Chapter 42 : Tarian Si Helang

Sila baca dengan penghayatan lagu

Up in Flames by Icon for Hire

Sedutan chapter lepas Luqman dibantu Siddiq dan Nazryn,serta dua ahli skuad baru di bawah Luqman iaitu Angelina dan Angelica pasangan adik beradik kembar menumpaskan cubaan menggulingkan kuasa kerajaan negara Jaguar.

Hazad yang dikatakan cedera parah,telah disembuhkan dalam sekelip mata oleh Ikhwan.

Pada masa ini adik Luqman iaitu Aminudden,dibantu sekumpulan pahlawan muda untuk menumpaskan sindiket jenayah yang bersembunyi di sebuah bandar terbiar.

Aminudden dalam keadaan di tengah-tengah udara,terus terapung lalu memecut dan mendarat di satu bangunan.

"Hey Aizman? Putera dah mulakan gerakan.." ujar pemuda yang berpedang dan pemuda dipanggil Aizman menghela nafas pendek.

"Farzana.. Awak ikut saya.. Zainol dan Putra.." arah Aizman.

"Aku dengan dia ni?!" soal pemuda berpedang dipanggil Zainol dan pemuda seorang lagi dipanggil Putra secara serentak.

"Jangan nak bantah.. Buat sahaja.." gadis bernama Farzana merenung mereka berdua.

Zainol dan Putra hanya mendecih,lalu berpisah dengan Aizman dan Farzana. Manakala Aminudden yang berada di atas bangunan ketika itu,hanya sekadar tersenyum sahaja.

"Baiklah.. Masa untuk mulakan misi.." ujar Aminudden dan memejamkan matanya,agak lama dia berdiri di situ.

Tidak lama lepas itu Aminudden membuka kelopak matanya,secara perlahan-lahan dan helaan nafas berapi dilepaskan. Falcon Bow diseru dan dilepaskan panahan deras,menjatuhkan pihak pengikut kumpulan penjenayah yang berkawal di atas bangunan tinggi lain.

Tindakan Aminudden diperhatikan oleh Farzana bergerak bersama Aizman secara senyap,Aminudden bergerak umpama seorang ninja tanpa mengeluarkan bunyi.

"Waa.. Saya fikirkan dia tidak sebegitu hebat..." ujar Farzana terkedu.

"Aminudden sejak umur 6 tahun dilatih oleh Ruler of Dragon,atau dikenali Dragon King.." ujar Aizman.

Farzana tergamam dengan penjelasan Aizman,saat itu mereka terserempak dengan salah seorang pengikut kumpulan penjenayah. Farzana terkejut dan pengikut itu ingin menjerit,untuk memberitahu kehadiran musuh.

"Bio-Wild,Bio-Kanggaroo..! Boltz!!" Aizman menyebut nama haiwan,tidak lama muncul seekor kanggaro dan terus bersinar lalu menyerap masuk ke tubuh Aizman.

Tubuh Aizman disarung zirah pada tinju,kemudian pada kedua-dua kakinya serta bahagian dada.

"Armed! Kickboxing Master!" Aizman bersiap-sedia untuk menyerang balas.

Aizman mengepalkan penumbuknya lalu memberikan hadiah pukulan padu pada perut si pengikut kumpulan penjenayah.

Pengikut kumpulan penjenayah terus terjatuh rebah,mulutnya berbuih dan Farzana mengerutkan dahi seolah-olah merasa kesakitan dialami oleh musuh.

"That will take a whole day to recover..." ujar Farzana dan Aizman hanya mengkarate tengkuk lelaki tersebut lalu lelaki itu tidak sedarkan diri.

"What the heck you thinking you do?!" soal Farzana tidak puas hati.

"Knock him?" balas Aizman dengan muka tidak bersalah.

"Can you wait after I asked him a question?" leter Farzana.

"Ah.. I see.." kata Aizman dengan muka tidak bersalah.

Farzana mengetap gigi dan menahan sabar sahaja,Aizman sekadar mendiamkan diri memeriksa keadaan sekeliling. Tidak lama lepas itu,dia mendengar bunyi tapak kaki. Farzana kehairanan dan Aizman terus menuju ke penjuru lorong bangunan,seseorang keluar dan ditarik lalu kepalanya dirangkul bersiap-sedia untuk dipatahkan lehernya.

"Aizman?!" Farzana terkejut dan Aizman dengan air muka dingin.

"Tell me,where you hide the hostages..." soal Aizman dengan renungan yang amat dingin membeku.

Pada masa itu juga Zainol dan Putra,bergerak secara senyap dan menjatuhkan beberapa pengikut kumpulan penjenayah yang berkawal di lorong bangunan. Putra menyedari sesuatu dan berhenti,kemudian menahan Zainol untuk mara.

"Apa yang kau nak buat?" soal Zainol dan Putra meletakkan jari telunjuk pada bibirnya.

Putra menuding ke satu arah dan Zainol,menyedari dalam sepuluh orang sedang berdiri di hadapan bangunan besar. Sebuah bangunan kompleks terbiar,berkawal di hadapan bangunan sehingga 10 orang membuatkan Putra syak sesuatu.

"Apa yang ada di dalam?" soal Zainol.

"Mungkin tebusan yang dimaksudkan putera api tu?" duga Putra.

"Kalau macam tu apa tunggu lagi? Kita kena selamatkan mereka!" Zainol berkata dan Putra sekadar membakar rokoknya.

"Tenang.. Kita perlu kenal pasti situasi.." Putra berkata sambil mengeluarkan sesuatu.

"Apa tu?" soal Zainol.

"Mini drone.. Aku minta Naomi buat satu,untuk tujuan siasatan jarak jauh.." ujar Putra tersenyum.

"Kau tak buat apa-apa dengan Naomi bukan..?" soal Zainol dengan renungan menakutkan.

"Ha? Kau fikir aku ni lolicon ke ha?" soal Putra bengang.

"Well.. Macam la aku tak tahu,kau cuba nak pikat miss Sakuya..dari skuad bawah HaFez Al'Azham..." kata Zainol.

"Oi.. Kau nak cari gaduh ke?" soal Putra.

"Kalau ya kenapa?"

"Korang berdua.. Tolong fokus dengan misi.." satu suara menegur di dalam alat perhubungan yang mereka pasang pada telinga.

"Kalau korang berdua nak bertekak,saya join.. Bagaimana?" soal suara itu dan jelas ia milik Farzana.

"Yes mam!" ujar mereka serentak.

Pada masa yang sama juga,di dalam kapal mereka. Pilot kapal itu hanya memerhatikan sahaja dari dalam kokpit,matanya kuyu dan tersengguk beberapa kali.

"Mengantuk..." keluh pilot kapal itu,Naomi dan dialah yang melaporkan pertengkaran Zainol dan Putra pada Farzana.

Putra segera mengaktifkan drone mini,kemudian mengawal dengan alat kawalan. Drone mini terbang secara senyap-senyap,menuju ke sudut bangunan yang berlubang.

Putra dan Zainol memerhatikan dari skrin kamera yang dipasang pada drone,mereka berdua agak terkejut kerana di dalam bangunan tersebut sedang berlaku proses pembuatan dadah.

"Mereka tengah proses dadah..." ujar Zainol dan Putra mengawal drone mini lebih ke dalam.

"Hey Putra.. Itu?" Zainol perasan di satu sudut.

Putra turut memandang dan terkejut,dia berpandangan dengan Zainol dan mengangguk.

"Kita kena hubungi putera.." kata mereka berdua.

Aminudden yang baru sahaja menjatuhkan beberapa pengikut kumpulan penjenayah yang berkawal di atas bumbung bangunan,menerima panggilan melalui alat komunikasi dia segera menekan untuk menjawab panggilan tersebut.

Aizman dan Farzana turut mendengar,namun mereka berdua hanya diamkan diri untuk mendengar.

"Putera.. Perasan tak bangunan kompleks lama?" suara Putra kedengaran dan Aminudden matanya meliar mencari bangunan yang dimaksudkan.

"Ya.. Aku nampak.." ujar Aminudden.

"Mereka tengah lakukan proses membuat dadah.." jelas Putra dan Aminudden terkejut.

"Tak guna.." ujar Farzana dan Aizman sekadar memerhatikan rakannya.

"Dadah?" soal Aminudden mendecih.

"Ya putera.. Dari apa yang disemak,ia jenis heroin.." tambah Putra.

"Lagi? Ada apa-apa yang kamu nampak?" soal Aminudden dan Putra menelan air liur.

"Tebusan juga ada di situ.." jelas Putra dan Farzana tersenyum gembira,tetapi tidak Aizman dan Aminudden.

"Keadaan mereka?" soal Aminudden dan Putra menelan air liur untuk menjawab.

"Mereka dijadikan seperti bahan ujikaji dadah tersebut.." jelas Putra dan Aminudden membesarkan matanya.

Semua senyap dan Farzana menghentak dinding,Aizman sekadar mendiamkan diri. Putra dan Zainol berpandangan,manakala Aminudden tersenyum sinis.

"Aizman.. Farzana.." ujar Aminudden.

Aizman dan Farzana terkejut mendengar nada suara milik Aminudden,kali ini berlainan dari sebelumnya kerana suara tersebut buatkan mereka meremang.

"Kamu berdua selamatkan tebusan.. Zainol dan Putra pastikan laluan untuk menyelamat bersih..." ujar Aminudden dan mematikan alat perhubungan.

"Aku atau suara fire prince jadi seram?" soal Putra tersengih.

"Kita ikut je arahan.." ujar Zainol.

"Tuan putera? Hello? Tuan putera!" Farzana cuba menghubungi Aminudden namun gagal.

"Lupakan.. Dia dah matikan alat perhubungan.." ujar Aizman dengan selamba.

Putra dan Zainol terus segera menunjukkan diri,di hadapan pengikut kumpulan jenayah yang ramai.

"Siapa korang ni ha? Sini kawasan kami!!" jerkah salah seorang daripada mereka.

"Kalau tak mahu sakit sila berundur.." seorang lagi memberi amaran.

"Banyak cakap la korang.." ujar Putra.

"Apa kau kata!?" mereka mula berang.

"Jangan cakap banyak la si miang.." kata Zainol.

"Apa kau cakap?!" soal Putra bengang dan salah seorang pengikut kumpulan jenayah menyerang hendap.

Zainol menarik pedangnya dan Putra kakinya berapi,mereka terus menyerang dengan pantas. Putra terus hayunkan tendangan padu,Zainol menahan tiga tetakan pedang dengan kemas.

"Dancing of Twin Sword.." Zainol menggenggam erat kedua-dua pedang.

ZWING!!

SWING!!

Tiga pihak musuh tercampak dan terpelanting,melambung merempuh bangunan dan dinding.

"TYPHOON WAVE!!"

Lima musuh meluru ke arah Putra dan si rambut blonde itu hanya dengan muka bersahaja sambil rokok masih terselit di bibir,nafas dihelakan dengan teratur dan kakinya dipasang gaya kekuda.

"First Step to the Heaven.." Putra meluru pantas ke arah musuh yang datang.

DUUUSSH!!

PRAKK!!

KDUSHH!!

Seorang demi seorang diberikan tapak di muka oleh Putra,dan juga ditujah sepakan pada perut dan tercampaklah musuh merempuh masuk ke bangunan terbiar.

"SKY KICKS!!!"

Aminudden hanya memerhatikan dari jauh,dia menunggu masa yang sesuai dan isyarat daripada Farzana dan Aizman. Tidak lama lepas itu,Aminudden ternampak Aizman dan Farzana membawa keluar beberapa orang yang dipercayai tebusan.

Senyuman sinis daripada Aminudden terukir,Farzana menyedari Aminudden sudah berada di ruang udara berdekatan. Pada masa yang sama,puluhan ahli kumpulan penjenayah bertambah secara tiba-tiba.

"Alamak makin ramai!" Putra terkejut dan Zainol mendongak ke atas.

"Rasanya kita kena berundur.." ujar Zainol.

"Kenapa pulak? Huh?" Putra terdongak dan terkejut.

Aminudden terapung di udara dengan tangannya,menghasilkan bebola api gergasi berwarna biru dengan kehangatan luar biasa. Zainol dan Putra memecut melepaskan diri dengan sepantas boleh,pihak musuh kehairanan dan terasa bahang dari udara.

"W-woi! Atas udara!!" jerit salah seorang daripada mereka.

Pihak musuh mendongak dan terkejut,Aminudden dalam keadaan tersengih dengan kuasa aura yang kuat. Api semakin lama semakin besar,pihak musuh hanya mampu tergamam.

"BLAZE DESTRUCTION!!" Aminudden melepaskan bebola api gergasi ke arah bangunan kompleks terbiar.

"SEMUA LARI!!" Jerit pihak musuh dan bertempiaranlah mereka melarikan diri.

BRAAM..!!!!

KA-BOOMM!!!!

Aizman yang melihat keadaan tersebut,hanya mampu tergamam sahaja. Farzana hilang kata-kata,Zainol menelan air liur dan Putra mengemamkan mulutnya.

"Glad I'm not his enemy.. Glad I'm not his enemy.." kata Putra berulang-kali.

Hancur lebur bangunan tersebut,Aminudden mendarat dengan kemas di hadapan bangunan yang dia hancurkan. Aminudden tersentak dan menangkis serangan hendap,dia merenung tajam ke arah si penyerang.

"Kau siapa? Berani datang menghancurkan kawasan aku?" soal orang itu dipercayai ketua kumpulan penjenayah.

"Kawasan kau? Tempat ini adalah kawasan terbiar.. Malah ia berada di dalam negara kami.." ujar Aminudden dingin.

"Negara..? Kami? Ohh.. Aku kenal kamu.. Putera Aminudden Al'Reezal.." kata lelaki itu tersenyum licik.

"Jadi kenapa?" soal Aminudden.

"Kau fikir kau seorang boleh tewaskan kami? Sungguh lucu! Hahahah!!" soal ketua kumpulan penjenayah ketawa,dan para pengikutnya tergelak sekali.

Aminudden menghela nafas pendek,lalu sekelip mata tubuh salah seorang pengikut musuh ditikam pedang terbang. Ketua kumpulan penjenayah terkejut dengan tindakan Aminudden,dia merenung tajam ke arah Aminudden dengan perasaan marah.

"Day-Lewis,ketua kumpulan jenayah kelas S.. Terlibat dalam pelbagai jenayah.. Penculikan dan kes berkaitan dadah malah menjual hamba..kebanyakan mangsanya adalah perempuan muda untuk dijadikan hamba seks supaya dijual pada pihak luar..." kata Aminudden dengan panjang lebar,ketua kumpulan bernama Day-Lewis tersengih dan ketawa.

"Menarik tuan putera... Aku terhibur.. Teruja!! Aku akan menjadi lagenda jika berjaya membunuh kau!!!" jerit Day-Lewis dengan muka menjijikkan,Aminudden sekadar mengukirkan senyuman mengejek.

"Apa yang lucu!?" soal Day-Lewis.

"Nak bunuh aku? Menjadi lagenda?" soal Aminudden.

"Aku berminat nak tahu bagaimana kau nak lakukan." ujar Aminudden tersenyum sinis,sambil memasang gaya kekuda seiring sepuluh pedang muncul terapung berpusing mengelilinginya.

"Kurang ajar! BUNUH DIA!!" arah Day-Lewis pada anak buahnya.

Maka pengikut Day-Lewis menjerit sambil meluru ke arah Aminudden,Farzana mula cemas dan menyentuh bahu Aizman.

"Ini bahaya! Kita kena bantu tuan putera!!" kata Farzana risau.

"Tak perlu.." ujar Aizman.

"Kau nak putera mati ke?" soal Zainol dan Putra mendiamkan diri.

"Bilangan macam tu,hanya jumlah kecil sahaja..bagi Aminudden..." ujar Aizman dengan muka selamba.

Aminudden menghayunkan tangan,penumbuknya tepat mengenai salah seorang musuh. Api dipetik dan dikibaskan tangannya,membakarlah puluhan musuh yang mara ke arahnya.

Sepuluh pedang yang terapung mengelilinginya,dipusingkan dan menikam serta dihayunkan membunuh musuh. Zainol dan Farzana serta Putra tergamam menyaksikan pertarungan tersebut,Day-Lewis pula membesarkan anak matanya dan api biru dinyalakn pada tapak tangannya.

"BLAZING WINGS!!!"

ZRASSHH!!!!

BRAAM!!!!

Ka-BOOMMM!!!!

ZWOSSH!!

Ratusan anak buah Day-Lewis sekelip mata,hilang nyawa dalam beberapa minit sahaja. Aminudden berdiri dengan tenang,tanpa menunjukkan sedikit pun penat. Mukanya amat dingin umpama mergastua yang sedang mencari atau memburu musuh.

"Kau... Kau...." Day-Lewis menggigil dan Aminudden menjeling ke arahnya.

"KAU RAKSASA!!!" Day-Lewis menjerit kemarahan.

"Ouh..beritahu aku,kau paksa tebusan menjadi bahan ujikaji untuk dadah..." ujar Aminudden melangkah ke arah Day-Lewis.

"J-jangan dekat!!" Day-Lewis menyerang Aminudden dengan kuasa magis hitam,namun semua ditangkis dengan pedang yang terapung mengelilingi Aminudden.

"Kau culik mangsa dan jual mereka..." ujar Aminudden terus melangkah ke arah Day-Lewis.

"Pergi!!" Day-Lewis cuba sedaya-upaya untuk membuatkan Aminudden mara.

"Aku betul-betul bencikan penjenayah macam kau.." tinju Aminudden kedua-duanya membara kebiruan.

Day-Lewis tergamam kerana Aminudden sudah rapat di hadapannya,dia tidak mampu bergerak dengan aura membunuh Aminudden. Dia melihat aura Aminudden amat menakutkan,Aminudden mengetap gigi dan terus menghayunkan tinjunya.

DUSH!!

PRAKK!!

DUSH!!

BOKK!!

DUSH!!

DUUUSSH!!!!

Tumbukan yang dihayunkan jutaan kalinya,melambungkan Day-Lewis ke udara. Namun Aminudden tidak terhenti serangannya,di situ dan digerakkan puluhan Pedang Ribuan Senjata mengelilingi Day-Lewis yang melambung di udara.

"Dancing of Thousands Sword.." ujar Aminudden dan terus hilang dengan cahaya.

Aminudden muncul di salah satu pedang yang terapung mengelilingi Day-Lewis,lantas Aminudden memulakan serangannya dan meluru ke arah Day-Lewis memotong seiring melepasinya.

ZRASSHH!!

Aminudden mengambil sebilah lagi,kemudian melakukan perkara yang sama pada masa dia mencapai pedang-pedang yang masih ada terapung di udara.

ZRASSHH!!

ZLASSH!!!!

ZRASSHH!!!

Aminudden mencapai dua bilah pedang,lalu berhenti di atas Day-Lewis dan merenung Day-Lewis dengan tajam. Aminudden terus menjunam ke bawah,lalu melibas serangan berbentuk X dan mendarat pada tanah.

"Lullaby of the Death!"

Day-Lewis terus terjatuh di atas tanah,nyawa berakhir dan matinya terbeliak. Aminudden hanya menghela nafas pendek,dia memerhatikan mayat Day-Lewis tanpa berkata apa-apa.

"Maaf..."



































======================

Hellooo guys

Sorry for the wait

Hopefully you guys satisfied

Okay?

COMMENT & VOTE will ya?

Tak mati pun oi!

Hahaha

Ciao!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top