Chapter 45 : Ketidakbiasaan Aminudden
Kapal pesawat terbang meluncur angin dan Aminudden,sedang berdiri di hangar luar sambil memikirkan lelaki berambut putih tadi. Aura yang dia rasai daripada lelaki itu,begitu berlainan dan ia bukan memberi ancaman.
"Hey.. Kau okay?" soal Aizman muncul di sebelahnya.
"Ya.. Aku okay.." jawab Aminudden.
"Kau termenung je kenapa?" soal Aizman lagi sambil memandang keadaan permandangan luar.
"Pemuda rambut putih tadi.." ujar Aminudden dan Aizman memandang ke arahnya.
"Aku dapat jelas rasakan kuasanya amat kuat,tenang dan dingin.. Kalau tadi aku bertempur dengan dia.. Belum pasti aku boleh menang.." jelas Aminudden dan Aizman agak terkejut.
Aminudden hanya menghela nafas pendek,kuasa yang dia rasai daripada Theodor bukan sembarangan. Kuasa pemuda itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main,Aminudden harus bersiap-sedia dengan secukupnya jika ingin berhadapan dengan Theodor di masa akan datang.
"Tapi..." Aizman berkata dengan tiba-tiba,Aminudden memandang ke arahnya.
"Aku yakin kau mampu berhadapan dengan mereka.. Jika tidak.. Siapa lagi nak melindungi negara ini?" Aizman berkata panjang dan Aminudden agak terkejut kemudian tersenyum sahaja.
"Betul kata kau... Aku tak boleh asyik berfikir sahaja mengenai hal ni.." kata Aminudden mengangguk.
"Betul.. Kau bukan jenis berfikir.." balas Aizman tersenyum,Aminudden menjeling ke arahnya.
"Kau nak kena campak dari kapal kau sendiri?" soal Aminudden bengang dan Aizman hanya tersengih sahaja.
(kapal milik skuad diketuai Aizman)
Sebuah kapal pesawat peribadi negara Mentari,mendarat di kawasan khas yang disediakan dalam istana. Tidak lama lepas itu sebuah lagi kapal mengekori,mendarat selepas pesawat tadi.
Pintu pesawat terbuka dan Ikhwan kelihatan melangkah keluar,disusuli Alisa,Intan,Zareena dan Aila. Luqman pula keluar di pesawat lagi satu,Siddiq dan Nazryn menyusul. Angelina dan Angelica juga mengekori dari belakang,mereka hanya berbual sesama adik beradik.
"Haa.. Aku nak balik tidur.. Penat seyh!" Siddiq menggeliat.
"Jangan lupa senjata kau,kena hantar pada Akif.." ujar Nazryn pada Siddiq.
"Nanti je la.. Aku nak balik.." balas Siddiq dan terus beredar,Nazryn hanya memerhatikan sahaja kemudian menggelengkan kepala.
"Perangai dia memang macam tu,kau tak kan tak biasa.." ujar Luqman tersenyum kelat.
"Aku cuma ingatkan je.. Dia gunakan senjata dia sembarangan.. Nanti rosak bebel si Akif tu.. Sebab Akif je yang boleh betulkan senjata Siddiq tu.." jelas Nazryn merengus.
"Tak apa Ryn.. Kau dah berikan peringatan,nanti pandai la dia.." ujar Luqman menamatkan perbualan.
"Ha yelah.." akur Nazryn dan tidak lama,bunyi pesawat kedengaran dan mereka semua mendongak.
Sebuah pesawat sebesar armada kelihatan berada di ruang udara istana,kapal itu terbang melepasi dan mendarat di perairan Mentari. Naomi menghela nafas pendek,kemudian dia dipeluk oleh Farzana dan Naomi hanya membiarkan sahaja.
Aminudden sudah turun terlebih dahulu,kemudian dia meregangkan ototnya. Tidak lama Luqman muncul melangkah ke arahnya,Aminudden tersenyum sahaja kerana tahu misi abangnya juga sudah selesai.
"How's going?" soal Luqman.
"Smoothly.. You?" Aminudden menyoal semula dan Luqman mengangkat ibu jari.
"Arjuma Café?" soal Luqman lagi.
"Sure.. You treat?" tanya Aminudden tersengih.
Luqman menggelengkan kepala dan Alia muncul bersama Aila,Aminudden agak terkejut kerana kebiasaan Alia sibuk ketika ini. Luqman menepuk bahu dan menarik Aila beredar,Aminudden hanya tersenyum sambil menggaru hidungnya.
"Am? Bagaimana misi? Awak okay? Tiada cedera mana-mana..?" soal Alia tanpa henti dan Aminudden tersenyum,lalu memeluk isterinya.
Tindakan Aminudden juga buatkan rakan Aizman,iaitu Farzana,Zainol dan Putra tergamam. Manakala Naomi langsung tidak peduli dan terlena dalam dakapan Farzana. Aizman pula meminta mereka diam sahaja,dia memandang ke arah mereka berdua.
"A-aaaam?!" soal Alia terkejut dan mukanya merah.
"Lama betul saya tak peluk awak macam ni.." ujar Aminudden tersenyum kelat,nadanya agak berlainan dan Alia mula perasan.
Jelas Aminudden seperti sedang menggigil,Alia mula menolak Aminudden dengan lembut. Pipi suaminya disentuh dengan lembut berserta senyuman manis,Alia juga telah banyak berubah dari gaya penampilan ala tomboy kepada lebih feminin sejak melahirkan anak kembar.
Zafiena dan Khalez.
"Hey.. Kenapa ni? Ini bukan awak.. Seorang yang periang.." jelas Alia memberikan senyuman pada Aminudden.
"Saya sendiri tidak tahu.. Saya bertembung dengan musuh.." kata Aminudden dan kata-kata dia tersekat.
"Kemudian?" soal Alia ingin tahu.
"Untuk pertama kali,saya boleh merasakan kegusaran dalam diri saya.. Mampukah saya tewaskannya?" soal Aminudden tangannya masih memaut pinggang Alia.
"Semua tu adalah mengarut.." jelas Alia dan Aminudden terkejut.
"Apa yang mengarut? Saya.. Huh?" Aminudden ingin berkata lebih namun,bibirnya ditekan dengan jari telunjuk Alia.
"Aminudden yang saya tahu adalah jenis tidak fikir apa-apa,dia jenis sentiasa mara ke hadapan dengan melindungi orang-orang yang dia sayang..." ujar Alia lagi dan pada masa itu,Aminudden terkedu kemudian tersenyum menundukkan muka.
"Am? Saya salah cakap ke?" soal Alia mula risau dan Aminudden menggelengkan kepala lalu mengucup bibir Alia.
Farzana terkejut kemudian menutup mata Naomi,Zainol terkedu dan Putra bersiul. Aizman sekadar tersenyum sahaja,kemudian dia beredar dari situ. Saat bibir mereka terlerai,Alia hanya tersenyum dan mengusap kepala Aminudden.
DUSH!!
Alia menghantuk kepalanya dengan kepala Aminudden,tindakan Alia mengejutkan semua di situ dan membuatkan mereka tertanya-tanya kenapa Alia lakukan seperti itu.
"Jadi Aminudden? Awak dah pulih?" soal Alia tersenyum dan Aminudden tersengih girang.
"Yup.. 100 percent.. Terima kasih sayang.." Aminudden berkata sambil memeluk isterinya dengan erat.
Mereka berdua berpandangan dengan senyuman tidak lekang dari mulut masing-masing,sampai satu tahap deheman Luqman buatkan mereka tersedar.
"Apa hal kau? Kau cemburu buat la dengan kakak Aila.." kata Aminudden dengan selamba,Alia terus menekup muka pada dada Aminudden menahan ketawa dek kata-kata Luqman.
"Terbaik bidasanmu.... Cinta sahaja tak kenyangkan perut kita adik dan birasku.." kata Luqman dan Aila yang berada di sisinya ketawa kecil.
"Apa-apa sahaja.." ujar Aminudden dan Luqman segera melangkah pergi,Alia menarik Aminudden mengekori Luqman yang berpimpinan tangan dengan Aila.
Zainol dan Putra terkebil-kebil menyaksikan apa yang berlaku,mereka berpandangan antara satu sama lain. Zainol dan Putra mengetap gigi,Farzana kehairanan dengan gelagat mereka.
"Kekejuan apakah ini?!"
=======================
Sekali sekala babak berkeju apa salahnya,tak berat pun sampai kelucahan melampau kan
Okay guys sila berikan komen dan vote,kalau ada cadangan sila kemukakan ke mesej peribadi yang tersedia.
Lagi satu aku nak komen tu komen yang memberikan pandangan yang diceritakan di chapter ini
No word update pliss okay?
That's it
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top