kepada dia?

Apabila difikirkan semula buatkan dia pening kepala,Zagdrus adalah moyang dia?

Pengasas keluarga ibunya dahulu,dia menggenggam erat penumbuknya. Tiba-tiba bahunya dipegang oleh seseorang,Luqman segera menoleh dan orang itu ialah Aminudden yang tersenyum ke arahnya.

"Am.." ujar Luqman.

"Yo.. Jauh ke gunung kau termenung?" soal Aminudden tersengih.

Luqman tidak menjawab dan Aminudden hanya sekadar menghela nafas pendek,melihat abangnya kembali memandang ke hadapan.

"Hey Am.. Boleh aku tanya satu soalan?" soal Luqman.

"Boleh.. Jangan kata satu,sedozen pun boleh tapi tak tahu la aku boleh jawab ke tak.." ujar Aminudden berseloroh dan Luqman tergelak mendengar lawak adiknya.

"Hehe.. Takdelah sampai banyak camtu..." Luqman berkata sambil menggelengkan kepala.

Luqman dan Aminudden senyap semula,Luqman menarik nafas panjang kemudian dihelakan. Aminudden hanya menunggu sahaja apa yang ingin dilontarkan oleh Luqman,abangnya menoleh ke arahnya.

"Jika aku berpihak kepada kegelapan dan tidak boleh berpatah semula.. Kau sanggup bunuh aku?" soal Luqman dan Aminudden terkedu.

Seolah-olah hanya mereka berdua di kaki lima itu,suasana menjadi sunyi dan sepi seketika. Luqman tersenyum dan Aminudden hanya merenung abangnya dalam-dalam,dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh abangnya ketika itu.

"Kau merepek apa ni?" soal Aminudden kehairanan.

"Jawab soalan aku dulu..." ujar Luqman tersenyum.

"Aku akan tetap tarik kau dari kegelapan.. Jika aku bunuh kau.. Aku hanya dapat sesalan sahaja.." jelas Aminudden dengan air muka serius.

"Tapi..." Luqman ingin berkata tetapi Aminudden telah memotong kata-katanya.

"Tidak kira berapa banyak kali kau menolak,aku tetap dengan pendirian aku.. Aku akan tarik kau keluar dari kegelapan..." ujar Aminudden dengan muka yang serius.

Luqman hanya mampu terkedu kemudian mengalah,jika dia bertekak mengenai hal ini sekalipun. Aminudden tetap dengan pendirian dia,Luqman memandang ke satu arah dan perasan Ikhwan berada di dalam taman.

Ikhwan menghela nafas dan keluar wap dingin,kemudian dia hayunkan lalu terhasil bongkahan ais yang besar. Tidak lama lepas itu Ikhwan menghayunkan tangannya,lalu potongan angin membelah ais itu menjadi tiga dan tumbang ke tanah.

Luqman dan Aminudden berpandangan,Ikhwan melakukan hayunan tinju dan diiringi elemen berbeza. Ikhwan mempraktikkan tarian tinju berbeza,tetapi kebanyakan dia menggunakan elemen air,kilat dan angin.

"Kalau tidak silap,sekarang uncle boleh kawal 5 elemen bukan?" soal Luqman.

"Yeah.. Kau tak tahu ke?" soal Aminudden.

"Bukan tidak tahu,tapi jarang nampak.." kata Luqman lagi.

"Macam mana nak nampak,dia jarang berlatih untuk elemen tu.." ujar Aminudden memberi penjelasan.

"Kalau begitu,kenapa dia berlatih sekarang?" soal Luqman.

"Maknanya dia nak fokus pada 5 elemen la apa lagi?" jelas Aminudden mengangkat bahu.

Ikhwan berhenti dari terus berlatih,dia memandang ke arah dua beradik itu. Luqman dan Aminudden sedar,Ikhwan tersenyum kemudian dia mengangkat tangannya.

"Ah sudah.." ujar Luqman dan Aminudden kehairanan.

Raja naga memetik jari dan sekelip mata,mereka bertiga berada di satu kawasan tanah lapang. Luqman hanya menekup muka,Aminudden pula terkebil-kebil memerhatikan kiri dan kanan.

"Apa yang berlaku?" soal Aminudden.

"Uncle... Sesi latihan ke apa?" Luqman menduga memandang ke arah Ikhwan.

"Apa salahnya? Dari kau bermuram durja.." jelas Ikhwan tersengih.

Luqman menyalakan api rokok dan Aminudden meregangkan ototnya,Ikhwan hanya menyilangkan kedua tangan pada dadanya. Rokok dihisap sehingga habis,asap dihembus keluar oleh Luqman.

"Shall we start?" soal Aminudden.

"Come..." ujar Ikhwan.

"Don't hold back Am..." ujar Luqman.

"I know that..." balas Aminudden pula.

Suasana menjadi sunyi seketika,tiga individu berbalas renungan. Luqman melakukan asimilasi,begitu juga Aminudden melakukan perkara yang sama. Rambut Luqman berubah menjadi keunguan,Aminudden pula berubah menjadi merah kekuningan.

Ikhwan sekadar menghela nafas pendek,dia sekadar tersenyum sahaja dan dua beradik itu meluru ke arahnya dengan laju. Aminudden memecut mendahului Luqman,api merah ditembak laju ke arah Ikhwan.

Ikhwan menghasilkan dinding ais dan wap tebal,terhasil sebaik api dan ais bertembung. Namun Aminudden mengibas tangannya sekuat hati,lalu wap dingin terus lenyap dek hayunan lengannya. Luqman menghasilkan lembing kilat,Aminudden terus menundukkan kepalanya dan rejaman lembing kilat melepasi atas kepala Aminudden.

Tetapi Ikhwan hanya tersenyum lalu memijak tanah,lalu rekahan tanah terhasil dan dinding tanah menangkis serangan kilat. Luqman hanya tersengih kerana dia dapat mengagak,Ikhwan pasti dapat menahan.

Ikhwan sekadar tersenyum sinis,dia menyentuh dinding tanah dan terhasil bentuk meriam lama. Luqman dan Aminudden tergamam dek bentuk tersebut,Ikhwan memberi tabik hormat.

"FIRE!!" Ikhwan membedil meriam.

BAM!!!

"You got to be kidding me?!" jerit Aminudden mengelak bedilan.

"What the fuck?!" soal Luqman turut mengelak bersama-sama Aminudden.

KA-BOOMMM!!!

Luqman dan Aminudden segera mengelak bedilan meriam bertalu-talu tanpa henti,mereka segera mencari tempat berlindung.

"Woi bang apasal kau sembunyi?" soal Aminudden.

"Kau gila ke? Tak nak aku kena bedil dengan meriam!" ujar Luqman.

"Kau kan ada meriam naga?! Balas la balik setan!" bidas Aminudden lagi dan Luqman terdiam.

"Haah la aku lupa pula.." kata Luqman tidak bersalah,Aminudden hanya mampu menekup muka.

Luqman segera menyeru meriam naganya,kemudian dia meluru keluar dari tempat persembunyian. Ikhwan menyedari dan ingin melakukan serangan,tetapi Luqman terlebih dahulu membedil meriam tanahnya.

BRAAM!!!

Meriam buatan Ikhwan hancur dek serangan Luqman,Aminudden pula tersenyum girang dan Ikhwan sekadar memerhatikan meriam dia yang dihancurkan.

"Yeah! Hancur!! Sekarang bagaimana?" soal Luqman dan Aminudden bersorak girang.

Ikhwan hanya menghela nafas pendek,lalu dia menghasilkan bongkahan ais di belakangnya. Luqman dan Aminudden kehairanan,kemudian Ikhwan membentukkan beberapa meriam. Aminudden ternganga luas,Luqman pula tersengih menyengetkan kepala.

"Apa susah,boleh buat lagi.." ujar Ikhwan dengan senyuman menakutkan.

"AM!! TAK BERJAYA!!" jerit Luqman.

"LARI LA APA LAGI?!" balas Aminudden pula.

"Membekulah korang!" ujar Ikhwan tersengih.

BOOMM!!

BOOMM!!

"Ini dah niat membunuh!!" ujar Aminudden berlari mengelak tembakan ais Ikhwan.

"Apa kau harapkan kalau berlatih dengan uncle!?" soal Luqman yang turut berlari di sebelahnya.

Ikhwan yang menyaksikan mereka berlari selamatkan diri,kemudian dia tersengih dan mengangkat tangan ke udara. Langit menjadi gelap dengan tiba-tiba,Luqman dan Aminudden memandang ke atas.

"Err... Bang?" soal Aminudden tersengih.

"Jangan cakap,aku tahu.." kata Luqman dan Ikhwan memetik jari.

KZZT!!!

KRZZT!!!!

KRAANG!!!

Kilat memanah kuat dari atas langit ke arah dua beradik tersebut,mereka melompat dan mengelak panahan kilat.

"Aku dah agak dah!!" jerit Luqman.

"Belakang ais,atas kilat!! Lepas ni apa? Depan angin pula?!" ujar Aminudden.

Luqman dan Aminudden terkejut apabila di hadapan mereka,ada puting beliung bertiup kuat. Luqman memandang ke arah Aminudden dan menampar belakang kepala adiknya.

"Terima kasih Am..masin mulut kau.." ujar Luqman.

"Oups salah aku,teehee.." kata Aminudden mengetuk kepala dengan muka comel.

Luqman terus mencekik Aminudden dengan perasaan bengang,manakala Aminudden turut membalas dengan mencekik abangnya juga.

"TAK COMEL BIRDBRAIN!!"

"OUH YEAH? SHITY HAIR?! KAU ADA IDEA LEBIH BAIK?!"

Sekelip mata mereka direnjat oleh panahan kilat,Luqman dan Aminudden yang rentung terkebil-kebil sahaja. Dua beradik menoleh ke arah Ikhwan,bapa saudara mereka hanya dalam keadaan menghalakan tangan ke arah mereka.

"Kamu nak bertekak ke nak berlawan?" soal Ikhwan.

Luqman dan Aminudden melepaskan tangan masing-masing,mereka menarik nafas panjang kemudian nafas dihelakan. Pedang ungu diseru dan dihunus oleh Luqman,Aminudden mengepalkan penumbuknya dan api biru menyala.

"BLAZING ARROW!!" Aminudden menyeru busur helang,kemudian melepaskan panahan anak panah api biru.

Luqman memecut ke arah Ikhwan dengan panahan api biru,Ikhwan hanya tersenyum sahaja menunggu kemaraan Luqman. Pedang dihasilkan api biru oleh Ikhwan dan menangkis panahan api biru,Luqman sudah muncul di hadapannya dengan pedang di dalam genggamannya.

ZRASSHH!!!

Libasan pedang katana bersama aliran kilat di bilahnya,dielak oleh Ikhwan dan terus menghasilkan deduri dari elemen tanah menyerang Luqman. Tetapi Luqman back-flip beberapa kali ke belakang,manakala Aminudden sudah memanah anak panahnya ke arah Ikhwan.

Malah anak panah berapi biru,sudah hampir menyentuh dahinya. Ikhwan pula tersenyum sahaja,dia menggerakkan kepala ke kanan dan anak panah api biru melepasi Ikhwan.

Luqman menyeret ke belakang,lalu melepaskan hayunan beratus kali. Ikhwan pula hanya mengelak libasan pedang Luqman,Aminudden menyimpan busurnya dan terus memecut ke arah Ikhwan dengan laju.

DUSH!!!!

Tumbukan padu dihayunkan namun Ikhwan menahan kemas,mereka berbalas senyuman sebelum Luqman muncul melompat dari belakang Aminudden. Ikhwan hanya memerhatikan,Luqman terus menghayunkan tendangan.

Tendangan Luqman dielak oleh Ikhwan dengan berundur ke belakang,seperti melakukan ski di atas tanah caranya. Luqman menghalakan meriam naga,manakala Aminudden mengangakan mulutnya yang keluar api merah.

"FLAME BREATH!!"

"THUNDERSTORM CANNON!!"

KZZRRTTT!!!

ZWOOSSSHH!!!

Dua serangan dari dua elemen dilepaskan,Ikhwan hanya tersenyum melihat serangan itu. Tidak lama lepas itu,dua serangan itu bergabung dan menyerang ke arah Ikhwan. Manakala Ikhwan tersengih,mulut Ikhwan dinganga kemudian api biru keluar dari nafasnya.

"FIRE DRAGON BREATH!!!"

ZROOOSHHH!!!

BOOOMMM!!!!!

Serangan mereka bertembung lalu menghasilkan letupan yang sangat kuat,Luqman dan Aminudden tercampak ke belakang. Namun Aminudden terus menyeru sebilah pedangnya,lalu direntap kolar abangnya dan bilah pedang dicampak ke satu tempat. Aminudden menarik abangnya dan warp di tempat pedangnya tercacak,mereka selamat dari tercampak jauh.

"Oi! Kau nak bunuh aku ke?" soal Luqman geram selepas lega dari sesak nafas kerana direntap lehernya oleh Aminudden tadi.

"Aku tiada pilihan lain.. Kalau tak kau tercampak jauh tadi.." jelas Aminudden tersenyum selamba.

"Kau..." belum sempat Luqman berkata lagi,tiupan angin kencang terhasil dan melenyapkan habuk tebal yang terhasil akibat pertembungan serangan mereka.

Ikhwan berdiri tenang dan tersenyum,dia memberi tepukan tangan pada dua beradik itu. Luqman dan Aminudden kehairanan,Ikhwan sekadar tersengih sahaja.

"Apa yang berlaku?" soal Luqman.

"Boleh tahan serangan kamu tadi.. Kalau uncle tidak balas,sudah pasti uncle akan tewas.." ujar Ikhwan dan Aminudden tersengih.

"Jadi kita setanding dengan uncle?" soal Aminudden girang dan Ikhwan ketawa sahaja.

"Mana mungkin.." ujar Ikhwan sebaik berhenti dari ketawa.

"Agak dah..." kata Aminudden kecewa semula.

"Cuba lagi adikku..." kata Luqman pula.

Pada masa yang sama juga,lima orang yang memuja Zagdrus. Theodor,Shayne,Yao,Zeke dan Qutie memerhatikan keadaan bandar Green City dari udara.

"Masa untuk lakukan kerja kita..." ujar Theodor dengan renungan dingin.









==========================

Hellooo guys

Sebelum ke main event,kita kasi diorang bersuka ria dulu

Lepas ni akan ada kejutan

Hehe

Comment & vote okay

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top