Chapter 5 : Mimpi & Makna Tersirat
Luqman berdiri di tengah-tengah lautan merah,ataupun lebih tepat lautan darah yang dipenuhi mayat bergelimpangan. Dia terkejut dan menggigil,satu sudut Luqman ternampak seseorang membelakangkan dia. Manakala di hadapannya seseorang sedang melutut,apabila diamati orang itu ialah Aminudden. Lelaki misteri di hadapan Aminudden,mengangkat pedangnya dan memenggal kepala Aminudden.
"AMINUDDEN!!" Luqman terkejut dan terbangun dari tidurnya.
Luqman termengah-mengah dan tubuhnya berpeluh,dia memandang sekeliling kawasan dan menyedari dia berada di dalam rumah. Luqman tertidur di atas sofa sebaik pulang ke rumah malam tadi,dia menekup mukanya dan tidak lama Aila muncul.
"Luqman? Awak okay? Saya dengar awak jerit nama Aminudden..." ujar Aila risau.
Luqman hanya menyandar pada kerusi sofa,mendongak ke atas siling dan Aila hanya memandang dia risau. Aila duduk di sebelah suaminya,Luqman tersenyum sambil memegang pipi isterinya.
"Same dream again?" soal Aila dan Luqman mengeluh sahaja.
"Yeah.. And now I don't know what to do..." jelas Luqman menyisirkan rambutnya ke belakang.
Aila mendiamkan diri sahaja,risau akan Luqman dan pada masa yang sama. Risya memerhatikan mereka berdua di atas tangga,dia juga mendengar jeritan Luqman sebentar tadi.
Pagi dalam jam 5 ketika itu,di taman peribadi dua orang lelaki sedang berlari. Melakukan larian waktu pagi,Aminudden berlari serentak beriringan sebelah Nazryn. Pakaian mereka dibasahi peluh,tidak lama mereka berhenti di kerusi panjang.
"Mimpi ngeri?" soal Nazryn.
"Yeah.. Dia mimpi tengok ahli keluarga mati depan dia.." ujar Aminudden.
"Abang kau?" soal Nazryn sambil meneguk air mineral dalam botol besar.
"Aku,kau semua mati dan baring depan dia.. Darah penuh macam air banjir.." Aminudden berkata lagi.
"Wooo... Itu ngeri..." Nazryn berkata.
"Aku dah kata dengan dia.. Mainan tidur sahaja..." ujar Aminudden duduk di kerusi panjang.
"Mainan tidur ataupun,ramalan bro..." jelas Nazryn dan Aminudden terdiam.
"Aku takut ada seseorang cuba mengawal kuasa gelap Luqman..." ujar Nazryn dan Aminudden sekali lagi membisu.
"Kau kena ingat.. Kuasa kegelapan abang kau.. Sixth sendiri pernah pesan bukan?" soal Nazryn dan Aminudden menghela nafas.
"Itu aku tahu..." jawab Aminudden.
"Kau relax je..." ujar Nazryn dan Aminudden merenungnya.
"Kau nampak aku relax ke sekarang ni?" Sebaik mendengar soalan Aminudden,Nazryn sedar riak wajah Aminudden dan Nazryn menghela nafas.
Aminudden menghela nafas panjang,dia bangun dari kerusi kemudian beredar meninggalkan Nazryn yang terpinga-pinga. Luqman berdiri di satu tempat,kawasan bumbung istana jika ditanya. Matanya dipejam rapat dan mengesan aura yang ada di sekeliling,nafas diatur dengan kemas dan terus mempraktikkan tinju sebaik membuka mata.
Memukul angin kalau orang ramai gelarkan,tetapi hanya latihan dan latihan tidak semestinya perlukan pasangan. Luqman menghayunkan tangan dengan padu,setiap tumbukan memiliki aura tersendiri. Sehingga hayunannya menghasilkan bunyi yang kuat,Ikhwan yang berjalan di kawasan bawah berhampiran sekadar mendongak ke atas kemudian dia beredar.
Luqman menghayunkan penumbuk dan imej seseorang berambut putih,tersenyum sinis bermain di dalam kepalanya membuatkan dia berhenti berlatih. Muka ditekup dan peluh mengalir,kemudian imej lelaki berambut putih itu lenyap. Luqman mengalihkan tangan dari muka,nafas dihelakan panjang.
"Aku rasa.. Aku nak jalan-jalan pusing bandar.." ujar Luqman sendirian.
Ikhwan memerhatikan Luqman yang menunggang motorsikal kuasa tinggi,keluar dari perkarangan halaman istana dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.
"Milja.." ujar Ikhwan dan Milja keluar dari bayang Ikhwan.
"Ya tuanku..." Milja melutut.
"Kau sembunyi dalam bayang aku lagi,ouh tak apalah.. Aku nak kamu pergi perhatikan si Luqman tu..." jelas Ikhwan dan Milja mengangguk faham,kemudian tenggelam ke dalam bayang Ikhwan.
Ikhwan berdiri memerhatikan awan yang memutih,langit membiru dengan helaan nafas seseorang muncul. Farhan AL'Tuzeman melangkah dan berhenti di sebelahnya,bunyi burung berkicauan kedengaran.
"Kau pasti cuma Milja sahaja yang perhatikan Luqman?" soal Farhan.
"Siapa kata aku arahkan seorang? Noir dan Keith bersama sekali..." jelas Ikhwan.
Luqman memecut di atas lebuh raya,Milja dan Noir berpandangan kemudian mengangguk. Keith pula berhenti dari terus mengejar,dia segera berpatah balik dan Ikhwan serta Farhan mendapat maklumat.
"Luqman masuk ke lebuh raya..." ujar Ikhwan.
"Jika ingin ke bandar kota.. Tak perlu gunakan jalan tersebut..." jelas Farhan pula.
"Tuanku!" Keith muncul di sebelah kiri Ikhwan.
"Panggil Felicia dan Recca.. Noir dan Milja patah balik..." ujar Ikhwan dan Farhan mengangguk setuju.
Luqman memulaskan minyak dan kenderaan memecut lebih laju,ke mana dia ingin pergi agaknya. Tiada siapa yang tahu,Luqman hanya memecut memintas setiap kenderaan empat roda dan kenderaan berat.
Noir dan Milja menerima arahan,mereka mendarat di atas lorong. Sambil memerhatikan Luqman memasuki lorong tersebut,pada masa yang sama dua orang Hunimal sedang bersiap-siap. Pedang disisip pada belakang pinggang,sarung tangan zirah dengan senjata di sebalik jari-jemari zirah itu diuji.
"Baiklah... Masa untuk kalahkan musuh!" Recca berkata sambil tersengih.
"Oi.. Kita cuma diarahkan standby,bukan tewaskan mendadak..." Felicia pula berkata sambil menggelengkan kepala.
===========================
Hellooo guys
Sihat semua ya
Aku harap korang tak lupa siri ini berjalan,sebab tak ada yang komen dalam cerita ni sangat
Aku akan tumpukan siri ini,siri terakhir dalam TALE of YOUNG PRINCE
Jadi sila komen dan vote
Ciao
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top