Chapter 48 : Serina Dragneel
Matanya yang dipejam rapat,sedikit demi sedikit terbuka. Matanya berkerdip memerhatikan siling,dia bangun dan memandang keadaan sekeliling. Tidak lama lepas itu,pintu bilik itu terbuka dan Nurul melangkah masuk.
"Ah.. Awak dah bangun.." ujar Nurul tersenyum.
"Saya berada di mana? Bagaimana saya boleh berada di sini?" soal gadis itu.
"Huh? Di mana? Hospital Besar Green City,negara Mentari.. Sepupu saya jumpa awak di bilik bawah tanah.." jelas Nurul apabila ditanya di mana si dia itu berada.
Gadis berambut blonde bermata warna hijau,turun dari katil dan masih dalam keadaan terpinga-pinga tetapi dia tidak bertanya lebih.
"Awak patut baring je.. Keadaan awak.. Eh? Semuanya elok sahaja.." ujar Nurul memeriksa mesin imbasan,gadis itu berjalan ke pintu balkoni.
Pintu itu dibuka dengan segera,si gadis itu seperti merasai bahaya. Nurul terkejut dengan tindakan si gadis,tubuh gadis itu bersarung pakaian untuk bertarung.
"Alisa dalam bahaya.." ujar gadis itu.
"Alisa?" soal Nurul dan si gadis itu terus terbang pergi dari situ.
Alisa merenung dingin ke arah individu berwajah seirasnya,Omega yang tersenyum sahaja dan terus melancarkan serangan letusan kuasa aura dingin.
Alisa menjeling ke arah suaminya,dia memberi isyarat tanda biar dia uruskan Omega sendirian. Ikhwan hanya menghela nafas pendek,lalu berundur segera ke belakang. Api merah dinyalakan dengan marak dan menghapuskan musuh yang menyerang dia secara senyap-senyap.
Alisa merenung Omega dengan pandangan yang dingin,Omega pula sekadar tersenyum sahaja kemudian menghalakan tangan ke arah Alisa. Letusan bongkah ais muncul dan menyerang Alisa,namun Alisa hanya dengan tenang membesarkan matanya dan ais tersebut terus lenyap sebaik menghampiri dia.
"Wooo... That's what I expected from ultimate Cpu-Biology.." ujar Omega sinis.
Omega mendepakan kedua-dua lengan,ketulan ais yang banyak terapung di udara sekeliling Omega. Lantas tanpa membuang masa,Omega terus melancarkan serangan ais ke arah Alisa.
Alisa mengangkat tangannya dan puluhan pedang ais terhasil,lalu terapung di sekeliling Alisa. Lantas turut melancarkan serangan balas dan pertembungan letusan dua serangan ais berlaku.
Pertarungan dua orang berwajah seiras,hanya warna rambut yang membezakan mereka. Ikhwan sekadar menyaksikan sahaja,dia turut menjatuhkan musuh yang meluru ke arahnya. Spade yang memerhatikan pertarungan di antara Alisa dan Omega,menghela nafas pendek.
"Alpha,Gamma.. Bantu Omega,kita akan tangkap Ultimate Cpu-Biology tu.." arah Spade dan Alpha terkejut,tetapi Gamma sekadar mendiamkan diri.
"Apa yang tuan ingin rancangkan?" soal Alpha.
"Jangan persoalkan arahan aku.. Lakukan sahaja!" Spade menengking dan Alpha menahan geram.
Alpha terus meluru ke arah Alisa kemudian disusuli Gamma,Farhan yang menghapuskan beberapa musuh menyedari tindakan Alpha dan Gamma. Dia menoleh ke arah Ikhwan,sepupunya hanya sibuk mengelak serangan musuh.
"IKHWAN!!" Jerit Farhan dan Ikhwan memandang ke arahnya.
"ALISA DALAM BAHAYA!!" sambung Farhan lagi.
Ikhwan menyedari amaran Farhan,dia memandang ke arah Alisa yang diserang hendap oleh dua lagi berwajah seirasnya. Alisa sempat menahan dengan pantas,namun dia tercampak bergolek kemudian bangun segera.
"Tidak..." ujar Ikhwan ingin mara namun jalannya dihalang puluhan pengikut Spade.
Alisa memandang ke hadapan,tiga orang berwajah seirasnya berdiri di hadapan dia. Masing-masing siap sedia untuk menangkapnya,Alisa hanya mendiamkan diri dan Omega meluru ke arahnya dengan laju.
Alpha menghentak kaki ke tanah dan ais keluar dari dalam tanah,lalu menangkap kaki Alisa buatkan dia tidak mampu bergerak. Gamma mengacukan senjatanya,Ikhwan mengetap gigi kerana tidak sempat untuk melindungi isterinya.
Namun seseorang muncul dan mendarat di hadapan Alisa,letusan dari pendaratannya membuatkan Omega,Alpha serta Gamma tercampak ke belakang. Spade terkejut dengan kehadiran orang misteri,Ikhwan menyalakan api biru dan menghasilkan letupan yang kuat.
BRAAM!!!
BOOMM!!
Puluhan pengikut Spade dihapuskan sekelip mata,Ikhwan agak terkejut dengan individu yang menyelamatkan Alisa. Rambut blonde si gadis bersinar keemasan,Alisa tergamam dan gadis itu menoleh ke arahnya.
"Alisa awak okay?..." ujar gadis itu dan Alisa terkejut.
"Serina?" soal Alisa dan dia terdiam,dia tidak kenal nama itu tetapi itulah nama gadis blonde di hadapannya.
"Cpu-Biology Code 01.. Serina Dragneel.." ujar Serina dan Ikhwan menghampiri di sebelah Alisa.
"The Lost Cpu-Biology..." ujar Ikhwan dan Serina menundukkan kepalanya.
"Awak adalah gadis yang kami temui di bilik bawah tanah bekas makmal Black Cobra.." ujar Ikhwan tidak menyangka Serina akan bangun dan menyelamatkan Alisa.
"Jadi awaklah yang selamatkan saya? Saya hargainya dan terima kasih.." ujar Serina menundukkan kepalanya tanda hormat.
"Sama-sama dan terima kasih juga kerana lindungi isteri saya.. Saya Ikhwan Syah Al'Solleh..." kata Ikhwan menundukkan kepala,tanda untuk penghormatan dan terima kasih.
"SIAL!!" Alpha berang dan bangkit,Omega pula hanya menghela nafas pendek sambil membersihkan dirinya. Gamma pula gelengkan kepalanya,sambil menahan pening.
"Siapa mereka yang berwajah seiras awak? Alisa? Tuan Ikhwan?" soal Serina.
"T-tuan? Ehem.. Mereka adalah klon Alisa,dicipta oleh lelaki itu.. Spade namanya..." ujar Ikhwan dan Serina menoleh ke arah Spade.
"B-bagaimana..." ujar Spade mula berpeluh,semua kehairanan dengan reaksi Spade seperti ketakutan.
"BAGAIMANA KAU BOLEH BANGUN?! SEPATUTNYA KAU TERUS 'TIDUR' SELAMANYA!!" Spade menjerit menuding jari ke arah Serina.
Ikhwan dan Alisa berpandangan manakala Serina,hanya mendiamkan diri sahaja kemudian menghela nafas pendek.
"Hello Spade... Terima kasih berikan saya tidur yang panjang.." Serina berkata dengan renungan menakutkan,Spade tersentak dan mengetap gigi.
"Semak! Ke tepi!!" Alpha menghasilkan tangan ais membentuk cakar,lalu meluru ke arah Serina.
KRAANG!!
Sekelip mata Serina sudah menahan serangan Alpha,dengan gunakan pedang yang dia seru tanpa mereka sedar.
"Awak ingin mencabar Alisa? Dengan kekuatan palsu?" soalan Serina buatkan Alpha meradang.
"Celaka kau!!" Alpha semakin marah dan Serina menghayunkan pedang lalu Alpha tercampak,Omega sudah bergerak ke tepi kirinya.
"Awak nampak kuat.." kata Omega dan menyeru dua bilah senjata,dia terus menghayunkan ke arah Serina.
Namun Serina sudah bergerak di belakang Omega,agak terkejut Omega dengan tindakan Serina. Saat Serina ingin melibas senjatanya,Gamma terus menarik picu dan menembak ke arah Serina.
Jadi Serina segera berundur mengelak tembakan Gamma,Serina melepaskan libasan hayunan dan Gamma segera mengelak juga.
Pada masa yang sama Zharief dan Hanny,berpandangan kemudian mengangguk sahaja.
"Patut kita tamatkannya?" soal Hanny.
"Ayuh..!" Zharief bersetuju dan mengeluarkan beberapa keping kad.
Hanny kembali mengubah zirah tinjunya kepada gelang,lalu dia angkat tangannya ke langit. Awan menjadi mendung dan gelap,guruh kedengaran berdentum lalu kilat memanah puluhan pengikut Spade.
"King,Queen,Jack,Spade and Ace.." Zharief mengeluarkan lima keping kad,kemudian sebilah pedang diseru oleh Zharief.
"Wooo...." Hanny bertepuk tangan di belakang,Zharief hanya membuat muka bengang.
"ROYAL STRAIGHT FLUSH!!" Zharief melibas hayunan yang kuat.
ZRASSHH!!!!!
Maka tumpaslah puluhan pengikut pihak musuh,tetapi mereka semua bukanlah manusia. Mereka semua adalah android tempur,yang lengkap berpakaian seperti manusia.
"Fara.. Stay behind my back.." ujar Farhan dan menyarung pedangnya semula.
"Tuzeman Single-Finishing Arts.." Farhan memegang pemegang pedang,nafas dihelakan dan Fara tidak bergerak langsung di belakangnya.
"DIMENSION SLASH!!"
ZINGG!!!
ZINGG!!!
ZINGG!!!
Puluhan android tempur terus di cincang oleh skill penamat Farhan,Spade hanya mengetap gigi marah melihat ratusan android tempur miliknya hancur begitu sahaja.
"ALPHA! GAMMA! OMEGA!! BERUNDUR!!" Spade memberi arahan.
"Okay~~~" Omega berkata ceria.
"Baiklah..." Gamma mengangguk sahaja.
"Tak guna..." ujar Alpha bengang dan hanya menurut sahaja.
Alisa ingin menghalang namun Ikhwan menahan,Serina sekadar tersenyum kerana dia turut bersetuju dengan tindakan Ikhwan.
"Benda ni takkan berakhir di sini..." ujar Alpha merenung Serina dan Alisa,lalu segera mendekati Spade bersama Omega dan Gamma.
"Semua ni tidak akan berakhir..." kata Spade mengeluarkan satu alat,lalu ditekan punatnya.
Spade,Alpha,Gamma dan Omega terus hilang dari pandangan mata bagaikan disedut oleh satu cahaya.
"Mereka berjaya lepaskan diri.." ujar Fara.
"Tindakan yang bagus.. Mereka tidak mampu menang sebab Ikhwan ada di sisi Alisa.." kata Farhan.
"Ya.. Yang bernama Serina pun bukan sembarangan.." ujar Zharief menghampiri Farhan bersama Hanny.
"Kau dapat tahu?" soal Farhan.
"Ya.. Aura yang ada pada Serina tu bukanlah sembarangan.." ujar Zharief dan Farhan hanya kehairanan.
"Auranya setanding Alisa..." jelas Zharief lagi dan Farhan terkejut begitu juga Fara serta Hanny.
"Serina bukan? Maaf,saya tidak pasti saya kenal awak..." ujar Alisa dan Serina hanya menggelengkan kepala.
"Jangan risau.. Saya tahu ingatan awak hilang.." jelas Serina tersenyum.
Ikhwan yang memerhatikan Alisa dan Serina berbicara,hanya sekadar mendiamkan diri dan dia tahu Serina bukanlah sembarangan Cpu-Biology. Jika benar telahannya Serina adalah setanding dengan Alisa,kerana aura Serina sama dengan aura Alisa.
"Serina Dragneel... Code Dragneel huh?"
=========================
Hellooo guys
Apa khabar semua?
Harap semua berpuas hati dengan update kali ini
Sila tunggu update seterusnya dan please give your comments n vote
Aku perlukan sokongan
Bukan desakan untuk update cerita FREE okay
That's it
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top