Chapter 46 : Apa Yang Berlaku Ni?
Ikhwan berjalan sambil membawa sebilah pedang,dia memasuki sebuah bilik rahsia dalam bilik pejabatnya. Alisa turut bersamanya dan Ikhwan menutup pintu,kemudian lampu dipasangkan suisnya.
Maka terang benderanglah bilik rahsia tersebut,hanyalah bilik yang dipenuhi senjata tersusun rapi di bekas. Ikhwan memandang ke arah meja,ada beberapa serpihan pedang di atas meja tersebut.
Atau lebih tepat ia adalah serpihan Sacred Royal Blade,yang hancur kerana pertahankan bumi Mithgar. Pedang yang Ikhwan pegang diletakkan di atas meja,kemudian serpihan pedang itu menyala dengan tiba-tiba.
Alisa terkejut dan Ikhwan tersenyum sahaja,dia kemudian menyimpan pedang tersebut di dalam sebuah bekas.
"Saya ingatkan abang akan terus baiki...?" soal Alisa.
"Ada beberapa syarat perlu dilaksanakan,barulah abang boleh baiki semula.." jelas Ikhwan dan melangkah ke arah pintu bilik rahsia,Alisa hanya akur dan mengekorinya.
Sacred Royal Blade patah ketika pertembungan Ikhwan,dengan Luiz dan ketika saat dia kalah. Luiz menyeru meteor gergasi untuk melanggar bumi Mithgar,namun tindakan pantas Ikhwan dan beberapa pahlawan lain berjaya menyelamatkan dunia Mithgar. Namun Sacred Royal Blade patah ketika mempertahankan bumi Mithgar. (sila rujuk arc terakhir CHRONICLES KAISER THREE)
Alisa sedar Ikhwan agak menyesal kerana kerosakan pada pedang tersebut,tetapi Ikhwan ada juga cuba menempa semula pedang tersebut untuk dibaikpulih. Namun tidak berjaya dan gagal,pedang itu perlukan material yang kuat menampung kuasa dari pedang tersebut.
Luqman dan Aminudden berjalan bersebelahan,Aminudden menguap panjang sambil menggeliat. Luqman pula hanya mengetuk kotak rokok beberapa kali di bahu,sebelum membuka bungkusan plastik.
"Nak bakar tu tengok-tengok la,sini kawasan larangan.." ujar Aminudden memberi peringatan.
"Peraturan untuk dilanggar.." kata Luqman menarik keluar sebatang rokok.
"Kau jawab la dengan ayahanda.." jelas Aminudden.
"Huh? Kenapa dengan ayahanda pulak?" soal Luqman kehairanan.
"Sebab ayahanda kita ada di belakang kau,tenung kau macam singa lapar.." ujar Aminudden dan kata-katanya sememangnya benar,Reezal berada di belakang Luqman.
Perlahan-lahan kepala Luqman toleh ke belakang,memandang Reezal yang merenungnya seperti ingin menelan dia hidup-hidup. Luqman tersengih sahaja dengan renungan ayahnya,Aminudden pula sudah cabut lari tidak mahu terlibat.
"Hi.. Ayah.." ujar Luqman tersengih.
"Hai anakku.." balas Reezal tersenyum manis,namun aura menakutkan kekal ada.
Aminudden hanya memerhatikan Luqman diheret pergi oleh Reezal,dia tidak mahu terlibat dengan apa yang bakal berlaku pada abangnya.
"Hey.." teguran seseorang mengejutkan Aminudden.
Seorang gadis berambut twin tail mencekak pinggang,memandang Aminudden yang terkejut dek teguran dia tadi. Aminudden menghela nafas lega,kemudian Aminudden berdehem.
"Awak rupanya,Karen.." ujar Aminudden mengurut dadanya.
Karen Kazari
"Hehe.. Awak patut tengok muka awak di cermin,ia melucukan.." ujar gadis bernama Karen sambil ketawa.
"Ya.. Ya.. Gelak la..." kata Aminudden merengus lembut.
"Jangan la marah.. Maaf la.." ujar Karen memeluk lengan Aminudden,menyebabkan Aminudden terkejut.
"Oi.. Lepas la,nampak isteri aku dua-dua nanti mati la!" Aminudden berkata risau.
"Jangan risau.. Mereka dah nampak pun.." jelas Karen tersenyum tidak bersalah.
Aminudden memandang ke hadapan dan terkejut,mukanya bagai tiada darah putih memucat. Alia dan Hikari berdiri tidak jauh di hadapan mereka,kedua-duanya hanya tersenyum sahaja. Karen tersenyum dan masih memeluk lengan Aminudden,malah lengannya terselit di lurah dada Karen.
"I see.. Our husband is having fun in front of us..." ujar Alia merenungnya tajam.
"Yeah right... What should we do?" soal Hikari memeluk tubuh.
"Beside me is heaven,in front of me is hell......" ujar Aminudden dalam hati.
"That's enough Karen,don't teases him anymore..." satu suara menegur dan mereka semua menoleh,Hikari tersenyum girang.
"Onee-san!" ujar Hikari melihat Yumi berdiri sambil mencekak pinggang.
"Okay this one will take me to after life.." omel Aminudden.
"Captain..hehe,you never change huh?" soal Karen pada Aminudden sambil tersenyum girang dan melepaskan rangkulan lengan pemuda itu.
"Never change is happiness.." jelas Aminudden tersenyum bangga.
"Where's Snow?" soal Ikhwan muncul entah dari mana,mengejutkan mereka semua kecuali Aminudden dan Alia.
"Uncle don't startling them.." kata Aminudden tersenyum kelat.
"Sorry.. Didn't mean to.. Just curios where's your partner,Karen..?" soal Ikhwan lagi.
"You call my lord?" seorang gadis muncul dengan tiba-tiba lalu melutut ke arahnya.
Ikhwan menoleh ke arah kiri,seorang gadis berambut putih ditutupi kerudung di kepalanya. Wajahnya dingin menunduk ke bumi,Ikhwan hanya menghela nafas pendek.
"That's enough,stand up..." kata Ikhwan menggelengkan kepala.
"Yes my lord..." akur gadis dipanggil Snow.
Snow
Gadis berambut putih kelabu dan anak mata kemerahan,wajahnya dingin dan memandang tepat ke muka Ikhwan. Manakala Ikhwan hanya diam,mengingati pertama kali dia bertemu dengan Snow.
Snow diperkenalkan oleh Raffie,iaitu abang Ikhwan yang kelima. Raffie menceritakan dia menemui Snow tertanam dengan salji,di negara Salji dan juga jauh dari kota.
"Am.." ujar Ikhwan dan Aminudden menoleh ke arahnya.
"Ya uncle?" sahut Aminudden.
"Karen,Snow.. Aku letak mereka dalam skuad kau..." ujar Ikhwan dan Aminudden terkejut.
Pada masa itu di dalam sebuah bangunan gudang luar dari negara Mentari,puluhan tubuh mayat bergelimpangan di lantai. Fasha menghela nafas lega,senjata dia sangkutkan ke sisi pinggangnya. Fasha menoleh ke satu arah,gadis berusia belasan tahun berdiri memerhatikan bulan purnama.
"Aisha.." ujar Fasha dan melangkah pergi,gadis bernama Aisha mengekorinya.
Tanpa disedari ada seorang pengikut terselamat dan hanya berbaring,dia menyaksikan amukan seekor haiwan buas membunuh rakan-rakannya. Dia harus menyelamatkan diri,lalu perlahan-lahan dia merangkak biar tidak kedengaran.
TUSSH!!
ZRAKK!!
Kepalanya terpacak pisau kecil dan tidak lagi bernyawa,Aisha hanya menarik semula pisau dan tersimpan pada zirah sarung tangannya. Fasha tersenyum sahaja dan mengusap kepala Aisha,manakala Aisha hanya diam kemudian tersenyum juga.
"Good girl!" puji Fasha.
Satu serangan misteri tiba-tiba datang,Fasha dan Aisha mengelak dengan segera. Fasha menoleh ke satu arah,Aisha merenung tajam ke arah seseorang yang berjalan tenang.
Seorang wanita berpakaian serba putih,dengan topeng berwarna perak memegang senjata laser. Lebih tepat pelbagai senjata dibawa oleh wanita misteri itu,Fasha tersengih dan Aisha mengeluarkan cakarnya.
"Siapa kau?" soal Fasha.
Namun wanita tersebut tidak menjawab,hanya mengacukan senapang laser dan menembak ke arah Fasha. Aisha menangkis dengan zirah sarung tangannya,matanya tajam merenung ke arah wanita misteri itu.
"Nampaknya tidak perlu kita nak berbicara huh?" soal Fasha menarik keluar senjatanya.
Wanita misteri itu menembak sekali lagi,namun Fasha menangkis dengan pedang cemetinya. Wanita misteri itu terus menerus melakukan tembakan dan ditangkis oleh Fasha,Aisha berang kerana melihat keadaan tersebut.
Aisha menguakkan cakarnya dan besi cakar itu,Aisha melepaskan libasan cakaran laju ke arah wanita tersebut. Sedar libasan cakaran itu tidak mampu dibatalkan,wanita itu segera berundur untuk mengelak serangan daripada Aisha.
Tetapi Aisha lebih pantas bergerak ke kiri wanita misteri itu,Fasha sekadar bersiul sahaja dan kepala wanita misteri dicengkam lalu dia hempas ke dinding berhampiran.
KRAKKK!!!
KLONG!!
Hancur dinding tersebut menembusi ke luar bangunan,Fasha segera berkejar keluar dari bangunan terbiar itu. Wanita misteri baru sahaja bangun,Aisha melompat keluar dan mendarat di sebelah Fasha. Wanita misteri itu perlahan-lahan menoleh ke arah mereka,topengnya meretak dan sedikit demi sedikit pecah lalu jatuh ke tanah.
Wajah yang di sebalik topeng mengejutkan Fasha,Aisha hanya kehairanan dan Fasha terpinga-pinga.
"Apa? Mana mungkin?" soal Fasha.
Wanita tersebut menyedari topengnya,hancur dan dia segera menutupi mukanya lalu beredar dengan pantas. Fasha bagai tidak percaya dengan apa yang dia lihat,wajah wanita tersebut begitu seiras dengan Alisa Darweez.
"Apa yang berlaku ni?"
Manakala Ikhwan dan Alisa berada di bilik pejabat Ikhwan,mereka menerima panggilan terus daripada Hafez.
"Hai bro,kau busy?" soal Hafez dalam talian,kedengaran bunyi suara gadis menjerit.
"Tak sangat.. Apa hal yang jadi tu?" soal Ikhwan kehairanan.
"Cepat sikit lah!! Erica dalam keadaan lemah ni!"
"Sakuya! Ke tepi sikit!"
"Kak Jeanne,ruang sempitlah!"
Ikhwan dan Alisa berpandangan kemudian memandang monitor semula,Hafez hanya tersengih sahaja dan sedang memandu. Mereka seperti dikejar sesuatu,suara tiga orang gadis itu kedengaran menjerit cemas di belakang Hafez.
"Sorry bro.. Kitorang sebenarnya kena kejar dengan pihak musuh.. Hehe..." ujar Hafez.
"Sesuatu yang berlaku pada Erica?" soal Ikhwan.
"Dia demam panas,tapi rahsiakan daripada kami.. Lepas tu pula sertai kami melakukan misi menyelinap.." jelas Hafez.
"Kau nak aku berikan bantuan?" soal Ikhwan lagi.
"Tak apa tak payah.. Tujuan aku hubungi kau adalah berkenaan hal lain..." kata Hafez sambil menggerakkan steering kenderaan.
"Kalau bukan,apa yang kau nak sampaikan?" soal Ikhwan kehairanan.
"Ia berkenaan tempat aku baru lakukan penyelinapan.. Aku akan hantar maklumat pada kau.." jelas Hafez menekan laju butang papan kekunci,kemudian tidak lama Ikhwan menerima email.
"Juga Alisa.. Berhati-hati..." ujar Hafez dan talian tamat.
Alisa kehairanan dan Ikhwan hanya memeriksa email,dia turut mendengar apa yang Hafez katakan pada Alisa.
"Abang?" soal Alisa.
"Ia adalah satu koordinat sebuah tempat..." jelas Ikhwan dan Alisa mengangguk.
"Bangunan di tengah-tengah hutan.." jelas Ikhwan lagi.
"Apa?" Alisa kehairanan.
=========================
Hellooo guys
Apa khabar semua?
Harap sihat dan kalau tidak tu,kena pergi periksa di klinik atau hospital berdekatan
Kesihatan tu penting
Sila berikan komen dan juga vote anda
Please no "update pliss" okay?
Ciao
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top