Chapter 41 : Itu Tidak Disangka
Pihak berkuasa mengikat Gary,Derek dan Pitt. Mereka dibawa ke dalam kenderaan berperisai,untuk dibawa ke pangkalan pihak berkuasa negara Jaguar. Luqman dan Gary berbalas renungan,Gary mengetap gigi menahan geram dan Luqman hanya bereaksi biasa.
"Kau tenung apa? Jalan cepat!"
Gary ditolak oleh pihak berkuasa supaya meneruskan langkah,Derek hanya sekadar diam dan Pitt menyedari Angelina berdiri sambil tersenyum serta melambai ke arahnya. Pitt hanya mampu merenungnya dengan tajam,dia betul-betul tidak menerima akan tewas pada seorang gadis.
Mayat pengikut Demon Seed dikumpulkan,mereka dibawa menggunakan kenderaan yang berbeza. Luqman hanya memerhatikan sahaja,Siddiq dan Nazryn menghampiri. Angelina dan Angelica turut menyusul sambil memimpin seorang kanak-kanak,Siddiq tersengih dan Nazryn hanya menghela nafas pendek.
Luqman turut tersenyum dan kedengaran bunyi enjin pesawat,dua buah kapal hitam dan perak di mana logo Mentari serta Jaguar. Eyra keluar dan terus meluru ke arah anaknya,Arian Harry yang ketika itu berada di samping Angelica. Harry berlari ke arah ibunya,Aila,Zareena dan Intan muncul.
"Kerja yang bagus awak.." ujar Aila menghampiri Luqman.
"Datang dengan mereka je ke?" soal Luqman dan Aila menggelengkan kepala.
"Uncle sekarang tengah lawat sepupu awak,Hazad.." jelas Aila dan Luqman hanya mengangguk faham.
Hospital Besar Kota Jaguar Utama
Ikhwan berdiri di hadapan katil di mana Hazad terlantar,dia memerhatikan keadaan Hazad dan Ikhwan sekadar menghela nafas pendek. Sambil tangan dihalakan ke hadapan,Ikhwan menyalurkan aura berwarna hijau ke tubuh Hazad.
Tidak lama lepas itu Ikhwan menghentikan perbuatannya,dia menghela nafas pendek kemudian beredar dari bilik tersebut. Hazad mula sedar dan menyedari seseorang berjalan keluar dari bilik,dia mula tertanya-tanya siapakah gerangan.
Ayah kepada Eyra Nazira yang ingin melawat anak menantu dia,terserempak dengan Ikhwan secara tidak sedar. Apabila dia pandang semula,kelibat Ikhwan tidak kelihatan.
"Tuanku..?" sapa jururawat dan raja negara Jaguar,atau namanya Hazama Haryan.
"Nurse? Kenapa macam cemas je ni?" soal Hazama.
"Putera Hazad! Putera dia dah sedar!" jelas jururawat tersebut dan Hazama terus meluru masuk ke dalam bilik wad.
Hazad yang ketika itu dalam keadaan terkebil-kebil,kerana tidak tahu apa yang berlaku.
"Ayahanda?" soal Hazad kehairanan.
Hawie yang ketika itu baru tiba di pintu hadapan hospital,ingin melangkah masuk tetapi terhenti apabila pintu terbuka dan wajah Ikhwan terpacul.
"Kau...?" soal Hawie agak terkejut.
"Ah kau ayah Hazad kawan abang Reezal.." ujar Ikhwan pula dan Hawie sekadar terdiam kaku.
Ikhwan kehairanan dan dia menghela nafas pendek,lalu melangkah pergi melepasi Hawwi tanpa berkata apa-apa. Hawwi yang baru tersedar,dia segera menoleh ke arah Ikhwan.
"Nanti! Aku nak.." Hawie ingin bertanya lagi namun Ikhwan memintas.
"Anak kau dah sedar.." kata Ikhwan dan Hawie terkejut,dia segera berlari masuk ke dalam hospital.
Ikhwan terus berjalan pergi,dia menyedari Alisa sedang menunggunya. Isterinya sedang duduk di bangku khas,sekitar perkarangan hospital tersebut.
"Nampaknya abang tak perlukan saya dalam hal penyembuhan..." ujar Alisa tersenyum.
"Jangan harap abang bagi isteri abang sembuhkan orang lain selain abang.." kata Ikhwan.
"Waa.. Tamaknya.." Alisa berkata tersenyum.
"Sudah tentu.. Alisa isteri abang.." tambah Ikhwan lagi.
Seketika mereka terdiam kemudian ketawa bersama-sama,tidak lama kedengaran bunyi kapal mendarat di kawasan tempat khas untuk pendaratan pesawat. Sekarang setiap negara ada tempat khas untuk pesawat peribadi,yang penting mereka harus maklumkan pada pihak hospital jika ingin menggunakan tapak tersebut.
Ikhwan dan Alisa hanya memerhatikan sahaja,Zareena dan Intan terlebih dahulu turun. Tidak lama Luqman dan Aila disusuli Siddiq,Nazryn serta Angelina dan Angelica,ketika itu di pesawat negara Jaguar Eyra pula keluar mendukung anak lelakinya.
"Uncle..." Luqman menghampiri Ikhwan.
"Good job.. Uncle tahu kamu mampu lakukannya.." ujar Ikhwan menyilangkan kedua tangan pada atas dadanya.
"Err..uncle,saya nak..." belum sempat Luqman nak habiskan ayat,Ikhwan sudah memotong.
"Hazad dah sedar.." ujar Ikhwan.
"Betul ke uncle?" soal Luqman girang.
"Pergilah..tengok sepupu kamu tu.." kata Ikhwan dan Luqman tersenyum mengangguk faham.
"Aila.. Cepat!" ujar Luqman tersenyum dan Aila mengangguk lalu mengekori Luqman yang menuju ke arah pintu masuk hospital.
"Hazad!" Luqman membuka pintu wad.
Hazad yang sedang berpelukan dengan Eyra dan anaknya ketika itu,dia terkejut kerana kehadiran Luqman kemudian Aila menjengah dari luar melalui pintu bilik wad.
"Luqman? Apa kau buat di sini?" soal Hazad.
"Panjang ceritanya.." ujar Luqman tersenyum.
"Luqman yang selamatkan Arian..." jelas Eyra sambil mengesat air matanya,Hazad terkedu dan memandang ke arah Luqman.
"Terima kasih Luqman.. Aku.." kata Hazad segan.
"Cukup.. Tak payah nak berdrama.. Apa kata Aminudden? Kita bersaudara bro,jadi sudah pasti kami akan bantu.." jelas Luqman dan Hazad terkejut,Eyra sekadar ketawa kecil begitu juga Aila.
"Ia satu penghormatan bagi kami.." Farrish mencelah dengan tiba-tiba,Luqman hanya menunduk hormat ke arahnya.
"Cucu kami diselamatkan oleh salah seorang Ruler of Element Dragon*.. Kami amat berterima kasih dengan ehsan kamu sekeluarga.." Hazama menundukkan kepalanya tanda mengucapkan terima kasih.
5 Ruler of Elements Dragon*
"Ia tidak apa-apa.. Jadi tolong angkat kepala awak tuanku.." ujar Luqman serba salah.
Hawie yang ada di situ dari tadi,hanya mendiamkan diri sambil memandang ke luar tingkap. Dia ternampak Ikhwan sedang duduk di taman,bersama yang lain menunggu Luqman barangkali.
"Tapi bukan aku cedera teruk? Kenapa sembuh sekelip mata?" soal Hazad kehairanan.
"Benar.. Kecederaan kamu parah.. Tapi sembuh begitu sahaja?" Hazama berkata berfikir.
"Oh.. Itu kerja ayah saudara saya.." jelas Luqman selamba.
Hazama,Hawie,Hazad dan Eyra memandang Luqman serentak terkejut.
"Hah?!"
Aila sekadar tersengih sahaja di sebelah Luqman kerana reaksi mereka,sudah dapat dijangka oleh dia.
*************************
Aminudden berdiri di satu tempat,sambil menghisap lolipop dan memerhatikan keadaan sebuah bandar. Ada lima orang berada di belakangnya,manakala bandar yang diperhatikan oleh Aminudden adalah bandar yang ditinggalkan.
"Tak sangka lokasi yang diberikan oleh Akif tepat.." ujar Aminudden tersenyum sambil menggigit gula-gula lolipop sehingga hancur.
"Jadi ini ke sebabnya kami dipanggil pulang?" soal satu suara lelaki,sambil memerhatikan keadaan bandar terbiar itu.
"Apa salahnya.. Kita dibayar.." kata seorang lagi,gadis berusia sekitar 20 tahun.
"Entahnya,tahu nak merungut la kau Nol..." ujar seorang lagi pemuda dan pemuda tadi menjeling bengang,mereka berbalas renungan tajam.
"Tidak kisah lah.." ujar seorang lagi dan kemungkinan adalah ketua mereka,Aminudden tersengih sahaja.
"Cepat selesai.. Cepatlah balik.." jelas ketua mereka pula.
"Bukan begitu Fire Prince?" soal lelaki berambut perang campur kelabu itu,Aminudden tersengih sahaja dan memalingkan tubuh lalu memandang semula ke tempat bandar terbiar yang didiami oleh kumpulan penjenayah.
"Betul.. Jadi mari lakukan.." ujar Aminudden terus melompat ke bawah,lelaki berambut perang kelabu mengekorinya dari belakang.
Akhirnya semua rakannya yang lain,menyusul tanpa banyak bicara dan di belakang mereka ada sebuah pesawat kapal terbang yang di dalamnya juruterbangnya sedang tidur.
"Mengantuk...."
=======================
Hazad Hawwi (suami Eyra & sepupu Luqman)
Hellooo everyone
Lama tunggu?
Agak-agak siapa yang bersama Aminudden?
Korang tahu kan kenapa Aminudden tidak join Luqman?
Sebab dia ada misi lain
Okay
Please COMMENT & VOTE
janganlah diam je
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top