Chapter 49 : Luahan & Berani Mati


Luqman berjalan di kaki lima,dia memandang ke arah sekeliling. Luqman toleh ke kiri dan ke kanan,lalu dia keluarkan sesuatu dari poket seluar.

Rokok

Ya..

Rokok dan Luqman tidak dapat dipisahkan,lalu dia tarik keluar sebatang rokok. Selit pada celahan bibir,mancis dikeluarkan dan nyalakan.

Asap berkepul dia hembus,mulutnya terukir senyuman puas. Luqman berhenti di tepi kaki lima,sambil menghembus asap ke udara. Dia menyandar pada tiang,sambil menyedut asap rokok kemudian dihembus semula keluar.

"Sedap hisap rokok?" teguran Razeedah buatkan Luqman terbatuk-batuk.

"Bonda!?" Luqman berkata dan terus memadamkan bara rokok.

"Sambung la lagi,kan panjang lagi.." kata Razeedah tersengih memerli dan Luqman hanya mampu tersenyum kelat.

"Luqman... Ibu ada perkara ingin diberitahu..." ujar Razeedah dengan raut wajah berubah 360° serius.

"Okay.. Beritahu la.." balas Luqman dan Razeedah hanya menghela nafas pendek.

"Bukan di sini.. Ikut ibu.." ujar Razeedah dan melangkah pergi.

Luqman hanya memerhatikan Razeedah,tidak lama lepas itu dia segera mengekori ibunya. Sehingga mereka tiba di hadapan satu pintu,bertulis perkataan perpustakaan diraja.

"Err.. Sini ke ibu?" soal Luqman.

"Sini sahaja yang senyap..." jelas Razeedah dan Luqman hanya mengangguk sahaja.

Luqman mengekori Razeedah sehingga ke hujung sudut dalam perpustakaan,Luqman perhatikan keadaan sekeliling perpustakaan. Amat lengang dan tiada orang kelihatan,hanya penjaga perpustakaan sahaja yang ada.

Razeedah mengambil tempat duduk,begitu juga Luqman turut mengikut duduk di hadapan ibunya. Razeedah kelihatan pelik oleh Luqman kerana jarang ibunya menunjukkan muka serius,kecuali sedang marah dengan dia dan adik beradik yang lain.

"Bonda? Kenapa ni?" soal Luqman risau.

"Ia berkenaan Zagdrus..." jelas Razeedah dan Luqman terkejut membulatkan matanya.

"Bagaimana..?" soal Luqman dan Razeedah memintas.

"Sudah tentu ibu tahu.. Zagdrus adalah moyang keluarga ibu.." jelas Razeedah dan Luqman terkejut sekali lagi.

"Moyang bonda? Tapi bagaimana dia masih hidup?" soal Luqman.

"Roh dia.. Tubuh dia dah hancur lama.. Sebabkan dia taksub dengan kekuatan.. Isteri dia meninggalkan dia,kerana tidak sanggup menerima suami dia seorang yang kejam.. Puluhan ribu nyawa terkorban kerana Zagdrus membunuh mereka semata-mata untuk kuasa gelap.. " ujar Razeedah dan Luqman hanya memasang telinga.

"Terima kasih pada Iskandar.. Pengasas negara dan moyang ayah kamu,dia berjaya ditumpaskan.. Namun hanya jasad,tetapi rohnya kekal mencari mangsa.. Iskandar bersama rakan-rakannya mengurung dia di satu gua yang di dalam hutan.." jelas Razeedah lagi dan Luqman teringat gua yang pernah dia nampak ketika itu.

"Uncle Ikhwan beritahu saya.. Rupa saya dengan Zagdrus seiras?" soal Luqman dan Razeedah hanya mampu menundukkan kepalanya.

"Bonda..." Luqman merasakan ibunya serba-salah ketika ini.

"Ibu minta maaf,sepatutnya perkara ini ibu beritahu awal-awal lagi.. Sekarang ikatan kurungan Zagdrus semakin lama semakin lemah.." jelas Razeedah risau dan Luqman hanya bereaksi biasa.

"Dia akan datang pada saya,untuk ambil alih tubuh saya.. Sebab saya adalah kelahiran dia?" soal Luqman dan Razeedah memandang ke arahnya.

"Luqman.. Kamu bukan dia.. Kamu adalah diri kamu sendiri,bukan milik dia.." jelas Razeedah tegas dan Luqman tersenyum.

"Sudah tentu bonda,saya tidak akan mudah dikalahkan.." jelas Luqman dengan yakin.

"Ibu yakin dengan Luqman.. Jangan kamu mudah mengalah.. Ibu merayu jangan mengalah dengan mudah.." kata Razeedah dengan senyuman redup.

"Sudah tentu,saya adalah anak ibu dan ayah.. Demi ayah dan ibu..serta ahli keluarga saya.." jelas Luqman tersenyum.

Luqman dan Razeedah berbalas senyuman,pada masa yang sama Ikhwan dan Z di sebalik rak buku hanya mendengar sahaja. Mereka sudah lama berada di dalam perpustakaan,sebabkan Luqman dan Razeedah buatkan mereka kekal di situ.

"Kau pasti nak biarkan?" soal Z dengan nada perlahan.

"Semua terpulang pada Luqman.. Takkan nak harapkan aku semua?" Ikhwan berkata dengan muka biasa.

"Kau tahu bukan ramalan itu.. Aku.." Z berkata risau.

"Sudah Z.. Kau buat muka serius aku tak biasa.. Kau tenang sahaja.. Jika keadaan semakin teruk.. Aku akan masuk campur.." jelas Ikhwan dan Z hanya mengangkat kedua bahunya.

"Kalau kau dah kata macam tu.. Terpulang.. Aku dah beri amaran.." Z memberi penjelasan.

"Jangan risau mereka kuat. Apa guna aku bagi latihan keras,jika mereka tidak mampu tangani semua?" soal Ikhwan tersenyum selamba.

Luqman dan Razeedah beredar sebaik mereka selesai berbicara,Z hanya mendiamkan diri dan menghela nafas pendek. Tidak lama lepas itu dia terus hilang dari pandangan mata Ikhwan,si raja naga sekadar tersenyum sahaja.

"Sedangkan Z pun risau.. Adakah Zagdrus ini adalah mimpi buruk?" soal satu suara,Ikhwan menoleh dan terkejut Serina berada di hadapannya.

"Serina.. Kenapa kau ada di sini?" soal Ikhwan.

"Saja jalan-jalan?" jawab Serina.

"Ada sesuatu yang kau nak katakan pada aku?" soal Ikhwan sambil menyilangkan kedua tangannya pada dada.

"Amboi.. Agak dingin.. Saya sukakannya..." kata Serina tersenyum sambil menyisirkan rambutnya.

"Maaf.. Aku suami orang.. Jika kau nak cuba,cari yang kosong.." jelas Ikhwan lagi.

"Kena tolak mentah-mentah.. Kecewanya..." ujar Serina tersenyum.

"Maafkan aku jika hati kau terluka.. Tapi hati aku tidak muat jika diisi untuk dua orang.. Hanya seorang sahaja yang mampu muat.." jelas Ikhwan lagi.

"Alisa.. Bukan?" duga Serina lagi.

"Ya.. Aku puji keberanian kau.." kata Ikhwan tersengih sambil menggelengkan kepala.

"Sekurang-kurangnya saya tahu diri saya kena tolak.." Serina berkata bangga.

"Okay,cukup.. Ada apa-apa selain itu?" soal Ikhwan.

"Tiada.." jawab Serina pendek.

"Okay.. Jumpa lagi.." balas Ikhwan dan beredar melepasinya.

"Amboi dingin.." kata Serina.

"Heh kau tidak kenal aku,Serina.." bidas Ikhwan pula kemudian terus meninggalkan Serina.

Serina hanya memerhatikan Ikhwan pergi,dia sekadar menongkat pipi kanannya dan tersenyum serta kecewa sedikit.

"What can I say?..." kata Serina.

"Damn it that woman.." ujar Ikhwan pula dalam hati.

Pada masa yang sama juga,ada lagi seorang yang mendengar perbualan mereka berdua. Zareena yang berada di satu lagi rak buku,dia hanya mampu terkedu dengan tindakan wanita bernama Serina itu.

"Itu tindakan berani mati..."



SERINA DRAGNEEL

==========================

Tindakan berani Serina,cuba memikat Ikhwan?

Mustahil akan berjaya,kerana Ikhwan hanya ada Alisa sahaja.

Okay that's it

Comment and vote

Ciao

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top