Chapter 44 : Musuh Yang Bahaya


Aminudden dan Zeke berbalas tenungan,senyuman sinis Zeke tidak lekang dari mulutnya. Yao pula bertemu dengan seorang pemuda berdiri di atas bongkah ais,Qutie pula hanya terpinga-pinga melihat keadaan tersebut.

"Aku salah masuk arah ke? Mesti kena bebel dengan Farzana.." ujar pemuda

"Kau siapa huh?!" soal Yao dan pemuda itu hanya menoleh ke arahnya.

Agak lama mereka berbalas pandangan,tidak lama lepas itu pemuda tersebut menghela nafas pendek. Pemuda itu segera beredar,Yao yang sedar dirinya tidak dipedulikan mengetap gigi berang.

"BERANI KAU TIDAK PEDULIKAN AKU?!" jerit Yao dan terus menyalakan api ungu lalu menghancurkan bongkah ais tersebut.

BOOMM!!!!

Sempat pemuda itu mengelak dengan melompat,kemudian dia mendarat jauh sedikit. Yao merenungnya dengan tajam dan juga muka yang bengis,pemuda itu pula hanya kehairanan.

"Apa yang kau nak? Aku dah lambat ni.." kata pemuda itu.

"Zahir.. Dia tu musuh.." ujar satu suara garau,dari dalam tubuhnya.

"Huh? Musuh?" soal Zahir menoleh ke belakang,seekor haiwan dua kali ganda dari gajah merenungnya dengan hembusan dingin.

"Ya.. Takkan la kau tak perasan kuasa negatif datang dari perempuan tu.." ujar haiwan dan bernafas mengeluarkan aura dingin.

Seekor Inderawasih yang jarang ditemui dalam dunia Mithgar,iaitu Inderawasih berkuasa aura dingin. Ice Phoenix Ize,itulah namanya dan pemuda bernama Zahir itu pula hanya menghela nafas pendek.

"Baiklah kalau macam tu.." ujar Zahir dan mengangkat tangan.

"Apa?" Yao kehairanan dan Qutie terkebil-kebil.

Zahir dengan tiba-tiba terus menyerang,kuasa ais hasilkan bekuan bongkahan ais lalu meluru ke arah Yao dan Qutie.

KRAANGG!!!

"Damn it!!..." Yao menyumpah geram sambil mengelak pantas.

Zahir menghalakan tapak tangan,lalu digenggam penumbuk dan tembakan panahan ais ditujukan ke arah Yao.

Serangan mengejut Zahir buat Yao dan Qutie,tergamam lalu mengelak dengan terkial-kial. Yao kemudian berjaya ke posisi seimbang,dia mengetap gigi berang dengan serangan itu menghasilkan api ungu yang besar.

"Waa... That's one of hell a big flame.." ujar Zahir dengan muka tiada selamba.

Lebih senang kata,it's a sarcasm.

"DIE!!! METEORITE BLAST!!" Yao menyerang dengan membaling bebola api yang besar itu ke arah Zahir.

"But..." ujar Zahir sambil merapatkan tapak tangannya kemudian disulamkan jari-jemari kedua-dua tangan.

KRAKKK!!!

BRAAM!!!

Serangan api besar Yao berjaya dihalang oleh dinding ais milik Zahir,letusan kuat berlaku dan Yao mengetap gigi manakala Zahir hanya menghela nafas pendek.

"Need more than this.."

TUSSH!!!

KRASSHH!!

Lubang terhasil dek tembakan menembusi dinding aisnya,Zahir memerhatikan dari lubang tersebut.

"Dia dengar nasihat kau.." ujar Ize tersengih memerli,Zahir hanya buat tak tahu.

Yao menghasilkan busur dengan apinya dan panahan api ungu tadi berjaya melubangkan pertahanan dinding ais si pemuda,Zahir hanya mengeluh sahaja dan Yao terus memanah dengan kelajuan luar biasa.

Semua panahan apinya menembusi dinding ais,Zahir menyentuh dinding ais lalu terus berubah warna dan semakin besar bongkah ais tersebut serta menjadi warna merah darah.

Serangan Yao berjaya ditahan dan Yao terkejut,dia mengetap gigi dan mengambil nafas dalam-dalam lalu dihelakan.

"Qutie.. Aku perlukan bantuan kau.." ujar Yao dan Qutie terkejut.

"Aku?" soal gadis berhud itu.

"Ya!! Cepat lah!!" Yao berkata.

"Apa yang aku dapat?" soal Qutie dan Yao tersentak.

"Fine! Aku belanja kau biskut nanti!!" kata Yao geram dan Qutie tersenyum girang.

"Boleh aku bunuh dia?!" soal Qutie.

"Apa-apa sahajalah!!" kata Yao.

Qutie terus meluru laju melepasi Yao,dalam sekelip mata Qutie sudah berada di sebelah Zahir. Pemuda tersebut agak terkejut,Qutie hanya menoleh dengan senyuman jelik.

"Pantas..." ujar Zahir dalam hati.

"Mati.." kata Qutie tersenyum lebar dan menghayunkan serangan cakar zirahnya.

KRAANG!!!!

Zahir tercampak namun dia sempat menahan,tetapi Yao sudah berada di belakangnya dan Zahir menoleh ke arahnya.

"Mampuslah!!!" Yao menghayunkan serangan.

"Alamak.." Zahir berkata dengan muka selamba.

**********************

Aminudden dan Zeke berbalas renungan,Zeke tersengih dan Aminudden membuka bunga posisi untuk memasang kuda-kuda.

"Siapa kau? Apa tujuan kau memerhatikan kami?" soal Aminudden dingin.

"Kau fikir aku nak beritahu kau?" Zeke berkata sinis.

"Macam tu,jadi tidak perlu nak berbicara lebih lagi.." kata Aminudden.

"Ha? Kau mengarut apa? Huh?" soal Zeke ingin melakukan provokasi,namun dengan tiba-tiba hayunan tumbukan sudah seinci di hadapan batang hidungnya.

Zeke mengelak dengan merengkuk tubuhnya,ke belakang dan tumbukan Aminudden berjaya dielak dengan segera. Aminudden agak terkejut dan tapak tangannya,dibuka dan api biru menyala lalu dimarakkan.

FEATHER FLARE!!!"

ZWOOSHH!

Serangan api biru yang marak merempuh Zeke,sehingga dia tercampak merempuh dinding sisa bangunan yang masih teguh berdiri.

Aizman,Farzana,Zainol dan Putra pula hanya menyaksikan pertarungan yang baru bermula. Aminudden hanya menyeru busurnya,kemudian ditarik tali busur dan kuasa dikumpul.

Zeke kembali bangun dan Aminudden terus melepaskan panahan,Zeke terkejut dan tersengih lalu aura hitam kemerahan dihasilkan. Dia seperti melakukan rejaman lembing,lalu lembing hitam merah berlaga dengan panah api Aminudden.

Pertembungan yang kuat dan hasilkan gegaran dahsyat,Zeke tersenyum sinis dan Aminudden pula hanya memerhatikan sahaja.

"Api kau memang panas! Aku teruja!!" Zeke berkata dengan meluru ke arah Aminudden.

Aminudden hanya mengambil posisi kuda-kuda,Zeke menghayunkan kaki dan Aminudden pula menujah penumbuknya. Lalu berlakulah gegaran yang amat kuat dan tiupan angin kuat,akibat lagaan mereka berdua.

Aminudden hanya menepis serangan hayunan sepakan kaki oleh Zeke,dia menangkis setiap serangan yang datang daripada Zeke. Aminudden menarik nafas panjang,Zeke menyedari bahaya dan segera menghentikan serangan dalam masa yang sama juga Aminudden mengatur serangan balas.

"BLAZING CLAW!!!"

ZRASSHH!!!!

Serangan cakaran menghasilkan tiga libasan gergasi,Zeke sempat mengelak jika tidak sudah pasti badannya terbelah tiga. Tiba-tiba terasa bahang dan Zeke mendongak,dia terkejut apabila bebola api berwarna biru yang amat besar sedang dijulang oleh Aminudden.

"SUN DESTROYER!!!"

Saat itu Zahir terseret diasak oleh Yao dan Qutie,seiring Aminudden membaling ke arah Zeke. Zahir menyedari serangan Aminudden,dia segera melompat ke belakang dan bersiap-sedia untuk melancarkan serangan.

"TSUNAMI GLACIER!!!"

KRAKKK!!!

KRARAAKKK!!

OMBAK ais dihasilkan dan menolak Yao serta Qutie,ke arah Zeke berada dan mereka bertiga serentak terkena serangan Aminudden. Letupan yang amat kuat berlaku,Aminudden hanya terkebil-kebil sahaja melihat tindakan pemuda di hadapan dia yang membantunya.

Namun letupan itu terus dilenyapkan dengan tiba-tiba,Aminudden dan Zahir terkejut kemudian menunggu dengan bersiap-sedia. Theodor bersama Shayde muncul,mereka sempat menyelamatkan Zeke,Yao dan Qutie.

Theodor dan Aminudden berbalas renungan,Shayde pula menoleh ke satu arah dan renungannya ditujukan pada Zainol. Aizman menyedari renungan tersebut,dia hanya membiarkan sahaja dan Zainol tidak berbuat apa-apa sekadar membalas renungan sahaja.

"Shayde.. Bawa kita pergi dari sini.." arah Theodor.

Shayde hanya menurut dan terus menggunakan kuasanya,lalu mereka hilang dari pandangan mata kasar. Aminudden hanya mendiamkan diri,Zahir pula sekadar mampu menghela nafas pendek.

"Zahir...." ujar Farzana yang sudah muncul di bari belakang Zahir.

"Pasrah sahaja la.." kata Zahir kerana tahu apa akan jadi lepas ini.

Aminudden hanya mengingati muka lelaki berambut putih itu,dia mula rasa tidak sedap hati dan mendongak ke arah langit.

"Lelaki tu.. Bukan sembarangan..."

Mereka bergegas pulang dan mengikat puppeteer yang menyerang hendap Aminudden tadi,Aizman hanya menghela nafas pendek dan tangannya menggigil. Musuh berambut putih yang baru muncul menyelamatkan rakannya,bukanlah musuh yang sembarangan.

"Musuh yang bahaya.. Kalau tak berhati-hati.." kata Aizman sendirian.

"Apa?" soal Zainol.

"Tiada apa-apa.." balas Aizman dan Zainol kehairanan.

Satu tempat di luar kawasan negara Mentari,di tengah-tengah hutan lima orang itu muncul dengan skill teleportasi Shayde. Yao hanya menghela nafas pendek,Qutie pula kecewa kerana dia tidak berjaya kalahkan musuhnya.

"Thanks Theodor.." ujar Yao.

"Hahaha.. Hampir nak jadi daging panggang tadi! Haha!" Zeke dan Shayde ingin meluru ke arahnya.

"Hentikan Shay..." ujar Theodor.

Shayde tidak jadi menyerang dan Zeke pula hanya ketawa tidak henti-henti,sebelum kepalanya diketuk oleh Yao dan Qutie. Theodor mengingati semula renungan Aminudden,dia tersenyum simpul dan Shayde perasan senyumannya.

"He.. Smile?"











==========================

Hellooo guys

Apa khabar pembaca setia?

Harap sihat dan puas hati.

Aku ada unpublished sebab sebenarnya aku lupa nak lengkapkan perenggan akhir,sorry guys!

Jika ada pertanyaan boleh komen dan vote juga jangan lupa

Lagi satu aku nampak komen "update pliss"

Aku akan lambatkan seminggu atau sebulan,jangan fikir aku main-main

Nak terasa?

Silakan,sebab aku karang dua cerita dan juga update serentak

Kira untung la kan?

Sebab tu aku minta komen sebab boleh kita berinteraksi sesama reader dan author

Okay guys?

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top